[爆卦]Haifa是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Haifa鄉民發文沒有被收入到精華區:在Haifa這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 haifa產品中有59篇Facebook貼文,粉絲數超過6萬的網紅Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah,也在其Facebook貼文中提到, TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 28) Masa bagi bentangkan kertas saya dah sampai. Rama2 terbang dalam perut. Badan berpeluh. Tajuk kertas saya tentang perl...

 同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過1,170的網紅K's journey,也在其Youtube影片中提到,🇮🇱海法最美風景在這裡🌹巴哈伊空中花園Bahai Gardens🌲 沒有事先預約,中午的英語導覽也已經額滿。在老公極力爭取下,我成功亂入俄語導覽團😂 不過美景當前,其他遊客似乎也沒在聽講解。 這裡是巴哈伊教信仰的朝聖地,金色圓頂建築—巴孛陵寢是海法最醒目的地標,創辦人巴孛的遺體就埋葬於此。該宗教追...

  • haifa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答

    2021-07-12 07:11:02
    有 816 人按讚

    TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 28)

    Masa bagi bentangkan kertas saya dah sampai. Rama2 terbang dalam perut. Badan berpeluh.

    Tajuk kertas saya tentang perlantikan & penamatan kontrak hakim mahkamah kerajaan Umayyah di Mesir selama hampir 130 tahun. Kajian secara imperikal. Alhamdulillah, ia dapat diterima dengan baik oleh komuniti ilmuan yang lebih berpengalaman.

    Mungkin point paling power saya jumpa dalam kajian saya ialah kebanyakkan kes penamatan kontrak seorang hakim disebabkan kelemahan pentadbiran kehakiman tentang harta wakaf (dikenali sebagai ahbas di Mesir). Ada elemen korupsi. Kecurangan kewangan. Rekod yang tidak baik. Pendek cerita, ada isu kawal selia & tata kelola. Sejak dulu lagi, pengurusan harta negara & awam menjadi isu terbesar negara. Bila ada harta, ada ketamakan & kegelojohan.

    Saya senyum sendirian semasa dalam dewan. Bila sampai waktu makan tengahari & malam, saya rasa kerdil & cuak. Golongan sarjana barat yang mengkaji Islam ini (Orientalis) bercakap atas meja makan tentang apa saja yang mereka baca & kaji setiap hari. Bukan setakat buku bercetak, mereka juga terjun ke dalam alam manuskrip asal tulisan ulamak Islam yang belum dicetak. Bila mereka masuk bab ini, saya menjadi macam melekut di tepi gantang (baca: tak relevan).

    Di antara Orientalis yang hadir adalah David Powers & Wael Hallaq. Ada hampir 30 orang semuanya. Tak ingat nama mereka. Kalau saya terima tawaran PhD di Columbia Uni, USA, penyelia saya pastinya David Powers.

    Satu lagi kehebatan Orientalis ialah mengkaji Islam dari aspek ketamadunan. Mereka kaji sesuatu perkara berdasarkan fakta sejarah, sosiologi, antropologi & fabrik masyarakat serta sains & teknologi. Mereka kaji bab air dari segi penjagaan sumber air, pencemaran air, liabiliti pembersihan air, pembahagian air di ladang malah hukum alat yang diguanakan dalam mengekploitasi air yang ditulis sarjana Islam dahulu. Ulamak & pelajar Islam pula kaji bab air dari segi air bersih & air najis. Amat berbeza sekali.

    "Apakah tanda aras mengukur kredibiliti seorang hakim dalam pengurusan harta awam?" tanya seorang Orientalis wanita daripada Haifa Uni, Israel.

    Saya terdiam. Cara & frekuensi fikiran mereka amat tinggi.

    MDB

  • haifa 在 Facebook 的最佳解答

    2021-05-23 08:54:09
    有 8,837 人按讚

    Ramai yang bertanya soalan. Kali ini panel yang menjawab ialah saudara @hafeez.1914 - ketua ziarah @alccalamin yang sudah 45 kali ke Al Aqsa🤲

    1. Penduduk Jerusalem di bawah oleh Krjaan Isrl.
    Status mereka adalah residen & bukan penduduk tetap.
    Jadi sbg penduduk Islam perlu membayar cukai yg tinggi beza dgn org israel yg cukai mereka rendah & menerima subsidi.

