雖然這篇shahrukh khan mbti鄉民發文沒有被收入到精華區:在shahrukh khan mbti這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 shahrukh產品中有35篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, Ayah ada kanser!? Pada satu hari, seorang doktor mengesahkan saya ada kanser dan jangkaan hidup sudah tidak lama. Tentu saya bingung sekejap selepas...
同時也有16部Youtube影片,追蹤數超過257萬的網紅Nur Amira Syahira,也在其Youtube影片中提到,I always got request to play KOI MIL GAYA songs when i make show in SK TAMAN BUKIT TERATAI on 28 OCT 2018. That is the power of Bollywood songs! Yeyy!...
「shahrukh」的推薦目錄
- 關於shahrukh 在 FizzAlmy Instagram 的精選貼文
- 關於shahrukh 在 Usop ? Instagram 的最佳貼文
- 關於shahrukh 在 Diyana Halik Instagram 的最佳貼文
- 關於shahrukh 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於shahrukh 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於shahrukh 在 Facebook 的精選貼文
- 關於shahrukh 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
- 關於shahrukh 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
- 關於shahrukh 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
shahrukh 在 FizzAlmy Instagram 的精選貼文
2021-09-16 06:28:57
“SHAHRUKH KHAN KE NI ?? 😂😂” - @vessaofficial .. . . Sy percaya ramai wanita atau terutama mommy² yang ada masalah payudara kendur atau lembik selepas ...
shahrukh 在 Usop ? Instagram 的最佳貼文
2021-08-18 10:51:17
"No one can change the past, but everyone has a power to change the future." 😘. Acah acah Shahrukh Khan sikit 🥶...
shahrukh 在 Diyana Halik Instagram 的最佳貼文
2021-08-03 11:59:36
MashaAllah Tabarakallah Maklumlah PKP… Harap Faham ye semua 🤣😜 Helicopter kita park jauh la. SOP kan so kereta aje la hahahha Well well, before Rain...
-
shahrukh 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
2018-10-30 12:41:04I always got request to play KOI MIL GAYA songs when i make show in SK TAMAN BUKIT TERATAI on 28 OCT 2018. That is the power of Bollywood songs! Yeyy! Thanks for watching! Subscribe and click the bell.
________________________
I do not own this songs and of course i do not have any revenue from all drum cover video's. I'm creating Drum Cover and others content on my Youtube channel for FREE to watching, learning something or have a fun. But you can help me reduce the cost of my studio maintenance by join me as contributor. Become a contributor and get access to a AMIRA BEHIND THE SCENE in Facebook Group and enjoy watching what I'm doing behind the scene! You decide how much you can contribute by click this link https://app.senangpay.my/pay/contributor -
shahrukh 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
2018-10-12 12:07:19Zara Sa Jhoom Loon Main | Dilwale Dulhania Le Jayenge | Shah Rukh Khan | Kajol | Drum Cover by Nur Amira Syahira 15 years old. Thanks for watching! Subscribe and click the bell for more drum cover.
_____________________________
I do not own this songs and of course i do not have any revenue from all drum cover video's. I'm creating Drum Cover and others content on my Youtube channel for FREE to watching, learning something or have a fun. But you can help me reduce the cost of my studio maintenance by join me as contributor. Become a contributor and get access to a AMIRA BEHIND THE SCENE in Facebook Group and enjoy watching what I'm doing behind the scene! You decide how much you can contribute by click this link https://app.senangpay.my/pay/contributor #amiradrummer -
shahrukh 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
2018-05-01 22:33:27Kuch Kuch Hota Hai - Shahrukh Khan | Kajol | Rani Mukerji | Drum Cover by Nur Amira Syahira 15 years old. Thanks for watching! Subscribe for more drum cover.
-~-~~-~~~-~~-~-
I do not own this songs and of course i do not have any revenue from all drum cover video's. I'm creating Drum Cover and others content on my Youtube channel for FREE to watching, learning something or have a fun. But you can help me reduce the cost of my studio maintenance by join me as contributor. Become a contributor and get access to a AMIRA BEHIND THE SCENE in Facebook Group and enjoy watching what I'm doing behind the scene! You decide how much you can contribute by click this link https://app.senangpay.my/pay/contributor
#amiradrummer
-~-~~-~~~-~~-~-
shahrukh 在 Facebook 的最讚貼文
Ayah ada kanser!?
