[爆卦]mogok postal code是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇mogok postal code鄉民發文沒有被收入到精華區:在mogok postal code這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 mogok產品中有67篇Facebook貼文,粉絲數超過45萬的網紅Ismail Ariffin Lepat,也在其Facebook貼文中提到, "Haa! mana pemberita?! Mana TV3, mana Harian metro? Mana Kosmo? mana pi ke semua?? Pi la temuramah brader ni! viralkan dia biaq semua Rakyat Malaysia ...

 同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,0:00 - Intro 1:51 - Pekerja J&T Mogok 4:29 - Abu Syafiq Nak Saman Ibu Yati 6:02 - TMJ Hadiahkan RM200,000 Untuk Ebit Lew 7:38 - Ahli Keluarga Tinggal...

mogok 在 Dr Shazril Shaharuddin Instagram 的精選貼文

2021-08-03 04:16:32

Topic : Justice For Them Seperti yg mungkin anda ketahui, tepat jam 11 pagi tadi doktor kontrak seluruh Malaysia telah melakukan satu tunjuk perasaan...

  • mogok 在 Ismail Ariffin Lepat Facebook 的最讚貼文

    2021-09-04 09:16:49
    有 2,032 人按讚

    "Haa! mana pemberita?! Mana TV3, mana Harian metro? Mana Kosmo? mana pi ke semua?? Pi la temuramah brader ni! viralkan dia biaq semua Rakyat Malaysia tengok! dengaq! dan pikiaq!

    Sememangnya ramai Rakyat nak tengok dengaq hal hal berita yang masuk di akai, kita nak tau apakah yang sebenarnya sedang terjadi?. Clear clear brader ni tibai Khairi dan DG Nor Hisyam kot!, secara terbuka kot dia tibai depa dua ni. Benda dah semakin viral. Rakyat ternganga melopong tak tau hat mana betui hat mana taik ketui!

    Manakala Newspapers Malaysia dok kalut paparkan hal-hal 'ajaran sesat' hat 'punk makan sampah', 'Polis bikin parti liar'. Dok jamu cerita hat lagu tu lah!!,

    Hat Rakyat nak tau tentang betui ka vaksin ni betui! bagueh ka tak bagueh Vaksin ni, depa tak mau bubuh kat muka depan surat habaq! Lagu tu lah berzaman dah! dari tok kadoq sampai la kela ni! Muka depan surat habaq Malaysia, seringkali kaedahnya sering isi ceritanya sama saja iaitu:

    'melindung! Mengampu dan menjilat!'.

    "Anak aku hilang dalam perkarangan balai polis lebuh pantai pulau pinang. Under custody of 14 shariah court's high counsil, keesokannya yang keluar dalam surat habaq..'aku juga yang salah.

    'hmm bagai di kata la..,
    'Sembahyang tak tinggai tapi perangai..'

    Ok ok.. tengok lah brader ni kalau dia selalu ke depan hentam pasai vaksin ni.. hangpa tunggu la tengok muka depan surat habaq nanti.. dia nanti kena kecam macam gendang, padahal apa yang brader ni cakap memang wajib di halusi dan di bela. Sebab dia sedang membela umat manusia.

    Apa apa pun aku salute la brader kita ni, dia berani.. dan anyway aku pun sedar jugak, yang aku ni tak bolehlah nak terus marah kat KJ dan DG. Sebab KJ dan DG ni mungkin juga ada agenda nak selamat Rakyat malaysia, Namun persoalan yang timbul kenapa KJ tak bertindak dengan segera buat satu rancangan TV. 'Hati ke hati bersama ketulusan jiwa'. Adakan majlis muzakarrah di antara doktor pakar yang bersetuju dengan vaksin dan doktor pakar yang menentang vaksin. Ini adalah demi mendapat satu kata putus yang terbaik untuk rakyat Malaysia. 🙏🏽✌🏽❤️

    KORAN - Lagu lirik dari Iwan Fals.
    (Koran - Surat khabar dalam bahasa Indonesia)

    https://youtu.be/JZmDsIrocn0

    "Biarkan Indonesia Tanpa Koran"

