[爆卦]non-partisan是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇non-partisan鄉民發文沒有被收入到精華區:在non-partisan這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 non-partisan產品中有15篇Facebook貼文,粉絲數超過35萬的網紅Papa Azri,也在其Facebook貼文中提到, Himpunan bantah ICERD bukti kejayaan penyatuan ummah merentasi politik kepartian. Majoriti yang hadir pada hari bersejarah itu bukan orang politik tet...

 同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅賓狗單字Bingo Bilingual,也在其Youtube影片中提到,你英文想變更好嗎?快來 PressPlay 訂閱賓狗: https://www.pressplay.cc/bingobilingual · 免費試用 3 天 · 搭配本集 Podcast 的詳細講義 · 手機背景播放,善用零碎時間學習 · 一次掌握頂尖學習資源:文法、發音、口說及更多 【本集單字...

non-partisan 在 Muhammad Azri Instagram 的最佳貼文

2021-03-30 07:33:37

Jangan tunggang Ummah Dalam politik kita sering dengar istilah hari ini jadi kawan esok jadi lawan. Begitulah juga sebaliknya hari ini lawan esok jad...

  • non-partisan 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文

    2021-04-03 00:16:31
    有 3,320 人按讚

    Himpunan bantah ICERD bukti kejayaan penyatuan ummah merentasi politik kepartian. Majoriti yang hadir pada hari bersejarah itu bukan orang politik tetapi anak bangsa non partisan yang tidak mahu negara ini jatuh ke tangan yang salah.

    Ni bukan soal apit lempang cencang galang, ini bukan soal kluster broker mahupun kluster oportunis. Apatah lagi nak menjadi kluster pak nujum. Ini soal amanah yang kita pikul sebagai pemimpin parti politik untuk memastikan penyatuan ini berjaya diterjemahkan melalui kotak undi.

    Suara Rakyat suara keramat, dengar lah denyut nadi mereka yang tidak mahu lagi perpecahan Melayu itu berlaku. Cukup cukup lah kita jadikan mereka rakyat mangsa hingga akhirnya meletakkan negara ini ke dalam risiko besar.

    Bawa lah berbincang dengan baik, pakat lah elok elok dengan hemah. Tunjukkan lah kepimpinan kita yang lebih matang agar rakyat diluar sana yakin pada hala tuju kita.

    Jangan sia siakan harapan mereka.

  • non-partisan 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文

    2021-03-22 17:32:56
    有 896 人按讚

    Jangan tunggang Ummah

    Dalam politik kita sering dengar istilah hari ini jadi kawan esok jadi lawan. Begitulah juga sebaliknya hari ini lawan esok jadi kawan. Ditambah pula dalam waktu ini selepas PRU14 telah mengubah landskap politik Malaysia yang cukup dinamik hingga tak terduga apa yang bakal berlaku.

    Siapa sangka UMNO yang dengan PAS berpuluh tahun berbalah satu sama yang lain hingga sanggup kafir mengkafir boleh mengenepikan persengketaan dan bekerjasama selama 22 bulan menentang kerajaan Pakatan Harapan hingga mendapat sokongan dan dukungan dari rakyat non partisan dengan begitu hebat.

    Kejayaan besar dicapai apabila piagam Muafakat Nasional 2019 antara UMNO & PAS dimeterai dan inilah episod paling bermakna hingga ada ahli kedua dua parti mengalirkan air mata tanda cinta dan kasih nya kepada penyatuan yang buat pertama kali dalam sejarah selepas berpuluh tahun berperang laknat melaknat.

    Tapi lain pula apabila UMNO & PAS membentuk kerajaan bersama PPBM parti yang telah mengkhianati Pakatan Harapan apabila telah belot berpaling tadah meninggalkan sekutu mereka DAP PKR & AMMANAH.

    Banyak keputusan yang dibuat oleh kedua dua parti ini mengguris hati dan perasaan ahli dan penyokong parti masing masing. Malah ada sesetengah pekara menyebabkan ahli kedua dua parti rasa marah dan sudah mula tuduh menuduh satu sama lain.

    Ya mungkin keretakkan hubungan antara UMNO dan PAS disebabkan PPBM. Mungkin benar juga cerita yang dijaja bahawasanya ibarat “PAS bercinta dengan UMNO tetapi tiba tiba kawin dengan PPBM. Tetapi takkan orang sudah berkahwin kita nak suruh minta cerai?”

    Apakah semua pertelagahan ini disebabkan kuasa? Adakah ianya semua kerana masing masing mahu tunjuk siapa lebih kemelayuan dan siapa lebih islamik? Adakah semua ini mahu meraih populariti dalam mendapatkan sokongan akar umbi parti?

    Rakyat sedang memerhati kita, mereka pasti pelik dan hairan kerana sewaktu menjadi pembangkang UMNO dan PAS boleh bekerjasama tetapi apabila menjadi sebahagian dari kerajaan timbul bibit bibit keretakkan hubungan UMNO dan PAS.

    Rakyat pasti terfikir, sampai bila parti politik Melayu ini nak bercakaran walhal semua nya mengucap dua kalimah syahadah yang sama. Jika dulu UMNO kerajaan dan PAS pembangkang, hari ini kedua dua nya berada dalam kerajaan dan tidak ada sebab untuk kedua parti Melayu terbesar ini berbalah.

    Nak bawa Islam, nak bawa Melayu maka kembalilah kepada landasan perjuangan yang asal dan benar. Jangan tunggang Ummah demi kepentingan parti mahupun peribadi.

    Sedarlah, Rakyat non partisan memerhati gelagat pemimpin Politik Melayu.

  • non-partisan 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文

    2020-10-30 15:19:38
    有 1,137 人按讚

    Dalam masa 2 ke 3 minggu ini berkemungkinan besar akan berlaku beberapa pekara penting yang akan sekali lagi menghuru harakan politik negara. Pekara yang tak terjangka dan akan membangkitkan emosi semua pihak termasuk rakyat non partisan.

    Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan menjunjung titah YDP Agong. Raja Raja Melayu adalah benteng terakhir untuk rakyat kerana pada waktu itu tidak ada pemimpin politik yang kita boleh percaya kerana masing masing ada agenda peribadi.

    Rakyat dan ahli parti perlu kekal tenang dan teruskan kehidupan seperti biasa kerana apa yang paling penting adalah perut dan poket kita untuk diisi.

    Masanya akan tiba untuk Reset & Reborn Malaysia

    *** Jangan percaya pada apa yang Aku sampaikan.

你可能也想看看

搜尋相關網站