Pada satu hari, seorang doktor mengesahkan saya ada kanser dan jangkaan hidup sudah tidak lama.
Tentu saya bingung sekejap selepas mendapat berita ini. Maklumlah, Filem-filem DC Extended Universe dan Marvel Cinematic Universe pun masih banyak yang belum ditonton. Masih belum bergaduh dengan bini tentang poligami. Malah pergi haji pun belum ada rezeki. Aduhai...
Tapi, Oleh sebab doktor itu pakai cermin mata macam Clark Kent dan handsome seperti Superman, saya terus teringat cerita Superhero itu yang merupakan mangsa buang bayi dari angkasa.
Superman dibuang ke bumi bukan sebab anak haram atau ibu bapanya miskin tetapi planetnya berdepan kiamat yang membunuh ayah dan ibu serta semua bangsanya. Jadi sebelum planetnya musnah, ibu bapanya sudah merancang untuk membuang Superman ke planet lain yang penguninya serupa dengan mereka.
Sebaik Superman jatuh ke bumi ketika masih bayi, beliau telah dipungut oleh petani yang baik hati. Kebetulan pula warna kulit dan bahasa mereka sama, jadi tinggallah Kal-El (nama sebenar Superman) sebagai manusia di bumi. Masa berlalu pantas, Kal-El masih cuba menyesuaikan diri tapi terlalu banyak dugaan hidup di bumi yang membuatkan beliau sedih. Namun kesedihan Superman tak lama kerana ayahnya ada mengirim ‘surat’ yang mampu menjawab semua masalah dan persoalan Clark Kent (nama baru di bumi).
Maka Jor-El (nama sebenar ayah Superman), walaupun sudah mati namun masih mampu slow talk dengan si anak pada bila-bila masa menggunakan ‘surat’ canggih yang boleh mengeluarkan imej 3D. Dapatlah Clark Kent ‘mengeteh’ bersama hologram ayahnya yang sudah mati. Untungkan?
Jadi cuba bayangkan jika remaja di luar sana yang sedang bersedih kerana hidup tanpa ayah secara tiba-tiba si ayah yang sudah arwah rupa-rupanya ada mengirim ‘surat’ yang mampu menjawab semua masalah kita? Wow!
Lalu buku ini ditulis sebagai surat kepada anak-anak saya khasnya dan seluruh anak-anak di dunia amnya. Alahai, kiranya macam cerita Kuch Kuch Hota Hai yang mana mendiang Tina (Rani Mukherjee) menulis surat kepada anaknya, Anjali yang perlu dibaca pada setiap kali hari lahirnya. Pada hari jadi ke-10, Tina menyuruh Anjali mencari awek lama (Kajol) ayahnya, Rahul (Shahrukh Khan) dan kahwinkan mereka. Woha! Kerana itulah saya menulis buku ‘Ngeteh di Kubur Ayah’.
Jangan bimbang, saya tak buat wasiat menyuruh anak-anak mencari pakwe lama ibunya macam Tina dan Anjali tu. Cuma nak beritahu, jika nasihat Lukman Al-Hakim daripada seorang ayah kepada anaknya masih relevan untuk kita, mungkin nasihat Hamka Kereta Mayat untuk anak-anaknya juga boleh dipraktikkan di celah-celah kehidupan anda. InshaAllah.
Selamat ‘mengopi’ bersama ‘arwah’ di pusara dan selamat ‘mengeteh’ bersama ‘ayah’ di kubur. Nikmatilah perbualan ayah dan anak ini sementara nyawa masih dikandung badan.
Selamat membaca buku NGETEH DI KUBUR AYAH.
Dan selamat hari ayah.
Pecah kaca pecah gelas, lepas baca sedekahkan al-Fatihah.
Woha!
(Kanser tu jika nak tahu endingnya sila baca buku ngeteh dikubur ayah sebab ada post credit jugak, he he, terima kasih kepada yang sudi membeli belah dihalaman keretamayat)
shahrukh 在 Facebook 的最佳貼文
Pada suatu hari, selepas solat isyak, ketika melangkah keluar dari sebuah surau (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya!), tiba tiba muncul Pakcik Abu Nisfuyang agak anti dengan ‘kefahaman’ ugama aku mulai menunjukkan kefahaman ugama beliau dengan menegur aku secara terbuka di tempat terbuka:
“huh, cakap berapi-api suruh orang ikut sunnah Nabi dari arab, tapi diri sendiri pakai baju macam orang India”
Lebih kurang begitulah teguran yang membina dari Pakcik Abu Nisfu yang berbaju melayu cekak musang dan berkain pelekat cap gajah duduk kepadaku…
Aku merenung diri sendiri, benar!, pakaian yang aku pakai adalah seakan jubah yang labuh hingga ke lutut, mirip dengan baju yang di pakai oleh Shahrukh Khan ketika bagi makan kepada burung merpati di waktu awal pagi di tepi sawah demi memikat hati mertua a.k.a ayah kajol dalam filem “Dilwale Dulhania La Jangge”..
