[爆卦]Getir是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Getir鄉民發文沒有被收入到精華區:在Getir這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 getir產品中有247篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnaka...

 同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Azizan Osman,也在其Youtube影片中提到,? Siaran langsung Frontliner Adiwira Negara! Memperingati setahun Pandemik dan Sempena Nak Ubah Hidup 26-28 Mac 2021 ini, RichWorks sediakan sesi tem...

  • getir 在 Facebook 的最佳解答

    2021-09-30 01:28:28
    有 985 人按讚

    PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

    Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang dan Kahang, Daerah Kluang.

    Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang, Kahang dan ketua kampung.
    Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

    Penyampaian kurniaan hari ini telah disampaikan kepada pesakit kanser payudara, pesakit jantung, dan keluarga yang hilang punca pendapatan serta berpendapatan rendah.
    Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah, cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang serta dikurniakan kesihatan yang baik.

  • getir 在 Facebook 的最佳解答

    2021-09-27 09:07:25
    有 1,493 人按讚

    𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

    Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada sepuluh (10) penerima di Mukim Tenggaroh dan Jemaluang Bagi Bulan September (Fasa 2 dan 3) Tahun 2021.

    Penerima Kurniaan tersebut adalah:

    Penerima pertama, seorang lelaki, berumur 63 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 4. Beliau menghidapi penyakit kulit yang kronik.

    Penerima kedua, seorang warga emas wanita berumur 74 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 3 dan sedang terlantar sakit tua.

    Penerima ketiga, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap masalah kesihatan selepas terbabit dalam kemalangan.

    Penerima keempat, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap penyakit barah otak.

    Penerima kelima, seorang wanita berumur 59 tahun, menetap di KM. 12, Kg. Wak Salam. Beliau menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis.

    Penerima keenam, seorang warga emas wanita berumur 84 tahun, menetap di Kampung Gajah Mati, Mersing. Beliau menghidapi penyakit sakit tua.

    Penerima ketujuh, seorang warga emas wanita berumur 72 tahun menetap di Kampung Sri Pantai.

    Penerima kelapan, seorang wanita berumur 55 tahun, menetap di Kg. Sri Pantai. Beliau menghidap penyakit Asma.

    Penerima kesembilan, seorang lelaki berumur 33 tahun, menetap di Kampung Sri Pantai. Beliau adalah miskin tegar dan mempunyai anak kurang upaya (OKU).

    Penerima kesepuluh, seorang wanita berumur 66 tahun, menetap di Kg. Air Puteri. Beliau menghidapi masalah pendengaran.

    Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa'tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.

    Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.

  • getir 在 Facebook 的最佳解答

    2021-09-26 05:16:23
    有 506 人按讚

    𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓

    YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan September Fasa 2 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Peserai dan Mukim Simpang Kanan.

    Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Simpang Kanan; Penghulu Mukim Peserai; Pegawai Perhubungan Masyarakat India; Pegawai Perkampungan Cina dan Ketua Kampung terlibat.

    Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif Baginda yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta berterusan membantu dalam meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

    Pendekatan Ziarah Prihatin ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu 'ℙℝ𝕀ℍ𝔸𝕋𝕀ℕ' ke atas keluh-kesah masyarakat lebih-lebih lagi ketika mendepani era pandemik Covid-19 pada masa kini. Gerak usaha ini berperanan sebagai satu langkah proaktif dan akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.

  • getir 在 Azizan Osman Youtube 的最佳解答

    2021-03-18 15:16:29

    ? Siaran langsung Frontliner Adiwira Negara!

    Memperingati setahun Pandemik dan Sempena Nak Ubah Hidup 26-28 Mac 2021 ini, RichWorks sediakan sesi temubual khas bersama adiwira negara (Frontliners) yang telah menyaksikan dan mengalami sendiri saat getir apabila virus pandemik mula tersebar.

    RichWorks bawakan kepada anda kisah benar dan pengalaman mereka, dengar dan tonton sendiri perkongsian mereka, bagaimana mereka harungi keadaan ini tanpa kenal lelah dan jemu. Siang dan malam berjuang demi seluruh rakyat Malaysia!

    #AzizanOsman
    #NUHMac2021
    #BangsaUsahawan
    #BinaBisnesBerjaya
    #BangkitBerniagaBangsaku
    #AzizanOsmanMenthorKami
    #SokongPerniagaanKecilSederhana

  • getir 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文

    2014-05-06 15:14:52

    Kembaliku Pada Ilahi

    Ku jitukan yakin
    Pada setiap sujudku
    Jariku susun rapi
    Mengirim doa tulus nurani

    Waktu yang mendatang
    Bak mega mendung hitam
    Kelam malam aku sendiri

    Hujung perjalanan pasti aku pergi
    Tiada mungkin dapat aku menghindari
    Sebelum nafasku berhenti berdetik
    Amankanlah kepedihan ini
    Biar pun getir dalam ku menanti
    Tak berdaya namun terus ku hadapi
    Menggapai harapan diriku terpilih
    Kembaliku padaMu Ilahi
    Kembaliku padaMu Ilahi

    Hilangkan getar duka
    Gusar jauh terusir
    Terang bersinar cahaya damai

    http://youtube.com/budiey27 - Click to Subscribe!
    http://budiey.com - Visit My Blog!
    http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
    http://twitter.com/budiey - Follow Me!

你可能也想看看

搜尋相關網站