[爆卦]minima是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇minima鄉民發文沒有被收入到精華區:在minima這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 minima產品中有454篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz. Kami merasai kegeraman, kemarahan, kekesalan serta kesedihan be...

 同時也有147部Youtube影片,追蹤數超過0的網紅柳橋唯チャンネル,也在其Youtube影片中提到,ユニクロ散財の集大成。 --------------------- ▼チャンネル登録お待ちしています▼ https://www.youtube.com/channel/UCcOSfFvLNiCCXPB0iEUEo0g?sub_confirmation=1 ---------------------...

  • minima 在 Facebook 的最佳貼文

    2021-09-28 05:03:20
    有 2,245 人按讚

    Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz. Kami merasai kegeraman, kemarahan, kekesalan serta kesedihan beliau.

    Bukan sahaja anak beliau menjadi mangsa tetapi rakan-rakannya juga telah menjadi mangsa kepada 'ustaz' di tahfiz tersebut.

    LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT oleh mereka setahun lebih tetapi masih tiada sebarang tindakan dan 'update' perkembangan kes.

    Mereka meminta bantuan kami. In Sha Allah kami akan membantu anak-anak mereka keluar dari trauma dengan menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara PERCUMA selain sokongan kepada keluarga yang juga trauma dari kejadian.

    Antara kata-kata ibunya kepada kami tadi;

    "Niat saya menghantar anak saya ke tahfiz supaya dia belajar agama tetapi tak sangka dia pula diliwat. Saya menyesal sangat. Saya sekarang ini phobia bila lihat orang berjubah, berserban atau berkopiah ini. Saya jadi benci. Saya 'scroll' Facebook bro dan saya tergerak untuk mencuba nasib harap bro & team boleh membantu kami mendapatkan keadilan."

    Kami memberitahu kepada beliau,

    "Niat & keputusan buat menghantar anak ke pusat tahfiz adalah betul. Semoga Allah kurniakan ganjaran kepada puan dan keluarga. Apa yang berlaku di luar jangkaan kita. Puan tampil membuat report kerana mahukan keadilan. Kita tak nak sesiapa gunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang bercanggah dengan agama. Kami bukan polis tetapi In Sha Allah kami akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu puan dan mangsa-mangsa lain."

    Hampir setiap hari, ya hampir setiap hari kami akan mengadakan minima 2-3 Google Meet berkaitan kes-kes gangguan seksual, predator seksual, serangan seksual dan majoriti mangsa & ahli keluarga adalah keluarga biasa sedangkan pemangsa terdiri dari mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

    Semua kes ini kami akan serahkan & kerjasama dengan pihak berkuasa. Sinergi NGO & pihak berkuasa untuk masyarakat.

    Saya juga meminta maaf kepada ramai sahabat yang menghubungi saya menerusi call & Whatsapp tetapi tidak berbalas kerana akhirnya, setelah mendengar puluhan rintihan, aduan, tangisan mangsa-mangsa & ahli keluarga, mentally tired.

    No worry, saya ok. Selepas berehat saya ok and up and running as usual today. Bagi wanita di luar yang memerlukan sokongan & bantuan, boleh hubungi Sayap Wanita MRM di wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan aturkan Google Meet secepat mungkin .

  • minima 在 Facebook 的最佳貼文

    2021-09-22 08:02:45
    有 2,504 人按讚

    Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia di Parlimen hari ini berkenaan keperluan mempercepatkan pengenalan gaji minima yang seharusnya selari dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta permohonan dari pihak MTUC yang mendengar keluhan pekerja agar diberikan ruang bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian.

  • minima 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文

    2021-09-17 12:30:13
    有 5,555 人按讚

    BUKAN HAMBA ABDI

    Sesungguhnya, cinta abadi adalah cinta Ilahi. Cinta manusia? Ada permulaan dan ada penamatnya.

    Benar... Semua wanita sayangkan pasangan masing-masing. Tapi dalam sayang itu, letaklah sedikit had. Sedikit border. Letak beberapa terma dan syarat.

    Setidak-tidaknya wanita, jom punya minima rumah sebuah 100% nama sendiri. Punya takaful perubatan andai diuji kesihatan.

    Punya sumber menjana wang. Punya sedikit simpanan wang tunai dan emas 999. Ada 200g simpanan emas, dilanda musibah tak mudah rebah.

    Cinta itu adakalanya menyakiti. Realiti cinta ada masa melukai.

    Berpada-pada. Jangan letak 100% harapan pada pasangan semata-mata.
    Memberi pada pasangan, jangan lebih 1/3.
    2/3 lagi? Simpan dan peram untuk persediaan diri.

    Pasangan kita?
    Hakikatnya, bukan hak kita.
    Ini fakta. Tak kira kita suka atau tak suka.

    Mana pernah langit sentiasa cerah?
    Ada waktu rumahtangga diuji.
    Kewangan, kesihatan, mentua ipar, orang ketiga, anak-anak dan sebagainya.

    Sebab itulah pesanan akak sejak dulu jelas. Elak berkahwin selagi tidak faham bahawa, cerai itu pasti, cerai itu realiti.

    Samada cerai hidup?
    Ataupun cerai mati.
    Semua pasti bercerai nanti.
    Tuhan tak ambik?
    Ungka ambik.

    Maka.... Cinta biar bersyarat. Setia biar bersebab.

    Memberi hanya pada yang layak menerima. Elak taat membabi buta. Anda adalah isteri, BUKAN HAMBA ABDI sehingga perlu melutut di tapak kaki. #apeni?

    Jaga diri semua wanita. Simpanan perlu ada, aliran pendapatan perlu sentiasa dijana.

    Salam Sayang

    Kredit : Marlia Ramli

    #marliaramli_loves
    #kongsiilmu
    #learnfromobservation

你可能也想看看

搜尋相關網站