[爆卦]avoda font是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇avoda font鄉民發文沒有被收入到精華區:在avoda font這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 avoda產品中有3篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, AZIRA AZIZ (AA) SEWAJARNYA TIDAK MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN BERHIJAB MIA SARA (MS) 1. Tweet beliau pada 22 Mei 2017 itu saya baca dengan kehairanan. Men...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • avoda 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文

    2017-05-25 14:11:02
    有 746 人按讚

    AZIRA AZIZ (AA) SEWAJARNYA TIDAK MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN BERHIJAB MIA SARA (MS)

    1. Tweet beliau pada 22 Mei 2017 itu saya baca dengan kehairanan. Mengapa isu lama (artikel pada 11 Februari 2016) [1] yang beliau pilih untuk di'tweet'? Ataupun mungkin beliau baru tahu?

    2. AA perlu tahu dan ianya 'common sense' bahawa tidak ada masalah bagi seorang kanak-kanak perempuan bertudung untuk bermain anak patung, masak-masak, kejar-kejar bahkan panjat pokok. It's up to her. Tudung tak menghalang apa-apa aktiviti lasak, apatah lagi sekadar permainan kanak-kanak.

    3. Beliau perlu faham bahawa ia adalah pilihan Mia Sara sendiri tanpa paksaan sesiapa [2]. Maka, itu adalah haknya untuk menutup aurat. Tidak patut dikatakan "Budak 11 tahun tidak patut berfikir pasal aurat.". Itu adalah haknya untuk berfikir tentang aurat. Mengapa ia perlu dihalang? Jauh berbeza dengan prinsip asas seorang liberalis. Sangat ironi. Saya juga sedia maklum, AA menerima definisi aurat yang berbeza. Hal ini saya tidak akan ulas di sini.

    4. Saya juga hampir pasti bahawa beliau kurang jelas had minima umur akil baligh bagi kanak-kanak perempuan mengikut majoriti ulama'[3] adalah 9 tahun [4]. Maka, ianya samada MS sudah mencapai akil baligh atau bersedia ke arah tersebut. Justeru, ia adalah haknya.

    5. Satu bentuk pemahaman yang kurang tepat apabila menghubungkan tujuan pemakaian tudung dengan objek seksual. Pemakaian tudung adalah sebahagian daripada pelaksanaan perintah menutup aurat oleh Allah SWT berdasarkan Surah al-Nur (24: 31). Ini tujuan utama bertudung iaitu kerana mematuhi perintah-Nya. Kalau ada masa, kita bincangkan di ruang lain berkenaan sanggahan kepada pemahaman yang tidak tepat berkenaan ayat ini.

    6. Jika AA tiba-tiba mengaitkannya dengan objek seksual (walaupun ianya tidak ada kaitan), kerana beranggapan ada dalam kalangan masyarakat memahami tudung dll pakaian menutup aurat sebagai "perisai" bagi menghalang wanita menjadi objek seksual, maka pemahaman itu tidak benar dan tidak berasas. Seperti yang saya katakan pada poin 5, tujuan utamanya adalah mematuhi perintah Allah. Saya pasti, inilah yang diulang-ulang oleh ibu bapa kepada anak perempuan mereka.

    7. Saya tidak faham kenapa Islam juga menjadi tumpuan AA untuk melepaskan emosinya sedangkan agama-agama seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Sikh misalnya juga ada syariat bertudung atau berselendang yang menutup rambut [5].

    8. Soal beliau, "Isunya adakah sesuai kanak2 dianggap mempunyai seksualiti umur 11 tahun?". Jawapan saya, jika terlalu berat bagi beliau untuk membaca jurnal-jurnal berkaitan, beliau boleh membaca perkongsian Syed Azmi di Facebook berkenaan hal ini. Soalan beliau ini seakan beliau langsung tidak mengambil tahu betapa seriusnya gejala pedofilia dalam masyarakat kita.

    9. Kesimpulannya, sifir mudah "bertudung ∵ objek seksual" adalah satu penghinaan kepada perempuan yang memilih untuk bertudung kerana patuh kepada perintah-Nya. Ia juga satu penghinaan kepada ibu bapa yang ada kesedaran untuk mendidik anak-anak perempuan mereka mematuhi perintah Allah SWT. Bertudung atau tidak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Izinkan sahaja mereka untuk cuba bertudung asalkan mereka ada pendirian yang jelas (sesuai dengan tahap mereka), walaupun usia tidak sampai 10 tahun. Jangan sesekali memaksa mereka.

