雖然這篇khutbah arabic鄉民發文沒有被收入到精華區:在khutbah arabic這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 khutbah產品中有320篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL FATIH SEFERAGIC (Status panjang. Jangan komen sebelum baca habis) Pada 31 Ogos 2021, sebuah NGO di Amerika Syarikat, Facing...
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Raya PKP tahun ni, tak boleh ziarah ke mana mana, nak pergi solat raya pun tak cukup tempat, maka sambutlah dengan sekadar kebiasaan norma baru. Sob S...
「khutbah」的推薦目錄
- 關於khutbah 在 AHMAD FEDTRI YAHYA Instagram 的精選貼文
- 關於khutbah 在 Ashraf Muslim Instagram 的最讚貼文
- 關於khutbah 在 Arjalee®️ Instagram 的最佳貼文
- 關於khutbah 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於khutbah 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於khutbah 在 Facebook 的最佳解答
- 關於khutbah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
- 關於khutbah 在 Firdaus Wong Youtube 的最讚貼文
- 關於khutbah 在 Firdaus Wong Youtube 的最佳解答
khutbah 在 AHMAD FEDTRI YAHYA Instagram 的精選貼文
2021-09-10 14:51:47
Tahun 2020 menyaksikan kedudukan negara Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah telah jatuh dari tangga 51 ke tangga 57 sekaligus menunjukkan peningkata...
khutbah 在 Ashraf Muslim Instagram 的最讚貼文
2021-08-03 02:59:39
Alhamdulillah… dapat peluang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Muaz hari ni , setelah daftar untuk solat jumaat di masjid. Takkan ku lepaskan peluang...
khutbah 在 Arjalee®️ Instagram 的最佳貼文
2021-08-03 04:12:10
Jumaat yang cukup indah & penuh dengan keberkatan dan masih lagi berada di dalam mood raya aidil adha, mendengar khutbah jumaat di @tv1_rtm sebentar t...
-
khutbah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
2021-05-17 09:50:14Raya PKP tahun ni, tak boleh ziarah ke mana mana, nak pergi solat raya pun tak cukup tempat, maka sambutlah dengan sekadar kebiasaan norma baru. Sob Sob..
Sama sama Takbir, Anak jadi Imam, Anak baca Khutbah, ayah pantau sahaja, juga sama sama masak, sama sama makan, bermaaf maafan, lepas tu layan Sarkas.
Meriahnya hidup!
Woha!
Syukur atas segala nikmat. Dapat Raya bersama keluarga tercinta. Semoga Kekal sampai Syurga.
khutbah 在 Facebook 的最佳貼文
TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL FATIH SEFERAGIC
(Status panjang. Jangan komen sebelum baca habis)
Pada 31 Ogos 2021, sebuah NGO di Amerika Syarikat, Facing Abuse in Community Environments (FACE) telah menerbitkan satu laporan penyiasatan terhadap seorang Qari (pembaca Quran) antarabangsa bernama Fatih Seferagic. Laporan itu diterbitkan setelah mereka melakukan penyiasatan selama 13 bulan. Berikut merupakan ringkasan tuduhan terhadap Fatih Seferagic (FS).
1. FS dengan sengaja memaksa 3 mangsa untuk mengambil dadah & kemudian merogol mangsa-mangsanya.
2. FS memaksa perbuatan seksual terhadap 3 mangsa lain seperti meraba & meramas mangsa.
3. FS memgambil yuran untuk mengajar Quran tetapi tidak menunaikan janjinya.
4. FS meminjam sejumlah wang yang banyak dan berjanji akan memulangkannya tetapi tidak pernah memulangkannya.
5. FS dikatakan cuba menenangkan mangsa yang baru beliau rogol dengan memainkan rakaman bacaan Quran FS sendiri.
6. Kelakuan FS tidak selari dengan imej Qari & agamawan beliau.
7. Perbuatan FS dikatakan telah menyebabkan 2 mangsa beliau dijangkiti papillomavirus manusia.
Anda boleh membaca laporan penuh penyiasatan di https://www.facetogether.org/investigations/fatih-seferagic
Kami mengambil pendekatan berhati-hati untuk menilai isu ini sebelum menulis apa-apa tentangnya. Sebab itu, selepas hampir seminggu barulah kami mengeluarkan satu status tuntas bagi berkongsi pandangan kami.
