Hi semua, this post khas pada yang dm tanya anis tentang tips naikkan berat badan. Sebelum plan untuk naikkan berat badan, korang kena tahu dulu berap...
Hi semua, this post khas pada yang dm tanya anis tentang tips naikkan berat badan. Sebelum plan untuk naikkan berat badan, korang kena tahu dulu berapa metabolisme rate badan kita. Dari situ kita boleh agak agak macam mana cara nak makan and juga exercise untuk naikkan berat. Paling penting konsisten. Tak konsisten jadilah macam anis. Naik turun naik turun 😂
.
Mostly kenapa orang susah naik berat badan, sebab metabolisma dia tinggi. Nak check metabolism rate ni guna penimbang je. Anis beli penimbang yang boleh tengok fat, muscle semua tu. Ada banyak jual kat lazada
.
Metabolism rate anis 1600. Maksudnya badan anis bakar 1600 calorie sehari. Jadi untuk anis, naikkan berat badan, anis kena amik kuantiti makanan paling kurang 2000 calorie sehari
.
Dari makanan anis amik tu, 2000 - 1600(badan bakar tenaga), anis tinggal 400 calorie dalam badan, hopefully, 400 calorie tu simpan boleh jadi lemak and otot
.
Cane nak kira calorie intake ni, just agak, setiap satu pinggan (contoh nasi lauk ayam) dalam 500 calorie. Jadi sehari kena makan paling kurang 4 pinggan nasi(4 x 500calorie). Kalau kurang makan je, calorie intake bawah 1600. Badan takkan naik berat atau jadi makin kurus. Kenapa kena amik weight gain tu, sebab mostly orang kurus ni jenis makan sikit pn cepat kenyang. Jadi weight gain ni boleh tolong untuk tambah calorie dalam badan
.
Exercise pun penting jugak untuk orang kurus yang cuba naikkan berat badan, sebab dia tolong kita untuk kembangkan otot badan(bagi effect badan tebal). Masa badan tengah nak membesar boleh jadi naik cantik. Takut makan makan tak exercise nanti jadi naik menggelebeh
.
Conclusion ni, memang makan banyak boleh tolong naikkan berat badan. Makan je, sampai la berat korang naik. Selamat mencuba 😘 Untuk orang yang nak kuruskan badan boleh cuba other way around
.
Anis dah naik 5 kg since consistent. Tengah aim untuk tambah lagi 6kg. Wish me luck tau
.
Setakat ni je pengetahuan anis tentang cara naikkan berat badan yg anis belajar dari personal trainer. If anis salah bagi info tolong betulkan ye.