雖然這篇Syntocinon 中文鄉民發文沒有被收入到精華區:在Syntocinon 中文這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 syntocinon產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過108萬的網紅Pakar diari hati,也在其Facebook貼文中提到, Penduduk di Pulau Pinang digemparkan dengan berita yang menyayat hati tentang seorang wanita, dikenali sebagai Azian - telah meninggal dunia di Hospit...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
syntocinon 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Penduduk di Pulau Pinang digemparkan dengan berita yang menyayat hati tentang seorang wanita, dikenali sebagai Azian - telah meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya dua hari lepas selepas melahirkan anaknya.
Perkhabaran tentang berita ini dikongsi oleh Penang Kini. Allahyarham Azian terkorban setelah mengalami tumpahan darah yang banyak selepas bersalin. Pemergian Allahyarham Azian pasti akan dirasai oleh pasangan dan keluarga terdekat.
Betapa kuat seorang wanita, mengharungi detik-detik cemas demi melahirkan insan yang tercinta. Diharapkan perkongsian ini akan membuka mata dan minda masyarakat untuk lebih menghargai insan yang digelar "ibu".
Semoga Saudara Nashif (suami mangsa) dan anak-anaknya tabah dalam mengharungi cabaran ini. Salam takziah.
Apa itu tumpah darah?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pakar perbidanan dan sakit puan -- pertumpahan darah adalah satu peristiwa pendarahan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas bersalin.
Ia dikenali sebagai post-partum hemorrhage. Biasanya, pendarahan memang berlaku selepas bersalin. Darah mungkin keluar daripada rahim atau kerana koyakan ketika proses bersalin. Terdapat 2 jenis tumpah darah selepas bersalin iaitu:
Tumpah darah primer -- berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahiran (selalunya ketika di hospital)
Tumpah darah sekunder -- berlaku antara tempoh 24 jam sehingga 6 minggu selepas bersalin. (biasanya ketika di rumah)
Akan tetapi, pertumpahan darah yang serius adalah apabila mangsa kehilangan darah hingga 500 ml untuk bersalin biasa dan 1 liter untuk bersalin secara pembedahan.
Mengapa tumpah darah terjadi?
Tumpah darah boleh terjadi akibat beberapa perkara. Wanita terbuka untuk kehilangan darah apabila mereka tidak mendapat perhatian doktor sepenuhnya. Ia juga ditambah dengan keletihan selepas bersalin.
Antara sebab-sebab mengapa tumpah darah terjadi adalah:
Uri atau cebisan uri tertinggal di dalam rahim.
Rahim tidak mengecut
Luka besar di bahagian pangkal rahim, faraj atau saluran peranakan.
Hamil pada usia 40 tahun ke atas
Terkena jangkitan kuman di dalam rahim (endometritis)
Darah sukar beku (thrombocytopenia)
Wanita hamil yang kurang sel darah merah (anemia)
Kelahiran secara pembedahan caesarean
Kelahiran secara paksa (induction of labour)
Kelahiran yang menggunakan Forceps atau Vacuum
Bayi besar dan berat melebihi 4kg
Tumpah darah ketika bersalin sebelum ini
Bersalin melebihi 5 kali
Simptom-simptom yang harus diteliti
Komplikasi tumpah darah yang teruk boleh menyebabkan rahim dibuang atau mengundang maut. Hingga tahun 2005, hampir 14% daripada kes kematian selepas bersalin berpunca daripada pertumpahan darah.
Ramai wanita menjadi mangsa peristiwa menyayat hati ini kerana mereka tidak sedar dengan simptom-simptom pertumpahan darah yang boleh membawa maut.
Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda ada simptom-simptom ini, selepas 24 jam bersalin:
Tekanan darah menurun
Degupan jantung meningkat
Pening, sakit kepala, ingin pitam
Menggigil dan berpeluh
Darah keluar dalam jumlah yang banyak
Darah keluar dalam bentuk ketulan
Tuala wanita yang dipakai perlu kerap disalin (setiap jam)
Darah keluar berbau busuk (akibat terkena jangkitan)
Badan keletihan melampau
Nasihat daripada doktor pakar
Apakah yang akan dilakukan oleh doktor pakar untuk mengurangkan risiko tumpah darah selepas bersalin? Biasanya, doktor akan memberikan suntikan ubat Syntocinon (oxytocin) untuk mengurangkan kehilangan darah. Ubat ini akan membantu uri untuk mudah tertanggal.
Namun, doktor pakar menasihatkan semua wanita yang ingin bersalin untuk sentiasa menjalani pemeriksaan antenatal. Jika anda pernah ada sejarah pertumpahan darah, anda disarankan untuk bersalin di hospital yang dilengkapi dengan bank darah.
Malah, segera dapatkan rawatan jika ada tanda-tanda awal pendarahan. Jangan bersalin tanpa bidan atau doktor bertauliah. Amalkan makan makanan yang tinggi dengan zat besi seperti kerang, hati, sayur-sayuran hijau dan jambu batu merah.
Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda! Kongsikan artikel ini untuk memberi pengetahuan kepada ibu-ibu yang bakal bersalin atau hamil di luar sana tentang risiko "tumpah darah". Semoga anda semakin kuat, wanita-wanita sekalian! Jaga kesihatan anda, ya! -SumberPinangKini
#CopyPaste
#SharingIsCaring