    Penguasa sekarang mudah marah
    Berkata selaksa manusia yang resah
    Kudengar dari balik rumpun bambu
    Sedikit pun mereka tak bisa diganggu
    Pada malam September delapan enam
    Berita Radius Prawiro bikin geram
    Empat puluh lima persen yang hilang
    Rupiah yang kita cinta berjalan pincang
    Pernah kau berjanji bak seorang nabi
    Bahwa devaluasi tak mungkin terjadi
    Bersuara emas kau di mimbar akbar
    Tapi ternyata kau seorang pembohong besar
    Ya kalo gaji kita berjuta sebulan tak jadi soal
    Apalagi yang miliar banyaknya, rupiah ditukar dollar

    Ya iya kita kaum jelata, buruh tani, guru dan kuli

    Padamu untuk yang kali ini, lukai nurani kami
    Tinta merah bekas seorang menteri
    Beri gelar penguasa sewenang wenang
    Aku membaca dari koran sore
    Yang kini sudah tak boleh lagi beredar
    Duka cita untukmu sahabat
    Dari kami disini
    Yakinlah engkau tak sendiri
    Masih ada kami yang bernyanyi
    Sayangnya kami masih sekolah
    Baru bisa gelisah
    Tentu kalau sudah selesai
    Pasti lebih lantang suara ini
    44 SK akan dicabut
    Hal itu yang kau beberkan kami setuju
    Sebagai wartawan kau sudah benar
    Sebagai penguasa mungkin juga benar
    Tajam pena katanya bikin resah
    Soal itu masyarakat biasa saja
    Koran sore dihantam pemerintah
    Justru itu hal yang membuat kami resah
    Mana rasa setia kawan dari teman seprofesi
    Mari kita mogok menulis biarkan Indonesia tanpa koran...

    (HEBAT SEKALI IWAN FALS) jalan terus.✌🏽❤️

  • mogok 在 Facebook 的最佳貼文

    2021-06-26 02:05:08
    有 882 人按讚

    Gambar kitab Taklim yang kami baca di rumah setiap hari.. pinjam gambar ni dari page Ustaz Ebit Lew.

    Alkisahnya, sebelum PKP hari tu..

    Rumah saya di datangi oleh tetamu larut malam, mereka duduk ruang tamu, isteri sediakan makanan, dan saya layan bersembang.

    Di ruang tamu, ada almari buku, jadi merujuk kepada satu buku saya tanya mereka:

    “Kat rumah, korang berdua ada buat taklim, macam buku ni?”

    “ada, tapi, tak sempat nak buat”

    Ok, masa untuk berceramah:

    1. Sebenarnya Tuan puan, Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri.

    2. Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..

    3. Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu.

    4. Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

    5. Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...

    6. Untuk itu, belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak mislanya dan membacanya di hadapan anak bini yang mana saya telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi bini dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya.

    7. Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka? Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?

    8. Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi” dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu agama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu agama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila saya tanya kawan kawan saya yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?

    9. Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap? (walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)

    10. Oleh yang demikian, cara penyelesaianya adalah: Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..

    11. Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

    12. Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..

    “Kalau pasangan tak nak dengar, camne Hamka?”

    Korang boleh pujuk mereka dengan ubah strategi, cakap kat mereka abang nak improve Bahasa English supaya senang naik pangkat, lalu korang beli dua kitab, satu kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof yang berwarna coklat dalam BI dan bewarna hitam dalam BM atau atau kitab Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria yang berwarna biru dalam BI dan BM.. (rumah saya ada semua versi ini)

    Lalu bila baca, korang pegang kitab BI, dan direct translate kepada BM dan mintak tolong isteri betulkan jika salah iaitu dengan biarkan isteri merujuk kitab BM lalu korang bacalah dengan merangkak-rangkak kitab BI tu dan boleh buat-buat tak tahu makna supaya isteri tawajjuh membetulkan vocabulary word lalu akhirnya korang dapat menghidupkan “suara nabi” bersama anak isteri dan dapatlah mereka menjadi orang yang bertakwa, dan korang dapat improve English lalu naik pangkat, woha!

    (Dunia dapat, akhiratpun dapat, kan?)

    InsyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak bini kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak, lipas dan nyamuk.., apalah sangat..

