[爆卦]yasna meaning是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇yasna meaning鄉民發文沒有被收入到精華區:在yasna meaning這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 yasna產品中有4篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, [Benarkah Tidak Ada Tauhid Rububiyyah Bagi Bukan Muslim?] Terdapat kritikan sebahagian ilmuan terhadap konsep Tauhid Tiga Serangkai iaitu Tauhid Rubu...

 同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅かえる旅,也在其Youtube影片中提到,登録者3000人記念のみんなで作る動画です!! タイトルはそのまま【手から手へ・・】です! 皆さんの好きな場所や好きな物を手から手へと動画が繋がるイメージで作りました☆ 嬉しい事に予想よりも多くの動画が届いたので、少し早送りになっていたり途中カットされている方もいるかもしれませんがご了承ください・・...

  • yasna 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答

    2017-07-21 08:44:24
    有 114 人按讚

    [Benarkah Tidak Ada Tauhid Rububiyyah Bagi Bukan Muslim?]

    Terdapat kritikan sebahagian ilmuan terhadap konsep Tauhid Tiga Serangkai iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat. Malah mereka juga mendakwa menjadi kesalahan apabila mengatakan orang musyrik juga memiliki tauhid Rububiyyah.

    Antara yang terkenal dalam mengemukakan kritikan ini adalah Hassan bin Ali as Saqqaf di dalam bukunya ‘At-Tandid Bima Addada at Tauhid; Ibtalu Muhawalati at Tahlith fi at Tawhid wa al Aqidah al Islamiyyah’ (Amaran Buat Orang Yang Mengadakan Berbilang-Bilang Tauhid; Pembatalan Usaha Mentriniti Tauhid dan Akidah Islam).

    Buku beliau telah banyak dijawab dan antara yang dilihat terkedepan adalah jawapan Dr. Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin al-Abbad, dalam bukunya ‘al-Qaulus Sadid fi Raddi ’ala Man Ankara Taqsima Tauhid’ khusus menjawab Hassan as Saqqaf.

    Persoalan, adakah benar orang musyrik memiliki Tauhid Rububiyyah juga? Sekiranya dikatakan tauhid, harus mengapa mereka menyembah berhala sedangkan itu bukan termasuk di dalam konsep tauhid yang mengesakan Allah?

    Apa itu Tauhid Rububiyyah?

    Tauhid Rububiyyah itu adalah mengesakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa yang mengatakan ada sesuatu selain Allah yang menciptakan (sepertimana Allah mencipta), atau mentadbir alam ini, atau lain-lain daripada perbuatan yang berunsur ketuhanan, maka dia telah melakukan syirik dalam rububiyyah.

    Konsep kepercayaan ini bukan sahaja diimani oleh orang Islam. tetapi diimani juga oleh orang musyrik yang menyembah berhala.

    Perlu difahami bahawa terdapat 3 golongan kafir yang mencemarkan keesaan Tuhan.

    1) Golongan yang beriman kepada kewujudan Tuhan yang Maha Esa akan tetapi mereka menokok tambah dengan konsep berhala dan dewa dewi sebagai perantaraan selain daripada Tuhan Maha Esa.

    2) Golongan yang percaya kepada seseorang manusia (yang mengaku Tuhan) atau dewa (kultus atau ajaran sesat) sebagai Tuhan seperti Allah Yang Maha Mencipta (Rububiyyah).

    3) Golongan ateis yang tidak percaya kepada Tuhan.

    Golongan pertama adalah golongan bukan Islam yang memiliki konsep Tauhid Rububiyyah. Manakala kedua dan ketiga adalah golongan yang tidak memiliki konsep tauhid Rububiyyah. Oleh itu timbul isunya wujudkah orang musyik yang memiliki tauhid Rububiyyah? Dalilnya firman Allah yang bermaksud:

    “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan dari menyembah Allah?” ( Surah Az-Zukhruf: 87)

    “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Az-Zukhruf: 9)

    “Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10)

    “Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah." Katakanlah: "Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?.” (Surah Ra’d: 16)

    Dan banyak lagi dalil lain. Walaupun mereka mengakui wujudnya Tuhan yang Maha Esa tetapi mereka menfokus sembahan mereka kepada perantaraan seperti dewa-dewi, berhala dan sebagainya. Sehingga konsep keesaan Tuhan itu ditengelami dengan sembahan dewa-dewi.

