雖然這篇Sangh parivar鄉民發文沒有被收入到精華區:在Sangh parivar這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 sangh產品中有3篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, Mahatma Gandhi mati dibunuh oleh seorang pelampau Hindu bernama Nathuram Godse pada 30 Jan 1948. Godse dikatakan pernah menganggotai Rashtriya Swayams...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
sangh 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Mahatma Gandhi mati dibunuh oleh seorang pelampau Hindu bernama Nathuram Godse pada 30 Jan 1948. Godse dikatakan pernah menganggotai Rashtriya Swayamsevak Sangh atau singkatannya RSS, sebuah kumpulan ekstrim berhaluan kanan yang dipercayai menjadi kuasa di sebalik parti BJP pimpinan Narenda Modi sekarang.
Apa kata-kata Godse sebelum dijatuhkan hukuman mati? Ini antara kata-katanya;
“I would consider it a religious and moral duty to resist and if possible, to overpower such an enemy by use of force. (In the Ramayana) Rama killed Ravana in a tumultuous fight and relieved Sita. (In the Mahabharata) Krishna killed Kansa to end his wickedness; and Arjuna had to fight and slay quite a number of his friends and relations, including the revered Bhishma, because the latter was on the side of the aggressor.
It is my firm belief that in dubbing Rama, Krishna and Arjuna as guilty of violence, the Mahatma betrayed the total ignorance of the springs of human action.”
Apakah ideologi ekstrimis RSS, BJP & Hindutva telah menyusup masuk ke Malaysia sehingga mengapi-apikan sentimen orang Hindu di Malaysia yang majoritinya baik dan taat kepada undang-undang negara?
Bahaya gerakan ekstrimis RSS, Hindutva dan BJP ini... Kalau seorang tokoh hebat India beragama Hindu sendiri seperti Mahatma Gandhi pun sanggup dibunuh oleh Godse, apa lagi yang individu yang memiliki ideologi seperti Godse ini berani buat? Moga Allah selamatkan Malaysia. Allahuma Ameen.
#ekstrimishindu #ekstrimisbjp #ekstrimishindutva #ekstrimisrss
sangh 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[10 Modus Operandi Ejen Ekstrimis Hindu Di Malaysia]
Dalam perkongsian saya semalam bertajuk 'Ejen Ekstrimis Hindutva Di Malaysia (boleh baca di sini > http://bit.ly/2E52TIa), saya telah berkongsi ciri-ciri seseorang yang besar kemungkinan terlibat sebagai ejen ekstrimis. Namun bagaimanakah mereka ini bergerak?
1. Individu utama dalam pergerakan ini memiliki beberapa akaun Facebook dan akan 'share' dari akaun yang lain di Facebooknya.
2. Individu ini bukannya the main player tetapi dia adalah apa yang disebut sebagai running dog TUANNYA di Malaysia dan di luar negara.
3. Individu ini akan menghasut page-page Hindu dan India untuk bersimpati dengan perjuangannya dan menyakinkan pemilik Facebook page itu untuk 'post' atau 'share' maklumat yang dia kongsikan.
4. Individu ini juga akan menyakinkan individu-individu lain secara 'Private Message' di Facebook Messenger untuk bersama beliau dalam 'perjuangan sucinya' itu. Setelah itu, individu ini akan mewujudkan beberapa chat group sesama mereka bagi membincangkan strategi seterusnya.
5. Mana-mana individu yang tidak mahu memberikan kerjasama akan diberikan tekanan dan dimaki hamun olehnya dan malahan dilabel sebagai pengkhianat bangsa India & Hindu.
6. Setelah berjaya menyakinkan orang ramai, individu ini akan bermula dengan meminta semua penyokongnya untuk bersatu menentang individu atau golongan yang telah dilabelnya sebagai menghina agama Hindu dan India.
7. Setelah 'running dog'nya memulakan serangan secara konsisten dan kesetiaan mereka telah terbukti melalui usaha mereka, individu ini mula merasa lebih yakin dan akan melaksanakan strateginya yang seterusnya.
8. Strategi yang seterusnya adalah cuba menghasut penyokong-penyokongnya untuk mempertikaikan beberapa perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara seperti memansuhkan hak keistimewaan bumiputera dan sebagainya.
9. Mereka yang menyokong dan bersama-samanya dalam mempertikaikan Perlembagaan Negara akan dipuji melangit tetapi mereka yang enggan sekali lagi akan ditekan, diugut dan sebagainya.
10. Di kalangan mereka, ada yang memiliki dua passport. Satu passport Malaysia dan satu lagi Overseas Citizen of India (OCI) untuk melarikan diri andai apa-apa yang terjadi kepada pelan mereka di Malaysia.
Mungkin anda terfikir bagaimana kami tahu semua ini atau kami yang mereka-reka cerita?
Kami tidak akan berkongsi apa yang kami kurang pasti dan semua info yang kami kongsikan adalah info yang kami dapati di kalangan orang India dan Hindu yang berada di dalam group mereka. Mereka yang menyalurkan informasi ini kepada kami masih lagi aktif membuat provokasi di Page kami ini tetapi mereka terpaksa lakukan semua itu demi melindungi identiti mereka dari terbocor.