Hmmm.., tak baik bergaduh dengan orang tua yang memakai kain pelakat cap gajah duduk, bisik hati kudusku, walaupun hakikatnya kain pelakat berasal dari Thondai Mandalam, kawasan timur laut Tamil Nadu di India - (rujuk filem tamil, heronya bergaduh pakai kain pelekat apa?!)
Namun sebagai seorang bersopan santun dalam cerita ini, aku mengambil keputusan untuk menghormati orang yang lebih tua dengan bercakap secara lemah lembut sambil minum air teh yang di sediakan oleh AJK surau setelah penat membaca yassin di malam jumaat..
Sambil hirup air, aku pun bercerita sejarah asal kain pelikat yang datang dari Pedagang-pedagang India yang menjual di Melaka.
Oleh sebab kain itu berasal dari Palaiyakat India, orang melayu kitapun namakan kain sarung itu sebagai kain pelekat. Now you know.
Maka aku bagitahu pakcik Abu Nisfu itu akan ada orang kita yang kebanyakkannya selesa bersolat dengan guna kain pelekat tanpa pakai seluar dalam, termasuklah saya dan pakcik, lalu bila tiba time sujud, maka telur akan jelas kelihatan dari belakang yang sungguh buruk rupanya dan boleh menggangu kekusyukkan jemaah lain, apatah lagi jika telur lanjut mencecah lutut, maka bila saya kenakan pakaian yang labuh ‘macam’ sunnah Nabi ini, maka pakaian saya itu akan menutup telur zakar saya yang labuh tu pakcik, dan pakcik yang jauh lebih tua dari saya dan mempunyai telur zakar yang jauh lebih labuh dari saya, lalu bila pakcik bersujud, maka baju melayu cekak musang pakcik gagal memainkan peranannya lalu terdedahlah telur pakcik yang melintang lalu membujur patah (aku tambah) dan saya tengok ramai budak budak ketawa tengok telor pakcik, lepas tu bila dah habis solat pakcik marah budak budak buat bising dalam masjid rumah Allah, sedangkan pakcik tak tahu bahawa telor zakar pakciklah punca ilham kenakalan budak budak tu.. ha ha ha!
Dan bila pakcik marah kat budak budak tu kerana buat bising dan main main dalam masjid tempat ibadat, kira betulah tu, sebab Masjid tempat ibadat, mana boleh main-main!, tapi tahukah pakcik bahawa dunia ini juga adalah tempat ibadat, tapi siapakah nak tolong ‘marah’ bila kita main main kat dunia ini?
Hah! Orang yang pakai baju macam orang ‘India’ tu lah pakcik…, dan apa yang saya belajar, pakaian sunnah adalah labuh hingga ke lutut, dan kain bawah tidak lebih dari buku lali dan tak elok mencecah hingga ke tumit kaki, orang tua lama lama di India cintakan sunnah nabi lalu jadikan pakaian sunnah sebagai pakaian kebangsaan mereka yang di namakan ‘kurta’, jadi timbul salah faham orang melayu yang berkain pelekat dengan menyangka kurta dari India sedangkan kain pelekat adalah berasal dari India lah deii..
Dan jika pakcik Abu Nisfu nak tahu apakah perbezaan antara kain pelakat cap gajah duduk dengan gajah betul adalah, arggg, malas nak melucah di malam jummat begini… sekian.
(Cerita sini, habis sini!)
Ps: Selepas aku melucah kisah gajah duduk dengan Pak Abu Nisfu, terus Pak Abu Nisfu ketawa berdekah dan mulai hari itu, terus jadikan aku sebagai rakan kedai kopi belanja teh Tarik sambil mendengar cerita tentang sains dan agama, Woha!
