[爆卦]kaji x reader是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇kaji x reader鄉民發文沒有被收入到精華區:在kaji x reader這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 kaji產品中有590篇Facebook貼文,粉絲數超過2萬的網紅Ferrarossa Beauty,也在其Facebook貼文中提到, Mesti korang pernah terfikir kan, macam mana orang Korea boleh ada kulit yang sangat-sangat glowing? Jelesnya Min! even lelaki pun kulit mereka sanga...

 同時也有246部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅momimaru / 日本一が教えるヒューマンビートボックス,也在其Youtube影片中提到,どうも。ヒューマンビートボクサーのmomimaruです。 2018年の公式大会日本チャンピオンです。 オンラインでヒューマンビートボックスの レッスンスクールもやっている僕がこの講座を通して 皆さんにビートボックスをレクチャーします! チャンネル登録者2万人目前という事で、 今回スペシャル企...

  • kaji 在 Ferrarossa Beauty Facebook 的最讚貼文

    2021-09-29 12:30:12
    有 3 人按讚

    Mesti korang pernah terfikir kan, macam mana orang Korea boleh ada kulit yang sangat-sangat glowing? Jelesnya Min! even lelaki pun kulit mereka sangat terjaga rapi. Haa setelah Min selidik dan kaji, rupanya orang korea sangat menitik beratkan pemakaian sunscreen sejak kecil lagi. Patutla kulit dorang bersih😍
    .
    Asas skincare mereka sangat pentingkan sunscreen dan reapply sunscreen 2-4jam selepas pemakaian. Now you all know right! So jangan malas-malas taknak reapply sunscreen tau! Kalau pakai sekali je tak cukup lagi-lagi yang bekerja dibawah sinaran matahari, kulit sangat memerlukan protection untuk lindungi kulit.
    .
    Untuk info you all, Set Combo Langkawi kita sangat sesuai untuk korang, sebab all skincare already in one set! Much easier to you all 😘!

    @ekin_karimm❤️❤️
    .
    #skincare #beauty #skincareroutine #makeup #skin #skincareproducts #skincaretips #selfcare #glowingskin #antiaging #cosmetics #healthyskin #instagood #facial #natural #serum #acne #naturalskincare #perawatanwajah #kosmetik #mua #beautyfromtheheart #miracleprotectionsunscreen #goodbyeUVrays

  • kaji 在 Facebook 的精選貼文

    2021-09-26 15:23:20
    有 104 人按讚

    ‘Awaluddin Makrifatullah’ Boleh abang mayat terangkan Awal agama mengenal Allah?

    ******

    Alkisahnya, Abang mayat tak pandai sangat bab ni, jadi mari kita rujuk sejarah kisah orang yang awal-awal masuk islam, kita rujuk akan bagaimana mereka belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’…

    Orang yang saya maksudkan adalah Sahabat Nabi yang paling unggul, lebih tinggi darjatnya dari mana mana ulamak semua zaman, antara manusia yang Malaikatpun kagum, dan Allah berkirim salam, siap bagi jaminan ahli shurga ketika beliau belum mati lagi, hamba Allah yang kita cari-cari itu adalah Encik Abu Bakar radialluanhu.

    Sewaktu beliau mula mula masuk islam, beliau terus tanya Nabi, “apa tugas saya?”

    Nabi tak cakap, kau kena bertapa kenal Allah dulu atau Nabi suruh beliau duduk kaji siapa Allah atau suruh kaji sifat 20 ke apa, bukan-bukan dan bukan! Dan Nabi belum suruh Abu Bakar Solat sebab wahyu bab solat belum turun masa tu, jadi..

    Apa Nabi cakap?

    “kerja saya, kerja kamu”

    Apa kerja Nabi?

    “Dakwah manusia kepada Allah..”

    Maka Abu Bakar RA pun buat dakwah dan pada hari tu jugak beliau berjaya dakwahkan 6 orang sahabat lain yang unggul jugak, dan 6 sahabat yang lain bila masuk islam, pun terus buat dakwah, dan islamkan orang lain pulak, dan orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang lain pun islam dan buat dakwah sehingga orang orang orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang orang orang orang lain pun islam dan buat dakwah sehinggalah! KORANG DAN SAYA dapat amal agama islam hari ini tapi sayang tak buat dakwah lalu terkial kial mencari makna makrifatullah..

    Tak ke hampeh?
    Maka fahamlah saya bahawa, ‘Awaluddin Makrifatullah’, akan tercapai apabila kita tunaikan perintah pertama yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika awal awal memeluk Islam pada mana-mana sahabat Nabi khususnya dan ummat Islam amnya!

    Bagaimana Dakwah boleh membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’?

    Dakwah kepada Allah akan membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’ adalah kerana, dalam Dakwah, kita akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang kehebatan dan kebesaran Allah, menyeru tentang Kekuatan dan Keesaan Allah, yang mana semua itu akan memberi kesan kepada hati si penyampai sehingga akan terkeluarlah dari hatinya akan segala kebesaran makhluk dan terpenuhlah hati itu dengan kebesaran Allah sehingga yakin sempurna telah datang bahawa Allah yang berkuasa dan makhluk lansung tiada kuasa..

