Singgah di jeti terjumpa kucing ni, kucing manja bermata unik. Kucing bermata macamni seperti sebelah mata berwarna biru dan sebelah mata berwarna kun...
Singgah di jeti terjumpa kucing ni, kucing manja bermata unik. Kucing bermata macamni seperti sebelah mata berwarna biru dan sebelah mata berwarna kuning , hijau atau coklat adalah merupakan bentuk Heterochromia, keadaan ini juga boleh terjadi kepada beberapa haiwan yang lain juga (tapi tk pernah jumpa lagi binatang lain). Kerap ditemui biasanya pada kucing terutama yang berwarna putih, tetapi ia boleh berlaku juga kepada kucing yang berwarna lain, dengan syarat mestilah mempunyai gen putih . Kecacatan warna mata ini biasanya dipanggil "Bi-Colored". Punca keunikan warna mata ini terjadi, apabila gen epistatic (dominan) iaitu putih dikacukkan dengan sebarang warna kucing yang lain sehingga mendapat keturunan berwarna putih. Warna mata berlainan berlaku kerana gen putih menghalang melanin (pigmen) dari membentuk gennya menyebabkan gen putih dapat mempengaruhi separuh melanin (pigmen) lain sehingga menyebabkan kucing dilahirkan dengan sebelah mata berwarna biru dan dan sebelah mata berwarna kuning, hijau atau coklat. Keadaan ini jarang berlaku jika kucing yang kekurangan gen putih tadi. Apapun puncanya ini adalah salah satu kebesaran Allah SWT kepada umat manusia untuk menghargai atau lebih menyanyangi haiwan bernama kucing ini...
epistatic 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
epistatic 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
epistatic 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文