“Apa tu syarat taklik tambahan?” Dahi Abang Thaqil berkerut.
“Lain-lain syarat yang ditambah ke dalam draf perjanjian. Bukan syarat standard yang bias...
“Apa tu syarat taklik tambahan?” Dahi Abang Thaqil berkerut.
“Lain-lain syarat yang ditambah ke dalam draf perjanjian. Bukan syarat standard yang biasa disebut sewaktu akad nikah. Syarat tambahan ni adalah untuk melindungi hak isteri sepanjang tempoh mereka berkahwin. Sebagai contoh – suami tak boleh berpoligami, suami kena berikan nafkah minimum sebanyak RM500 sebulan atau senarai harta yang suami tak boleh tuntut sekiranya berlaku penceraian.” Terang Kak Thifa.
“Papa tahu pasal taklik... tapi papa tak tahu pula ada syarat taklik tambahan ni.” Sampuk Tengku Harith.
Bukan Tengku Harith seorang aje yang tak pernah tahu... aku juga pun baru tahu! Kalau Kak Sarah tak kena... aku pun tak akan tahu pasal ni.
“Thiya pun tak pernah tahu sehingga kakak Salma bercerai. Lepas tu, Thiya buat research. Tahu tak... syarat taklik tambahan ni bukan benda yang baru. Menurut riwayat cucu Rasulullah SAW sendiri, anak kepada Saidina Hassan, Sakinah pun pernah meletakkan syarat tidak mahu dipoligami kat dalam takliknya. Thiya pun dah minta tolong Kak Thifa semak... ”
“Jangan tanya kenapa Thifa tak beritahu ayah dan mak. Adik suruh Thifa buat dia macam client, so... it’s confidential.” Terus semua orang tak boleh salahkan Kak Thifa. Kak Thifa kalau kata A... maknanya A. Tak ada siapa pun boleh ubah.
“In this case, Thiya meletakkan syarat Faal tak boleh berpoligami sekiranya Thiya masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan...”
“Dan apa?” Tengku Fareha baru bersuara.
“Kalau Faal berubah kepada perangai playboy...” Sampuk Tengku Faal. “Adik...” Mak yang daripada tadi diam... akhirnya bersuara.
“Adik dah habis fikir ke ni?”
“Dah, mak. Dah seminggu Thiya fikir benda ni. Thiya dah ikut semua orang punya keinginan. Semua nak Thiya kahwin dengan Faal, siap bagi tempoh kat Thiya... Thiya okey. Thiya ikut. Thiya tak ada bantahan. Tapi syarat taklik ni untuk Thiya. Satu benda aje yang Thiya minta. Kalau Faal betul berubah, nak takut apa?”
Tengku Faal kemudian meletakkan kertas itu atas meja.
“So, where to sign?”
Dan...
Semua orang memandang Tengku Faal.
#KembaliMencintai
TENGAH TAIP.
thaqil 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
thaqil 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
thaqil 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答