    Isunya mereka tidak menolak kewujudan Allah yang maha esa. Akan tetapi mereka mensyirikkan Allah dengan sembahan-sembahan yang lain. Sebab itu ulama mengkelaskan golongan musyrik seperti ini mereka memiliki tauhid Rububiyyah. Buktinya boleh dilihat di dalam perbincangan konsep ketuhanan di dalam agama-agama mereka:

    Agama Hindu

    Di dalam agama Hindu, jika ditanya kepada golongan terpelajar, mereka akan mengatakan Tuhan itu satu sahaja. Segala-galanya datang darinya. Ia dikenali sebagai Brahman. Brahman tidak pernah diimej dan tidak pernah dipatungkan. Seperti disebut di dalam kitab suci terawal mereka dalam Rig Veda dan Upanishad:

    1) “Ekam sadvipra bahudhaavadanti”
    “Dia adalah Esa orang bijaksana menebut-Nya banyak nama” (Rigveda buku 1: rangkap 164, ayat 46)

    2) “Ekam eva advityam Brahman”
    “Tuhan hanya satu, tidak ada yang kedua” (Chandogya Upanishad bab 6 rangkap 2 ayat 1).

    Konsep kepercayaan kepada satu Tuhan itu wujud. Sehinggalah situasinya berubah apabila datangnya penulisan kitab suci terkemudian (Itihasa, Purana, dan lain-lain) lalu mewujudkan imej-imej dewa disamping Brahman. Dewa-dewa yang diwujudkan disamping Brahman itu seperti dewa Brahma, Siva dan Visnu serta wujudnya dewa-dewa lain. Dewa-dewa inilah dipatungkan dan disembah oleh orang kemudianya. Dan sampai ke hari ini kewujudan Brahman yang tidak berimej itu masih diimani oleh mereka akan tetapi Brahman itu telah disekutukan dengan sembahan dewa-dewi.

    Agama Yahudi

    Dalam agama Yahudi mereka beriman kepada Yahweh yang maha esa yang menciptakan segala-galanya. Disebut di dalam Tanakh bahawa Tuhan itu esa:

    “Oleh itu ingatlah hari ini dan jangan lupa bahawa Tuhan satu-satunya Allah di langit dan bumi; tidak ada yang lain” (Keluaran 4: 39)

    Ayat lainnya:

    “Akulah satu-satunya Allah; tiada yang lain kecuali Aku, Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa” (Keluaran 32: 39)

    Agama Zoroaster

    Agama Zoroaster juga memperkenalkan konsep tauhid iaitu Tuhan Ahura Mazda yang mencipta langit dan bumi. Di dalam kitab suci Zoroaster Dasatir Shat Vakhsur Zarthusht jelas mengatakan Tuhan itu Esa. Malah di dalam kitab suci kuno mereka dikenali sebagai Gathas menyebut tentang penafian kepada sembahan lain:

    “I reject the authority of the Daevas, the wicked, no-good, lawless, evil-knowing, the most druj-like of beings, the foulest of beings, the most damaging of beings. I reject the Daevas and their comrades, I reject the demons (yatu) and their comrades; I reject any who harm beings. I reject them with my thoughts, words, and deeds. I reject them publicly. Even as I reject the head (authorities), so too do I reject the hostile followers of the druj.” (Zend Avesta, Yasna 12: 4)

    Akan tetapi agama ini mula menyekutukan Ahura Mazda itu dengan perantaraan altar api. Terutamanya ia berlaku pada zaman pemerintahan Parthia dan Sasanid. Walaupun mereka ‘menyekutukan’ Ahura Mazda dengan api tetapi mereka tetap percaya bahawa Ahuramazda itu tetap Tuhan Maha Esa.

    Agama Tao

    Sebelum kedatangan agama Taosime dan Konfusianisme di China. Masyarakat cina kuno sudah beriman dengan kewujudan Tuhan yang menciptakan alam ini iaitu Shangdi atau Tian. Shangdi adalah kewujudan Tuhan yang esa dan tidak diimejkan.

    Setelah datang zaman kemudian, Lao zi memperkenalkan konsep Tuhan dengan pemaknaan Dao. Disebut di dalam kitab suci Taoisme:

    昔之得一者:天得一以清;地得一以寧;神得一以靈;谷得一以盈;萬物得一以生;侯王得一以為天下貞。其致之,天無以清,將恐裂;地無以寧,將恐發;神無以靈,將恐歇;谷無以盈,將恐竭;萬物無以生,將恐滅;侯王無以貴高將恐蹶。故貴以賤為本,高以下為基。是以侯王自稱孤、寡、不穀。此非以賤為本耶?非乎?故致數譽無譽。不欲琭琭如玉,珞珞如石。

    Terjemahan Dr. I.D. Lika:

    “Hanya satu yang Maha Esa dan Maha Kuasa, iaitu DAO! Kerana itu, DAO dapat diandaikan sebagai YANG SATU! Sejak zaman dahulu, langit kalau mendapat yang SATU akan jernih dan bening. DI kalau mendapat yang SATU akan tenang, SHEN kalau mendapatkan yang SATU akan menjadi sakti. Lembah pergunungan kalau mendapatkan yang SATU akan penuh berisi. Semua makhluk menjadi hidup kalau mendapatkan yang SATU. Kalau penguasa mendapatkan yang SATU, negaranya akan damai tenteram dan harmonis. Sebaliknya, kalau langit tidak mendapatkan jernih dan bening, mungkin akan hancur berantakan. Kalau DI tidak mendapatkan tenang, mungkin akan terjadi bencana. Kalau SHEN tidak sakti mungkin akan lenyap. Kalau lembah tidak penuh berisi, mungkin akan kosong dan kering. Kalau semua makhluk hidup tidak mendapatkan kehidupan, semuanya akan binasa. Kalau para penguasa tidak menjalankan DAO, pasti akan diturunkan dari kekuasaannya.” (Dao Te Ching: bab 39: Dao De Gen Ben)

    Akan tetapi setelah datang zaman kemudiannya konsep Dao itu telah disekutukan dengan dewa-dewi terutama pada zaman Zhang Daoling salah seorang memimpin yang berpengaruh dalam agama Taoisme. Sehingga wujudnya konsep hearaki dewa atas dan dewa bawah. Dari itu wujud dalam kepercayaan mereka, untuk sampaikan doa atau hajat mereka perlu melalui dewa bawah agar ia disampaikan kepada Tuhan di atas.

    Agama Kristian

    Dalam Bible, para nabi terdahulu membawa tauhid. Sepertimana disebut di dalam perjanjian baru:

    “Inilah perintah utama, dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan yang Esa” (Markus 12: 29)

    Akan tetapi agama ini mula dirosakkan oleh Saint Paul sehingga mewujudkan konsep kepercayaan Yesus adalah Tuhan dan konsep ini berkembang kepada bentuk Triniti. Lalu orang Kristian mula mensyirikkan Allah dengan Yesus dan Roh Kudus.

    Agama Sikh

    Agama Sikh juga percaya kepada konsep tauhid. Disebut di dalam kitab suci Sri Guru Granth Sahib:

    ੴ ਸਤਿਨਾਮੁ ਕਰਤਾ ਪੁਰਖੁ ਨਿਰਭਉ ਨਿਰਵੈਰੁ ਅਕਾਲ ਮੂਰਤਿ ਅਜੂਨੀ ਸੈਭੰ ਗੁਰਪ੍ਰਸਾਦਿ

    Bermaksud:

    “Tuhan Pencipta Sekalian Alam yang Esa. Yang benar, Maha Pencipta tanpa ada yang serupa denganNya, tiada padaNya takut, tiada padaNya kebencian, imej/simbol yang kekal selamanya, tidak diberanakkan, wujud dengan sendiriNya. Ungkapan dari Guru’s Grace.” (Sri Guru Granth Sahib, Ang 1)

    Sembahan Arab Mekah Sebelum Nabi Muhammad

    Orang Arab pada zaman awal mereka beragama dengan ajaran nabi Ibrahim. Pada ketika itu mereka sudah mengenal Tuhan Yang Tertinggi adalah Allah. Akan tetapi mereka tidak pernah memberhalakan Allah seperti mereka memberhalakan dewa-dewi.

    Hubal, Manat, Al Latta, Uzza adalah nama berhala yang menjadi perantaraan kepada Allah pada ketika itu. Tetapi bangsa Arab tidak mengenal mereka dengan Allah kerana bagi mereka Allah adalah Tuhan Yang Tertinggi yang tidak diimejkan. Hal yang sama dapat dilihat di dalam tradisi Hindu, mereka memiliki kepercayaan Tuhan tertinggi bernama Brahman, tetapi Brahman tidak pernah diimejkan dan dipatungkan akan tetapi dewa-dewi lain di bawahnya seperti Siva, Visnu, Brahma, Murugan, Ganesha dan lain-lain itu yang diwajahkan.

    Firman Allah yang bermaksud:

    “Maka apakah patut kamu (orang-orang musyrik) menganggap (berhala) Al Lata dan Al Uzza, dan Manat, yang ketiga yang paling kemudian (sebagai anak perempuan Allah)” (an Najm: 19-20)

    Perbincangan mendalam boleh ke artikel “Sejarah Berhala Di Tanah Arab”: http://bit.ly/2ugpnT4

    Kesimpulan

    Jika dibuang semua sembahan selain daripada Tuhan utama, nescaya yang tinggal adalah konsep Tuhan yang Maha Esa. Yang mana mereka masih lagi beriman dengan kewujudan Tuhan yang utama yang menciptakan dan mentadbir alam ini akan tetapi mereka menduakan dengan sembahan lain. Sembahan mereka (Uluhiyyah) mereka itu sudah teralih dengan khayalan dan patung dewa-dewi.

