[爆卦]Taqlid是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Taqlid鄉民發文沒有被收入到精華區:在Taqlid這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 taqlid產品中有4篇Facebook貼文,粉絲數超過7萬的網紅Hazalif hazani,也在其Facebook貼文中提到, BACA CAPTION . Apa hukum cabut tanaman atau tumbuhan di kubur jenazah. Haram ke? Harus ke ? . sebagaimana yang disebutkan dalam hadis ketika Rasululla...

 同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過18萬的網紅Farhatul Fairuzah,也在其Youtube影片中提到,Please subscribe my channel and leave some commments. :) Instagram/ Facebook/Tiktok : Farhatulfairuzah...

taqlid 在 Aqasha - اكاشا Instagram 的精選貼文

2020-12-15 16:24:27

Aku sebenarnya kurang faham mengapa tema drama tempatan harus berpaksikan K-drama. Kita sepatutnya bangga dengan identiti & jatidiri sendiri. Melaink...

taqlid 在 Mohd Hazalif Instagram 的最佳解答

2020-08-11 20:22:47

BACA CAPTION . Apa hukum cabut tanaman atau tumbuhan di kubur jenazah. Haram ke? Harus ke ? . sebagaimana yang disebutkan dalam hadis ketika Rasululla...

taqlid 在 Da’i Wan (Official) Instagram 的最佳解答

2020-05-09 19:44:48

Simpan gambar ini dalam HP masing-masing ya. Jika terlupa, lihat kembali, dan baca semula. Selepas Maghrib, inshaAllah, boleh praktikkan bacaan Niat s...

  • taqlid 在 Hazalif hazani Facebook 的最讚貼文

    2020-08-05 18:42:52
    有 697 人按讚

    BACA CAPTION
    .
    Apa hukum cabut tanaman atau tumbuhan di kubur jenazah. Haram ke? Harus ke ?
    .
    sebagaimana yang disebutkan dalam hadis ketika Rasulullah SAW meletakkan pelepah yang lembap dan dipatah dua lalu ditanam pada setiap kubur. Lantas baginda ditanya: “Kenapa engkau berbuat demikian?” Sabda Rasulullah SAW: “Mudah-mudahan ia diringankan azab selagi mana sebelum kering.” (Riwayat al-Bukhari).
    .
    Mazhab syafie berpendapat Haram, dengan bersyarat iaitu ia masih basah dan individu berkenaan bukanlah tuan yang meletakkan tumbuhan tersebut.
    .
    Mazhab Hanafi, menyebutkan makruh mengambil atau mencabut tanaman atas kubur dengan alasan yang sama.
    .
    Namun mengambil kira mazhab lain, andai rumput atau tanaman tadi sudah panjang, dan kering dibolehkan untuk kita potong atau cabut sebahagian besar. Tidak kiralah sama ada pokok itu ditanam atau ia tumbuh sendiri. Harus kita taqlid mazhab yang membenarkan cabut. Untuk membersihkan dan bergotong royong.
    .
    dalam kitab Balaghatut Talib menjelaskan: “khilaf ini satu kelapangan bagi orang awam kerana sudah kebiasaan mereka membuang rumput kubur-kubur ibu bapa mereka.”
    .
    Kepada mereka yang membersihkan kubur, sebaiknya elakkanlah daripada mencabut tumbuhan, pokok atau rumput kubur yang masih segar.
    .
    Moga bermanfaat untuk semua.
    .
    #alifteega #dakwah #nasihat #ilmu #tarbiah #hikmah #muhasabah #jombaikidiri #jommuhasabahdiri #kongsi #manfaat

  • taqlid 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文

    2016-10-12 00:40:52
    有 11 人按讚

    || Review dan Pandangan Kuliah Minda Usul Fekah Dr Mohd Daud Bakar ||

    Oleh: Syafiq AtTauhidi

    Alhamdulillah, gita puji buat Yang Kasih, selawat dan salam buat kekasih.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan jutaan syukur kepada saudara Danny Madanie yang mengenalkan saya kepada video ini, dan atas jemputan beliau untuk saya mengarang sedikit buah fikiran hasil cernaan video ini.

    James Baldwin mengatakan, "The importance of a writer is continuous… His importance, I think, is that he is here to describe things which other people are too busy to describe." Demikianlah yang elok menggambarkan usaha Dr. Daud dalam 60 minit ini, mendedahkan kepada yang baru dalam ilmu Usul Fiqh akan gambaran umum ilmu yang mulia ini, dan peringatan kepada yang lama akan poin2 yang perlu kepada penekanan semasa.

