[爆卦]Suq是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Suq鄉民發文沒有被收入到精華區:在Suq這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 suq產品中有4篇Facebook貼文,粉絲數超過13萬的網紅Dương FG,也在其Facebook貼文中提到, Đây là cảm nghĩ của mình trong vụ “Dan Hauer” https://youtu.be/Suq-xGtL8Xg ...

 同時也有28部Youtube影片,追蹤數超過4萬的網紅R. Y.,也在其Youtube影片中提到,用巨鯨做出裝備了武器手套的憑依裝著-艾里雅 決鬥重溫: https://duellinks.konami.net/att/00cd4b9f11eac392a955fb9e14505766787987a5ba ---------------------------------------------...

suq 在 ?????? ??? ????? Instagram 的精選貼文

2021-09-10 13:57:17

❄️🍧📦🪵 𝑺𝑼𝑸𝑸𝑼 SIGNATURE COLOR EYES #107 #露桐 #TSUYUKIRI –––––––––––––––––––❄️––––––––––––––––––– SUQQU這次的AW系列, 我是循序著季節的遞嬗來寫的不知道有沒有人發現^^? 從逐漸落下,腐朽但斑斕的朽葉,再...

suq 在 kurasumu[クラスム] Instagram 的最讚貼文

2021-09-03 11:39:53

【 化粧パフの洗い方 】 今回はお化粧をする方必見! 化粧パフの洗い方を紹介されているこちらの投稿です! パフを洗わず使い続けると、皮脂汚れや汗で雑菌が繁殖して不衛生に💧是非この投稿を御覧になってお試し下さい☺️🌿 Instagramで見つけた上手な暮らしや アイディアなどの投稿をご紹介いたします...

  • suq 在 Dương FG Facebook 的精選貼文

    2018-01-26 05:14:22
    有 201 人按讚


    Đây là cảm nghĩ của mình trong vụ “Dan Hauer” https://youtu.be/Suq-xGtL8Xg

  • suq 在 少女夢遊去哪裡 Facebook 的精選貼文

    2017-09-13 14:45:21
    有 38 人按讚

    姊妹淘發布了我在凱酥の東京側錄首次亮相從早走到晚差點沒鐵腿的徒步一日遊,記得那天太陽超大,不過秋天要來哩,大家來東京可以走一下!

    片中提到我是半馬選手,來分享一下我慢跑時候愛聽的謊言留聲機 Lie Gramophone,晚安啦~
    https://youtu.be/sUQ-hQVpHPM

  • suq 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文

    2016-12-20 13:38:22
    有 40 人按讚

    Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global ..Siri ke 16

    Soalan

    Bolehkah Datuk menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai keperluan melengkapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu dalam konteks untuk memahami lanskap undang-undang negara dan global.

    (Soalan ini disumbangkan oleh Saudara Mohd Nasir Sulaiman sebagai salah seorang 10 pemenang dari sesi wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global)

    Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)

    Undang-undang adalah satu ilmu atau pengetahuan yang amat berguna dalam kehidupan. Ia menetapkan kedudukan undang-undang dalam semua perkara dan lebih penting lagi ia menentukan hak dan liabiliti masing-masing dalam kehidupan. Ianya wujud dalam kehidupan komersil, kehidupan pentabdiran, kehidupan keluarga dan jenayah dan juga kecuaian samada di peringkat negara atau global. Tiada ada perkara yang kita lakukan atau ingin lakukan, khususnya dalam perkara yang melibatkan orang lain dan masyarakat, di mana tidak ada peruntukan undang-undang samada undang-undang bertulis atau udang-undang kes.

    Dalam kewangan Islam, kepentingan undang-undang terserlah apabila Akta Bank Islam 1983 diluluskan oleh Parlimen buat pertama kali untuk menyambut kelahiran bank Islam yang pertama iaitu Bank Islam Malaysia Berhad. Bagitu juga pindaan dibuat kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dalam tahun 1996 dengan rujukan khusus kepada seksyen 124 untuk membolehkan perbankan Islam dijalankan secara "Tingkap Islam" di bawah skim Perbankan Tanpa Faedah. Di Bahrain misalnya, telah diadakan satu undang-undang baru iaitu Undang-Undang Trust (al-Uhdah al-Maliyyah) untuk membolehkan pengsekuritian aset dijalankan secara hak pemilikan secara ekuiti (tanpa pemindahan nama pemilik asal) dalam instrumen sukuk. Di Indonesia, dilakukan perkara yang sama untuk membolehkan kerajaan menjual aset negara secara pemilikan ekuiti untuk tujuan penerbitan sukuk.

