[爆卦]Shafii是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Shafii鄉民發文沒有被收入到精華區:在Shafii這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 shafii產品中有61篇Facebook貼文,粉絲數超過6萬的網紅Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah,也在其Facebook貼文中提到, FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 12) Surat sokongan & rekomendasi Imam al-Shafii sewaktu berumur 8 tahun telah dibawa ibunya berjumpa deng...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • shafii 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文

    2021-07-28 20:41:57
    有 683 人按讚

    FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 12)

    Surat sokongan & rekomendasi

    Imam al-Shafii sewaktu berumur 8 tahun telah dibawa ibunya berjumpa dengan Wali (Gabenor) Mekah bagi memohon dibawa anaknya berjumpa Imam Malik di Madinah. Harapan seorang ibu supaya anaknya diterima sebagai pelajar Imam Malik bin Anas.

    Wali Mekah membawa Muhammad bin Idris al-Shafii ke Madinah. Sebaik saja Imam Malik melihat wajah Wali Mekah, beliau berkata;

    "Aku tidak terima pelajar dengan cara sokongan."

    Sewaktu Wali Mekah ingin melangkah pulang, anak muda Muhammad bin Idris melangkah ke hadapan. Dia terus membaca lancar teks kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik secara hafalan. Imam Malik terpegun. Anak muda ini diterima sebagai pelajar sekolah elit Imam Malik.

    Tidak salah meminta surat sokongan & juga menerima surat sokongan. Ni dah jadi uruf & amalan kita.

    Jadi apa masalahnya dalam siri fekah halal & haram ini?

    Memang tak salah. Malah surat sokongan boleh menyerlahkan kredential seseorang. Yang salah ialah proses & prosedur. Banyak yang haram dalam Islam ialah berkaitan prosedur. Jangan benci kena patuh prosedur walaupun nak menderma kerana ia melibatkan harta awam. Prosedur menjaga nilai integriti.

    Yang salah adalah seorang pegawai atau calon memohon surat sokongan atau rekomendasi dari pegawai atasan atau pegawai yang memantau sesebuah agensi untuk perlantikan atau naik pangkat dalam agensi yang sama.

    Yang lebih salah lagi ialah seorang pegawai atasan atau No 1 memberi sokongan atau rekomendasi atau mencatitkan atas surat atau borang permohonan 'Saya menyokong' atau 'Saya Amat Menyokong' atau 'Ambil Pertimbangan Segera'.

    Ini semua salah. Ia boleh memberi tekanan kepada pengurusan atau agensi secara keseluruhan. Orang yang meminta sokongan mungkin tidak yakin dengan kredentialnya & pihak yang menyokong pula mungkin ada kepentingan tertentu atau paling kurang terhutang budi atau kedua2nya sekali.

    Sebagai Presiden UIAM, saya banyak mendapat permohonan sokongan. Saya tidak layan kalau untuk agensi UIAM. Tapi kalau bagi mendapat sesuatu dari pihak luar, saya sokong gila2.

    Kesalahan kadang2 bukan pada isi tetapi pada cara penyampaian serta prosedur.

    #fekahhalal&haram

    MDB

  • shafii 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文

    2021-07-01 07:30:33
    有 546 人按讚

    TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 17)

    Aduhai...bas & tram di Mesir tak pernah berhenti. Hanya perlahan sedikit beberapa saat. Penumpang terpaksa terjun. Saya cuba 2 kali. Gagal. Tersungkur berdarah.

    Saya tabik hormat kepada pelajar2 Malaysia khususnya pelajar wanita. Saya terpaksa gunakan transport lain. Memang bas & tram murah. Mungkin paling murah di dunia. Saya mula gunakan khidmat van & teksi. Teksi pula ada masalahnya. Setiap kali naik, mesti bergaduh tentang tambang. Mesti ada cubaan untuk menaikkan harga tambang dari apa yang telah dipersetujui. Sabar je (di hati) tapi di mulut, terlepas juga rasa geram.

    Di siang hari, dalam kepanasan cuaca & kedebuan jalanraya, saya pergi ke hampir semua kedai buku terbesar di Kaherah. Wang 1000 pound sterling jumlah yang besar. Saya borong buku2. Sebahagian dipos ke rumah saya di Alor Star & sebahagian ke St. Andrews. Di waktu tengahari, dapat minum perahan air mangga segar adalah satu kenikmatan. Memang sedap. Pengalaman sama saya rasa ialah di Karachi. Mangga Mesir memang sedap.

    Waktu malam, saya bertandang ke rumah beberapa tokoh ilmuan Islam di bandar Kaherah menghirup teh Mesir & ilmu ulamak Sungai Nil. Rasa berat badan dengan ilmu yang mencurah2 masuk. Kalau tidak ada program keilmuan, ada program makan2 di rumah pelajar2 Malaysia tempat saya menumpang tidur atau saya belanja mereka makan di luar. Wajah mereka bertukar ceria serta merta.

    Di rumah tumpang, saya diberikan katil tetapi tuan punya katil tidur di atas toto atas lantai. Pengorbanan beliau akan saya ingat sampai bila2. Beliau belajar ilmu & adab di Al-Azhar.

    Semuanya okay di Kaherah walaupun cuaca amat panas, berdebu & terpaksa mempraktikkan bahasa Arab bila bertekak dengan pemandu teksi setiap hari. Kata orang, bahasa semakin baik bila dipraktis. Betullah tu...apatahlah lagi bila berkelahi & tengah 'hot'.

    Akhirnya saya tumbang. 3 hari saya sakit perut & demam panas. Saya suka membeli buah tembikai di sebelah petang bila pulang ke rumah tumpang. Buah besar2. Teringat sebutan saiz buah tembikai yang besar dalam penulisan Imam al-Shafii. Di zaman ini, ia juga amat berat kerana ia dicucuk air untuk tambah berat. Saya dapat keracunan makanan. Ahhh.

    MDB

  • shafii 在 ROTIKAYA Facebook 的最佳解答

    2021-04-29 18:32:03
    有 5,614 人按讚

    "Rumah & kereta Honda ‘Ketam’ masih hutang. Resit makan steak sebab adik hamil mengidam.." 😯

  • shafii 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 13:19:08

  • shafii 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:10:45

  • shafii 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站