雖然這篇warak reanimate鄉民發文沒有被收入到精華區:在warak reanimate這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 warak產品中有62篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, [Dari Mak Nyah Kristian Menjadi Pendakwah Islam] Bagaimana dari seorang mak nyah & kemudian Islam membantunya berubah menjadi seorang pendakwah Islam...
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa b...
warak 在 ROZITA JRM OFFICIAL Instagram 的最佳貼文
2021-09-10 12:17:04
Anak cerdik si yusuf subhanallah - petah bercakap , rindu sgt dah lama betul xjumpa - - Suka bonda slogan kri @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs...
warak 在 Firdaus Wong Wai Hung Instagram 的最佳貼文
2021-08-02 02:32:50
[Dari Mak Nyah Kristian Menjadi Pendakwah Islam] Bagaimana dari seorang mak nyah & kemudian Islam membantunya berubah menjadi seorang pendakwah Islam...
warak 在 ROZITA JRM OFFICIAL Instagram 的精選貼文
2021-08-02 07:36:20
Salam ukhwah pd semua tetamu pagi bonda diposter pagi - berlatih lapang dada dgn mengalih perhatian kpd perkara yg baik positive utk hari kedepan lila...
-
warak 在 David Teo Youtube 的精選貼文
2010-10-26 06:12:08Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas -- boleh mengaji dan tahu sembahyang. Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, lantaran ayah beliau seorang 'mat salleh' yang menganut Islam kerana mahu berkahwin dengan seorang Islam. Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya 'halal'. Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya.
Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu 'menjaga tepi kainnya'. Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia 'pil khayal dan parti seks bebas'. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya 'hilang dara', menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya. Hani yang sudah lama 'hilang dara' cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, 'mahkotanya' hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.
Bagaimanakah kesudahannya, filem terbitan Metrowealth (MIG) "AKU MASIH DARA" akan menemui peminat filem Malaysia tidak lama lagi.
warak 在 Facebook 的最佳貼文
[Dari Mak Nyah Kristian Menjadi Pendakwah Islam]
Bagaimana dari seorang mak nyah & kemudian Islam membantunya berubah menjadi seorang pendakwah Islam. Perubahan yang bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga & rakan-rakannya tetapi dirinya sendiri. Allahuakbar.
.
Apabila sinar cahaya hidayah masuk ke dalam hati, maka gua yang gelap akan terang benderang. Sebagaimana tanah yang gersang setelah dibasahi hujan pasti akan subur kembali. Itulah harapan yang diberikan Islam kepada mereka yang sanggup dan mahu merendahkan diri & menyerahkan diri kepada Pencipta, Allah Subhana Wa Ta’ala.
Saya bertemu dengan Ibrahim Pagdanjan di Filipina pada 2019 ketika misi dakwah kami di sana. Kami di MRM menaja sebuah pusat dakwah di Filipina dan Alhamdulilah telah ramai yang memeluk Islam asbab usaha dakwah mereka di sana.
Seseorang yang dulunya mak nyah Kristian boleh berubah bukan sahaja menjadi lelaki sejati tetapi menjadi pendakwah. Begitu juga seseorang yang nampak alim & warak juga boleh menjadi sebaliknya. Naudzubillah..
warak 在 Facebook 的最讚貼文
Bahaya Hutang Along!
Dengar cerita PKP ni kerajaan nak benarkan peminjam wang berlesen beroperasi, padahal rakyat sedang susah, terdesak, dan stress, serta murung, malah ada yang bunuh diri dan mungkin ada yag terdesak nanti pergi pinjam dengan along.
Lepas tu cerita sama berulang, makin pinjam makin susah sebab riba berganda, lepas tu kisah simbah cat, ugut pukul, ugut culik, ugut bunuh…
Moga pihak kerajaan buat sesuatu untuk bantu rakyat, jangan tambah beban rakyat yang sedang terbeban ini!
Ingat dulu sebelum PKP, kisah ahli surau nampak warak, alim, bila kita borak dari hati ke hati, tajuknya ke arah nak pinjam duit, kitapun bagi, siap buat surat saksi sebab pinjam jumlah agak besar, lepas tu bila sampai tarikh janji nak bayar, katanya tak ada duit.
Siasat punya siasat, rupanya ada masalah dengan ALONG.
Ada lima Along dia pinjam, jumlah pinjaman tak sampai RM10 ribu, tapi dah bayar RM20 Ribu dan ada lagi baki hutang bunga Riba RM 20 ribu.
Lebih tragis, kad ATM nya Along pegang, setiap minggu bunga RM1500 kena bayar, dan dia selalu pinjam duit jiran jiran untuk makan.
Jadi dia buntu nak selesai masalah hutang yang menjerit leher, sungguh orang beriman sepatutnya tak akan buat dosa sama berulang kali, dan dia nampak kurus, muka susah hati, dan katanya nikmat tidur dah takde.
Waktu saya borak dengan dia, ada kereta pusing pusing depan rumah dia siap bunyi Hon, lepas kereta tu pergi dia bagitahu itulah Along, sekarang Along tu call tapi dia tak jawab phone. Saya suruh report Polis dia takut sebab Along ada ugut dia katanya.
Saya tanya keluarga dah tahu ke? Dia kata jika tahu keluarga akan bunuh dia, dan dia rasa nak bunuh diri, ohhh,
Pendek cerita, Akhirnya keluarganya tahu juga, mula mula keluarga dia marah, lepas tu sedia bantu, adik dia cerita masalah dah selesai.