    Ini semua adalah amat mencabar kepada sarjana Syariah yang hanya mengetahui Syariah. Saya bernasib baik kerana telah bertekad untuk belajar undang-undang sivil di Malaysia selama 6 tahun secara separuh masa (1996-2002). Walaupun tempoh pengajian ini agak panjang dan juga mengambil hampir keseluruhan hujung minggu saya selama 6 tahun, saya tetap puas hati kerana pengajian undang-undang ini menjadikan saya celik undang-undang dan boleh menjadikan saya setahap dengan mereka yang belajar dan mengamalkan undang-undang sebagai kerjaya (walaupun secara jujur ilmu dan minat saya dalam bidang undang-undang hanya fokus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjaya saya dalam kewangan Islam). Sanggupkah anda untuk belajar semula untuk 4-7 tahun untuk satu ilmu yang baru waktu anda sedang bekerja? Tepuk dada tanya kesanggupan dan kecekalan hati masing-masing.

    Pengetahuan kepada ilmu yang hidup dan praktikal dalam kehidupan seperti undang-undang, perakaunan, pengauditan, pengurusan risiko, pengurusan korporat, urus tadbir yang sihat (governance), data raya (big data) adalah bukan lagi satu pilihan tetapi kemestian kalau anda ingin terlibat secara aktif dan berimpak dalam kehidupan komersil dan kewangan. Walaupun saya tidak belajar semua ilmu dan skil ini secara formal, saya telah mengutip perkara-perkara penting dalam semua ilmu kehidupan ini melalui pembacaan sendiri yang intensif dan juga dengan berinteraksi dengan pakar ilmu masing-masing dengan bertanya soalan-soalan penting yang relevan. Misalnya, dalam proses pengauditan, apakah proses yang sepatutnya diikuti dan apakah selalunya titik-titik kelemahan dalam aktiviti korporat. Saya tahu sekarang bahawa sebarang transaksi dengan pihak yang seseorang itu ada hubungan yang boleh memberikan imbuhan kewangan, ia mungkin mencetus benih-benih amalan yang tidak sihat (Related Party Transactions).

    Dalam sesetengah perkara, saya juga bernasib baik kerana saya terlibat secara langsung melalui salah satu syarikat saya iaitu Experts Analytic Centre (EAC) Sdn Bhd. dalam menjalankan aktiviti data raya analitik (big data analytics). Ini semua memberi 'kelebihan' kepada saya untuk berinteraksi dengan semua lapangan akriviti kehidupan dengan lebih yakin lagi. Pengetahuan saya tentang sesuatu perkara bukan lagi berbentuk tahap kedua tapi pengetahuan yang langsung dan tahap pertama.

    Mengapa saya ceritakan semua ini? Saya sengaja membawa episod sebegini dalam perjalanan keilmuan saya untuk menjelaskan bahawa ilmu Syariah, walaupun hebat dan tinggi mana sekali pun, ianya tidak cukup untuk dapat melihat, menilai, membahas, memberi solusi dan alternatif, mencorak dasar dan polisi baru dan seterusnya mengawasi perjalanan seesuatu polisi, sistem dan instrumen tanpa pengetahuan yang berbentuk 360 degree. Umar al-Khattab menegaskan bahawa "tidak ada sesiapa boleh masuk pasar (kami) melainkan orang yang faham hukum hakam pasar". Ramai sarjana Syariah memahami hukum hakam yang disebutkan dalam ungkapan Saidina 'Umar adalah melibatkan halal dan haram sahaja. Namun, kalau kita baca semua karya yang ditulis khusus kepada hukum hakam pasar (ahkam al-suq), jelas ia lebih jauh dari itu. Ia melibatkan urus tadbir pasar, ketelusan kualiti dan pemasaran, kes-kes kecuaian, amalan terbaik (best practices) dan seumpamanya. Bagitulah juga dalam amalan bisnes hari ini malah dalam bidang menguruskan urusan haji dan umrah. Ia memerlukan segala aspek ketelusan dan profesionalisma yang tinggi. Ia adalah ilmu pengurusan yang menjadikan sesuatu itu sejahtera atau sebaliknya.

