[爆卦]GIFA是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇GIFA鄉民發文沒有被收入到精華區:在GIFA這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 gifa產品中有3篇Facebook貼文,粉絲數超過6萬的網紅Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah,也在其Facebook貼文中提到, Siapakah Datuk Dr. Mohd Daud Bakar? ############################ Beliau adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group. Mantan Timbalan Naib Ch...

 同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅伊汶涵宇,也在其Youtube影片中提到,2020 四脚狼狗多寶仔一家的故事 https://www.youtube.com/playlist?list=PL_QxI1NU_adOITFC8ThOdSmpPFi207kI5 狼狗多寳 https://www.youtube.com/playlist?list=PL10C299B29C7A...

  • gifa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答

    2017-06-11 04:44:24
    有 532 人按讚

    Siapakah Datuk Dr. Mohd Daud Bakar?
    ############################

    Beliau adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group. Mantan Timbalan Naib Chanselor di UIAM. Sekarang beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Lembaga Penyeliaan Syariah International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM), Labuan serta penyandang Kursi Akademik Yayasan Tun Ismail (YTI) – USIM.

    Dr Mohd Daud Bakar juga adalah Ahli Lembaga Syariah the Dow Jones Islamic market Index (New York), Muzn Islamic Bank (Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London) yang boleh di simpulkan sebagai Tokoh Shariah Global atau Pakar Penasihatan Shariah Global.

    Memenangi pelbagai anugerah, antaranya Anugerah “The Asset Triple A Industry Leadership Award” oleh The Asset magazine, “Tokoh Perdana – Maulidur Rasul” tahun 2014, dan “Shariah Scholar of the Year-2015” oleh London Sukuk Summit dan yang terkini Syarikat penasihatan beliau Amanie Advisors dianugerahkan Best Shariah Advisory Firm 2016 oleh Global Islamic Finance Award (GIFA).

    Beliau adalah Pemegang Doktor Falsafah dari St. Andrews University, Scotland; Ijazah Sarjana Muda (Fiqh dan Usul) dari Universiti Kuwait dan (second degree) Ijazah Sarjana Muda Perundangan (external), Universiti Malaya.

    Beliau seorang yang aktif membentangkan pembentangan dalam penasihatan Syariah dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam merata dunia, penulis prolifik berdasarkan perkongsian pengalaman beliau yang luas di bidang penasihatan syariah dengan karya-karya bertajuk : Minda Syariah Kewangan Islam, Saya Ada 25 Jam Sehari dan yang terkini adalah Emirates Airline Sukuk.

    Seorang yang sangat dinamik, ‘energetic’ dan boleh bekerja ‘up and down’ dari satu lapangan terbang ke lapangan terbang yang lain. Tokoh penasihatan Syariah Global yang menginspirasikan, motivator dan usahawan syariah berjaya.

    <>

    #tokohsyariahglobal

  • gifa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文

    2016-12-03 05:42:15
    有 95 人按讚

    Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global - Siri 11

    Mohd Dania Madani (MDM)

    Sepanjang sesi wawancara ini, saya belum mengetahui apakah anugerah atau award yang telah Datuk perolehi hasil dari kejayaan yang telah Datuk sumbangkan samada anugerah berbentuk peribadi atau dari syarikat Datuk sendiri. Justeru, bolehkah Datuk kongsikan agar pembaca termotivasi untuk berlumba-lumba menyumbang kebaikan kepada masyarakat dan apakah anugerah yang ingin Datuk kecapi pada masa akan datang?

    Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)

    Anugerah adalah sesuatu yang indah di dunia apatahlagi di hari akhirat iaitu satu hari anugerah (dan balasan) yang diluar jangkaaan dan perkiraan kita. Macam-macam boleh jadi di hari besar tersebut. Kita sangka kita sudah baik di dunia dan dipandang mulia serta diiktiraf oleh Allah SWT tapi mungkin sikitpun Allah SWT tidak pandang kepada kita di hari kita berdiri di hadapanNya. Nama kita tidak tercatitpun dalam senarai penerima anugerah Allah SWT. Mungkin ada juga di kalangan kita yang namanya tidak pernah dikenali oleh manusia dan mungkin juga oleh keluarganya sendiri tapi namanya harum dan disebut-sebut di alam langit dan para malaikat. Allah SWT amat tepat dan bijaksana dalam anugerahNya.