Sebab itu saya minta sahabat-sahabat Muslim di sini agar balas provokasi mereka dengan baik dan jangan label mereka macam-macam kerana mereka yang anda kecam itu adalah sahabat-sahabat kita. Di kalangan mereka ini ada yang mahukan keamanan dan keharmonian negara terpelihara.
Ahli-ahli kumpulan ini telah ditipu oleh individu yang bertindak sebagai mastermind di sebalik semua ini. Mereka membuat kerja kotor yang diarahkan oleh mastermind dan mastermind ini akan berjanji akan bersama dan melindungi mereka tetapi apabila mereka ditangkap kelak, mastermind ini akan melarikan diri ke luar negara sepertimana pernah dilakukan oleh BOSS kepada mastermind ini suatu masa dahulu.
Sahabat-sahabat semua perasan semalam apabila saya berkongsi tentang ejen ekstrimis, tiada seorang pun yang komen? Itu antara strategi mereka.
Kami akan terus dedahkan tentang pergerakan ekstrimis yang banyak mengambil kaedah dan strategi Hindutva dan kini bersekongkol dengan RSS dan BJP di India.
Andai apa yang terjadi kepada saya, yakinlah ini kerana pendedahan saya tentang pergerakan ekstrimis Hindu yang minoriti ini dan mereka merasa tergugat dengan pendedahan saya.
Tugas dakwah tugas semua Muslim tetapi tugas memelihara keamanan dan keharmonian negara dari sebarang ancaman ekstrimis baik dari Hindu, Islam, Kristian atau Buddha adalah tugas semua rakyat Malaysia yang cintakan Malaysia.
https://thewire.in/210344/hindutva-india-2018-bjp-rss-sangh/
sangh 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Ejen Ekstrimis Hindutva Di Malaysia?
Trend kumpulan ekstrimis Hindu seperti Hindutva sudah kelihatan di Malaysia. Individu dan kumpulan ala-ala Hindutva ini menjadi ahli Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) dan modus operandi mereka adalah seolah-olah memperjuangkan keadilan untuk semua agama yang ditindas Islam di Malaysia.
Di Malaysia, mereka bermula mencari simpati masyarakat untuk meraih sokongan. Sesiapa yang tidak menyokong mereka dari kalangan Belum Muslim akan diserang bertubi-tubi melalui komen dan mesej di Facebook Messenger dan diberikan tekanan agar bersekongkol dengan mereka.
Andai masih enggan, maka individu dan kumpulannya akan membuat 'public shaming' dengan memaparkan screenshot perbualan mereka ataupun memuatnaik rakaman perbualan telefonnya agar orang yang enggan bekerjasama itu kelihatan seperti pengkhianat bangsa dan agama.
Golongan ala-ala Hindutva ini aktif di ruangan komen di portal media seperti Malaysiakini, FreeMalaysiaToday dan seumpamanya serta di group seperti GE-Global. Anda akan nampak nama-nama yang sama akan komen di merata tempat dan mereka memiliki beberapa akaun Facebook bagi tujuan provokasi serta mengintimidasi orang lain di media sosial.
Mereka sedar mereka sedang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara dan itu adalah strategi mereka. Andai pihak berkuasa membiarkan mereka, ianya akan dijadikan bukti bahawa apa yang mereka suarakan adalah tidak salah.
Andai mereka ditahan pihak berkuasa, mereka boleh menjadi hero dan menuduh kononya pihak berkuasa memihak kepada Muslim dan Islam dan menindas mereka lalu mereka akan diangkat sebagai pejuang kebebasan dan ramai yang telah tertipu.
Hari ini kumpulan pelampau ini mula bersuara menentang kuota bumiputera dan hak-hak keistimewaan bumiputera dan berkempen andai Muslim ini benar agama kasih sayang, berhentilah memakan daging lembu kerana lembu adalah binatang peliharaan.
Adakah mereka benar-benar rakyat Malaysia yang taat setia kepada Raja dan negara ataupun mereka ini memiliki kerakyatan dual-negara yang membolehkan mereka melarikan diri apabila dikesan? Masa akan menentukanya.
Sahabat-sahabat semua, sekali lagi saya nasihatkan agar tidak melayan provokasi-provokasi murahan dari mereka di page Firdaus Wong Wai Hung (Official) kerana mereka mahu memprovokasi anda untuk mula mengancam atau mengugut mereka lalu mereka akan screenshot dan menjajanya ke sana sini bagi meraih simpati.
USAH MEMBANTU USAHA MURAHAN MEREKA MEMECAH BELAHKAN RAKYAT MALAYSIA SERTA MEROSAKKAN KEHARMONIAN NEGARA. BERHENTI MELAYAN MEREKA.
http://caravandaily.com/portal/indias-christians-muslims-bear-brunt-of-hate-crimes-and-hindutva-aggression-in-2017/