[爆卦]trauma team醫學是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇trauma team醫學鄉民發文沒有被收入到精華區:在trauma team醫學這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 trauma產品中有978篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz. Kami merasai kegeraman, kemarahan, kekesalan serta kesedihan be...

 同時也有214部Youtube影片,追蹤數超過57萬的網紅蒼藍鴿的醫學天地,也在其Youtube影片中提到,本集與 @Cindy 心理治療 合作 訂閱心理師頻道:https://ppt.cc/fh4GJx 這支影片討論我們的內在小孩 心理治療師通常如何幫助個案去療癒他們受創傷的內在小孩 還有討論三個治療方法 Cindy’s Instagram: https://www.instagram.com/y...

  • trauma 在 Facebook 的最佳解答

    2021-09-28 13:03:20
    有 2,245 人按讚

    Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz. Kami merasai kegeraman, kemarahan, kekesalan serta kesedihan beliau.

    Bukan sahaja anak beliau menjadi mangsa tetapi rakan-rakannya juga telah menjadi mangsa kepada 'ustaz' di tahfiz tersebut.

    LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT oleh mereka setahun lebih tetapi masih tiada sebarang tindakan dan 'update' perkembangan kes.

    Mereka meminta bantuan kami. In Sha Allah kami akan membantu anak-anak mereka keluar dari trauma dengan menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara PERCUMA selain sokongan kepada keluarga yang juga trauma dari kejadian.

    Antara kata-kata ibunya kepada kami tadi;

    "Niat saya menghantar anak saya ke tahfiz supaya dia belajar agama tetapi tak sangka dia pula diliwat. Saya menyesal sangat. Saya sekarang ini phobia bila lihat orang berjubah, berserban atau berkopiah ini. Saya jadi benci. Saya 'scroll' Facebook bro dan saya tergerak untuk mencuba nasib harap bro & team boleh membantu kami mendapatkan keadilan."

    Kami memberitahu kepada beliau,

    "Niat & keputusan buat menghantar anak ke pusat tahfiz adalah betul. Semoga Allah kurniakan ganjaran kepada puan dan keluarga. Apa yang berlaku di luar jangkaan kita. Puan tampil membuat report kerana mahukan keadilan. Kita tak nak sesiapa gunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang bercanggah dengan agama. Kami bukan polis tetapi In Sha Allah kami akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu puan dan mangsa-mangsa lain."

    Hampir setiap hari, ya hampir setiap hari kami akan mengadakan minima 2-3 Google Meet berkaitan kes-kes gangguan seksual, predator seksual, serangan seksual dan majoriti mangsa & ahli keluarga adalah keluarga biasa sedangkan pemangsa terdiri dari mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

    Semua kes ini kami akan serahkan & kerjasama dengan pihak berkuasa. Sinergi NGO & pihak berkuasa untuk masyarakat.

    Saya juga meminta maaf kepada ramai sahabat yang menghubungi saya menerusi call & Whatsapp tetapi tidak berbalas kerana akhirnya, setelah mendengar puluhan rintihan, aduan, tangisan mangsa-mangsa & ahli keluarga, mentally tired.

    No worry, saya ok. Selepas berehat saya ok and up and running as usual today. Bagi wanita di luar yang memerlukan sokongan & bantuan, boleh hubungi Sayap Wanita MRM di wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan aturkan Google Meet secepat mungkin .