    Anugerah adalah penghargaan dan pengiktirafan yang diberi bukan dibeli. Apabila kita diberikan anugerah, kita amat teruja sebab ia adalah satu pemberian dan bukannya satu balasan kepada mana-mana kontrak komersil atau adat. Kalau anugerah itu adalah satu pembelian, ianya bukan lagi satu anugerah. Sebagai manusia, kita pastinya akan gembira dan bangga kalau kita mendapat panggilan atau surat bahawa kita akan mendapat anugerah daripada pihak yang lebih tinggi dan dihormati. Anugerah ada unsur 'kejutan' dan 'tidak disangka'. Itu yang menjadikan anugerah istimewa dan teruja. Kalau sudah hilang unsur 'kejutan' ini, itu bukan lagi anugerah. Sama sahaja di dunia dan akhirat dalam hal ini. Anugerah ada unsur suspens.

    Anugerah pertama dalam kehidupan saya ialah menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan penilaian darjah lima pada tahun 1975. Ia sama dengan UPSR zaman sekarang. Yang bezanya ialah A susah nak dapat di zaman dahulu. Saya hanya mendapat 2A 3B tapi itu sudah cukup menjadikan saya pelajar terbaik. Saya masih ingat bagaimana suka dan bangganya saya mendapat piala di atas pentas buat pertama kalinya dalam kehidupan. Rasa macam dapat pingat emas di sukan Olimpik. Emak dan abah turut bangga. Semua orang di kampung datang tangkap gambar dengan piala tersebut. Saya masih dapat ingat perasaan kegembiraan saya sebab saya tak menjangka akan menjadi pelajar terbaik. Sebelum peperiksaan penilaian darjah lima, saya hanyalah orang no 2 dalam semua peperiksaan. Tapi dalam peperiksaan penilaian ini dan juga dalam darjah enam, saya menjadi no 1. Saya selalu lambat berkembang (blooming) dalam kehidupan saya.

    Tidak banyak anugerah yang benar-benar menguja saya melainkan menjadi pelajar terbaik mata pelajaran sejarah dalam SPM 1981. Itupun berkongsi hadiah RM50 dari guru Sejarah yang kami amat sayang dengan rakan saya Ismail Ahmad sebab hanya kami berdua sahaja yang memperolehi pangkat 1 dalam Sejarah di sekolah. Jumlah wang tak penting tapi menjadi pelajar terbaik dalam Sejarah di kalangan lebih 100 pelajar terpilih adalah sesuatu yang cukup manis. Saya juga mendapat beberapa anugerah dalam Senarai Dekan kerana memperolehi CGPA yang cemerlang sewaktu belajar di Kuwait di peringkat ijazah pertama.

    Paling menarik ialah saya memperolehi satu anugerah dari Universiti St Andrews berjumlah 1000 Pound Sterling untuk membuat kajian selama sebulan di Mesir pada tahun 1992.Jumlah itu adalah rekod tertinggi dalam sejarah universiti. Saya difahamkan bahawa selepas saya mendapat anugerah itu, pihak pengurusan amanah kepada anugerah ini telah membuat pindaan kepada syarat-syarat anugerah di mana jumlah maksikum ialah tidak boleh melebihi GBP500. Saya bernasib baik dan bertuah. GBP 1000 adalah satu jumlah yang besar dan saya yang pertama dan terakhir. Semua wang itu saya beli buku-buku usul fekah sampai saya ada mini perpustakaan untuk usul fekah.

    Dalam bidang kewangan Islam, saya telah mendapat banyak anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Ia bermula dengan anugerah Tokoh Kewangan Islam di Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pada tahun 2005. Saya berada di Jakarta sewaktu mendapat pangilan daripada pihak penganjur dan terus bergegas pulang untuk menerima anugerah tersebut. Anugerah pertama di peringkat antarabangsa ialah menjadi pemenang anugerah Penasihat Syariah Zaki Badawi dalam Sukuk Summit di London dalam tahun 2008.

    Di rantau Asia Pasifik, saya mendapat anugerah tertinggi Tripple Aset A dari satu badan yang beribupejabat di Hong Kong pada tahun 2014. Ini adalah satu pengiktirafan yang amat penting bagi saya kerana mendapat anugerah yang tertinggi pada tahun itu di kalangan semua pemenang. Di tahun yang sama, pihak Kerajaan Malaysia telah memberi anugerah Tokoh Perdana kepada saya sempena Hari Sambutan Maulidul Rasul peringkat kebangsaan. Saya telah menerima anugerah ini daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Saya terharu dengan anugerah sebegini pada usia saya yang muda berbanding dengan penerima anugerah sebelum saya. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang nampak dan menghargai sumbangan saya di dalam dan luar negara. Dalam sesi media selepas mendapat anugerah tersebut, saya ditanya apakah impak anugerah ini kepada saya. Jawapan saya adalah dua perkataan sahaja iaitu "Keusahawanan Syariah". Saya ingin menjadikan agenda keusahawanan Syariah agenda saya di peringkat nasional. Secara tak sedar, saya mungkin juga telah mencipta tema keusahawanan Syariah buat pertama kali dalam kamus perbendaharaan bahasa Malaysia.

