Posted @withregram • @farahlee_ LABBAIK LABBAIK YA QUDS!
Seruan Al-Quds telah kita sambut!
Semalam setelah selesai berbincang dengan rakan-rakan wak...
Posted @withregram • @farahlee_ LABBAIK LABBAIK YA QUDS!
Seruan Al-Quds telah kita sambut!
Semalam setelah selesai berbincang dengan rakan-rakan wakil NGO tempatan dari Al-Quds dan mendapatkan senarai keperluan kecemasan mereka, kami menghubungi pula teman-teman NGO di Malaysia yang boleh diseru bersama-sama mengadakan kempen segera menyelamatkan Al-Aqsa dan Gaza yang kritikal ketika ini.
Tanpa berfikir panjang alhamdulillah kesemua NGO yang dihubungi memberikan persetujuan melibatkan diri di dalam gabungan NGO untuk Palestin – usaha menyusun gerak kerja secara lebih terancang dan bersepadu. Setelah bermesyuarat selama hampir dua jam dan menentukan keutamaan projek yang perlu dilaksanakan, kami bersetuju untuk menyampaikan sumbangan bernilai hampir RM1 juta melalui rakan kerjasama di Al-Quds untuk projek-projek dengan pecahan berikut :
1. Baik pulih dan keperluan Klinik Masjid Al-Aqsa (baik pulih kerosakan, pembelian katil, ventilator mobil, ubat-ubatan, peralatan pakai buang ‘diposables’
Nilai : RM210,000
2. Bantuan Wang Segera kepada murabitin dan hurras (penjaga masjid)
Nilai : RM840 untuk 300 buah keluarga, jumlah sumbangan RM252,000
3. Bantuan Guaman melibatkan penduduk yang ditangkap oleh penjajah di Al-Aqsa dan Syeikh Jarrah dan perlu membela diri
Nilai : RM210 untuk 500 orang, jumlah sumbangan RM105,000
4. Bantuan sara hidup untuk 40 buah keluarga di Kota Lama Al-Quds untuk tempoh setahun
Nilai : RM10,080 untuk 40 buah keluarga, jumlah sumbangan RM403,200
Sumbangan berjumlah RM970,200 ini adalah sumbangan pertama yang akan disampaikan dalam kadar segera. Keperluan penduduk masih terlalu besar untuk kita penuhi justeru kami menggesa semua pihak untuk meneruskan sumbangan melalui mana-mana NGO yang dipercayai dan diyakini.
Klik sahaja sini:
http://bit.ly/SaveAlQuds-Gaza
http://bit.ly/SaveAlQuds-Gaza
http://bit.ly/SaveAlQuds-Gaza
Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank : 562834640983
Rujukan (wajibtulis): SaveAlQuds
#akmashares
hurras 在 東講西讀 Facebook 的精選貼文
美軍消滅敵人好多時都唔會大吹大雷,而係會唔聲唔聲咁,從天而降人肉攪拌機,好精準咁將敵人切成肉碎。