    AA juga perlu tahu, kematangan bukan sahaja diukur dengan usia. Tetapi lebih penting, sejauh mana fungsi akal digunakan secara maksima. Ada sahaja kanak-kanak yang matang pemikirannya dan orang tua yang keanak-anakan.

    Sekian,
    Mohamad Razif bin Mohamad Fuad
    ________________

    [1] http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/kini-bertudung-bintang-cilik-mia-sara-anggap-aurat-lebih-penting-daripada-b

    [2] http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/01/11/mia-sara-bertudung/

    [3] Di sisi ulama' Hanafiyyah, al-Shafi'yyah dalam pandangan yang azhar (Pendapat yang diangkat dari segi pertimbangan ashab Al-Shafie iaitu pandangan yang lebih kuat daripada dua pandangan Imam al-Shafie dengan kedua-dua dalil yang berlawanan adalah kuat), begitu juga al-Hanabilah.

    [4] al-Mawsu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/193.

    [5] Corinthians 11:7–10; Genesis 24: 65; Hilkhoth Isurei Bi'ah 21:17; Berakhot 24a; Hilkhoth Avoda Zarah 12:11; Rigveda 10: 85: 30; Rigveda 8: 33: 19; Guru Granth Sahib: Ang 1084: 12

    [Nukilan Asal Ustaz Razif Fuad]

  • avoda 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文

    2017-04-05 13:04:07
    有 442 人按讚

    [Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung]

    Di dalam artikel sebelum ini sudah dibincangkan mengenai mengapa manusia ini secara fitrahnya mahu menutup aurat atau kemaluannya. Ini kerana fitrah manusia memahami tuntutan perasaan malu itu yang sedia tertanam di dalam diri mereka. Tambahan pula bagi wanita juga memahami auratnya tidak sama dengan lelaki. Rujuk: http://bit.ly/2nHvGeh

    Arahan supaya wanita berpakaian dengan pakaian labuh dan memakai tudung ini bukanlah dimulakan di dalam al Quran. Ia sudah sedia diamalkan oleh masyarakat terdahulu di atas maslahah menjaga kehormatan diri.

    Malah Allah juga telah mengaturkan cara wanita perlu menutup aurat. Aturan yang Allah turunkan ini bukan bermula dari al Quran sahaja malah kitab-kitab rasul terdahulu juga telah disertakan hukum memakai khimar (tudung) dan melabuhkan pakaian khusus bagi wanita.

    Di dalam al Quran, jelas Allah menyebut tentang kewajipan untuk wanita menutup aurat dengan sempurna dari seluruh tubuh badannya kecuali pada ayat “maa zoharo minha” iaitu bahagian yang diperselisihkan untuk ditutup. Ia disebut di dalam surah an Nur:

    “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka dan ….” (QS. An-Nur : 31)

    Satu ayat ini sudah jelas menceritakan mengenai kewajipan wanita mengenakan ‘khimar’ kain tudung di kepalanya dan melabuhi ke dadanya.

    Ulama fiqh berbeza pendapat di dalam garis pada bahagian manakah yang dimaksudkan pada ayat “Maa zoharo minha” itu dengan bersandarkan kepada hadis antaranya, dari Aisyah:

    “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita, apabila telah baligh (mengalami haid), tidak layak tampak dari tubuhnya kecuali ini dan ini (dengan menunjuk muka dan telapak tangannya). (HR Abu Dawud 2/226).[1]

    Majoriti ulama berpendapat bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan. Abu Hanifah mengatakan tapak kaki wanita bukan aurat.[2] Manakala Imam Nawawi mengatakan seluruh tubuh adalah aurat kecuali wajah dan pergelangan tangan.[3]

    Dalam isu pemakaian khimar (tudung) ini tidak ada khilaf di dalamnya. Ia adalah kewajipan bagi muslimat untuk menutup seluruh badannya kecuali khilaf pada tangan, tapak kaki dan wajahnya sahaja. Manakala ayat seterusnya juga menguatkan lagi kewajipan wanita untuk mengenakan pakaian sopan iaitu dengan mengenakan jilbab iaitu pakaian luar yang labuh menutupi pakaian dalam. Pakaian ini juga diimejkan sebagai pakaian wanita merdeka, firman Allah yang bermaksud:

    “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.” (Surah al Ahzab: 59)

    Pemakaian jilbab dan tudung ini adalah pemakaian yang mengangkat martabat wanita. Malah sebelum diturunkan al Quran, para rasul terdahulu telah membawa syariat ini. Seperti dibincangkan dalam penulisan sebelum ini bahawa semua rasul adalah muslim dan membawa ajaran Islam. Malah ajaran dan syariat itu masih tersisa di dalam kitab-kitab terdahulu dan digubal seperti di dalam ajaran Yahudi dan Kristian.

