[爆卦]Woey twitch是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Woey twitch鄉民發文沒有被收入到精華區:在Woey twitch這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 woey產品中有2篇Facebook貼文,粉絲數超過45萬的網紅Ismail Ariffin Lepat,也在其Facebook貼文中提到, DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN PENJARANYA', NABI ALLAH YUSUF ALAI HISSALAM DAN FIRAUN, MAKA TERSEBUTLAH KISAH DI ANTARA BENIH YANG BAIK DAN BENIH YANG MA...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • woey 在 Ismail Ariffin Lepat Facebook 的精選貼文

    2015-12-25 13:48:42
    有 650 人按讚

    DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN PENJARANYA', NABI ALLAH YUSUF ALAI HISSALAM DAN FIRAUN, MAKA TERSEBUTLAH KISAH DI ANTARA BENIH YANG BAIK DAN BENIH YANG MAHA BURUK.

    Kehadapan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang Saya hormati lagi kagumi,

    Assalamualaikum Dato Seri,

    Di sini saya ingin bertanya adakah Dato Seri, tentang apa yang Dato Seri perkatakan kepada Saudara Tian,

    "Woey Tian!, aku dalam penjara pun tak kuruih macam hang!"

    Adakah Dato Seri ingin memberi kias maksud akan istilahnya 'jika BENIH YANG BAIK jatuh ke Laut pasti ianya akan menjadi PULAU, dan setelah itu, nescaya akan dapatlah bagi Nelayan nelayan kecil akan dapat berhenti untuk merebahkan letih atau para Pelayar akan dapat berlabuh menyingah sebentar bagi merehatkan badan setelah sekian tubuh dan akal bertungkus lumus meredah gelombang samudera, merentasi badai kehidupan yang keras menghentam..

    Dan manakala jika BENIH YANG BURUK pula jatuh ke Laut, "Sepastinyalah ianya terhanyalah akan 'menjadi Sampah' di pertengahan lautan, ianya hanyalah akan menyukarkan para Pelayar..

    Dan juga dengan sampah yang di pergigian pantai malah di tengah dada pantai itu sendiri, maka akan pasti menyusahkan para nelayan kecil yang di tengah Laut, Pukat mereka akan penuh di sangkuti sampah!, dan para Penjala yang di pergigian Pantai, nescaya akan mengeluh di keranakan terhanya sampah yang kerap kali di tarik oleh mereka, sebegitu jua dengan penduduk kampung di pinggiran pantai, Niat untuk berehat, berkelah di dada pantai akan terjejas dengan penuh rasa kecewa apabila menatap wajah dada Pantai yang dipenuhi dengan sampah, busuk! dan besar kemungkinan telah menjadi sarang untuk di huni oleh ular-ular berbisa.

    Justeru itu Dato Seri, perkataan "woey Tian!, aku dalam penjara pun tak kuruih macam hang!", adakah ini bermakna Dato Seri sedang berada di tempat yang tidak di kuasai oleh BENIH YANG TIDAK BAIK?,

    Demi hidup sebagai seorang pemerhati dan peneliti, Saya merasa 'jalan kehidupan di bumi Malaysia' yang TIDAK sedang Dato Seri terpaksa taati, adalah atur sistem baru yang sangat menyusahkan orang susah yang mananya MEMANG telah pun sangat susah hidupnya,

    Di dalam Penjara Dato Seri mungkin tidak mengalami kerunsingan bagi memikirkan kenapakah GST perlu di ujudkan dan berkeharusan diteruskan!, harga barang keperluan harian yang semakin memanjat meninggi dengan semakin mengilanya, Segala harga di naikkan dengan tidak langsung menampakan rasa belas kasian pada jerit batin Rakyat bawahan...

    Adakah Dato seri tenang bahagia di dalam sana?, tidak seperti kawan kawan saya yang di luar Penjara, Walaupun meraka bebas bergerak tidak mengira masa, hidup syariat zahir tidak terpenjara, tetapi pada Hakikatnya, jiwa mereka sering mengeluh dan sentiasa terjerat terpenjara oleh suasana yang amat merungsingkan jiwa...

    "Makan minum Dato Seri Percuma!, mungkin tidak menepati selera Dato Seri, namun itulah yang semua di dalam penjara di hidangkan, Tetapi mereka yang di luar penjara, berkeinginan untuk Makan, tetapi tak punya kecukupan Wang, Namun bila di teruskan jua, perut pula tidak di singgah kenyang, lalu akal berperang persoalkan apa yang di makan dan apa yang perlu di bayarkan!... Sungguh amat menyedihkan....

    Dato Seri bebas ke kiri ke kanan di dalam kawasan empat penjuru dinding batu yang berpagar besi,
    Tetapi... kenyataan di luar sini, Kebebasan di luar Penjara sering mengambarkan kengerian, Ramai yang telah terjebak dengan celaka yang begitu menyakitkan perasaan!, 'Mata mata liar di mana mana, di penjuru sini, di sudut sana, menerkam! meragut! dan terlalu banyak untuk di perkatakan lagi, kegiatan gangster jalanan, kelakuan jahat adalah sesuatu yang semakin mula menjadi suatu yang boleh di anggap 'Satu kebiasaan',..