    Di tahun 2015, sekali lagi pihak kerajaan Malaysia telah menganugerahkan saya dengan pengiktirafan yang tinggi iaitu pingat PJN yang dikurniakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Anugerah ini membawa gelaran "Datuk". Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan Malaysia. Anugerah ini terus memotivasikan saya untuk terus memberi yang terbaik kepada negara dan masyarakat.

    Di penghujung 2015 dalam satu seminar ekonomi Islam di Dubai yang dihadiri oleh 3000 orang, syarikat saya iaitu Amanie Advisors telah dinobatkan sebagai firma terbaik dalam bidang insfrastruktur pengetahuan kewangan Islam. Ia adalah satu anugerah yang kompetetif. Saya telah menerima anugerah ini daripada DYMM Sheikh Muhammed bin Rashid Al Maktoum, Pemerintah Dubai dan Perdana Menteri UAE. Amanie telah mendapat anugerah ini kerana kami aktif mengembangkan kewangan Islam dalam pasaran baru yang disebut sebagai pasaran 'emerging' dan 'frontiers' yang kadang-kadang penuh dengan cabaran dan krisis seperti Kaherah, Kabul, Tripoli dan Nairobi. Pada waktu itu, Amanie mempunyai 10 syarikat di 10 ibukota dunia. Kami adalah firma rundingan Syariah yang paling banyak mempunyai rangkaian pejabat di seluruh dunia dan separuh daripadanya adalah beroperasi di pasaran kewangan Islam yang baru. Ini adalah satu anugerah yang cukup prestij kepada saya dan rakan-rakan saya dalam Amanie.

    Selepas mendapat anugerah ini, iaitu pada tahun ini iaitu 2016, saya telah dilantik sebagai juri hakim antarabangsa untik memilih para pemenang pula untuk pelbagai kategori anugerah ekonomi Islam Dubai yang kompetetif ini. Nampaknya, saya dan syarikat saya tidak lagi berpeluang untuk dicalonkan lagi. Saya okay dengan fakta ini. Saya kurang berminat untuk jadi pemenang setiap tahun. Kita mesti buka ruang untuk 'pemain' baru mendapat penghargaan dan juga publisiti. Semua orang perlukan ini. Mungkin ramai tidak bersetuju dengan saya sebab mereka ingin selalu berada di atas pentas. Bagi saya, semua orang berhak dan perlu ada di atas pentas utama walaupun sekali.

    Di bulan April 2016, Amanie Advisors mendapat satu lagi anugerah sebagai firma rundingan Syariah terbaik dunia di London Sukuk Summit dan juga dalam Global Islamic Finance Award (GIFA) di Jakarta di bulan September yang disaksikan oleh Yang Amat Terhormat Bapak Presiden Indonesia. Dalam acara yang sama di Jakarta, buku sulung saya iaitu Shariah Minds in Islamic Finance telah mendapat anugerah buku kewangan Islam terbaik. Saya amat teruja kerana baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac 2016 oleh DYMM Seri Paduka Sultan Nazrin Muizzudin Shah, buku tersebut menjadi pilihan utama pembaca dalam industri kewangan Islam. Ini amat memberansangkan kepada saya sebagai penulis baru dalam dunia karyawan dan penulisan.

    Malah, kebarangkatan DYMM Seri Paduka Sultan Nazrin Muizuddin Shah mencemar duli untuk melancarkan buku sulung saya ini dan terjemahannya iaitu Minda Syariah Kewangan Islam adalah satu anugerah tertinggi kepada saya dan keluarga. Ia adalah satu detik yang saya dan keluarga akan simpan dan hargai sampai bila-bila sebagai kebanggaan dan penghormatan kepada kami sekeluarga. Terus terang, detik bersejarah ini adalah pencetus inspirasi dan motivasi saya yang berfrekuansi tinggi. Kuat dan hebat.

    Ini adalah beberapa anugerah utama sepanjang kehidupan saya dalam pelbagai fasa kehidupan dan lapangan. Semuanya adalah pencetus inspirasi kepada saya. Apakah anugerah yang saya ingin perolehi atau mimpikan di masa hadapan. Memang saya seorang yang kuat bermimpi. Orang atau organisasi yang tidak ada mimpi adalah orang atau organisasi yang tidak ada ruh, jiwa malah keperibadian pun. Malah mimpi lebih bertenaga daripada idea. Kalau idea adalah cetusan minda, mimpi pula adalah cetusan ruh, minda dan kehendak diri yang kuat (willpower).

