雖然這篇metafora meaning鄉民發文沒有被收入到精華區:在metafora meaning這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 metafora產品中有30篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, Raya ni ada Plot Twist tak? Al kisahnya.., Movie yang ada Plot Twist sangat seronok di tonton macam Filem M. Night Shyamalan's berjudul Sixth Sense, ...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「metafora」的推薦目錄
- 關於metafora 在 فصبر جميل Instagram 的精選貼文
- 關於metafora 在 SYAMNURIEZMIL Instagram 的最佳解答
- 關於metafora 在 阿嬌可可 Instagram 的最佳解答
- 關於metafora 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於metafora 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
- 關於metafora 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於metafora 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於metafora 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於metafora 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
metafora 在 فصبر جميل Instagram 的精選貼文
2021-09-24 11:33:01
kakak2 dan abang2 bangga dgn awak, @faiizmdnoor. kami nampak. kami ada. walau dari jauh (secara metafora, sbb awak tu seberang meja je dgn semua org k...
metafora 在 阿嬌可可 Instagram 的最佳解答
2021-02-17 08:32:46
第一個名牌包 neverfull 現在怎麼看都像人生永不滿足的隱喻 #lv #lvbag #brand #fame #neverfull #corner #sentimientos #cosasdelavida #metafora #bolsas #life...
metafora 在 Facebook 的最讚貼文
Raya ni ada Plot Twist tak?
Al kisahnya.., Movie yang ada Plot Twist sangat seronok di tonton macam Filem M. Night Shyamalan's berjudul Sixth Sense, Kisah Pakcik nak tolong budak yang ada masalah Nampak hantu, tapi rupa rupanya pakcik tu adalah hantu! Hantu betul.
Atau Filem Star Wars, hero nak bunuh orang jahat yang bunuh ayah dia, plot twistnya, orang jahat tu adalah ayah dia sendiri lalu berkata: “Luke.., aku ni abah kau!!”
Lepas tu filem The Others, lakonan Nicole Kindman, kisah mak nak selamatkan anak anak yang duduk rumah berhantu, rupanya rupanya, plot twist sampai, Maknya hantu, adohai…
Sini ada tengok filem Fight Club kisah dua pemuda melawan kapatalist?, melawan Bank Riba? sekali watak Brad Pitt tak wujudpun, adohai.. hero dan Brad Pitt adalah orang yang sama, gila punya Plot Twist.
Itu dalam dunia filem, baca berita pun best jugak bila ada Plot Twist, contoh kisah Abang Burger yang kena saman RM50K tapi rupanya itu kesalahan beberapa kali yang mendatangkan masalah kepada jiran tetangga. Kemudian plot Twist cerita bahawa aduan jiran tersebut palsu dan Abang Burger itu memang peniaga kecil.
Lepas tu Twist lagi kisah abang Burger kaya sebab makan daging harga RM1000, lepas tu twist lagi orang kaya tak ambik gambar resit berlagak makan mahal kecuali orang susah kumpul duit, dapat makan, hingga resit pun ambik gambar, adohai.. Dua tiga kali plot twist.
Kemudian Cerita ibu tunggal dihina pusat zakat lalu terpaksa mendapat bantuan daripada gereja selama 9 tahun, babak awal, pusat zakat jahat, tapi plot twistnya, mereka memang asnaf zakat yang sudah menerima bantuan zakat berpuluh-puluh ribu selama ini, pusat zakat baik rupanya.
Ada jugak kisah seorang wanita tua yang dibuang oleh anak menantu, kemudian menantu dakwa bahawa rupa-rupanya dia yang selama ini membuang anak-anaknya sendiri. Lepas tu twist lagi, apabila cucu pula menafikan cerita tersebut. Berapa banyak plot twist daa...
Tak habis lagi, kemudian muncul kisah laki ada empat bini 28 orang anak yang hidup susah tiada yang bantu, lepas tu plot twistnya, zakat dah bantu sejak 2010, bayangkan 2010 tu bini dia berapa, anak dia berapa? Macam macam ceritalah!
Juga kisah bapa budak perempuan yang tak setuju lawak lucah dari cikgu, lepas tu datang orang politik, kemudian ada orang share bapa itu dulu pun ada buat lawak lucah jugak, macam macam berita melintas, berbelit belit plot twist dia. adohai..
Tapi berita tu bercampur antara rasmi dan tak rasmi, sebab media social ni semua orang boleh tulis.