    Oleh itu, tidak semua golongan musyrik memiliki tauhid Rububiyyah. Pertama seperti golongan ateis yang tidak percaya kepada Tuhan. Kedua adalah golongan yang beri’tiqad dewa mereka atau tokoh mereka sebagai Tuhan yang mencipta segala-galanya seperti Allah. Mereka ini kebiasanya terdiri daripada kultus (agama baru; sesat) dan mereka ini adalah golongan syirik di dalam tauhid Rububiyyah.

    Wallahua’lam

    R&D TEAM MRM

  • yasna 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文

    2017-04-26 03:47:41
    有 322 人按讚

    [Dari Tauhid Kepada ‘Menyembah’ Api]

    Zoroaster atau Majusi merupakan salah sebuah agama yang terkenal di dunia dan pada hari ini, penganutnya berada di sekitar Iran, Azerbaijan dan juga India. Agama ini mengangkat tokoh terawalnya dikenali sebagai Zarathustra. Beliau merupakan keturunan Madia dan hidup di sekitar Parsi. Terdapat polemik terhadap tahun kelahirannya, ada yang pandangan sekitar abad 7 SM dan ada yang mengatakan sekitar abad 15 SM.

    Perbincangan mengenai sejarah agama Zoroaster sangatlah rumit dan menarik. Di dalam agama ini terdapat sebuah kitab suci yang dikenali sebagai Zend Avesta dan di dalamnya terhimpun buku-buku wahyu dari Zarathustra khususnya buku Gathas (disebut sekarang Yasna: korban).

    Disepakati oleh semua ilmuan teologi bahawa Zarathustra membawa konsep tauhid atau monotheisme. Tuhan di dalam agama ini dikenali sebagai Ahura Mazda. Nama Ahura Mazda adalah sebutan dalam Parsi Kuno (Achaemenid). Pada zaman Parthian pula ia disebut sebagai Hormazd dan pada zaman Sananid ia disebut Ohrmazd.

    Tidak terdapat mana-mana ayat yang menggandingkan Ahura Mazda dengan sesuatu kuasa lain. Ia adalah berkuasa mutlak. Malah di dalam kitab suci Gathas menyebut tentang penafian kepada sembahan lain:

    “I reject the authority of the Daevas, the wicked, no-good, lawless, evil-knowing, the most druj-like of beings, the foulest of beings, the most damaging of beings. I reject the Daevas and their comrades, I reject the demons (yatu) and their comrades; I reject any who harm beings. I reject them with my thoughts, words, and deeds. I reject them publicly. Even as I reject the head (authorities), so too do I reject the hostile followers of the druj.” (Zend Avesta, Yasna 12: 4)

    Fahaman dan ajaran dibawa beliau dilihat paradoks dengan agama yang sedia ada di Parsi yang terpengaruh dengan agama Mesopotamia kuno. Yang mana di sana mereka menyembah dewa dewi seperti Anu, Marduk, Ashur, Enki, dan lain-lain.

    Agama tauhid ini bermula bertapak kukuh dan meluas apabila ia diimani oleh seorang Raja yang adil dikenali sebagai Cyrus The Great di Parsi (memerintah 559-530 SM) yang menebarkan pemerintahan Achaemenid dari timur ke barat. Cyrus The Great merupakan raja yang banyak disebut dan dipuji di dalam Bible kerana dia telah membebaskan pembuangan Yahudi di Babilon. Orang-orang Yahudi dihantar pulang ke Jerusalem dan diperintahkan untuk membina rumah ibadat mereka di sana. Kisahnya banyak terdapat di dalam Perjanjian Lama terutama dalam buku Yesaya, Daniel, 2 Tawarikh, dan Ezra.

    Antara perkara menarik dilihat kepada situasi agama Zoroaster pada zaman awal tidak sama dengan amalan Zoroaster sekarang. Pada hari ini agama ini sinonim dengan jolokan agama penyembah api yang memiliki kuil api. Sedangkan pada zaman awal hal ini belum pernah berlaku sehinggalah ia ajarannya berubah bentuk disebabkan faktor perperangan, sinkretisme, politik dan juga inovasi ke dalam agama.

    Bermula Ia Diseleweng

    Seperti berlaku kepada ajaran rasul-rasul terdahulu, agama tauhid yang dibawa mereka tidak terlepas daripada bid'ah dan penyelewengan sehingga mewujudkan agama-agama yang ada pada hari ini. Begitulah juga terjadi kepada agama yang mentauhidkan Ahura Mazda ini.

    Dapat dikesan, pengaruh agama Mesopotamia kuno telah menyerap (sinkretisme) ke dalam kebudayaan Parsi terutama pada zaman Darius The Great (empayar Achaemenid 550-330 SM: selepas pemerintahan Cyrus The Great). Ini dapat dilihat dari peninggalan ukiran di Persepolis yang merupakan ibu kota Parsi pada pemerintahan Darius I. Antaranya simbol faravahar, seni ukiran raja-raja Achaemenid yang memiliki ukiran yang hampir sama dengan bentuk dewa Mesopotamia yang memiliki sayap. Akan tetapi sinkretisme pada zaman awal ini belum parah dan tidak melibatkan soal aqidah.

