[爆卦]masjid al-haram是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇masjid al-haram鄉民發文沒有被收入到精華區:在masjid al-haram這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 masjid產品中有6303篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, 12 skrip doa simple untuk kita enjoy dunia dan akhirat. Siapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat. 12 sahaja? Plan plan kayuh, focus 12 perkara...

 同時也有343部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap jentera berat itu di Kampung Brisu, Masjid Tanah di sini pada Isnin KECANGGIHAN KERETA API KELAJUAN TI...

masjid 在 Adam Corrie Instagram 的最讚貼文

2021-09-24 09:33:54

Salam Jumaat.. . Alhamdulillah hari ini saya dapat tahu, saya boleh solat jumaat berjemaah di masjid. Syukur alhamdulillah. . Seperti dapat panggila...

  • masjid 在 Facebook 的最佳貼文

    2021-09-30 17:05:30
    有 27 人按讚

    12 skrip doa simple untuk kita enjoy dunia dan akhirat. Siapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat.

    12 sahaja?

    Plan plan kayuh, focus 12 perkara sahaja ini dahulu, yang lain akan menjadi mudah. InsyaAllah.

    Oh yer, Jika teringat, selitkan nama saya dalam doamu pada nombor 5, 7, dan 12…

    Apa doanya?

    1.Ya Allah, saya bersyukur kerana hari ini dipilih oleh MU dapat solat awal waktu di (isikan nama masjid)

    2.Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat baca surah (isikan nama surah)

    3. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat berzikir tasbih (isikan nama tasbihat)

    4. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat mengajar sedikit ilmu kepada (isikan nama murid)

    5. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat belajar sedikit ilmu daripada (isikan nama guru)

    6. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat sedekah kepada (isikan nama si penerima)

    7. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat tolong (isikan nama seseorang)

    8. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dicintai oleh (isikan nama orang yang korang sayang)

    9. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat memafkan (isikan nama orang yang datangkan masalah)

    10. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih sihat waalfiat hingga dapat (isikan aktiviti senaman)

    11. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dapat sumber rezeki yang halal daripada (isikan perniagaan atau pekerjaan anda)

    12. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat isi masa lapang dengan (isikan aktiviti seronok hari ini, seperti update status FB yang baik baik, like atau share tulisan hamka kereta mayat-woha!)

    Amin!

  • masjid 在 Facebook 的最佳解答

    2021-09-29 13:04:56
    有 1,196 人按讚

    Selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai Senior Account Manager (Online Advertising) di sebuah syarikat antarabangsa pada 15 Januari 2013, saya tidak tahu apa yang menanti saya melainkan hanya berusaha dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

    Saya menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara sebuah travelog. Saya terkejut dan risau ianya adalah scam kerana saya tiada langsung pengalaman menjadi pengacara program TV tiba tiba ditawarkan menjadi pengacara program.

    Saya soal dan dapatkan pengesahan apakah benar dan kenapa saya dipilih & saya menolak pada awalnya. Mereka memujuk saya at least bagi satu video pendek tentang diri saya. Selepas beberapa minggu, mereka hubungi saya & memberitahu bahawa TV Al Hijrah telah bersetuju untuk memilih saya sebagai pengacara & meminta saya untuk sign kontrak!

    Saya kata, "Nanti dulu! Saya nak minta pandangan guru saya."

    Saya berjumpa dengan guru saya, Sheikh Hussain Yee bagi mendapatkan pandangan beliau. Saya menyuarakan kebimbangan saya kerana saya tiada pengalaman sebagai pengacara program TV, kesemua krew produksi adalah belum Muslim & paling merisaukan saya adalah bagaimana saya nak berdepan dengan ujian populariti setelah program ini disiarkan kelak.

    Saya memberitahu kepada beliau saya nak menolak tawaran syarikat produksi itu.