    2. Keluarga yg di Sheikh Jarrah yg dirampas rumh mereka ditumpangkn pd keluarga jiran yg trdekat utk sementra waktu. Mereka mmg biasa buat mcmtu rampas shj.sbb kedudukan Sheikh Jarrah dekat dgn sempadan West Jerusalem yg diduduki oleh Yhdi.

    3. Mula2 bwa ke balai brdekatan kemudian terus dipenjara sementara utk dibicarakan.hukuman kdgkala tidak setimpal dgn kesalahan.waalaupon sekecil kesalahan baling batu bole dipenjara setahun, kdgkala sebulan.ikut mereka..

    4. covid? mereka semua telah divaksin dgn suntikan pfizer. & semua telah amik 2 dos.

    5. Bertelagah?tidak semua sependapat dgn apa yg sedang berlaku..dimana2 sebuah negara pon hatta didalam klgn keluarga ada yg berselisih pendapat..ada yg inginkan ketenangan solat di aqsa & ada yg nk syahid pertahankn aqsa. Perlu ada individu yg dpt menyatukan mereka agar kemenangan yg mutlak inshaallah.

    6. Imam mahdi akn bersolat di aqsa & akn melawan djjl.ketika itu djjl telah turun.yhdi sebhagian telah menjadi pengikut djjl & sebahagian lg beriman mengikut syariat Nabi Muhamad SAW.

    7. masih belom dapat lg rumah mereka sebab Yahudi mmg buat harta sendiri.

    8. penduduk israel lebih kurg 9.2juta & 20% adalah arab israel & sebahagian arab israel ni mereka gelarkn diri sbg israeli palestinians. haifa di israel & ada org arb muslim juga ditindas.

    9. palestn pecah kpd 3 area : westbank | Jrusalem | Gaza. Westbank diperintah oleh fattah. hebron, jericho, ramallah, betlehem itu sbhgian dr wilayh fattah.selalu shj diserang oleh askr israel.bykkan follow ig palstn utk updte trkini.

    10. bahasa arab adalah bahasa alquran & bahasa perbualan di syurga nanti..tidak rugi belajar dan sebaik2nya belajarlah..

  • haifa 在 Facebook 的最讚貼文

    2021-05-14 23:22:06
    有 8,243 人按讚

    Abaikan propaganda ‘mereka’. Tahukah anda orang Palestin ramai yang jadi doktor?

    “Tindakan berani seorang doktor beragama Islam yang cedera dalam usaha untuk menyelamatkan seorang lelaki Yahudi di sebuah bandar Islam di Tamra semalam adalah suatu usaha murni yang menampilkan akhlak terpuji.

    Seorang saksi kejadian telah mendapatkan bantuan bagi membantu mangsa. Dr. Muhammad Awad, 33 tahun, seorang doktor Unit Kecemasan di Pusat Rawatan Bnei Zion, Haifa merupakan seorang sukarelawan yang mengetuai sepasukan paramedik telah tiba di tempat kejadian dengan menaiki ambulans. Beliau dan pasukannya bergegas untuk menyelamatkan mangsa sejurus tiba tetapi telah dicederakan oleh para pemberontak Yahudi yang sedang hilang kawalan biarpun mereka yang memulakan semua ini.

    Beliau melindungi mangsa menggunakan badannya sendiri dalam usaha untuk membawa mangsa ke dalam ambulans. Kejadian berlaku di pusat pemberontakan di sebuah kampung di mana lokasi kejadian tidak dapat dimasuki oleh pihak polis kerana terlalu bahaya.

    Dr. Muhammad Awad dan petugas ambulans berkenaan merupakan wira sejati kerana sanggup meletakkan diri mereka dalam bahaya semata-mata untuk menyelamatkan mangsa berlainan agama. Beliau adalah simbol perpaduan di Pusat Rawatan Bnai Zion. Para petugas barisan hadapan di pusat rawatan berkenaan berkolaboratif secara aman dan harmoni demi keselamatan orang awam di Haifa dan Utara Israel. Pemberontakan telah berlarutan selama beberapa malam di beberapa bandar yang diduduki oleh kedua-dua puak Yahudi dan Arab. Ramai orang awam telah terkorban dan banyak bangunan bersejarah sudah dimusnahkan.

你可能也想看看

搜尋相關網站