    Bermulanya rosak agama ini apabila masuknya hellenisme dari Yunani yang bersama tentera Alexander the Great ketika mereka membakar dan menghancurkan kota Parsi pada tahun 330 SM. Hal ini terakam dalam penulisan Herodotus bukunya The Histories. Pada zaman ini juga kitab-kitab suci Zoroaster seperti Gathas dan lain-lain dibakar oleh tentera Yunani dan agama ini mula dipencilkan dan ia berterusan suram pada zaman pemerintahan Seleucid pada tahun 312-62 SM (pemerintahan general Alexander setelah beliau meninggal).

    Setelah itu, terdirinya kerajaan Parthia (247 SM-224 M) yang mengambil masa agak lama untuk membangun di bahagian timur Parsi dan mereka memerangi kerajaan Seleucid sehingga mereka dapat memerintah semula Parsi dari tangan orang Yunani. Bermula pada zaman Parthia inilah bermulanya pembinaan kuil api ‘ateshgah’ dan pemujaan terhadap api. Malah menurut seorang pengkaji Zoroaster bernama Mary Boyce dalam kajiannya Encyclopedia Iranica menyatakan kuil api dikesan mula dibina pada abad 4 SM dan ia berlaku sekitar pemerintahan Parthia di Parsi. Sebelum daripada itu tidak ada satupun kuil api yang dibina (ateshgah yang ada tidak melebihi usia 2300 tahun).

    Tradisi ini diteruskan dan berkembang sehingga pada zaman pemerintahan Sasanid (224-651 M) yang berpusat di Yazd dan kuil api pada zaman pemerintahan ini masih ada di Iran. Pemerintahan Sasanid membangun selepas kejatuhan kerajaan Parthia di Iran. Pada zaman ini mereka melengkapkan semula kitab Zend Avesta yang pernah dimusnahkan pada suatu ketika dahulu. Mereka juga membuat penambahan kitab agama Zoroaster yang dikenali penulisan Pahlavi. Dan begitu juga terkesan kepada konsep Ahriman (kuasa kegelapan) dilihat setara dengan Ahura Mazda juga bermula pada zaman ini (Konsep Dualisme). Oleh itu, tidak ada sebarang jaminan bahawa kitab induk Zend Avesta sekarang ini bersih daripada sebarang tahrif (penambahan dan pengurangan) atau penyelewengan.

    Pada hakikatnya Zarathustra tidak pernah membawa fahaman 'pemujaan' kepada api. Wallahua’lam, jika dilihat di dalam kitab Zend Avesta sendiri pun terdapat unsur kemuliaan kepada api dan hal ini tidak boleh dikatakan ia adalah kata-kata wahyu Zarathustra kerana kitab ini pernah malap sekitar 200 tahun lamanya sehingga ia ditulis semula pada zaman kemudian. Pada zaman kitab Zend Avesta dihimpun, situasi penganut Zoroaster sudah berbeza dengan tradisi awal kerana pada zaman itu mereka sudah memiliki kuil api dan sebagainya.

    Api menurut Zarathustra di dalam kitab Gathas adalah alat yang menjadi wasilah wahyu yang disampaikan oleh malaikat melaluinya:

    “What award Thou givest through the (holy) Spirit and through the Fire and hast taught through Asha, to both the parties, and what the decision is for the wise, this do Thou tell us, Mazda, that we may know, even with the tongue of Thine own mouth, that I may convert all living men.” (Yasna 31: 3)
    Terjemahan lain berbunyi:

    “What shall Thou, O God, bestow upon us through Thy spiritual lights? What is the bliss attainable through truth and purity which has been promised to all? What order has been issued in respect of the learned ones? Explain to me, O Mazda, whole of the said facts and enlightened me with Thy inspiring words, so that I may convert all the people into the right path.” (Yasna 31: 3)

    Di dalam ayat seterusnya Zarathustra menyebut nama-nama malaikat (Ahuras) seperti Spenta Armaiti dan Vohu Manah. Tanda api itu digambarkan medan perhubungan dia dengan Tuhan. Begitu juga di bahagian lain menyatakan api adalah simbol wasilah antara Zarathustra dan Ahura Mazda. Melihat kepada ayat ini ia hanyalah perbuatan khusus kepada Zarathustra sahaja.

    Jelas seperti pada zaman awal, penganut Zoroaster tidak menganggap api itu sebagai wasilah menuju Tuhan. Ia hanya sekadar simbol penyatuan dan pencerahan. Antaranya Herodotus di dalam bukunya The Histories menyatakan pada pertengahan abad ke 5 SM, penganut Zoroaster menyembah ke langit yang terbuka. Manakala pengkaji agama Zoroaster, Mary Boyce mengatakan tidak terdapat kesan peninggalan terhadap kuil pemujaan api sebelum pemerintahan Parthia.