SIAPAKAH FATIH SEFERAGIC?
Fatih Seferagic dilahirkan pada 1995 dengan nama Mehmed Elfatih Seferagic. Beliau selesai menghafal Quran pada 2010 pada usia 15 tahun & beliau sering dijemput ke serata dunia untuk memberikan khutbah, imam jemputan & mengajar Quran termasuklah di Malaysia & Indonesia.
Beliau telah bernikah pada 2013 pada usia 19 tahun tetapi bercerai pada 2014 & kemudian pada 2017 beliau bernikah buat kali kedua pada 2017. Fatih Seferagic telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 September 2021 menafikan semua tuduhan itu.
SIAPAKAH FACE?
Di laman Facebook, FACE memperkenalkan pertubuhan mereka sebagai;
“FACE is a first line of defense for victims in the Muslim community experiencing abuse and neglect at the hands of religious & community leaders.” (FACE merupakan pertahanan pertama bagi mangsa penderaan & pengabaian komuniti Muslim oleh agamawan & pemimpin masyarakat)
Dalam laporan mereka, FACE mengatakan penyiasatan bermula pada 10 Julai 2020 - 31 Ogos 2021 (13 bulan) di mana seramai 12 mangsa & 36 sumber telah diambil keterangan mereka.
Bukti-bukti yang telah dikemukakan oleh mangsa-mangsa & sumber adalah, rekod perjalanan, rekod perubatan, kenyataan bertulis, gambar, teks mesej & juga rakaman. FACe turut mengatakan kesemua tuduhan dari kesemua mangsa juga telah dibuktikan.
Kami juga sempat melayari laman sesawang FACE dan mendapati mereka tidak meletakkan mana-mana agamawan sebagai panel penasihat syariah mereka.
ADAKAH TUDUHAN TERHADAP FATIH SEFERAGIC ITU BENAR?
Jawapan kami adalah kami tidak tahu kerana kami di MRM tidak pernah melihat bukti-bukti dari mangsa-mangsa & juga saksi yang lain. Pendirian kami di MRM adalah tidak memihak kepada FACE mahupun Fatih Seferagic.
Kami juga enggan menuduh Fatih Seferagic sebagai penunggang agama atau apa-apa label kerana KAMI TIDAK MELIHAT SENDIRI BUKTI-BUKTI TUDUHAN TERHADAP FATIH. Jikalau kami melabel Fatih sebagai penunggang agama atau mana-mana label TANPA KAMI MELIHAT BUKTI, kami risau andai tuduhan itu adalah tidak benar maka kami telah memfitnah & menjatuhkan maruah beliau.
Kami juga enggan menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic kerana sekali lagi, kami tidak tahu apa yang FACE tahu & apakah bukti-bukti yang telah dilihat dan diperolehi oleh FACE untuk menerbitkan laporan penyiasatan itu. Jikalau kami menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic tetapi FACE MEMANG MEMPUNYAI BUKTI KUKUH TUDUHAN ITU, maka kami risau kami telah memfitnah FACE & juga mangsa-mangsa yang telah berani tampil ke hadapan untuk melaporkan.
Kami berpegang kepada firman Allah Subhana Wa Ta’ala apabila kami tidak tahu hujung pangkal akan sesuatu isu;
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Israa' 17:36)
BEBERAPA PERSOALAN TERHADAP TUDUHAN FACE & PENAFIAN FATIH SEFERAGIC
A) Kami mendapati agak janggal untuk FACE melengkapkan siasatan selama 13 bulan tetapi hanya memberikan masa selama 48 jam untuk Fatih Seferagic memberikan respon sebelum laporan itu diterbitkan. Adakah ianya bagi memastikan mangsa-mangsa berani tampil ke hadapan tanpa diganggu oleh Fatih Seferagic?
B) Kenapa FACE tidak membuat laporan polis terhadap Fatih Seferagic setelah seminggu laporan diterbitkan andai SEMUA TUDUHAN ITU TELAH DIBUKTIKAN sebagaimana yang mereka nyatakan di dalam laporan penyiasatan ATAU mereka sedang dan telah membuat laporan polis tetapi tidak diumumkan kepada khalayak ramai?