(diolah semula dari buku Semusim Di Syurga)
shahrukh 在 Facebook 的精選貼文
Dari hujung pagar masjid, saya terlihat seorang pakcik sedang duduk termenung sambil memerhatikan jemaah masjid yang sedang bersiap siap mengambil wudhu kerana waktu magrib sudah hampir tiba. Lalu saya seorang yang ‘baik ada makna’ terus menghampiri pakcik tu dan menegur sambil berbudi bahasa..
Dalam asyik saya berborak akan perihal peribadi yang membuka kepada takruf(pengenalan), maka pakcik ni tiba tiba membuka ilmu di dada...
“Orang islam sekarang ramai yang solat tapi tak sah”, katanya.
“Kenapa pulak?” Tanya saya sambil menambah gulung pada ikatan kain pelikat di pinggang.
Sebab mereka mengucap kalimah syahadat tapi tak tahu hakikat. Kalimah syahadat itu ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, setiap huruf ada maarifat dan hakikat, ada asma 99 nama Allah, tak tahu ini, syahadat tak sah, bila syahadat tak sah, semua ibadat menjadi sia sia, dan ramai tak tahu ilmu tasauf serta belajar tariqat..
“Siapa yang ajar pakcik?"
Tanya saya sambil membetulkan sesuatu dicelah kain pelikat.
Tok guru Pakcik, iaitu syekh (saya lupa nama guru pakcik tu), dia adalah seorang wali yang susur galurnya datang dari Rasullullah..
Saya pun buat-buat terkejut:
Wah! ini sudah bahaya, apa kata malam ni lepas solat magrib, saya kumpulkan semua ahli surau agar mereka dapat betulkan syahadah, ini tak boleh main main.., sia sia semua amal, pakcik jangan bimbang, ustaz yang mengajar malam ni saya kenal, saya akan suruh ustaz tu juga belajar dengan pakcik malam ni..
“Err, pakcik tak boleh ajar ilmu ni secara beramai ramai, sebab ada benda rahsia yang pakcik tak boleh bagitahu...”
Eh, apa pulak? Jika pakcik tak ajar kami mengucap Kalaimah syahadat yang ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, yang ada maarifat dan hakikat, yang asma 99 nama Allah.., nanti kami semua sesat, pakcik wajib ajar kami, jika tak, kami semua masuk neraka, apa pakcik nak jawab dengan Allah?
Pakcik tu tersenyum tawar, dan nampaknya pakcik tu bersetuju..
Lepas solat magrib, saya cari pakcik tu dalam saf solat,. Tapi takde, pakcik tu tak solat pun kat situ.
Ok, mungkin pakcik tu sakit perut nak berak, tapi sampai isyak,. Pakcik tu pun takde..
Ok, mungkin pakcik tu masih sakit perut terberak berak..
Dan beraklah kau pakcik, sampai subuh!
********
Moral of the story:
Agama ni tak de lah complicated sangat, sampai susah nak belajar, nak kena ada ilmu syariat, makrifat, tarikat, hakikat, dulu kononnya baru sah solat.., nak kena ada hakikat tasauf dan zikir tariqak dulu, atau nak kena tahu sifat serta zat 99 nama Allah, lalu mengkaji dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan lepas belajar semua tu barulah ibadat di terima kononnya.., siapa ajar kau?
Atau nak kena suci hati dulu melalui zikir beribu ribu di dalam kelambu atau tanah kubur sehingga mencapai darjah nafsu ketujuh di tunduk, baru boleh jadi mukmin.., siapa ajar kau?
Dulu masa orang kafir masuk islam, ada Nabi ajar kenal zat 99 nama Allah baru ajar solat?
Atau ajar dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan kenal syariat, makrifat, tarikat, hakikat, kemudian baru ajar solat..
Atau Nabi ajar “Awaluddin makrifatullah” yang mana selagi tak ‘kenal’ Allah secara zat maka ibadat tak sah?
Takdepun!,
Nabi ajar kalimah tayyobah secara jelas, iaitu tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Setuju: islam,
Tak setuju: kafir..
Mudah sahaja.. Lepas tu Nabi terus ajar sahabat tentang dakwah dan solat.., simple..
Kenapa simple?
Ok, saya bagi contoh:
Kalau saya cakap, “dalam kereta mayat ada Hamka..”
Ayat saya di atas adalah kalimah yang tidak lengkap, masih boleh dipertikaikan…maka tak salah kalau korang tanya saya balik,: “dalam keretamayat ada tak Rita Rudani?, ada tak Aida jebat? Atau ada tak Sajat?..”
Saya jawab balik.. “Takde..”