    Buku saya Minda Syariah dalam proses diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia, Perancis, Arab dan juga Jepun. InsyaAllah semuanya akan berada di pasaran di awal tahun hadapan. Mimpi saya supaya setiap buku ini mendapat anugerah dalam ketegori bahasa masing-masing. Saya ingin menjadi penulis yang buku saya dibaca di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa. Dalam bidang penulisan, saya ingin juga mendapat pengiktirafan sebagai penulis buku ala-fiksyen yang terbaik. Saya sedang menulis sebuah buku yang berbentuk fiksyen tapi sarat dengan ilmu Syariah yang dijangka siap pada awal 2018. Saya sedang membaca banyak fakta sains untuk digabungkan dengan fakta Syariah tetapi ditulis dalam bahasa fiksyen supaya ada elemen fantasi untuk melihat Syariah dalam dunia fantasi sebagai metafor kepada keadaan Syariah yang sebenar kalau Syariah benar-benar hidup dalam kehidupan.

    Di samping hadiah dan anugerah buku ala-fiksyen, kalau boleh, saya juga ingin menjadi pemenang hadiah Nobel dunia. Saya sudah ada tema buku untuk mimpi hadiah Nobel tersebut tetapi ianya perlu kepada data dan fakta yang cukup. Mimpi yang basah akan sentiasa membuka ruang masa dan ilham untuk lakunya apa yang perlu. InsyaAllah, saya rasa saya mempunyai semangat dan daya tahan untuk melakukan ini. Saya perlu ada tutor dan saya perlu banyak membaca. Ini yang paling minima. Yang lebih penting untuk hadiah Nobel, saya perlu bangunkan sayu teori berfakta yang memberi impak kepada keseluruhan masyarakat dunia.

    Dalam bidang kerjaya rundingan saya, saya mempunyai mimpi ingin membantu sebanyak mungkin usahawan baru untuk berjaya samada melalui platform pintar yang sedang saya bangunkan melalui pendekatan Big Data Analytics atau melalui dana modal teroka yang insyaAllah saya ingin uruskan sendiri satu hari nanti atau melalui karya dan ceramah-ceramaah motivasi tentang keusahawanan atau kesemuanya sekali. Saya memang tengah bekerja keras untuk merealisasikan wawasan ini. Tidak cukup untuk anda berjaya seorang diri. Saya mesti tolong semua orang yang ikhlas dan dedikasi untuk lebih berjaya. Merekalah pencipta pekerjaan dan pencipta kekayaan sebenar dalam masyarakat kita. Kalau saya dapat anugerah untuk aktiviti sebegini, ia adalah satu pengiktirafan kepada kesemua mereka yang ingin berdikari dalam masyarakat.

    Anda mungkin beranggapan bahawa saya adalah seorang yang pemimpi (dreamer). Anda tidak salah. Saya adalah seorang pemimpi tapi saya yakin saya tidak berseorangan. Ramai orang berjaya kerana mereka berani untuk bermimpi. Ada orang nak bermimpi pun takut. Bila ada suara hati untuk bermimpi, cepat-cepat dimatikan mimpi itu. Hidup mereka tiada mimpi, impian dan wawasan. Hanya aktiviti biasa dan rutin setiap hari, minggu, bulan dan tahun malah dekad. Dalam bahasa lain, satu kehidupan yang tidak ada sesuatu untuk bekerja keras dan mujahadah untuk dicapai. Saya tahu sekiranya saya gagal dalam mimpi saya, saya gagal dalam melakukan satu wawasan dan untuk satu tujuan yang mulia. Kemungkinan besar mimpi hadiah Nobel saya tak akan tercapai tapi biarlah buku ini menjadi satu karya penting untuk lanskap kewangan moden dan Syariah untuk beberapa dekad mendatang. Saya tidak mahu gagal dalam keadaan jiwa, minda dan ruh saya kosong dari doa dan mimpi. Doa dan mimpi mestilah serangkai dan serentak barulah timbul kehendak diri yang kuat (willpower).

    * Foto-foto di bawah adalah gambar hiasan tapi ia adalah gambar sebenar dalam beberapa majlis anugerah yang saya sebut dalam sesi wawancara di atas. Ambil maklum bahawa sebahgian nama resmi award atau anugerah dan tahun mungkin kurang tepat kerana saya berada dalam perjalanan di luar negara sekarang dan tidak sempat untuk audit dan hari ini ofis saya tak bekerja. Tetapi jenis anugerah dan pemberi anugerah adalah tepat.