    Mudah mudahan, bila resapan cahaya hadith datang dalam hati, maka ihtisab akan datang, lalu anak bini akan nampak perintah Allah, akan faham manfaat dari perintah allah, lalu akan datang keinginan untuk beramal, insyallah..

    “nak buat sampai bila majlis ‘suara Nabi’ ni Abang Hamka?”

    Buat sampai mati.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?

    *****
    Akhirnya hampir jam 11 malam, tetamu sudah bersiap nak menyambung perjalanan pulang, singgah sebab penat memandu dari Terengganu nak ke KL, sudah dipelawa tidur tapi katanya besok pagi kena masuk pejabat.

    Sebelum mereka bertolak, sempat mereka minta tip untuk tidak mengantuk sewaktu memandu.

    Jawab saya:

    “Waktu memandu, cuba korang laki bini mengumpat, memang boleh hilang mengantuk bila cerita keburukkan orang lain, tak percaya tanya geng lepak kedai kopi bila sembang bab politik, ha ha!”

    “Nak mengumpat abang Hamka boleh?”

    “Boleh, saya benarkan korang berdua mengumpat saya, contoh, Hamka tu sembang bab agama pandai sangat tapi anak bini pun nampak macam tak terjaga ajer, dia sendiri pun tunggang langgang, tak kesah apapun, korang nak kutuk, nak maki teruskan, asal korang tak mengantuk, Woha!”

    Tetamu senyum panjang dan melambai bye bye sambil mengucapkan berbanyak terima kasih.

    Lalu mereka pun menghilang ke dalam lebuh raya pantai timur.

    Kami laki binipun masuk tidur, dan bini tanya, kenapa abang suruh tetamu mengumpat kita?

    “Abang tak nak pahala mereka mengalir jauh sangat, biar pahala mereka mengalir dalam keluarga kita”

    Woha!

    Ps: Mengumpat orang membuatkan pahala kita dapat kat orang yang kita umpati, so jika ada masa lapang, korang boleh umpat saya. Pahala saya ambik semua. Kah kah!

    Ps2; Kitab Taklim tu saya tak jual. Tapo saya jual buku Hamka Keretamayat ada 5 tajuk sahaja baki.. nak beli wasap kosong satu sembilang 911 tujuh satu enam tiger. Terima kasih sudi membeli belah dihalaman keretamayat. Semoga PKP ni berlalu dengan tinggalkan kenangan bersama buku best best!

    Woha!

    link kitab taklim https://invol.co/cl5d1wf

  • mogok 在 Coach Anuar Facebook 的最讚貼文

    2021-04-29 15:12:08
    有 29 人按讚

    Hidangan harian kita setiap hari mestilah mempunyai macronutrients dan micronutrients barulah seimbang😻

    ✔Makro Nutrien ialah lemak baik, karbohidrat baik, dan protein.

    ✔Mikro nutrient ialah vitamins n minerals

    ✔Bila kita tidak supply badan kita nutrisi seimbang dua di atas ini, BAHAYA!!!Cepat turun mungkin otot pun kecut sebab tu badan rebound semula, naik berganda ganda sebab dia craving nutrient yg dia kekurangan masa anda buat diet itu dulu.

    ✔Sel2 badan kita umpama pekerja yg mana majikannya kita. Gaji pokok nya Macronutrient (lemak baik, protein & karbohidrat) dan elaun nya micronutrient (vitamin & minerals). Klu kita tidak byr gaji diorg, diorg naik meradang, akibatnya badan kita pun sakit sbb sel2 mogok x mahu kerja betul2.

    Bayangggkannn! 💭💭😳😳

  • mogok 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答

    2021-02-07 08:28:21

    0:00 - Intro
    1:51 - Pekerja J&T Mogok
    4:29 - Abu Syafiq Nak Saman Ibu Yati
    6:02 - TMJ Hadiahkan RM200,000 Untuk Ebit Lew
    7:38 - Ahli Keluarga Tinggalkan Warga Emas Di Surau
    10:00 - Telatah Pengacara Tersasul Ketika Live
    11:53 - Dua Penyamun Pulang Tangan Kosong

    #BULETINVIRAL #EBITLEW
    Viral sebuah rakaman video menunjukkan dua orang lelaki dipercayai dalam cubaan untuk menyamun sebuah rumah. Namun sebelum mereka dapat menyamun rumah itu, perbuatan mereka telah ditangkap oleh pasangan suami isteri yang dipercayai pemilik bagi premis tersebut.\

    Rakaman situasi di hub pengumpulan barang syarikat penghantaran, J&T Express telah membuka kembali isu pembayaran komisyen tersebut. Menerusi video itu, pekerja syarikat penghantaran itu kelihatan membaling parcel dan bungkusan yang terdapat di hub sambil menjerit sebagai tanda mogok kepada pihak pengurusan.

    https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
    http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
    http://budiey.com - Visit My Blog!
    http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
    http://twitter.com/budiey - Follow Me!