Korang boleh tanya lagi, ada tak Sonali Bandre? ada tak Scarlett Johansson?, dalam keretamayat tu?
Saya jawab takde..
Korang akan tanya lagi…, ada tak Maria Ozawa yang berlakon dalam filem “menculik Miyabi?”
saya cakap: Argh., dah!, cukup!…salah saya juga kerana memberi kenyataan yang tidak lengkap..
Jadi, apakah kalimah yang lengkap?
Kalimah yang lengkap adalah kalimah yang mempunyai NAFI dan ISBAT.
Jadi saya patut cakap macam nih:
“Tiada sesiapapun dalam keretamayat selain Hamka…”
Maka, memang bodohlah orang yang tanya ada tak Dato’ K, Datuk Siti, atau datuk Shahrukh selepas dah tahu hanya saya dalam keretamayat tu..
Dan memang slow kalau yang tanya: ada tak stereng?, kerusi, gear dalam kereta?, sebab saya dah bubuh perkataan siapa..(argh tak payah saya nak terangkan-STOP)
NAFI: TIADA SESIAPA
ISBAB: SELAIN HAMKA.
Jadi.., dulu-dulu kita tahu Nabi berdakwah guna Kalimah:
“TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”
Memang KAPIRlah orang yang tanya lagi, ada tak: LATTA? , USZA?, dan lain lain..
Dan memang banganglah kalau Tanya: ada tak anak tuhan?, ibu tuhan?..
Kenapa?
Kerana lafaz kalimah tauhid itu telah sempurna:
NAFI: TIADA TUHAN.
ISBAB: SELAIN ALLAH.
LA ILA HA ILLALLAH!
Tiada Tuhan Selain Allah!
Tiada Yang Berkuasa Selain Allah!
Tiada Yang Bagi Manfaat Dan Mudarat Selain Allah!
Simple!
Tapi pakcik buat ugama jadi complicated,. , kena belajar ilmu hakikat tasauf dulu, tarikat maarifat dulu, baru sah ibadat, tapi bila suruh terangkan, tak boleh pulak, sebab rahsia..., kena berzikir dulu baru faham sifat asma ilmu azam rahabibullah bagai..
Bukankah Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan?, sebab Allah menjadikan manusia ni macam macam, ada yang pandai, ada yang bodoh, ada yang slow, ada yang autism, ada yang OKU.., ada yang senang kena tipu, ada yang kejam, ada yang mudah kasihan sampai diri tergadai, ada yang kaya raya, ada yang papa kedana, dan macam macam..
Maka, bila agama datang kepada manusia, maka ia datang kepada semua golongan, orang kampong, orang Bandar, orang slow, orang pandai, orang OKU.., semua!
Jadi.., Nabi telah ajar ugama yang mana semua orang boleh faham, takdelah complicated sampai nak kena “kenal” Allah secara zat atau bersebati dengan asma ismu azam, atau zikir 13 ribu baru dapat amal agama, takde macam tu.., jika ada orang kapir masuk islam har ni, ajar mengucap, ajar bersuci, tahu apa itu najis, tahu hadas besar dan kecil, terus boleh belajar 6 rukun wudhu dan 13 rukun solat.., dan jika mati hari ini, insyAllah korang terus masuk shurga..,
Zaman Nabi ada orang kapir yang masuk islam, lalu terus ikut Nabi berperang dan mati dan terus masuk syurga, sedang dia tak pernah solatpun, simple kan?
Islam itu mudah.., kerana semua orang boleh amal agama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau slow, semua boleh amal ugama!
Malahan belajar agama adalah lebih mudah dari naik basikal!
Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Basikal kena beli, dah pakai duit, lepas tu Nak naik basikal kena ada kaki, jika kudung tak boleh, lepas tu nak kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., kan susah?
Sedangkan untuk amal agama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, sebab nabi makan guna tangan dan tak guna kerusi meja, kan senang tu? Semua orang boleh amal agama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan bagi peluang untuk kita bertaubat dan terlibat dalam perkara yang dapat membantu ugama.
Amin...
Ps1: Maksud agama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal agama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau bodoh, semua boleh amal ugama! Sebab tu saya kata islam itu lebih mudah dari naik basikal.
ps2: pakcik.., tolong jangan perasan bagus, dan tolong jangan berak lama sangat, err, pakcik pandai tak naik basikal?
Woha!
(dipetik dari buku Hamka kereta mayat)