    Masih banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan bahawa agama tauhid yang dibawa oleh Zarathustra ini dicemari oleh tangan-tangan agamawan mereka sehingga pada hari ini mereka dijuluki golongan penyembah api. Walau bagiamanapun mereka tidak menganggap api itu sebagai tuhan sepertimana buddhis tidak menganggap patung Buddha itu sebagai tuhan. Mereka beralasan ia adalah wasilah untuk mereka dekat dengan tuhan.

    Kesimpulan

    Di dalam artikel ini kami tidak berniat untuk mengulas hubungkait ajaran Zarathustra itu dengan aqidah Islam seperti nabi dan rasul terdahulu. Walaupun ada antara ulama yang mengkelaskan Majusi atau Zoroaster ini adalah ahli kitab seperti pandangan Ibn Hazm di dalam kitabnya Al Fasl fi al Milal wa Ahwa’ wa al Nihal manakala ada pula yang menyatakan Zoroaster adalah ‘syibih ahlu kitab’ iaitu golongan yang menyerupai golongan ahli kitab seperti pandangan Al Syahrastani di dalam al Milal wa al-Nihal. Kami boleh kemukakan bukti dan fakta untuk mengulas mengapa ulama cenderung kepada sedemikian dan perbincangannya agak mendalam.

    Akan tetapi perbincangan ini memberi gambaran bagaimana sikap pengamal sesebuah agama itu mengubah dan membuat inovasi terhadap ajaran tauhid yang dibawa oleh generasi awal. Ajaran yang memperkenalkan satu Tuhan dicemari dengan perantaraan seperti api dan air.

    Wallahua’lam

    R&D TEAM MRM

  • yasna 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文

    2017-01-17 13:26:42
    有 80 人按讚

    [Fitrah Manusia Perlu Beragama Siri 7: Dunia Tidak Adil Tanpa Neraka]

    Neraka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu dari Naraka. Di dalam bahasa arab disebut an Naar yang merupakan tempat seksaan kepada manusia dan jin yang melanggar hukum Allah di akhirat kelak.

    Mutakhir ini sering kali manusia mempersoalkan tentang mengapa Allah menciptakan neraka, sekiranya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mengapa tidak dimasukkan semua manusia ke dalam syurga?

    Ya, sememangnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan Allah juga memiliki nama dan sifat Yang Maha Pemberi Balasan (al Muntaqim) dan Yang Maha Pemberi Keadilan (al Muqsith). Allah juga menciptakan syurga dan neraka adalah tempat untuk pembalasan dan pengadilan kepada manusia terhadap apa yang dilakukan di dunia ini. Di dalam al Quran Allah menyebut tentang neraka yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Neraka Jahanam adalah disediakan; Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman; Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir, Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. (Setelah mereka masuk ke dalam Neraka, dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu.” (Surah An-Naba' 78 : 21 - 30)

    “(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya. Pergilah kamu kepada naungan (asap Neraka) yang bercabang tiga.Yang tidak dapat dijadikan naungan dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api Neraka. Sesungguhnya Neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar, (Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian). Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan), Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)! Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu). Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)! (Surah Al-Mursalat 77 : 29 - 40)

    Terdapat tujuh tingkat neraka iaitu neraka Hawiyah (Surah Al-Qoriah: 8-11) , neraka Jahim (Surah Al-Maidah : 86), neraka Sakhor (Surah Al-Mudatsir : 40-46), neraka Sair (Surah an Nisa: 10), neraka Khutamah (Surah Al-Humazah : 4-9), neraka Ladhoh . (Surah Al-Lail : 14-16), dan neraka yang paling dalam sekali adalah Jahanam (Surah an Nisa: 169).

    Neraka ini adalah tempat orang yang melakukan pendustaan, melanggar hukum Allah dan orang yang melakukan dosa besar. Malah masih banyak lagi ayat lain mengenai khabar Allah dan rasul tentang neraka. Neraka ini bukanlah tempat orang yang baik-baik dan yang menurut perintah Allah. Ia antara tempat untuk orang yang melakukan kezaliman di dunia, akan tetapi dia terlepas dengan hukum dunia.

    Fitrah Memahami Baik Dan Buruk

    Justeru itu, manusia juga harus memikirkan siapakah yang menggariskan perbuatan seperti menolong orang itu merupakan perbuatan baik? Menghormati orang tua itu perbuatan yang baik, dan memberi senyuman itu merupakan perbuatan yang baik. Lalu siapakah yang mengajar manusia itu untuk memahami mengenai sifat baik dan buruk? Ini menunjukkan bahawa Allah yang menanam fitrah ini ke dalam diri manusia agar dapat memahami hukumNya.