  • mogok 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文

    2018-11-13 16:08:27

    Kredit: Emmett - Mogok
    Banyak lagi video eksklusif dan yang best best dekat Astro GO dan Njoi NOW! Korang boleh tengok kat sana secara PERCUMA!

    Senang je caranya:

    1. Download Astro Go atau Njoi Now
    2. Buka aplikasi dan tekan "Skip"
    3. Enjoy the show secara PERCUMA!

    Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
    Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd

  • mogok 在 Warner Music Malaysia Youtube 的精選貼文

    2018-02-09 08:00:06

    Saksikan keunikkan MonoloQue dalam membawa arus segar "Muzik Video One Take 360 Pertama di Malaysia" !

    monoloQue - Mogok Tenteram

    Sutradara : Syed Fariz
    Orang Kanan : Wan Natasya Aida Rosli
    Encik Penerbit : Syahrul I. Shariffuddin
    Konsep / Cerita Asal : loQue
    Penglipur Lara: Fairul Nizam Ablah
    Pelukis /Tukang Tangkap Gambar : Tan Teck Zee
    Pembantu Pelukis : Zul Azri Osman
    Cikgu Seni: Eem Zahari
    Tukang Prop : Tam Abu Bakar
    Prebet Penukang : Ijat Nadiwang
    Tukang Jaga Duit : Syahrul I. Shariffuddin / Wan Shahidi
    Ahli Silap Mata : Nana Azmi
    Pembantu Ahli Silap Mata: Awer Rahman
    Penyelamat Audio: Zakwan Yunus / ACE Studio
    Pemboleh Ubah : Amirul Ikhwan @_ikhwaaan
    Tukang Jahit Video : Naqib Othman


    Bangsawan
    1. Herman Tino
    2. Pekin Ibrahim
    3. Hafiz Halim
    4. Akmal Ahmad
    5. Dahlia Nadirah


    Pemain
    1. Syed Khaliz
    2. Noor Azlan Shah
    J Mazin Talent & Management
    3. Anuar Hamid
    4. Nazri Raz
    5. Isyraf Iman
    6. Suhaid Mustakim
    7. Azlinda Aziz
    8. Arwada Ghazali


    Penari
    1. Redzuan Mohd Fauzi ( Ewan Fauzi )
    2. Mohd Akid Jabran ( Akid Jabran )
    3. Amirul Illias ( Mirul Rxl )
    4. Farah Nazira Binti Shamsuddin ( Farah Nazira )
    5. Nur Syafiqah Najwa Binti Jefri ( Fiqah Jefri )
    6. Nur NazliatulIliana Binti Nazlan ( Lily Lan )
    7. Aina Batrisyia Uzma Binti Mohd Yusoff ( Trisyia )


    Jentera / Kerabat Bunyi Bunyian
    MonoloQue untuk Mogok Tenteram adalah :

    Bakri " Halia" Ismail
    Efry Arwis
    loQue

    Dirakamkan oleh Hafiz Ahmad / Aiman
    Diadun oleh Hafiz Ahmad / loQue
    Mastering oleh Airlab UK
    Penyelia / Pengurus - Zakwan Yunus
    Pemboleh Ubah - Amirul Ikhwan


    Penghargaan tak terhingga
    Samsung Malaysia
    Sharani Mohamad
    Anomalous Films
    Havocoliq Studio
    Azreen Subculture
    Juhari Ibrahim
    Luqman "Oley"

    *Hakcipta Terpelihara *
    Penerbitan Pancasona 2018

    #MogokTenteramMV #BunyiBaruMalaysia
    #MogokTenteram

你可能也想看看

搜尋相關網站