    Manakala 'Ugama dan Bangsa' sering dijadikan sebagai boneka untuk dimainkan atau di peralatkan, kejujuran dan ketulusan semakin berkurangan, 'Hukum menghukum begitu mudah di lafaskan, 'ilmu mengenal Allah di persendakan! dan di hinakan, Sebahagian besar manusia telah berubah menjadi buta dan semakin gila, Yang kulit di kumpul dan cuba di makan nya, manakala Isi di buang, kemusian mereka mengadu mengerang sakit perut dan tidak tenang...".. Inilah pertaka pada jiwa yang telah buta pada yang apa yang wajib di seawal-awal untuk bergama.. Sunguh amat memilikan jiwa...

    "Penindasan serta sikap kesewenang-wenangan semakin berlaku dengan tanpa mengira masa dan tempat... Di luar ini, di jalanan orang semakin mudah marah marah,... Ketenangan seakan semakin kian berkurangan di kantong fikiran dan di lembah jiwa",..

    "Kemakmuran semakin kehilangan makna, Hasil Negara hilang lesap entah kemana?, tiada siapa yang berhak menyoalnya, Akan tetapi sebahagian besar kehilangannya terpaksa di tanggung oleh mereka mereka yang di luar Penjara, Titik peluh mereka yang di luar penjara, menjadi penampung ketirisan yang maha mencelakan Negara.. Maka Rakyat di luar Penjara telah terpaksa berkerja dengan lebih waktu, maka semakin kuruslah tubuh orang orang yang di luar Penjara, semakin keringlah perasaan keriangan mereka mereka yang di luar Penjara"..

    "Itulah bala nya jika BENIH YANG BURUK TERJATUH KE LAUT!"

    Dan jika seseorang yang memiliki akal dan hati yang baik, Campaklah ia kemana pun, nescaya PASTI dia akan membuat 'kawasan kering berubah menjadi subuh dengan tanaman tanam yang indah lagi berguna untuk alam dan insan, dan kawasan yang gelap akan menjadi bercahaya lagi bermakna pada akal dan jiwa,.. Hati yang resah gelisah akan menjadi tenang, bahagia dan selesa di dalam redha..

    "Inilah yang akan ternampak dengan nyata bila BENIH YANG BAIK JATUH KELAUT!" :)

    "Campaklah jiwa yang baik ke dalam Penjara mana sekali pun, kepasrahan nya pada ilahi akan membuat wajah dan senyumannya lebih menyinar lagi, kerana dia sentiasa memilih untuk senantiasa berbenar!, PENJARA pasti akan dijadikannya pusat ilmu buat akal dan tempatnya memproses hikmah dari Allah azza wajalla, dia akan tenang di sana dan menenangkan sesiapa yang di sekelilingnya,

    Dia akan terus tenang dan bahagia, kerana setidak tidaknya, dia tidak akan terjebak dengan suasana 'berjanji tetapi mungkari', dia juga akan pasti terlepas dari suasana 'di ampu oleh hati hati dan akal akal yang berdebu, hati hati dan akal akal yang mananya telah terperangkap dengan dunia penipuan!',

    Dia akan lebih berpeluang dengan lebih selesanya bagi untuk mendekatkan akal dan hatinya kepada Allah yang satu, Bertasbih memuji Allah siang dan malam sepertimana yang terjadi pada sejarah Hidupnya Nabi Allah Yusuf Alai hissam, yang selama 10 tahun di penjarakan... :)

    "Tetapi jika seseorang yang jiwanya telah tidak mampu lagi di pisahkan dengan 'Sifat TAMAK HALOBA dan gaya hidup yang memboroskan', maka jika dia di tempatkan di atas Kerusi tahta yang rangkanya di perbuat dari Emas, berbantal baldu yang di sulami dengan benang emas dan semati dengan bijian permata sekali pun, Nescaya di penghujung nanti, akan susah dan celakalah wajah hidup rakyat yang di bawahnya,

    Nescaya akan di perah keringat Rakyat yang di bawahnya sehingga tiada titisan peluh yang mampu di titiskan lagi, Sila Rujuk kisahnya Firaun di dalam Al Quran :)

    "Maka akan bertambahlah KURUS rakyat rakyat yang di luar Penjara dari yang berada di dalam Penjara... "

    Dato Seri.. "Adakah ini, yang Dato cuba Maksudkan apabila berkata;

    "woey Tian!, aku DALAM PENJARA pun tak kuruih macam hang!"

    Baiklah, serasanya saya dapat menangkap kiasan Dato Seri... "HEBAT!!", itulah yang dapat saya katakan, Dato Seri memang hebat!!... :)

    Di akhir kata, sambutlah salam mesra berbunga sekalung doa agar Dato Seri akan senantiasa bersama di sebelah akal yang bersih dan sihat, semuga Allah azza wajalla akan sentiasa memelihara Dato Seri"...

    Assalamualaikum Dato Seri....

    Ikhlas dari Aku yang Hina,
    Ismail Bin Ariffin (Lepat)
    Bremen, Germany.
    25.12. 2015
    <3

  • woey 在 Frederick Lee 李銘忠 Facebook 的最佳解答

    2015-07-08 09:35:52
    有 118 人按讚


    My awesome PT make me awesome too!

    兩個月的瘦身兼健身雖然很痛苦折磨也一直要聽他嘮叨..... 其實他的功勞最大!

    Thank you Woey Cherng!💪💪💪

    #hunk2015 #CelebrityFitness #adidasMY #everydayIgetBETTER

  • woey 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 05:19:08

  • woey 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 05:10:45

  • woey 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 05:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站