Jadi kita kena percaya dalam arus perdana, sepeti TV, atau sidang akhbar.
Tapi masalahnya, berita zaman sekarang pun ada plot twist! Hari tu cucuk dua vaksin boleh rentas negeri. Kemudian tak boleh pulak?
Daerah macam mana? Awal-awal hari tu kata boleh balik beraya rentas daerah, tiada lagi PKP menyeluruh, tapi lepas beli baju raya, kuih raya, tiba tiba tak boleh rentas daerah, pulak? Aduhhhh..
Okey.. berita bagitahu boleh ziarah, tapi kena kira selipar, terkini, ziarah dalam rumah sendiri sahaja, dari bilik ke bilik ke?, huhuhuh Ini plot twist paling sedih dan mengharukan sebab kita semua yang kena.
Apa plot Twist mak Cik Kiah dan Haji Salleh yer? Dengar cerita dah beli Scanner suhu dan Print my Sejahtera sebab katanya, boleh open House jika ada dua benda tu, sekali Twist, scan ahli rumah jer rupanya, adohai...
Apapapun, Zaman Nabi dulu, sahabat menangis kerana sedih Ramadan dah habis.
Sedih macam lagu maher Zain tu, betul sangat lagu tu, Ramadan.. ku mohon usah pergi.
(Menyanyilah pulak,)
Jadi sahabat memang bersedih bila puasa nak habis, kita pulak sedih sebab raya PKP, plot twist jugak tu, sob sob..
Teringat kata kata Maulana Hassan, Allah cipta Ramadahan yang dipenuhi Ibadat, dan Cipta satu Syawal yang di larang puasa, dan di galakkan pakai baju cantik dan berhari raya adalah satu metafora dari Allah tentang kehidupan orang islam iaitu, siapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri.
Al faham ke idop? Mati pun ada plot Twist!
Sesiapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri!
Woha!
(Gambar raya tu bukan sedang bersiap nak pergi ziarah, tapi memang sedang ziarah menziarahi sambil ambik gambar! Plot Twistnya, baju sama warna-Woha!)
Promosi Raya, Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Plot Twistnya, beli dari Link saya tu akan dapat Ebook KISAH LAKI BINI PUASA percuma, Tawaran sampai 1 Syawal, tapi kita tengok kot Ada PLot Twist lain, Woha!
Klik sini.
http://bit.ly/HafalYasin
metafora 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
Metafora matematik...
metafora 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Saya sayang kepada sahabat-sahabat semua. Saya juga sayang kepada sahabat yang terlibat dengan Atomy. Menjadi kewajipan saya sebagai seorang Muslim untuk menyayangi saudara seiman dengan saya sebagaimana hadis Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam;
"Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai (kebaikan) untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri."
[HR. Bukhâri dan Muslim]
Mungkin ada yang tertanya,
"Yeke sayang? Kalau sayang kenapa asyik post pasal Atomy dan menyerang ahli Atomy?"
Bagus persoalan itu. Izinkan saya kongsi dengan sahabat semua dan diharap baca dengan tenang. Yang saya tegur dan perbetulkan adalah mereka yang melakukan apa jua perniagaan tetapi memutarbelit fakta, menyelewengkan fakta ataupun menyembunyikan fakta.
Kerana sayangkan saudara seagamalah maka diperbetulkan fakta yang diseleweng, disembunyi dan diputarbelitkan agar mana-mana individu yang melakukannya sedar akan kesilapannya dan masyarakat yang lain mengetahui fakta yang sebenar.
Ianya seumpama seorang ayah yang sayangkan anak-anaknya tetapi salah seorang anaknya suka memutarbelit dań menyeleweng mąką menjadi kewajipan si ayah untuk membetulkan fakta secara umum di hadapan semua anak-anaknya agar anak-anaknya yang lain tahu fakta yang sebenar dan tidak terpedaya dengan fakta yang telah diseleweng.
Si ayah juga boleh menasihati secara peribadi tetapi setelah dinasihati secara peribadi dan anaknya itu melakukan penyelewengan fakta lagi di depan anak-anak yang lain, mąką kesalahan anaknya itu perlu diperbetulkan di hadapan anak-anak yang lain juga.
Jikalau kita memang sayang Anak-anak kita, kita akan perbetulkan kesilapan mereka. Sebagaimana ada sebuah pepatah Inggeris, "You need to be cruel to be kind". Jangan baca secara literal tetapi secara metafora.
Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita semua. Allahuma Ameen...