C) Fatih Seferagic telah membuat kenyataan penafian terhadap kesemua tuduhan yang diterbitkan oleh FACE. Penafian tidak memadai tetapi Fatih Seferagic MESTILAH MEMBUAT LAPORAN POLIS ATAU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG terhadap FACE kerana memfitnah beliau.
Mungkin beliau dalam perancangan membuat laporan polis atau tindakan undang-undang terhadap FACE. Kegagalan Fatih Seferagic sekurang-kurangnya membuat laporan polis terhadap FACE akan seolah-olah memberikan indikasi bahawa mungkin ada tuduhan dalam laporan FACE itu adalah benar.
Tindakan terbaik dari Fatih Seferagic adalah melakukan saman fitnah terhadap FACE bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Berani kerana benar, edit & padam kerana salah.
KENAPA MRM TIDAK BERSIKAP NEUTRAL DALAM ISU PREDATOR SEKSUAL?
Kami menjangkakan mungkin akan ada individu yang akan bertanya kenapa kami di MRM tidak bersikap neutral dalam kes ‘sexual predators’ yang telah dimainkan oleh kami lebih 2 bulan?
Buat makluman yang mungkin bertanya, jikalau anda membaca dari awal perkongsian kami ini, anda akan temui jawapannya. Beza kes Fatih Seferagic & isu ‘sexual predators’ yang kami bangkitkan adalah MANGSA-MANGSA MENGADU KEPADA KEPADA KAMI & KAMI TELAH MELIHAT SEGALA BUKTI-BUKTI TULEN & SAH DARI MANGSA-MANGSA SERTA SAKSI.
Tambahan pula, tindakan undang-undang juga telah diambil oleh para mangsa terhadap ‘sexual predators’ yang membuktikan kami di MRM tidak sekadar sembang kosong tanpa bukti.
“OK KALAU BEGITU, KENAPA TIDAK BIARKAN PIHAK BERKUASA SIASAT & JANGAN KONGSI APA-APA LAGI?”
Soalan yang bagus bagi yang mungkin bertanya. Sebagaimana telah dinyatakan, ‘sexual predators’ adalah ‘plural’ bukannya ‘singular’ & kesedaran berterusan perlu dilakukan kepada masyarakat agar mereka yang pernah menjadi mangsa berani tampil ke hadapan dan agar masyarakat dapat bersama mencegah ‘sexual grooming’ terus berlaku khususnya mereka yang bertopengkan agama.
In Sha Allah, kami tidak MRM tidak akan lakukan apa apa TANPA BUKTI YANG JELAS!
Nasihat kepada diri kami dan sahabat semua yang membaca sehingga habis. Ingatlah firman Allah Subhana Wa Ta’ala untuk kita berlaku adil;
“…dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Al-Maaidah 5:42)
Keadilan bukan sahaja untuk orang yang kita sokong tetapi keadilan juga perlu diberikan kepada orang yang membenci atau tidak menyukai kita. Kepada kita yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu, maka berpeganglah kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam;
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam”
[HR Al-Bukhari no. 6475]
Ada seorang individu bernama Shaykh Azhar Nasser telah membuat ciapan di Twitter bahawa jikalau seseorang telah membuat serangan seksual terhadap wanita tidak boleh lagi diberikan platform untuk bercakap tentang Islam hatta selepas mereka dihukum & mendapat keadilan.
Apa komen sahabat semua tentang kenyataan individu itu?
khutbah 在 Facebook 的最佳貼文
“Ayah dulu best student kan?”
“Betul, dapat Pingat emas waktu Konvo, Anugerah Dekan, 4.00 dan sebagainya..”
“apa tip nak jadi macam ayah?”
“Tipnya simple sahaja, jangan kedekut ilmu!”
“Macam mana tu?”
“Begini.. jadikan diri kita orang pertama faham dalam kelas, dan lepas tu cepat cepat ajar kawan kawan yang tak faham. Itulah maksud: jangan kedekut ilmu!”
“Oh, begitu..”
“Jadi wahai anakku, kita belajar bukan setakat nak jawab exam, tapi nak tolong orang lain jawab exam, kita niat nak ajar orang..”
Anak angguk setuju..
Maka saya cerita lagi akan kisah zaman saya belajar dulu, seminggu nak final saya buat kelas khas ajar kawan-kawan, siap mereka datang tidur rumah saya..