    Dr. membincangkan sebuah idea bahawa Wahyu (alQuran & gandingannya Sunnah), selaku khitab historik, memiliki capaian yang abadi, melalui pengiman2nya, maka perlukan kepada proses istidlal daripada Wahyu yang berterusan, untuk menuntut kesyariatan pekerjaan manusia. Proses istidlal ini umumnya digelar Usul Fiqh, yang hakikatnya sejak zaman baginda berkembang, bahawa baginda mengajar para sahabat untuk istidlal dengan dalil yang ada (secara aktif melalui ucapan, ataupun pasif melalui perbuatan&iqrar), hingga ke zaman pembukuannya oleh Imam Syafi'e (w204H). Poin yang baik ditekankan dr, bahawa Imam Syafie tidak claim/menuntut hakcipta penulisan ilmu Usul Fiqh, kerana seperti yang kita katakan, ia ilmu yang mendahului Imam Syafie, dan melalui pembacaan kritikal akan Sunnah dan Atsar para sahabat & anak murid mereka para tabi'en, dan tabi tabien, kita dapati telah ada praktik-praktik usuli dalam ijtihad mereka, sementara Imam Syafie dengan 'akal falsafah' meneliti sekelian ijtihad ini,secara rangkuman, dan merumuskan istidlal dalam bentuk yang mudah pakai. Maka di sinilah, kita dapat memahami keadaan semulajadi ilmu Usul Fiqh ini sebagai ilmu teori (atau tanziri dalam istilah dr), gunanya untuk istinbat hukum Ilahi buat pekerjaan manusia, dan pekerjaan manusia inilah yang memiliki pelbagai spektrum, yang boleh dimanfaatkan dengan usul fiqh (as to, mendapat kesyariatan), seperti yang dikaitkan dr pada beberapa bahagian dalam video ini.

    Wahyu, yang menjadi sumber utama, adalah alQuran dan Sunnah. Sementara Ijmak dan Qiyas, seperti ditekankan dr adalah istinbat, kembali kepada dua sisi ; ijmak dan qiyas sbg teknik ijtihad, dan kedua-duanya sebagai hasil teknik (ini yang dikatakan dalil). Hubungan ijmak dan Qiyas adalah inklusif dengan Wahyu (yakni hasil istinbat langsung daripada wahyu), sementara dalil-dalil lain, spt Masalih, Urf, alBara'ah alAsliyah, Syar' man qablana, dll, bersifat eksklusif (yakni, cukup bahawa ia tidak bertentangan dengan Wahyu, maka menjadi dalil). Ia perlukan kepada penghalusan.

    Rumusan yang dilakukan Ibn Khaldun dalam Prolegomena, akan cara penulisan ilmu Usul Fiqh, diulas dr, dan dr memilih cara Fuqaha sebagai cara terbaik, yang melihat fatwa Imam Abu Hanifah sebagai rujukan primer usul fiqh mazhab, yang fatwa-fatwanya itu akan kembali kepada dalil-dalil selain Wahyu, seperti maqasid, sementara di hujung video, dr menyatakan maqasid bukan dalil. Penulis memahami kiranya usul fiqh cara fuqaha lebih dekat kepada realiti, kerana ia hasil pemerhatian akan pendalilan imam mazhab, namun cara penulisan ini hanya bermanfaat dalam penggagasan mazhab dalam merangka taqlid. Sementara, seperti yang kita katakan awal tadi, nature usul fiqh adalah teori, sementara praktisnya adalah fiqh. Dalam penulisan cara mutakallimin sendiri, mereka tidak memisahkan teori daripada praktis (apabila mereka membuktikan teori mereka dengan dalil alWuqu', misalnya), bahkan tidak mengikatnya dengan mana-mana mazhab dan terus melihat Wahyu sebagai mazhab terutama. Melihat teori sebagai satu yang asing daripada praktis, adalah binari yang sangat mencengkam fikiran umat Islam, lagi2 pascakolonial, seperti diluahkan Malek Bennabi di akhir Milad Mujtamak. Kembali kepada taqsim Ibn Khaldun, penulis dapati ia cubaan yang baik, namun lebih baik kiranya taqsim Usul Fiqh itu dikembalikan kepada mazhab-mazhabnya tersendiri, untuk mengelakkan terpisahnya teori dan praktik bermazhab. Adapun pada medan selain fiqh mazhab, silakan mengamalkan Usul Fiqh kerana, seperti kita ajukan sebelum ini, pekerjaan manusia memiliki spektrum yang aneka, bukan fiqh mazhab sahaja. Anjuran dr untuk menulis sebuah buku usul fiqh tatbiqi, mungkin, boleh diselaraskan dengan standard muamalat Islam yang sedia ada.

