[爆卦]Tarpan是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Tarpan鄉民發文沒有被收入到精華區:在Tarpan這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 tarpan產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, Kenduri Arwah Dari Hindu? Baru-baru ini menular satu gambar dari majlis kirim doa seorang penganut Hindu dengan nama “Majlis Tahlil”. Ini merupakan...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • tarpan 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文

    2016-12-28 13:43:06
    有 132 人按讚


    Kenduri Arwah Dari Hindu?

    Baru-baru ini menular satu gambar dari majlis kirim doa seorang penganut Hindu dengan nama “Majlis Tahlil”. Ini merupakan satu istilah yang diarabisasikan oleh penganut Hindu terhadap majlis kenduri arwah versi mereka hasil daripada istilah yang sinonim yang digunakan oleh orang Melayu dalam melakukan kirim doa kepada arwah si mati dengan bilangan hari-hari tertentu iaitu majlis tahlil.

    Tahlil dari segi bahasa adalah ucapan kalimah “Laa ilaha ilallah” bermaksud tiada Tuhan selain Allah. Akan tetapi dari pemaknaan oleh orang Melayu majlis tahlil atau tahlilan adalah majlis mengirim pahala kepada si mati dengan doa-doa dan zikir pada malam-malam tertentu. Andaian yang mungkin lebih dekat untuk menjawab persoalan mengapa masyarakat Hindu turut menggunakan istilah “Majlis Tahlil” juga seperti orang Melayu faham adalah, mereka memiliki ritual dan amalan mengirim doa kepada si mati pada hari-hari tertentu dengan melakukan perjamuan dan berdoa. Dari segi bentuk amalan itu ada persamaan dengannya.

    Ia disebut sebagai Sraddha, Varsi (ulang tahun kematian), Tarpan, Pitru Paksha dan juga Phul (hari ke 3). Masyarakat Hindu terutama sekali ahli keluarga si mati yang akan melakukan ritual ini untuk mengirim doa dengan melakukan perjamuan khusus demi ibubapa mereka yang telah meninggal. Amalan ini terdapat di dalam kitab agama Hindu.

    Amalan perjamuan mengirim doa ini sememangnya adalah amalan agama yang berasal daripada masyarakat Hindu. Persoalannya adalah, mengapa amalan seakan sama ini juga menjadi amalan sebahagian masyarakat Islam di nusantara?

    Bukan Berasal Dari Sama Veda

    Sebelum membahas soal sejarah, ada baiknya dibahas terlebih dahulu mengenai satu dakwaan seorang ustaz dari Indonesia yang mengatakan ‘dalil’ kenduri arwah pada hari pertama, 3, 40, 100 dan seterusnya itu terdapat di dalam kitab Sama Veda. Sebenarnya di dalam kitab Sama Veda tidak menceritakan soal ritual ini. Perkara ini pernah di jawab dalam artikel lepas (http://bit.ly/2ifkTZ2). Amalan ini hanya terdapat di dalam teks-teks terkemudian dan ia tidak terdapat dalam Veda.

    Amalan ini terdapat di dalam kitab Manusmriti bab 3: 81-83 ia menceritakan mengenai ritual Sraddha. Begitu juga dalam kitab-kitab Purana juga menceritakan tentang ritual Shradh seperti dalam Agni, Garuda, Vayu dan Matsya Purana.

    Sebagai contoh, di dalam kitab Matsya Purana, menceritakan Agni, Vasus dan Rudra (nama dewa Vedic) bertindak sebagai perantara semasa amalan Pitru paksha Shradh dan mengangkut ritual dan makanan yang telah dipersembahkan kepada nenek moyang yang kemudiannya memberkati mereka yang melaksanakan upacara tersebut.

    Yang jelas, amalan ini bertunjangkan dari amalan Hindu. Amalan ini juga turut diamalkan oleh masyarakat Melayu ketika dahulu terutama pada zaman pemerintahan Majapahit.

    Sejarah

    Sebelum kedatangan Islam di nusantara pada abad 15 M, nusantara diperintah oleh kerajaan Majapahit yang merupakan pemerintahan beragama Hindu. Oleh itu, amalan Sradda ini juga turut diamal oleh masyarakat nusantara. Akan tetapi amalan Sradda ini memiliki versi menerima sinkretisme (percampuran budaya) antara amalan teks Hindu dengan Kejawen dan amalan agama Buddha nusantara. Sinkretisme itu telah mewujudkan amalan Pitra Pitru Yajna versi jawa iaitu amalan kenduri arwah (selain kepada roh) dikenali sebagai ‘annasewa’ (perjamuan kepada tetamu) dan ia dilakukan pada hari pertama, 3, 7, 40, 100 (haul) dan ulang tahun kematian. Amalan kenduri arwah ini sangat menebal di kalangan melayu nusantara pada ketika itu. Sehingga datanglah Wali Songo membawa Islam ke nusantara ini dan mengislamkan sebahagian besar masyarakat jawa pada abad 15 M.

    Wali Songo di tanah jawa terbahagi kepada dua kumpulan iaitu aliran Giri dan aliran Tuban. Aliran Giri dipimpin oleh Raden Paku, Raden Rahmat, Syarifuddin dan lain-lain. Manakala aliran Tuban pula diketuai oleh RM Syahid atau Sunan Kalijaga Sunan Bonang, Sunan Muria, Sunan Kudus, dan Sunan Gunung Djati. Aliran Tuban ini menjadi perhatian dunia apabila mereka dilihat sangat halus dan tersusun dalam menyampaikan Islam di tanah Jawa. Sebagaimana terkenal sejarah mereka mengislamkan orang Jawa dengan menggunakan wayang kulit. Wayang kulit sinonim dengan hiburan masyarakat tanah jawa yang mana jalan penceritaan wayang kulit itu banyak dicedok dari kitab Hindu iaitu Ramayana dan Mahabhrata.

