[爆卦]hipotesis font是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇hipotesis font鄉民發文沒有被收入到精華區:在hipotesis font這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 hipotesis產品中有22篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, 𝐀𝐓𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒 “Dikesempatan ini saya juga berjanji kepada anda semua iaitu saya akan buat apa sahaja untuk mengembalikan...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • hipotesis 在 Facebook 的精選貼文

    2021-09-04 22:21:04
    有 4,250 人按讚

    𝐀𝐓𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒

    “Dikesempatan ini saya juga berjanji kepada anda semua iaitu saya akan buat apa sahaja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor”- 4 September 2012, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

    Tidak pernah jemu untuk diceritakan. Selamanya alegori ini menjadi ingatan. Pada malam bertuah yang membuka lembaran. Bilamana riba Bangsa Johor bakal ditimpa sang rembulan.

    Empat September dua ribu dua belas menghidupkan ambisi yang dahulu mati. Konsekuensi satu antidot disuntik agar merah dan biru berseri kembali.

    “𝐊𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚”

    Waktu itu, jam menunjukkan pukul sepuluh lima puluh minit malam. Pertama kali intonasi suara seorang Putera Mahkota bergema didalam stadium berlampu limpah suram dan hampir padam. Bagai memecah segala aura negatif yang telah lama bersarang dan terkumulatif. Maka janji itu sah terpatri diatas paksi stadium yang serba kekurangan dan amat daif.

    Saya antara orang yang amat beruntung. Dapat mendengar dan menyaksikan secara langsung. Meraikan janji Tunku di stadium yang hampir kosong. Secara tidak sedar, air mata mengiringi sokongan yang hampir-hampir mahu terpesong.

    Sesiapa sahaja yang ada pada malam itu, apabila mendengar serta melihat gerak laku dan apa yang disampaikan oleh Tunku. Pasti jiwa mereka akan terbit gabung jalin sebuah semangat yang baharu. Sesungguhnya itulah kelebihan Tunku yang tidak boleh disangkal. Kredibiliti luar biasa yang begitu pesona dan amat integral.

    “𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐤𝐨𝐫𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢”

    Jengking sah ditamatkan khidmat. Giliran Harimau Selatan mengambil tempat. Organisasi bola sepak Negeri Johor total Tunku ambil alih. Baginda fokus pada reformasi pengurusan supaya beralih. Rombak barisan parasit yang ada dalam organisasi. Bersihkan segala kotornya debu yang telah berasimilasi. Setiap kulat yang kuat mencengkam melekat. Tunku racun satu persatu biar terencat!

    Pesimistik dan reaksionis yang regresif ditendang keluar supaya tidak terus menjadi barah, lalu organisasi bola sepak Negeri Johor dijenamakan semula dalam usaha gerak kerja untuk mencetak sejarah. Konseptual, idea, strategi, prosedur kerja, teori dan hipotesis satu-satu Tunku atur secara sistematik. Di peringkat ini JDT mula bersedia untuk bangkit dan memandang kehadapan tanpa fatalistik. JDT mula menampakkan ciri-ciri kuasa bola sepak baharu yang dominan dan eksklusif. Maka Harimau Selatan mula dihurung oleh hati-hati yang cemburu dan juga posesif.

    “𝐉𝐮𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐫𝐮”

    Malangnya, tahun dua ribu tiga belas menyaksikan JDT gagal mendakap sebarang kejuaraan. Sehingga menjadi bahan karikatural makanan ruji dalam menjalani kehidupan seharian. Namun Tunku positif bahawa ini hanyalah satu tahun latihan pemanas badan. Bilamana tahun berikutnya JDT pasti akan menamatkan kemarau ketandusan kejayaaan!

    "Saya berjanji akan sentiasa bekerja keras untuk memantapkan lagi pasukan Johor dan memperbaiki sistem dan projek bolasepak Johor secara keseluruhan. Ini baru tahun pertama kita, dan kita harus berasa bangga atas percapaian kita pada musim ini"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

    Tunku memiliki pemikiran projektif yang berkeupayaan berfikir perkara yang akan berlaku dan kontigensi. Segala yang baginda ucapkan seperti satu prediksi yang bakal terjadi umpama hipotetis pintas teleportasi. Dua ribu empat belas menyaksikan segalanya berjalan seperti dirancang. Pada tahun itu JDT menjuarai Liga Super Malaysia satu Malaya jadi goyang.

    Tanggal dua puluh lima Jun dua ribu empat belas akan sentiasa menjadi memorabilia. Apabila Stadium Negeri di Kuching menjadi saksi bagaimana kita semua merasakan nikmatnya dimasyurkan buat julung kalinya sebagai juara liga super Malaysia!

    Dengan mengutip empat puluh mata dan layak ke piala AFC 2015 buat kali pertama. Dalam diam, Tunku bangkit bina JDT menjadi kelab yang unggul konstruktif prestij berjenama.

    “𝐋𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐫𝐨𝐬𝐩𝐞𝐤𝐬𝐢”

    “Hari ini saya akan lakukan apa yang lain tidak mahu lakukan dan esok saya akan mencapai apa yang lain tidak mampu capai”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

    Masa pantas berlalu, kini bola sepak Johor telah mengalami anjakan paradigma secara drastik dan progresif. Kita dapat melihat sepanjang tahun dua ribu tiga belas sehingga dua ribu sembilan belas bagaimana visi direncana cantik dan superlatif.