  • gifa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文

    2016-10-06 11:37:03
    有 23 人按讚

    ULASAN BUKU: Minda Syariah Kewangan Islam Oleh Dr Mohd Daud Bakar

    Oleh: Mohd Izwanuddin Abd Rahim

    Saya telah lama bercadang untuk menulis ulasan tentang buku ini namun hanya berkesempatan pada saat ini. Buku ini saya habiskan bacaannya dalam masa 2 hari saja. Buku ini wajar dibaca sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

    Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menimba ilmu secara langsung dari penulis buku ini. Walaupun buku ini banyak memberi fokus kepada kewangan islam, namun banyak isu lain yang turut disentuh di dalamnya.

    Saya sertakan salah satu isu menarik yang dinyatakan dalam buku ini. Antaranya tentang masalah pemilik tanah yang mengandungi tumbuh-tumbuhan yang menuntut bayaran dari pemilik lebah. Kes ini adalah kes klasik di zaman silam.

    Permasalahannya begini. Pada zaman itu, ada pemilik tanah yang menganggap bahawa mereka berhak untuk menuntut bayaran kepada pemilik lebah yang memakan debunga di kawasan tanah milik mereka. Ini kerana debunga itu dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan milik pemilik tanah. Ini menimbulkan persoalan sama ada debunga itu termasuk dalam hak milik awam atau hak milik pemilik tumbuhan itu.

    Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah ( wafat 241 H ) dalam salah satu pandangannya berpendapat bahawa harta di atas tanah merangkumi tumbuh-tumbuhan di atasnya. Jadi tumbuh-tumbuhan tidak boleh dianggap sebagai hak milik awam. Dengan kata lain, debunga juga termasuk dalam hak milik persendirian pemilik tanah. Walau bagaimanapun, dalam pandangannya yang lain, tumbuh-tumbuhan tidak termasuk kepada tanah tersebut dan dengan demikian ia adalah hak milik awam.

    Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah ( wafat 728 H ) menyokong pandangan yang kedua. Alasannya, terdapat hadith yang menyatakan bahawa semua orang Islam berhak ke atas air, rumput , dan api. Kemudian hal ini turut diluaskan maknanya kepada debunga. Oleh sebab debunga tidak tergolong dalam kumpulan rumput, maka kaedah qias al-aula digunakan. Jika penggunaan rumput kepada semua pihak adalah dibolehkan, maka lebih utama lagi bagi debunga. Tambahan pula, debunga itu hanya mampu dimanfaatkan oleh lebah.

    Jika pemilik lebah memanfaatkan debunga itu, hak milik pemilik tanah ke atas tumbuh-tumbuhan itu tidak terjejas sama sekali. Dalam kes ini, disebabkan hanya lebah yang mampu memanfaatkan debunga itu, maka hujah bahawa debunga adalah hak milik awam adalah lebih kuat. Jika lebah tidak memanfaatkannya, tidak ada pihak lain yang boleh memanfaatkannya. Oleh sebab itu, pemilik tanah tidak berhak untuk menuntut bayaran dari pemilik lebah. Demikianlah salah satu contoh klasik aplikasi syariah dalam konteks zaman silam. Perbincangan tentang isu ini boleh diikuti di halaman 91-93.

    Banyak lagi isu menarik yang dibahaskan dalam buku ini.

    Bagi saya, ada 5 sebab mengapa buku ini perlu dibaca :

    1. Buku ini memenangi anugerah ‘ Islamic Finance Book Of The Year ‘ dalam Majlis Global Islamic Finance Award ( GIFA ) 2016. Ini menunjukkan bahawa buku ini sangat berkualiti.

    2. Syarikat Amanie Advisor yang dikendalikan oleh penulis buku ini turut memenangi anugerah Best Syariah Advisory Firm 2016 dalam majlis yang sama.

    3. Penulis buku ini ialah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    4. Penulis buku ini dianggap sebagai salah seorang daripada 5 tokoh kewangan islam terbaik di dunia.

    5. Buku ini ditulis berdasarkan secara langsung penulis yang telah berkecimpung dalam bidang kewangan Islam puluhan tahun lamanya. Buku ini bukan sekadar berlegar-legar di sudut teori semata-mata.

    Buku ini saya tidak jual. Namun mereka yang berhasrat untuk memilikinya boleh pergi ke laman web ini iaitu http://shariahminds.com/shop/shariah-minds-1212-detail.

你可能也想看看

搜尋相關網站