    Manusia memiliki fitrah untuk mengenal baik dan buruk. Seperti membunuh, merompak, merogol, menipu dan sebagainya, manusia secara alami memahami ia adalah suatu perbuatan yang buruk. Lihatlah mengapa wujudnya undang-undang di setiap negara dan ada hukuman bagi setiap pesalah dan hukuman terhadap kesalahan itu akan diadili setimpal dengan apa kesalahan yang dilakukan. Begitu juga dengan azab Allah memiliki tahap-tahap yang setimpal berdasarkan perbuatan jahat yang dilakukan di dunia. Selagikan hal dunia ini manusia dapat memahami sekiranya seseorang itu melakukan kejahatan maka hendaklah dihukum, harus mengapa logiknya pula menolak di akhirat kelak tidak harus ada neraka?

    Cuba bayangkan sekiranya seseorang itu hidup di dunia ini, dia membuat apa yang dia mahu dengan kuasanya seperti membunuh 6 juta manusia, merompak, dan merogol perempuan manakala undang-undang juga tidak dapat ditegakkan ke atasnya kerana dia yang berkuasa. Apakah adil orang sedemikian terlepas begitu sahaja dan mati dalam keadaan tenang? Sekiranya ditakdir hukuman ditegakkan ke atasnya sebagai contoh dikenakana hukum bunuh. Satu nyawanya bersamaan dengan satu nyawa orang yang dia bunuh, lalu bagaimana pula dengan bakinya 5 999 999 orang lain? Sekiranya tidak ada neraka untuk menghukum orang sebegini dan dia masuk ke syurga disebabkan beralasan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang, adakah adil?

    Sudah tentu tidak adil. Sebab itu antara hikmahnya di dalam al Quran, Allah mengkhabarkan seksaan di neraka kelak, yang bermaksud:

    “Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah an Nisa 4: 56)

    Azab ke atasnya akan sentiasa diteruskan dan diganti dengan yang baru setimpal dengan apa yang dia lakukan kerosakkan di atas dunia. Dunia tanpa adanya pembalasan neraka akan melahirkan dunia yang tidak adil kepada manusia!

    Neraka Dalam Agama Lain

    Konsep neraka ini tidak sahaja ada di dalam Islam, malah terdapat hampir kesemua agama di dunia ini. Ini kerana, apabila seseorang itu beragama, fitrahnya akan memahami akan adanya keadilan di akhirat kelak di atas perbuatan buruk manusia di dunia ini yang tidak diadili ke atasnya.

    Agama Hindu:

    Di dalam agama Hindu ada menceritakan mengenai konsep neraka yang disediakan bagi orang yang melakukan kesalahan di dunia ini. Di dalam kitab Garuda Purana menceritakan:

    “Neraka yang terpenting adalah Rourava, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa berbohong dan memberikan kesaksian palsu. Neraka ini memiliki wilayah yang panjang dan penuh dengan lubang-lubang besar. Lubang-lubang ini di dalamnya terdapat batu bara yang menyala. Pertama sang pendosa dilepaskan dari salah satu hujung neraka itu dan berjalan menuju ke hujung yang lainnya, dalam perjalanannya itu tentu saja ia akan terperosok beberapa kali ke dalam lubang dan mengalami luka kebakaran hebat.”

    Di dalam ayat seterusnya menyambung mengenai cara-cara seksaan di dalam neraka selain Rourava iaitu Maharourava, Atisita, Nikrintan, Aparathistha, Asiptravana, Taptakumbha. (Gede Oka Sanjaya, Garuda Purana: 2001, hlm 66-68)

    Agama Buddha:

    “Bila seseorang menjadi bhikkhu dengan mengenakan jubah kuning tetapi masih berkelakuan buruk dan tidak mengawal diri, maka akibat perbuatan-perbuatan jahatnya sendiri, ia akan masuk ke alam neraka. Lebih baik menelan bola besi panas seperti bara api daripada selalu menerima makanan dari orang lain dan tetap berkelakuan buruk serta tidak mengawal diri. Orang yang lengah dan berzina akan menerima empat ganjaran, iaitu: pertama, ia akan menerima akibat buruk; kedua, ia tidak dapat tidur dengan tenang; ketiga, namanya tercela; dan keempat, ia akan masuk ke alam neraka.” (Dhammapada, Niraya Vagga: 307-309)

    Begitu juga di dalam kitab Sutta Pitaka bahagian Majjhima Nikaya: 130, Devaduta Sutta bermula ayat 2-30 bercakap tentang seksaan di dalam neraka.

    Di dalam agama Buddha memiliki 8 tingkat neraka terbesar (Maha Niraya). 1) Sanjivay, 2) Kaiasutta, 3) Saoghata, 4) Dhurmaroruva, 5), Jalaroruva, 6) Tapana, 7) Patapana, 8) Avici Neraka yang paling dahsyat sekali seksaannya adalah neraka Avici.