    Saya ringkaskan nasihat Sheikh Hussain Yee kepada saya;

    "Ada sebab & hikmahnya kenapa mereka memilih awak walaupun mereka sedar awak tiada pengalaman menjadi pengacara program TV. Tambahan pula kesemua krew produksi & syarikat produksi adalah belum Muslim. Mungkin dengan awak sebagai pendakwah menjadi pengacara program, awak juga boleh memberikan nasihat dan panduan kepada mereka agar rancangan tidak melanggar ajaran Islam.

    Tentang populariti & keikhlasan, ya awak perlu risau tetapi itu sesuatu yang belum pasti. Mungkin juga dengan awak menjadi pengacara program itu akan membuka ruang dakwah yang lebih luas kepada awak nanti & pengalaman itu juga akan membantu. Saya akan menegur awak bila saya nampak awak lari dari landasan. Terima sahaja & harap Allah permudahkan."

    Dipendekkan cerita, saya terima tawaran & menandatangani kontrak. QadarAllah, bekas majikan saya pula menawarkan saya untuk menunaikan umrah buat kali pertama dalam hidup saya 18 March - 31 March 2013 dan saya perlu terbang ke China pada 2 April untuk memulakan pengambaran.

    Pengambaran kami bermula dari Beijing, Yin Chuan, Xi'an, Nanjing, Shanghai, GuangZhou & berakhir di Hong Kong dan mengambil masa 5 minggu.

    Pengambaran meletihkan tetapi pasca produksi juga jauh meletihkan untuk skrip & voice over. Pertama kali saya belajar belajar membuat skrip bagi memastikan skrip menetapi ajaran Islam. Alhamdulilah akhirnya program itu telah disiarkan di TV Al-Hijrah pada Ramadhan 2013 dan diberikan tajuk. "TETAMU MASJID CHINA"

    Saya diberitahu bahawa program itu mendapat sambutan yang baik dan tahun hadapan (2014) mereka akan memulakan pengambaran untuk musim kedua di Jepun & Korea. Kesemua skrip telah dihantar kepada saya & telah memberitahu kepada saya untuk bersiap sedia tetapi QadarAllah, musim kedua tidak bersambung.

    Apa-apapun, banyak yang telah saya pelajari sepanjang pengalaman menjalani pengambaran selama 5 minggu di China & Hong Kong. Itulah kali pertama saya ke China & juga kali terakhir.

    Tetapi setelah berkunjung ke Hong Kong buat kali pertama pada 2013, saya hanya pergi ke Hong Kong sekali lagi pada 2017 disusuli 4 kali ke Hong Kong pada 2018 & 2 kali lagi pada 2019 setelah terjalinnya hubungan yang sangat rapat dengan Islamic Union of Hong Kong (IUHK).

    Pernah sahabat-sahabat menonton rancangan Tetamu Masjid di TV Al-Hijrah sebelum ini?

  • masjid 在 Facebook 的最佳解答

    2021-09-29 12:38:51
    有 479 人按讚

    Luahan jiwa:
    #ilhamsanubari @buletinfm

    “Assalamualaikum Encik Fedtri. Bertemu kembali. Semoga Encik Fedtri dan keluarga berada di bawah lindungan rahmat Allah SWT.
    Saya pernah muncul menceritakan perihal membela biawak hidup.
    2 kali kecewa, Selepas itu bertemu jodoh untuk kali ke 3. Tetapi suami saya tidak sempurna. Seorang OKU cacat penglihatan sejak lahir. Kami bahagia. Selepas 2 tahun lebih membina masjid dan dikurniakan seorang anak perempuan. Saya diuji suami curang. Tepat tarikh 25/9/2021 iaitu tarikh lahir pertukaran bulan untuk anak berusia 20 bulan saya dikejutkan dengan berita ini. Ketika saya mengetahuinya saya baru selesai solat zohor. Nak kata hancur hati ini,tidaklah terasa sangat. Ini kerana saya sudah mempersiapkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT 2 bulan sebelum saya mengetahui hal ini. Mereka telah bercinta selama 1 bulan.Pasangannya juga adalah OKU cacat penglihatan.
    Nak ikutkan hati perceraian jalan yang terbaik. Tetapi saya tidak boleh mengikut perasaan kerana saya mempunyai anak.”

你可能也想看看

搜尋相關網站