    Rasionalnya, walaupun martabat bola sepak Negeri Johor berjaya dijulang. Tunku tetap sama, tidak mahu langsung bersenang-lenang. Masih lagi seorang yang sentiasa mahu menaiktaraf kemajuan dari hari ke hari. Masih lagi seorang yang tidak mudah bersenang hati dengan kejayaan yang dikecapi. Tunku sentiasa berusaha memperbaiki lagi apa yang sudah baik. Malah sentiasa optimis mencari idea-idea baharu supaya JDT tampil paling terbaik. Maka tidak menghairankan, sehingga kini JDT sentiasa berada di depan. Di situasi mereka malas berkayuh maka perahu hanyut di lautan.

    Baginda sentiasa berfikir tentang hala tuju JDT di masa hadapan. Bagaimana mahu menjana lebih banyak kejayaan, bagaimana mahu mengekalkan keseimbangan pengurusan kewangan, apa perkara yang mesti didahulukan, apa perkara yang boleh dikemudiankan. Ini adalah antara soalan-soalan yang sentiasa ada di dalam kitaran pusingan fikiran.

    Akhir kalam, empat September menjadi saksi, sebuah janji yang berjaya direalisasi.

    “Kami adalah pelakar sejarah. Kami adalah peneraju. Kami adalah JDT!”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

    Artistik dari Manusia Satu Denyut,

    Terimalah,

    "𝐀𝐓𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒"

    Congak corak taktikal bergerak,
    Nampak tegak rentak bergolak,
    Gempur tempur jangan tersungkur,
    Merah tak kabur biru tak luntur.

    Merah itu darahmu, Biru itu nyawamu.

    Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
    Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

    Sumber: Hafiz Othman

  • hipotesis 在 Facebook 的精選貼文

    2021-07-08 21:23:45
    有 795 人按讚

    Rasanya semua orang dah duduk rumah. Apekah hipotesis yg kita boleh buat berdasarkan gambar rajah diatas? Mulakan dengan ayat “Semakin” (10 markah) 😩

  • hipotesis 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文

    2021-04-17 07:39:12
    有 114 人按讚

    Syarahan "Empowerment and Be Relevant".

    Semalam saya dijemput untuk meninjau bangunan baharu milik MAIWP di Dutamas yang akan dijadikan asrama baharu kepada pelajar2 PICOMS.

    Saya juga diminta unruk membuat tazkirah Ramadahan. Saya tidak ada tajuk tertentu yang telah disediakan. Memang hari Jumaat agak padat dalam diari saya. Saya baru sahaja menyampaikam Tazkirah Jumaat & Khutbah Jumaat di Masjid Jami'ul Ehsan, Setapak.

    Melihat kepada latar belakang hadirin yang hadir di surau bangunan ini, terlintas di hati nak cakap hal empowerment & 'be relevant' sesuai dengan fasa umur & tugas belajar (serta mendidik) di PICOMs. Anda boleh saksikan ceramah saya selama 30 minit ini di link FB saya.

    Ada banyak points tentang kepentingan empowermment (mengatasi visi & misi pendidikan dan pembelajaran) & korelasi antara empowerment dengan 'be relevant'. Dalam bahasa yang mudah, ramai orang yang berilmu & hebat tapi mereka sudah tidak lagi relevan. Kelihatan mereka bersusah payah mengheret kaki mereka yang berat dalam tapak dan petak kehidupan moden & baharu yang mereka sudah tidak lagi relevan.

    Saya turut sebut bahawa pelajar yang mendapat biasiswa & sara hidup dari MAIWP (zakat) perlu merasai bangga kerana dibantu sedemikian rupa. Wang zakat ini wang yang penuh dengan keberkatan. Apa sahaja yang disentuh wang zakat, pasti keberkatan melimpah-limpah.

    Dalam majlis ini juga, ada sedikit mock pelancaran kopun wakaf PICOMS. Menarik idea ini untuk memudahkan masyarakat berwakaf dengan PICOMS. Saya juga diminta menyempurnakan pra-pelancaran asrama Dutamas yang baharu kepada PICOMS.

    Saya berkesempatan bertemu dengan sebahagian graduan PICOMS yang akan terbang ke Bavaria, Jerman sebagai jururawat di sana. Ini satu kredit kepada kualiti program kejururawatan di PICOMS. Hebatnya mereka amat fasih berbahasa Jerman.

    "Berapa lama belajar bahasa Jerman?" saya bertanya.

    "Enam bulan" jawab salah seorang daripada mereka.

    Ini membuktikan teori dan hipotesis yang saya ingin ketengahkan. Kalau hati dan minda sudah teruja membuat sesuatu yang baharu dan mencabar, semuanya akan ringan dan mudah. Inspired mind and heart. Tahniah daripada kami di MAIWP. Kami berbangga dengan anda semua.

    MDB

  • hipotesis 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 13:19:08

  • hipotesis 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:10:45

  • hipotesis 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站