Mereka buat report Polis, dan bagitahu jumlah hutang Along dalam report, jika ada ancaman bunuh dan sebagainya, tulis dalam report, kata keluarganya, jangan takut ugutan Along, takutlah Allah, jika mati ketika bertaubat dan berusaha menyelesaikan masalah, boleh dikira mati dalam keadan jihad, jadi beranikan diri report polis.
Saya juga dengar kisah lebih kurang dari pembaca yang email, katanya:
Dia ada pinjam along rm2000, tapi dapat rm1000 sahaja, dan bunga rm400 setiap minggu, jika sebelum seminggu bayar 1800 selesai hutang, tapi silap dia tak dapat bayar, minggu tu, bila nak bayar RM2000 mingu berikutnya mereka cakap dia kena denda lambat bayar RM3000, campur hutang jadi rm5000, Along cakap jika tak bayar RM500 setiap minggu maka bunga naik RM500.
Dia pening, terus pinjam along lain RM5000, tapi dapat hanya RM2500, bunga RM800 setiap minggu. Jadi pinjaman duit kawan dan pinjaman along cukup RM5000 dia bayar kepada Along pertama, tapi dalam perjanjian rupanya tak boleh pinjam along lain dan mereka denda si peminjam RM6000 campur dengan hutang RM5000 jadi si peminjam kena bayar RM11000. Aduh!
Lepas tu Along No 2 pula bagitahu si peminjam kena denda RM6000 sebab langgar perjanjian kerana tak bagitahu ada pinjaman dengan Along lain.
Bila dia tak bayar, along ugut macam macam, mujur ahli keluarganya bantu report polis, lepas tu dia bayar setakat pinjam dan riba sahaja, denda semua dia tak bayar dan buat bodoh jer, mula mula along ugut nak bagitahu keluargai dia, tapi dia cakap, keluarga semua dah tahu, lepas tu along tampal gambar dia tak bayar hutang di tiang elektrik sekitar kampung, semua orang kampung tahu, dan dia lebih rela malu daripada diperah oleh along, akhirnya along tak kacau dia dan dia teruskan kehidupan sebagai peminjam along yang dah bertaubat, life goes on, kita tak hidup dengan pujian orang, dan kita tak mati dengan kejian orang. Kita hidup dengan kasih sayang Allah dan salah satu nikmat hidup adalah bertaubat sebelum jadi mayat.
Alhamdulillah.
Jadi hati hati guys, jangan terjerat dalam hutang Bersama Along
Satu lagi, pinjam dengan Along ada risiko kita kena tangkap polis,
kisahnya begini:
Along boleh jadi Scammer tipu orang dengan guna IC dan kad bank kita.
Sebab ada along yang pegang kad bank pemijam, gaji masuk mereka cucuk dulu ambik duit dan bagi baki gaji sikit untuk kita bertahan hidup.
Apabila Along scammer gunakan nombor akaun kita untok buat aktiviti scam, polis akan buat aduan kita lah orang yang buat scam tersebut.
Kita dikira sebagai scammer tersebut sebab ka bankatas nama kita, walaupun kita dah tak guna lagi akaun bank tersebut.
Akhirnya, kita dihadapkan ke Mahkamah kerana dengan curangnya mengalihkan wang mangsa scam tersebut. Bakal kena penjara 5 tahun atau denda.
Sahabat saya, seorang peguam pernah cerita ada seorang perempuan tua dihadapkan di Mahkamah atas tuduhan scam.
Rupa-rupanya anak dia gunakan kad bank dia, bagi kat Along sebagai jaminan, lepas tu Along gunakan kad bank tu sebagai tempat landing scam diorang.
Bayangkan, anak kandung sendiri pun tergamak buat macam tu, apatah lagi orang lain.
Nasihat peguam tu, jangan pinjam dengan Along yang terpaksa kita berikan kad bank beserta no pin, jika susah cari adik beradik, cari keluarga, cari AJK masjid, cari Menteri, cari Allah! jangan cari along, nanti menjerat leher!
Tapi zaman PKP ni, kita nak keluar rumah cari makan susah, nak solat berjemaah pun tak boleh, mohon sangat sangat kerajaan yang dah kurung rakyat, segerakan bantuan macam PKP 1.0 dulu, KWSP, morotorium Bank, Brim, BASAH, diskaun elektrik, bantuan prihatin atau apa apa istilah, segerakan.
Jangan sampai Makcik Kiah dan Haji Salleh pergi pinjam Ah long!
Ps: Kepada Allah kami mengadu, bantulah kami, bantulah Raja dan Kerajaan kami, Antara kami ada yang sakit, sembuhkanlah, antara kami ada yang diliputi hutang piutang, permudahkanlah, antara kami ada yang bergaduh, damaikanlah, antara kami ada yang stress, kau ringankanlah, antara kami ada yang terbeban, kau angkatlah, tiada daya upaya melainkan dengan KudratMu.
Amin, Ya rabbil Alamin.
warak 在 Facebook 的精選貼文
#微冊角落的概念
#離家很近的圖書館
#從人出發的文化治理
雲林的閱讀品牌 「微冊角落」 ,
落腳於雲林20個鄉鎮近150個特色店家,
7-ELEVEN 11家,
全家FamilyMart17家,
就近就地就人,
閱讀的可及性,
#在雲林閱讀24小時不打烊,
#整個雲林都是你的圖書館!
古坑荷包山桐花公園 白色工作站
也有一個手工打造的木屋微冊角落!