    Agama Yahudi

    Di dalam tradisi agama ini, wanita mereka memakai tudung. Dalam Perjanjian Lama menyebut:

    “Katanya kepada hamba itu: “Siapakah lelaki itu yang berjalan di padang ke arah kita?” jawab hamba itu: Dialah tuanku itu,” Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia” (Kejadian 24: 65)

    Selain itu terdapat senarai pelanggaran hukum yang berkait dengan wanita di dalam kitab Talmud dan salah satu adalah perbuatan tidak memakai tudung:

    “The following women are divorced, and do not receive [the amount of] their ketubah: One who violates Mosaic Law or Jewish custom. What constitutes [a violation of] Mosaic Law? If she feeds him untithed [food]; if she engages in intercourse with him while she was a niddah [a female who has menstrual discharges which render her impure]; if she does not set apart challah[a portion of a batch of bread dough given to a kohen which becomes holy upon separation, and can only be consumed by kohanim or their household]; and if she makes vows, but does not fulfill [them]. What constitutes [a violation of] Jewish custom? [If] she goes out [in public] with her hair uncovered; [if] she spins [thread] in the market, and converses [flirtatiously] with any man. Abba Saul says, "Also one who curses his children in his presence." Rabbi Tarfon says, "[Also] a noisy woman." What constitutes a noisy woman? One who speaks in her own house [so loudly] that her neighbors can hear her voice.” (Mishnah Ketubot 7: 6)

    “The Daughters of Israel shall not walk with their heads uncovered in a marketplace, whether she is available (for marriage) or whether she is married.” (Hilkhoth Isurei Bi'ah 21:17)

    Malah di dalam kitab Talmud terdapat banyak lagi bahagian yang membincangkan tentang memakai tudung antaranya adalah dalam Berakhot 24a, dan Hilkhoth Avoda Zarah 12:11.

    Agama Kristian

    Di dalam agama Kristian juga mengambil tradisi di dalam Yahudi. Malah di dalam Tanakh (taurat) sudah menggambarkan situasi masyarakat terdahulu sudah memakai telekung. Disebut di dalam buku Kejadian:

    “Katanya kepada hamba itu: “Siapakah lelaki itu yang berjalan di padang ke arah kita?” jawab hamba itu: Dialah tuanku itu,” Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia” (Kejadian 24: 65)

    Manakala di dalam bahagian Perjanjian Baru pula terdapat beberapa ayat yang menyuruh perempuan supaya memakai tudung. Di dalam Bible, 1 Korintus, Bab 11:

    “Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.’’(1Korintus 11:5)

    “Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya.Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.’’ (1Korintus 11:6)

    “Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh kerana para malaikat.‘’(1 Korintus 11:10)

    “Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?’’ (1 Korintus 11:13)

    Agama Hindu

    Di dalam agama Hindu juga menganjurkan pemakaian tudung bagi perempuan. Disebut di dalam Veda (bahasa Sanskrit):

    “patiryadvadhvo vāsasā svaman ghamabhidhitsate, ye vadhvaścandram vahatum yaksmā yanti janādanu.” (Rigveda 10: 85: 30)

    Bermaksud: “Unlovely is his body when it glistens with this wicked fiend, What time the husband wraps about his limbs the garment of his wife.”

    “Adha Pashyaswa, Mopari Santaram Padakau Har, Ma Te Kashaplakaun Drushan Shtrihi Brahma Babhuvith” (Rigveda 8: 33: 19)

    Sebahagian terjemahan menyebut:

    “Hey woman, you always keep a low vision. Never have an eye contact with men. Walk seriously and cover all the organs of your body. Your status in the family is an important as that of Lord Brahma in the Yadnya”

    Manakala terjemahan Ralph T.H.Griffith menyebut:

    “Cast down thine eyes and look not up. More closely set thy feet. Let none
    See what thy garment veils, for thou, a Brahman, hast become a dame.”