    Paul Ricoeur mengungkapkan aksiom beliau yang masyhur, "Signs give raise to meanings." alQuran merupakan ayat Allah yang syar'ie, sementara alam semesta merupakan ayat Allah yang kauni/alami. Merujuk etimologi lafaz 'ayat', Ibn Juzai mengatakan ia bermakna alamat, signs, petanda kebenaran Allah, dan kejujuran baginda. Kita tidaklah menganjurkan hermeneutik Ricoeur sebagai ulah tadabbur bila menukilkan kata-kata Ricoeur di atas (meski kemungkinan kreatif itu masih ada), kita hanya menegaskan fakta bahawa Allah bercakap dalam bahasa. Dr menyatakan bahawa menguasai bahasa arab sangat penting bagi memahami dan membantu meluaskan ufuk ijtihad daripada wahyu yang terhad. Dr menyatakan lagi, bahawa terdapat ulama-ulama yang menghimpunkan sejumlah ayat-ayat hukum dalam alQuran, ada 500, ada 88, dan hal ini diterangkan Zarkasyi, bahawa himpunan tersebut bukan bermakna alHasr/menterhadkan, kerana ayat terbilang ini adalah ayat yang mantuqnya hukum langsung, belum terdedah kepada istinbat mafhum dsb. Ibn alQayyim mengatakan alQuran seluruhnya hukum, kerana ia menerangkan tauhid (tauhid ilmi dan tauhid amali). Apa yang dinyatakan dr, mengenai kepentingan penguasaan bahasa dalam aplikasi perundangan (fiqh), pernah dinyatakan oleh Bin Bayyah dalam Amali Dalalat dan isyarat ringkas dalam Ta'sil Fiqh alWaqi'. Hal ini lanjutan daripada pemerhatian beliau akan istinbat lemah yang kering dan harfi daripada segolongan literalis (atau yang bersikap literalis meski mengaku bermazhab), maka untuk mengelakkan penyalahfahaman wahyu ini, beliau mengajak kepada penguasaan bahasa arab secara mendalam, khasnya bagi pengamal syariah. asSyaukani mengatakan bahawa mujtahid dibezakan martabatnya antara satu sama lain melihat kepada penguasaan bahasa arab ; semakin seorang mujtahid itu menguasai bahasa, semakin dia berkemampuan untuk istinbat. Ia satu poin yang sangat penting diajukan, khasnya bagi kita-kita yang bahasa arab bukan bahasa pertama kita, satu ajakan untuk menilai semula tahap kefahaman kita akan wahyu yang luas, lebih luas berbanding akal kita yang sempit, dan bagaimana akal kita boleh diluaskan dengan memperhaluskan kefahaman bahasa, kerana signs give raise to meanings. Dengan bahasa, kita menghapus hijab kita daripada tadabbur, bahawa Allah sebenarnya bercerita tentang kita/Self, (bagaimana Dia hadir dalam kehidupan kita), bukannya bercerita tentang orang lain/Other.

    Penulis bersetuju dengan kenyataan dr, bahawa, Maqasid bukan dalil, dalam ertikata nilai yang bebas, dan akhirnya menjadi antropomorfik (kerana ditafsirkan oleh unsur yang terdekat dengannya, yakni manusia). Maqasid berhutang kesyariatannya daripada wahyu. alQaffal asSyasyi menyatakan bahawa untuk isbat maqasid, perlu isbat ta'abbud terlebih dahulu. (hal ini pernah diulas penulis sedikit terperinci dalam kertas kerja 'Akal & Nas ; antara Zahiriyah & Maqasidiyah' - untuk perbahasan lebih lanjut, bolehlah merujuk kertas kerja tersebut)

    Inilah sedikit sebanyak, apa yang dapat penulis kongsikan, hasil cernaan video yang bermanfaat ini. Semoga Allah membalas jasa baik Dr. Daud Bakar, atas usaha yang dilakukan melalui video ini, memartabatkan Usul Fiqh dalam kalangan pengamal dan bakal pengamal syariah di Malaysia, meskipun ringkas, namun penting selaku pendedahan kepada yang baru, dan tazkirah bagi yang sudah lama. Allahu a'lam (Allah Maha Mengetahui).

    -Syafiq atTauhidi-
    Asyura 1438H
    Univ. Islam Madinah

  • taqlid 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文

    2012-12-30 23:43:20
    有 24 人按讚

    [Isu Allah]

    Isu penggunaan kalimah Allah tiba lagi. Maklumlah dah dekat musim pilihanraya dan nak raih undi. Saya bukan nak ulas dari segi perundangan dan politik kerana itu bukan kepakaran saya.

    Dari perspektif dakwah, saya anggap penggunaan nama Allah oleh Kristian satu kelebihan buat Islam. Kenapa? Sebab saya nampak ianya adalah ruang untuk menjelaskan siapakah 'Allah' dan apa definisi Allah menurut Quran & juga Bible. Mungkin ada yang akan berkata Muslim kita tak bersedia lagi dan saya ingin menjawab dengan bertanya 'bila baru Muslim akan bersedia & kalau dah kita tak sedia kenapa tak belajar perbandingan agama?' Bukan sahaja Muslim tak bersedia tapi percayalah saya bahawa ramai Kristian di luar sana juga tidak bersedia kerana banyak yang taqlid buta. Adalah Muslim juga taqlid buta? Wallahualam..

    Saya ingin akhiri mutiara kata Sheilh Ahmed Deedat rahimahullah;

    "If you dont go out and do your job (dakwah), they (Christian) will come to you and your family. Is either you convert them or they convert you"

    Sun Tzu pernah menulis;

    "The best form of defend is to attack"

    Apa macam? Ada berani dan bersedia? Dakwah dengan hikmah bukan mencarut dan demonstrasi...

    {[:-)#

  • taqlid 在 Farhatul Fairuzah Youtube 的最讚貼文

    2021-05-28 19:47:51

    Please subscribe my channel and leave some commments. :)
    Instagram/ Facebook/Tiktok : Farhatulfairuzah

你可能也想看看

搜尋相關網站