    Dalam konteks undang-undang, saya banyak membaca dan menulis tentang undang-undang. Ada yang telah dicetak sebagai artikel dan ada yang belum lagi. Pembacaan yang intensif kepada satu-satu isu seperti akta pengubahan wang haram (anti money laundering act) akan memberikan kita landasan yang mampan untuk memahami aplikasi aktiviti atau akta pengubahan wang hatam dalam aktiviti kewangan Islam. Kalau kita malas membaca dan menganggap ini semua tidak perlu kepada seorang sarjana Syariah walaupun kita mungkin sudah berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam kerjaya kita, kita sebenarnya memenjarakan diri kita dan juga Syariah. Kita mesti merasai 'ringan dan mudah' dengan apa sahaja isu perundangan yang melintasi kita dalam kehidupan dan khususnya dalam konteks kerjaya kerjaya kita.

    Dalam skop kewangan Islam, saya sudah melalui hampir semua isu perundangan. Saya sekarang sudah mempunyai kebolehan secara natural untuk paling kurang memahami isu-isu perundangan yang baru walaupun belum pernah melaluinya sebelum ini. Yang paling terbaru dalam konteks kewangan antarabangsa yang juga melibatkan institusi-institusi kewangan Islam ialah amalan tolak langsai (net-off) antara institusi-institusi kewangan Islam dengan institusi kewangan lain apabila terdapat dua transaksi yang bertimbal balik. Isu timbul kerana sebahgian negara yang terdapat dalamnya institusi kewangan Islam tidak dianggap oleh masyarakat dunia, berdasarkan beberapa kriteria perundangan tertentu, sebagai negara yang cukup syarat untuk melakukan aktiviti net-off kerana rekod undang-undang kes yang tidak bagitu memberangsangkan dalam aktiviti tolak langsai. Negara-negara ini tidak dianggap sebagai "netting-off friendly countries". Sehubungan dengan itu, bank-bank Islam terpaksa menubuhkan satu identiti atau Special Purpose Company (SPC) di negara atau jurisdiksi yang ada label "netting-off friendly countries". Penasihat Syariah telah ditanya tentang tuntutan dan keperluan perundangan yang baru. Saya dan beberapa rakan sarjana Syariah di peringkat global, setelah memahami keperluan baru ini, telah meluluskan usul ini untuk kelangsungan aktiviti kewangan Islam.

    Macamana nak buat kalau ilmu perundangan (atau ilmu-ilmu lain yang penting) belum lagi berada dalam litaran minda kita? Senang sahaja. Jangan malu untuk bertanya mereka yang pandai dan lebih mengetahui daripada kita. Saya juga banyak bertanya apabila saya tidak mengetahui sesuatu perkara. Bertanya itu adalah penyembuh kejahilan (sepertimana maksud Hadith Nabi SAW). Namun, saya perhati ramai juga yang tidak mahu bertanya walaupun mereka tidak tahu langsung sesuatu perkara itu. Malah, mereka turut memberi keputusan dan fatwa sedangkan mereka tidak faham pun. Saya tidak tahu bagaimana hendak menyifatkan fenomena ini.

    Ilmu kehidupan dalam kehidupan kita terlau banyak. Ada yang amat penting dan yang penting dan ada juga yang biasa-biasa sahaja. Apa pilihan yang kita ada untuk berjaya sebagai seorang sarjana Syariah yang mampan dan berketerampilan? Tiada pilihan. Belajar sendiri atau bertanya mereka yang mengetahui. Yang penting untuk sarjana Syariah bukanlah ilmu yang lengkap dalam bidang-bidang yang amat penting dan penting ini tapi sekadar mengetahui asas-asas utamanya dan juga kebolehan bertanya soalan yang relevan untuk sesuatu kes. Kebolehan bertanya adalah skil kehidupan yang baru dalam kurun ke 21 yang menyaksikan bagaimana pelbagai disiplin ilmu berkembang dengan cepat dan laju.

    * Foto hiasan semasa saya memberi ucapan selama 12 minit di Hari Anugerah Cemerlang Usahawan Olive House 2016 pada hari Ahad yang lepas dan beberapa foto di Beijing hari Sabtu yang lepas.

你可能也想看看

搜尋相關網站