    Sememangnya tradisi dan agama di dalam masyarakat India mereka memakai tudung. Tudung di dalam masyarakat mereka dikenali sebagai Ghoonghat, Chunni atau Dupatta. Ia biasa dipakai oleh masyarakat wanita India. Tidak kira agama Hindu, Jain atau Sikh akan memakainya.

    Agama Sikh

    Di dalam agama Sikh, diwajibkan penganut mereka agar memakai serban. Manakala bagi pihak wanita pula mereka boleh memilih di antara serban ataupun memakai kain selendang (Ghoonghat) menutup kepala. Di dalam kitab suci utama mereka, Guru Granth Sahib Ji mengatakan:

    “Naapaak Paak Kar Hadhoor Hadheesaa Saabath Soorath Dhasathaar Siraa ||12||”

    Purify what is impure, and let the Lord's Presence be your religious tradition. Let your total awareness be the turban on your head. (Guru Granth Sahib: Ang 1084: 12)

    Ayat ini terpakai untuk lelaki dan wanita.

    Malah dilihat selain daripada agama-agama ini, agama lain juga memiliki anjuran supaya wanita mereka memakai penutup kepala. Di dalam agama Zoroaster mereka juga mewajibkan wanita mereka memakai hijab ketika memasuki rumah ibadat (Ateshgah). Begitu juga dengan agama Sabean Mandaeisme, Druze, Samaritan, Yazdanisme juga mewajibkan wanita mereka untuk mengenakan tudung di kepala.

    Kesimpulan

    Wanita dan hijab adalah elemen kesopanan yang tidak dapat dipisahkan dari sudut kaca mata manusia dan juga agama. Pemakaian tudung juga adalah tuntutan dari Allah sejak dari dahulu lagi. Hikmah tentang pemakaiannya sungguh besar dan luas jika ingin dibincangkan. Ia menjaga kehormatan wanita dan juga dapat menjaga dari pandangan mata orang lelaki.

    Adapun orang mempersoalkan bahawa kewajipan ini menindas wanita dan sebagainya. Sebenarnya terdapat kejanggalan dalam cara sebahagian kita berfikir. Mengapa kita tidak mempersoalkan jika semua pejabat menggariskan kod etika pemakaian seperti kena memakai kasut, memakai baju kemeja kosong, baju batik atau kita juga dapat melihat anggota polis dikodkan dengan pakaian beruniform, tidak pula kita mempersoalkan perbuatan itu sebagai menindas mereka. Sedangkan itu hanya arahan manusia dan etika yang digubal oleh manusia sahaja. Itupun kita tidak persoalkan dan kenapa apabila berhadapan dengan arahan Allah, Tuhan yang memberi kita nyawa, makanan, rezeki, dan segala-galanya, tiba-tiba kita banyak berdalih. Tepuk dada tanya iman.

    Bersambung ke artikel Menjawab Tuduhan ‘Kebebasan Bertudung’

    Nota kaki
    [1] Hadis ini mursal (daif) di sisi Abu Daud, manakala al Albani mengatakan Hasan dalam غاية المرام no 187
    [2] Lihat Ibnu Rusyd, (2006). Bidayatul Mujtahid, Takhrij Ahmad Abu al Majd, Pustaka Azzam, Jakarta, Jilid 1, hlm 237
    [3] Lihat Abu Zakaria Muhyiddin Yahya al-Nawawy, (2000). Al- Majmu' ala Sarh Muhaddab, Dar al-Fikr, Beirut, jilid 3, hlm 167-168.

    R&D Team MRM

  • avoda 在 รีวิวเอามันส์ by Belledoll Facebook 的精選貼文

    2016-05-25 13:12:14
    有 15 人按讚

    ลิปเจลลี่ คือนางน่ากินและหอมมาก ซื้อมา150 จากร้าน avoda เกาหลี50 บาททุกอย่างที่ mbk สีสวยชัดและดูเป็นธรรมชาติมาก รักนาง #ถูกและดี #ลิปเยลลี่ #เครื่องสำอางเกาหลี #belledollreview

  • avoda 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文

    2021-10-01 13:19:08

  • avoda 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答

    2021-10-01 13:10:45

  • avoda 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站