    Di dalam kepercayaan Cina (Chinese Mythology) ada juga kepercayaan neraka ini dikenali sebagai Diyu. Ia banyak bersumber daripada kepercayaan di dalam agama Buddha.

    Agama Yahudi dan Kristian :

    Mereka juga percaya kepada adanya neraka seperti Syeol, Shade (Tsalmaveth), dan Gehenna. Di dalam bible ada menceritakan:

    “Demikianlah juga akhir zaman; malaikat-malaikat akan datang memisahkan orang jahat dari orang benar, Lalu mencampakkan orang jahat ke dalam dapur api; di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.” (Matius 13: 49-50)

    “Dan jika tanganmu menyesatkan enkau, penggallah, kerana lebih baik engkau masuk ke dalam hidup dengan tangan kudung daripada dengan utuh kedua tanganmu dibuang ke dalam neraka, ke dalam api yang tak terpadam: di tempat itu ulatnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam…..” (Markus 9: 43-49)

    Agama Zoroaster:

    Zoroaster atau Majusi juga ada menceritakan mengenai alam bagi hukuman untuk orang jahat. Setiap orang nanti akan melalui sebuah jambatan akhirat yang di bawahnya memiliki anjing berkepala empat dan jambatan itu dikenali sebagai Chinvat Peretum. Bagi sesiapa yang dapat melepasi jambatan ini ia akan ke syurga:

    “Seperti yang Engkau inginkannya, Wahai Maha Suci, supaya engkau menjadi suci keranaMu jiwa melepasi Jambatan Chinvat; haruslah suci engkau datang ke dalam Syurga. Engkau menyanyikan Gatha Ushtavaiti, yang membacakan keselamatan.” (Zend Avesta buku Yasna bab 71 ayat 16)

    Selain itu diterangkan juga di dalam Vendidad, Fargard 19 : 27-30. Manakala manusia yang tidak dapat melepasinya akan memasuki neraka iaitu Druj Demana (tempat orang munafik) tempat hukuman manusia.

    Norse Cult

    Di dalam agama Norse (agama Viking) mereka percaya wujudnya Hel yang menjadi dunia penyeksaan kepada manusia. Ia juga disebut sebagai Niflheim dan Helheim. Situasi Hel ini ia adalah sebuah tempat yang terlalu sejuk dan diperbuat daripada ais dan bentuk penyeksaannya adalah suasana yang sejuk membeku.

    Agama Mesir Kuno:

    Di dalam kepercayaan Mesir pula mereka ada kepercayaan kepada hari pembalasan kepada orang baik dan jahat. Mereka semua akan ditimbang di akhirat berdasarkan nilai (berat) jantung dan jantung itu adalah metafora kepada amal baik dengan ditimbang untuk seseorang itu lulus untuk ke syurga atau tidak. Alam akhirat ini dikenali sebagai Duat.

    Di dalam agama Jainisme di India, mereka juga memiliki kepercayaan tujuh lapis neraka iaitu Ratna prabha, Sharkara prabha, Valuka prabha, Panka prabha, Dhuma prabha, Tamaha prabha, dan Mahatamaha prabha. Di dalam agama Mayan juga memiliki kepercayaan neraka iaitu Xibalba. Di dalam kepercayaan Yunani pula dikenali sebagai Tartaros, dan banyak lagi.

    Kesimpulan

    Hal ini membuatkan kita perlu berfikir, mengapa semua agama memiliki kepercayaan kepada neraka? Mengapa perlu adanya neraka? Ini kerana fitrah manusia dapat memahami adanya sifat baik dan buruk di dalam diri manusia samada perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan atau tersembunyi. Allah telah memberi fitrah ini untuk memahami kewujudan hari pembalasan kelak. Perlu diketahui bahawa Allah telah menurunkan para rasulnya terdahulu untuk membawa ancaman ini. Maka tidak mustahil ancaman ini juga tersisa di dalam agama lain.

    Perbahasan ini bukanlah untuk mengatakan semua agama sama. Akan tetapi menfokuskan mengenai fitrah diri manusia memahami wujudnya neraka. Antara perkara yang mendasar sekali adalah perlu dirujuk semua perbincangan sebelum ini (artikel di MRM) agar dapat memahami bagaimana tuntutan fitrah ini bermula dari memahami Allah itu Maha Esa dan sehinggalah memahami perkara baik dan buruk.

    Wallahua’lam

    Ikuti kupasan siri yang sebelum ini menerusi;

    http://bit.ly/PerluBeragama1
    http://bit.ly/PerluBeragama2
    http://bit.ly/PerluBeragama3
    http://bit.ly/PerluBeragama4
    http://bit.ly/PerluBeragama5
    http://bit.ly/PerluBeragama6

你可能也想看看

搜尋相關網站