Dan bila kita tak kedekut ilmu ajar kawan, banyak kelebihannya, akan selalu kita dapat makan free, jika kita jual produk, mereka akan beli tanpa dipromosi, jika kita susah, berebut orang nak bantu. Itu kesenangan di dunialah, di akhirat, bila tolong orang sebesar zarahpun Allah akan nilaikan sebagai pahala.
Dan bila kita ajar orang, akan tersingkap kefahaman yang lebih luas. Bila final soalan jadi senang celah gigi jer.
Dan benda ni pun saya amal untuk agama.
Bila ustaz mengajar, saya niat bukan setakat nak dengar, saya nak sampaikan, saya nak berdakwah.
Lain tumpuan korang waktu ceramah jika setakat nak dengar, berbanding korang niat nak sampaikan.
Sebab dalam khutbah Nabi yang terakhir Nabi pesan, hendaklah orang ada disini sampaikan kepada yang tiada disini.
Lalu dalam beragama, walaupun saya bukan ustaz, saya niat nak berceramah macam ulamak pewaris Nabi, saya tidaklah pandai macam ustaz, tapi bolehlah memberi ceramah sepatah dua kata.
Kerana ilmu agama ni bukan setakat dengar ceramah, pergilah belajar berceramah, pergilah berdakwah rumah ke rumah jika korang betul betul nak belajar ilmu berdepan dengan manusia yang bermacam ragam.
Ceramah dekat masjid sebenarnya tak susah sangat sebab semua orang bersila nak dengar, tapi cuba ceramah dekat mat rempit, budak punk, kaki pukul dan sebagainya, waktu tu kita belajar bahawa pertolongan Allah itu dekat dan sangat dekat. Saya pernah buat, susah dia lain macam, pelan pelan kayuh, moga alah bisa tegal biasa akhrinya..
Balik ke Media sosial,
Facebook keretamayat, atau Blog keretamayat pula, adalah nota agama yang saya tak kedekutpun nak sampaikan, saya tulis Panjang Panjang sebab itu nota untuk saya rujuk, tak kesah jika tak de orang bacapun tapi apa berlaku?
Nota tu dah jadi sebanyak 13 buah buku yang sedang dijual di pasaran, tak rugi langung bila kita tak kedekut ilmu.
Dan sekarang saya masih aktif menulis, dengan niat belajar menyampaikan dan jangan pernah kedekut ilmu.
Akhir pesan, saya masih aktif kongsi ilmu secara percuma di Blog, FB dan terkini di Youtube.
Tolong like, Subsribe, dan Share Hamka keretamayat Channel.
Jika ilmu dari perkongsian Hamka keretamayat ada yang dapat mampu membawa ke syurga, maka satu hari nanti, bukan saya yang patut ucap terima kasih kepada korang sebab jadi follower saya, tapi korang yang kena berterima kasih kepada saya kerana saya sudi terima korang jadi follower saya.
Woha!
Maka sebelum hari itu tiba.
Here I am!
(secara tersiratnya, keretamayat semua sedang follow korang walau dimanapun korang berada, kerana antara tanah kubur dan lokasi korang, ada keretamayat sedang menanti-pin! Pin!)
Link Youtube untuk di Follow: https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)
Link meja jepun jual di Shoppe, saya suka tengok anak belajar atas meja macam tu, senang nak pantau.
https://invol.co/cl5i5gb
khutbah 在 Facebook 的最佳解答
Tahun 2020 menyaksikan kedudukan negara Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah telah jatuh dari tangga 51 ke tangga 57 sekaligus menunjukkan peningkatan rasuah sebanyak 23% peratus, peningkatan ini agak membimbangkan dan sekaligus mengancam kesejahtaraan negara dan keselamatan masyarakat dari pelbagai sudut.
Firman Allah SWT yang dibacakan di awal khutbah dipetik dari Surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang- orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Rasuah merupakan kezaliman terhadap harta, berupa penerimaan dan pemberian, suapan atau sogokan agar sesuatu kepentingan tercapai. Suapan tersebut boleh jadi dalam bentuk penerimaan wang yang bukan hak seseorang itu untuk menerimanya, ganjaran atau apa jua yang bernilai.