[爆卦]Zanjeer dog是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Zanjeer dog鄉民發文沒有被收入到精華區:在Zanjeer dog這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 zanjeer產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, [Menyeksa Diri Untuk Mendekatkan Dengan Tuhan: Ia Anjuran Agama?] Jika dilihat cara manusia beragama di dunia ini terdapat pelbagai ragam dan caranya...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • zanjeer 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文

    2017-10-05 16:05:17
    有 434 人按讚

    [Menyeksa Diri Untuk Mendekatkan Dengan Tuhan: Ia Anjuran Agama?]

    Jika dilihat cara manusia beragama di dunia ini terdapat pelbagai ragam dan caranya. Terdapat beberapa jenis kelompok manusia dalam cara beribadat.

    Pertama, ada kelompok yang melakukan ibadat hanya mengikut berdasarkan kitab suci dan sumber wahyu semata-mata.

    Kedua, ada kelompok yang beribadat dengan mengikut tradisi dari nenek moyang mereka tanpa mengetahui di mana sumber cara mereka beribadat.

    Ketiga, ada kelompok yang melakukan ibadat dengan menggunakan logik dan hawa nafsu semata-mata lalu mereka mencipta pelbagai cara dalam ibadat dengan mengharapkan itu adalah cara terbaik mereka menterjemahkan rasa bersyukur kepada Tuhan.

    Keempat, ada kelompok yang beribadat dengan menggabungkan ketiga-tiga jenis kelompok di atas.

    Di antara banyak-banyak jenis ritual agama di dunia ini, yang kali sering mendapat perhatian adalah jenis ritual yang membawa bentuk melukakan diri (ekstrem) samada dengan menghiris dengan pisau, mencucuk dengan objek tajam, memaku tangan dan sebagainya.

    Hal ini berlaku kepada sebahagian kelompok di dalam agama seperti Syiah, masyarakat Hindu Tamil, masyarakat Kristian Filipina, dan juga penganut Taoist Thailand.

    1) Asyura

    Asyura bermaksud hari kesepuluh. Di dalam komuniti Syiah, mereka akan meraikan hari kesedihan kematian Sayyidina Hussein di Karbala pada hari kesepuluh pada bulan Muharam. Pada hari tersebut mereka akan melakukan ‘ma’tam’ dengan memukul badan sehingga berdarah dengan menggunakan tangan, pisau, pedang, zanjeer-zani (bilah pisau dengan rantai) dan pelbagai alat lain lagi. Tindakkan itu dilakukan diatas rasa kekesalan mereka di atas pembunuhan sayyidina Hussein.

    2) Nine Gods Emperor Festival

    Perayaan Sembilan Maharaja Dewa diraikan oleh masyarakat Cina beragama Tao. Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina. Penganut kepercayaan Taoist akan berkumpul di kuil untuk menyambut perayaan ini. Ia juga dikenali sebagai Vegetarian Festival.

    Sebahagian dari penganut Taoisme seperti di Thailand mereka akan bertindik atau menggunakan pelbagai objek keras serta tajam pada muka mereka seperti pisau, lembing, jarum dan sebagainya. Aksi yang menggerunkan ini dikatakan dengan setiap titisan darah ianya mampu menghapuskan dosa individu tersebut dan bekas luka dipercayai tanda kesucian jiwa, pengabdian serta kasih sayang kepada Tuhan.

    Mereka juga mempercayai bahawa sembilan dewa ini akan menyampaikan mesej melalui seorang perantaraan yang mana individu tersebut akan berada dalam keadaan separuh sedar seperti dirasuk. Mereka akan meraikan selama sembilan hari dan di dalam tempoh masa itu mereka akan melakukan penyembahan dan upacara seperti berjalan di atas api dan memasukkan tangan ke dalam minyak yang mendidih.

    3) Thaipusam

    Thaipusam adalah perayaan yang diraikan oleh masyarakat India beragama Hindu yang menyembah dewa Murugan atau dikenali juga sebagai Subramaniam. Majoriti penyembah Murugan adalah berasal dari masyarakat Tamil atau kawasan selatan India. Murugan merupakan salah satu dari anak dewa utama iaitu Siva. Patung besar di Batu Caves itu merupakan patung Murugan yang terbesar di Asia Tenggara.

    Bagi penyembah Murugan mereka akan meraikan suatu perayaan iaitu Thaipusam. Pada perayaan ini sinonim hari menunaikan ‘nazar’ dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Pada hari tersebut, sebahagian mereka akan mencucuk badan mereka samada dengan batang besi dicucuk di belakang badan, tangan atau lidah, dan mereka perlu berpuasa selama 48 hari sebelum upacara itu dilaksanakan.

    Dalam tempoh berpuasa juga mereka perlu menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Misalnya, mereka tidak dibenarkan tidur di atas katil atau tilam. Apabila saat berbuka puasa pula mereka makan makanan vegetarian.

    4) Crucifixion

    Ritual Penyaliban ini dimaksudkan adalah pesta memperingati ‘Jesus’ saat disalib sebelum ‘kematiannya’ . Ia bukanlah anjuran dasar Kristian tetapi pesta ini dilakukan oleh masyarakat Kristian yang fanatik di Filipina (Crucifixion in the Philippines).Yang mana mereka ingin merasai nilai ‘pengorbanan’ itu dengan mengharapkan pengampunan dosa.