    Method dakwah yang berseni dari sunan Kalijaga turut masuk ke dalam seni budaya ini dengan menyampaikan mesej Islam melalui wayang kulit. Hasilnya ramai yang menganut Islam setelah itu. Itulah method penuh hikmah dan berseni yang digunakan oleh Sunan Kalijaga menyampaikan dakwah. Baginya untuk masyarakat Hindu ketika itu memahami tauhid adalah lebih penting dari segala sinkretisme dan amalan Hindu lain yang masih menebal di kalangan masyarakat Jawa.

    Termasuklah juga di dalam amalan kenduri arwah atau Pitra Pitru Yajna ini. Oleh kerana masyarakat Hindu sangat menebal terhadap amalan ini dengan mengadakan upacara jamuan dan bacaan mantera-mantera serta nyanyian suci untuk memohon kepada dewa-dewa agar roh si mati menjalani karma untuk menjadi manusia yang baik. Oleh kerana sukar untuk menghakis amalan ini, Sunan Kalijaga dan yang lain mengambil keputusan untuk mengislamisasikan ritual itu dengan pengisian kalimah “laa ilaha ilallah” sehingga mewujudkan istilah majlis tahlilan yang diguna pakai sehingga hari ini. Baginya itu adalah lebih baik daripada diisi dengan ratapan dan juga mantera Hindu serta terdapat sebahagian lain yang meraikan ritual itu dengan meminum arak. Alasan wali Songo melakukan hal ini adalah untuk menghilangkan amalan kehinduan itu dengan zikir-zikir yang thabit dengan Islam.

    Perbincangan

    1) Artikel ini tidak membincangkan soal dalil samada amalan tahlilan ini dibenarkan atau tidak di dalam Islam. Ini kerana adalah penting untuk menghadam sejarahnya terlebih dahulu sebelum mengapai nas-nas tersebut untuk dibincangkan.

    2) Terdapat perbincangan panjang mengenai isu mengislamisasikan amalan Pitra Pitru Yajna Sradda ini. Para wali Songo berbincang bagaimana untuk menghakis amalan ini dek disebabkan amalan ini begitu menebal akhir sekali mereka mengambil keputusan untuk terus mengekalkan dan hanya memasukkan unsur-unsur zikir tahlil ke dalamnya. Mereka juga berharap generasi muslim akan datang akan melakukan tajdid terhadap amalan-amalan yang masih menebal dengan kehinduan. Method mereka (wali Songo) dalam melakukan dakwah tidak sama dengan method tajdid yang perlu mengariskan amalan Islam mengikut al Quran dan Hadith. Dalam fiqh Dakwah, sememangnya harus difahami bahawa mentauhidkan manusia itu adalah suatu perkara yang utama. Seterusnya apabila manusia sudah beriman dengan Islam maka tajdid untuk mengikuti sunnah adalah yang harus ditekankan. Dua method yang harus seiring dan fleksibel.

    3) Dari sejarah ini, perlu diketahui bahawa situasi mereka (wali Songo) bukanlah ingin meraikan amalan ini (kenduri arwah) akan tetapi mereka mengalami masalah untuk membuang dan menghakis amalan ini kerana terlalu menebal dikalangan masyarakat Jawa. Jika ditakdir amalan ini tidak dilakukan oleh masyarakat Hindu pada suatu ketika dahulu nescaya amalan tahlilan ini tidak akan muncul. Dengan kata lain jika tidak ada lagi baik.

    4) Amalan tahlilan yang diamalkan oleh orang Melayu dengan method (kaifiat) yang sering digunakan itu adalah amalan yang hanya dilakukan oleh masyarakat melayu Nusantara sahaja. Jika dilihat ke negara-negara luar seperti Mesir, Pakistan, dan negara-negara arab lain, amalan ini tidak pernah dikenali oleh mereka. Persoalanya adalah, sekiranya amalan ini benar-benar memiliki asas di dalam Islam, mengapa hanya sebahagian sahaja umat Islam mengamalkan? Sedangkan sebahagian umat Islam lain tidak tahu menahu akan kaifiat amalan ini. Perlu diketahui bahawa antara ciri-ciri bid’ah adalah, sesuatu amalan ibadat yang ada di sebahagian (tempat) lain dan tidak ada di sebahagian lain.

    5) Amalan kenduri arwah ini sudah mengalami inovasi yang hebat oleh orang Hindu di Bali pada hari ini. Ini kerana Bali merupakan komuniti masyarakat melayu Hindu sejak dari zaman Majapahit yang masih kekal pada hari ini. Mereka tidak menerima Islam di saat agama Islam berkembang di Tanah Jawa. Amalan meraikan hari-hari kematian di Bali agak meriah dengan nama Pangastawa Pitra Yajna. Malah mereka sudah mula membuat patung-patung lembu untuk dibakar ketika hari pengebumian. Malah inovasi amalan ini sangat kompleks dan rumit sehinggakan memerlukan belanja yang tinggi.

    Artikel yang membantu untuk memahami tentang amalan ini boleh dibaca di pautan:
    http://www.abuanasmadani.com/…/hukum-menyediakan-kenduri-k…/
    http://www.darulkautsar.net/…/tidakkah-bidah-menyediakan-ma…

    Wallahua’lam.

  • tarpan 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:19:08

  • tarpan 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答

    2021-10-01 13:10:45

  • tarpan 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 13:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站