[爆卦]ARS540是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇ARS540鄉民發文沒有被收入到精華區:在ARS540這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 ars540產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過168萬的網紅Lee Hsien Loong,也在其Facebook貼文中提到, Dalam ucapan Bahasa Melayunya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian tentang identiti tersendiri masyarakat Melayu Singapura yang berbeza...

  • ars540 在 Lee Hsien Loong Facebook 的最讚貼文

    2019-08-18 00:00:00
    有 540 人按讚


    Dalam ucapan Bahasa Melayunya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian tentang identiti tersendiri masyarakat Melayu Singapura yang berbeza daripada orang Melayu lain di rantau ini dan masyarakat Islam lain di dunia. PM juga menyebut nilai murni 3K yang membentuk identiti Melayu Singapura - Kewarganegaraan, Kemahiran dan Keperibadian. Dalam ucapannya, PM memberi fokus kepada dua K - Kemahiran dan Keperibadian.

    Kemahiran adalah kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan bagi meningkatkan masyarakat Melayu. Dari segi pendidikan, ramai orang Melayu kini berkelayakan lebih tinggi dan mempunyai pekerjaan yang lebih baik. Kini, lebih ramai kanak-kanak Melayu mengikuti pendidikan prasekolah. Namun lebih baik lagi jika ini dilakukan apabila mereka berusia 3 atau 4 tahun. Pemerintah juga akan memastikan kos pendidikan prasekolah kekal dimampui khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah. Di peringkat pos menengah pula, ramai pelajar yang kini layak masuk ke politeknik dan universiti bukan dari keluarga yang senang. Pemerintah akan memastikan yuran politeknik dan universiti dimampui pelajar seberapa mungkin.

    Kedua, PM menyentuh tentang Keperibadian, iaitu bagaimana Islam diamalkan dalam konteks masyarakat majmuk Singapura. Asatizah memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat Islam Singapura yang progresif. Dr Maliki Osman sedang mengetuai sebuah jawatankuasa bagi mengkaji cara-cara meningkatkan profesionalisme asatizah, sebagai lanjutan daripada Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

    Dalam menggulung ucapannya, PM memuji masyarakat Melayu yang telah berkembang maju seiring kemajuan Singapura sambil berpegang teguh kepada identiti tersendiri. PM yakin masyarakat Melayu akan bertambah maju, tahun demi tahun.

    #ndrsg

你可能也想看看

搜尋相關網站