    Mereka akan lakukan pada hari Good Friday dan pada hari tersebut terdapat penganut Kristian yang sukarela akan disalibkan sebagai meniru penderitaan dan ‘kematian’ Jesus. Mereka akan memikul kayu salib sambil merangkak dan mereka juga disebat sehingga luka. Bagi orang yang disalib, tangan dan kaki mereka akan dipaku sehingga tembus di batang salib.

    Persoalan?

    1) Kepercayaan dalam agama dan ibadat berdiri di atas ajaran kitab suci dan kesemua agama memiliki kitab suci, persoalannya adalah terdapatkah sumber atau anjuran di dalam mana-mana kitab suci utama menganjurkan ritual mencederakan diri untuk diampunkan dosa? Adakah ia simbolik semata-mata? Adakah agama ini terbina dengan simbolik-simbolik tersebut dan kemudian hari generasi seterusnya juga akan membina simbolik-simbolik ritual yang baru yang boleh menenggelamkan ritual yang ada sekarang.

    2) Dan adakah mereka membina ritual ini hanya berfalsafah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan atau untuk diampuni dosa mereka dengan menganggap dengan menyakiti diri maka ia boleh menebus dosa? Tidakkah hal ini lebih dipandu oleh beragama dengan hawa nafsu?

    3) Adakah ritual sebegini hanya berdiri di atas emosi, elemen sedih dan mengharapkan pengampunan semata-mata?

    4) Malah agama juga diwajahkan seakan begitu menyeksakan. Malah kesemua mereka akan melalui hari-hari yang keras sebelum perayaan itu seperti berpantang terhadap segala keselesaan dan seumpamanya. Adakah itu agama? Sedangkan agama berasal dari 2 suku kata Sanskrit iaitu A dan GAMA, A bermaksud ‘tidak’ dan GAMA bermaksud huru hara. Maka melihat kepada ritual ini adakah ia mencapai maksud kepada makna agama itu sendiri?

    5) Mungkin juga ritual sebegini wujud hasil dari cara manusia cuba memahami untuk mendapat kesenangan itu perlu dikorbankan dengan kesakitan dan kesusahan lalu mendorong mereka untuk bertindak mengorbankan anggota badan mereka.

    Kesimpulan

    Di dalam agama Islam, Islam sangat menekankan soal kewajipan manusia menjaga nyawa. Malah tujuan syariat (maqasid syariyyah) yang Allah turunkan kepada manusia adalah menjurus kepada mengawal keselamatan dan kesejahteraan manusia.

    Di dalam Islam hukum menyakiti diri sendiri adalah haram walaupun ia ditafsir macam mana sekalipun untuk tujuan ibadat ataupun bernazar, ia tidak dibenarkan sama sekali. Di dalam sebuah hadis ketika baginda sedang memberi khutbah:

    “Ketika nabi menyampaikan khutbah nabi melihat seorang lelaki berdiri di bawah terik matahari. Baginda bertanya “mengapa lelaki itu berdiri?”. Para sahabat menjawab, “dia Abu Israil, yang bernazar untuk berdiri, tidak akan duduk, tidak akan mencari tempat berteduh, tidak akan berbicara, dan akan berpuasa”. Baginda menyuruh: “Suruhlah dia berbicara, berteduh, duduk dan menyempurnakan puasanya.” (Sunan Abu Daud no 3300)

    Malah terdapat tiga orang sahabat yang salah setiap dari mereka ingin solat sepanjang waktu dan tidak mahu tidur, ada yang mahu berpuasa sepanjang waktu dan ada yang mahu menahan diri dari berkahwin. Nabi Muhammad melarang perbuatan itu dan baginda menyatakan yang bermaksud:

    “Aku solat malam tapi juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka, dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku.” (Shahih Bukhari no: 5063)

    Dan Allah jelas menyatakan di dalam al Quran supaya manusia tidak boleh melampau, yang bermaksud:

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al Maidah: 87)

    Di dalam Islam telah mengajar cara manusia untuk diampuni dosa-dosa mereka seperti melakukan ibadah sesuai dengan anjuran Allah dan rasul, memiliki niat yang ikhlas, sentiasa bertaubat kepada Allah, melakukan amal kebajikan dan sentiasa melakukan kebaikan. Islam menganggap, selagi mana seseorang itu tidak menduakan (ada sembahan selain Allah, memiliki perantaraan) Tuhan yang menciptakan kita semua, maka dosa-dosanya yang lain selain itu boleh diampun oleh Allah. Akan tetapi sekiranya seseorang itu syirik kepada Allah, maka dosanya tidak akan diampun oleh Allah andai mereka mati di dalam kesyirikkan.

    Sebab itu tidak hairan apabila wujudnya golongan ateis yang membenci agama apabila agama sering kali menjadi mangsa kepada hawa nafsu manusia. Apabila manusia mengubah ajaran agama dari ajaran asal dengan beralasan amalan ibadah yang direka mereka pada hari ini adalah lebih baik dari ajaran Tuhan melalui kitab suci.

    Maka wujudlah amalan dan kepercayaan pelik yang sering bercanggah dengan akal dan fitrah manusia. Menarik untuk direnungi firman Allah di dalam surah Ar Rum, yang bermaksud:

    “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”(Surah Ar Rum 30: 30)

    R&D Team MRM

  • zanjeer 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 13:19:08

  • zanjeer 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:10:45

  • zanjeer 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 13:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站