  • trauma 在 Facebook 的最讚貼文

    2021-09-28 09:15:07
    有 1,261 人按讚

    #ilhamsanubari malam ini di @buletinfm :
    💔
    “Salam abang Fedtri. Saya nak cerita yang hari ini hari yang gelap untuk saya. 2 tahun, 3 bulan bergelar suami. Cukup untuk buat saya trauma untuk bercinta atau untuk ada dalam hubungan yang serius selepas ini. Saya harap jika ada keinginan untuk kahwin lagi selepas ini, saya akan ingat hari gelap ini sampai bila bila. Harapan saya terhadap perkahwinan terlalu tinggi, semoga kekal hingga ke Syurga. Namun, takdir penentu segala, hubungan ini berakhir di Neraka dunia. Alhamdulillah, saya syukur, saya redha. Jika ujian hidup ini untuk memudahkan perjalanan saya untuk ke syurga, saya redha. Insya Allah. Tak semua lelaki mudah untuk melafazkan talak. Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan dua kalimah syahadah. Seterusnya, mulut saya dipaksa untuk melafazkan cerai, mengulangi apa yang hakim mahkamah sebutkan. Saya cuba kuatkan semangat tapi air mata mula mengalir perlahan dan akhirnya tangisan yang saya rasa tiada kesudahan. Waktu ini saya keseorangan. Tiada keluarga di sisi. Hanya Allahuakhbar keluar dari mulut ketika menangis, berharap semuanya akan berakhir dengan cepat dan boleh kembali tenang seperti biasa. Air mata terus mengalir, tangisan menjadi semakin kuat. Tidak mahu orang lain nampak, saya pakai face mask dan sunglasses hitam saya. Terus tertunduk dan terus menangis. Cermin pintu diketuk oleh keluarga mertua. Saya tidak melayan pada mulanya sebab waktu itu saya hanya mahu menangis sahaja. Mereka lama berada diluar kereta menunggu saya dan untuk tidak hampakan mereka, saya kuatkan semangat untuk bercakap dengan mereka. Perkataan ampun dan maaf dari keluar dari mulut masing masing tanpa henti. Situasi ini saya tak pernah bayangkan akan terjadi. Melihat orang yang lebih tua dari saya juga meminta maaf dan menangis. Keluarga mertua sangat baik dan saya hormati mereka.”

  • trauma 在 Facebook 的最佳貼文

    2021-09-24 23:42:53
    有 1,717 人按讚

    Sedikit perkongsian buat yang rajin membaca & berfikir. Buat sahabat yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu cerita tetapi berkata jangan sebar aib dan sebagainya, sila fahami apa beza aib & jenayah.

    Masyarakat kita sudah terbalik. Yang sepatutnya aib dan tidak boleh disebarkan mereka pergi sebarkan. Yang bukannya berbentuk aib tetapi jenayah pula minta jangan dikongsikan.

    Saya tidak akan berdebat atau refute sesiapapun melainkan mereka tahu A-Z. Yup tahu A-Z. Dari awal sehingga akhir.

    Jikalau hanya keluarkan pendapat berdasarkan apa yang anda nampak di media sosial sedangkan diri anda tidak tahu hujung pangkal A-Z, maka apa jua pendapat yang dikeluarkan itu pastinya kurang tepat kerana anda tidak mempunyai informasi yang menyeluruh.

    Kami juga yakin adanya Padang Mahsyar dan tahu tentang hadith tentang larangan membuka aib. Adakah kami begitu jahil sehingga sengaja menempah tempat di neraka?

    Kami terima pelbagai kes tetapi majoriti kami diamkan kerana itu adalah aib peribadi apabila kedua-dua pihak suka sama suka lalu berzina. Ya kami ada bukti bukti masuk ke hotel dan sebagainya tetapi kami tidak buat apa-apa.

    Kami terima kes budak 3-4 tahun dicabul datuk saudara, diganggu secara seksual oleh penghulu, imam, diganggu pensyarah, diganggu pengarah filem & pelbagai lagi kes yang kami kendalikan serentak.

    Semua kes ini lebih mudah kerana melibatkan orang biasa bukannya berpengaruh.

    Kami membantu mangsa-mangsa & ahli keluarga ini membuat laporan polis, mendapatkan sokongan psikologi untuk keluar dari trauma & memberikan khidmat guaman percuma bagi yang tidak mampu. Majoriti kos ditanggung kami.

    Bagi anda yang tidak faham kerana enggan faham dan malas untuk faham serta anda yang tidak faham dari A-Z tetapi tetap nak ulas dan sebagainya, maka saya doakan agar Allah bukakan hati anda serta kurniakan kesedaran buat anda.