    Maka pada tahap itu, Makrifatullah telah mencapai tahap pertama…

    Tahap yang kedua adalah, bila kita buat dakwah, kita akan jumpa manusia yang bermacam ragam, ada yang akan mencaci, atau ada yang memuji, atau ada yang suka, atau ada yang marah, atau ada yang akan baling batu atau mungkin ada yang akan bunuh kita!

    Waktu itu, setiap layanan yang kita terima dalam berdakwah, sama ada baik atau buruk, sama ada sakit menderita atau dimulia, fahamlah kita pada waktu itu akan kehendak Allah yang telah di zahirkan dalam bentuk ujian dari jenis manusia yang telah di takdirkan oleh NYa..

    Waktu itu, melalui hati dan perasaan yang kita selami ketika kita berhadapan dengan ragam manusia, kita akan kenal sifat-sifat sebenar yang bertapak dalam diri kita seperti di mana sabar kita, di mana sombong kita, di mana hikmah kita, di mana ikhlas kita, dimana tawaduk kita dan lain lain, dan setelah melalui semua itu, barulah kita kenal siapa diri kita yang sebenar dan setelah kita kenal diri kita, maka kita akan kenal Allah…

    Saya ulangi,

    'Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya'

    Sebab tu kita boleh kenal ‘diri kita’ dan kenal Allah, melalui perantaraan kerja dakwah, Nabi Muhammad di baling batu, apa jawab Nabi: “asal Allah redha”sebab Nabi kenal Allah dan kenaldirinya sendiri.

    Jadi cuba tengok ketika kita berdakwah hari ini, ada kena baling batu macam Nabi? Ada kena lempang macam Nabi kena lempang?, paling kuatpun setakat kena maki.., apalah sangat.., jadi kenallah diri kita akan darjat kita yang jauh dan rendah berbanding Nabi dan Sahabat... oh! Tak lah kita perasan bagus!

    Kerana itulah, bila Abu Bakar r.a masuk islam, terus Nabi Muhammad SAW suruh Abu bakar RA berdakwah kerana inilah caranya mengenal Allah, lantas, on the spot, Abu Bakarpun buatlah dakwah, dan dakwah pulak orang lain buat dakwah sehingga berkembanglah ugama sampai terciptanya kereta mayat, sampai hari ini yang mana agama terus di kembangkan oleh pihak pihak yang terpilih..

    Apa lagi nak di kata?

    Ketika Bilal di azab, beliau merasai kemanisan iman, kerana beliau kenal Allah

    Bila orang Islam di boikot di lembah Abu Mutallib, mereka sabar dan faham kehendak Allah, kerana mereka kenal Allah,

    Bila Nabi di baling batu kat Taif, Nabi sabar dan mengadu pada ALlah, “pada siapa kau hadapkan saya? Pada musuh? Saya tak peduli, asal Engkau redha”

    Apa lagi nak di kata?

    Baik, sekarang kita pergi pada tahap ketiga:

    Saya ambik satu lagi contoh iaitu kisah kita yang kenal bini kita, kenalnya kita dengan bini kita adalah kenal melalui apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka..

    Kalau kita cakap kita kenal bini kita tapi tak tahu apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka.., maka kita sebenarnya Belum kenal bini kita lagi..

    Saya kalau pergi pasar malam, saya tahu apa bini saya suka makan dan apa benda yang bini saya tak suka makan..

    Kadang kadang bila nampak apa yang bini saya suka,, saya akan terbayang wajah bini saya yang comel pada benda yang menyukakannya.., macam jugak bini saya yang akan nampak kehenseman saya di sebalik teh tarik misalnya atau korang yang tersenyum tengok kereta mayat lalu terbayang saya yang kacak.., woha!

    Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik baca FB waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa gelabah sebab kita kenal bos kita!

    Woha!

    Jadi, peringkat ke tiga dalam mengenal Allah, adalah apabila kita kenal apa yang Allah suka dan kenal apa yang Allah tak suka, pendek kata, tahu perintah Allah dan tahu larangan Allah, serta tunai mengikut keutamaan.. ini perlu lepada ilmu, maka pergilah belajar..

    Dan orang yang tahu perintah dan larangan Allah tapi masih tak laksanakan adalah orang yang belum kenal Allah kerana tidak tahu betapa dahsyatnya Azab Allah dan betapa besarnya Rahmat Allah!

    Faham?

    Ketahuilah, Orang yang menyangkakan ada musuh yang lebih bahaya dari dirinya sendiri, maka dia Belum mengenali dirinya sendiri, dan orang yang tidak mengenali dirinya sendiri, maka tidak akan kenal siapa Tuhannya…

    Now you know

    Woha!

  • kaji 在 Facebook 的最讚貼文

    2021-09-25 08:39:23
    有 2,795 人按讚

    SULTAN JOHOR: SYARAT KETAT PROGRAM MM2H PERLU DISEMAK SEGERA

    DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah kerajaan perlu menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

    Baginda Tuanku Sultan membangkitkan isu berkenaan ketika menerima mengadap
    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini (25 September).

    DYMM Sultan Johor bertitah, Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain negeri ini juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

    “Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.

    “Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” titah DYMM Sultan Johor.

    Baginda Tuanku Sultan turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.

    Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan turut dihadiri Menteri Besar. Dato’ Hasni Mohammad.

    Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu.

    Perdana Menteri turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Baginda Tuanku Sultan.

    #royalpressoffice
    #sultanjohor
    #johor

你可能也想看看

搜尋相關網站