雖然這篇Samaveda鄉民發文沒有被收入到精華區:在Samaveda這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 samaveda產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, [Dalil Yang Membenarkan Tarian, Nyanyian dan Muzik Untuk Beribadat] Ramai yang mengatakan tidak ada dalil yang menganjurkan untuk beribadah dengan ca...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
samaveda 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[Dalil Yang Membenarkan Tarian, Nyanyian dan Muzik Untuk Beribadat]
Ramai yang mengatakan tidak ada dalil yang menganjurkan untuk beribadah dengan cara tarian, nyanyian dan alat muzik. Sedangkan di sana terdapat banyak teks-teks di dalam kitab suci yang menganjurkannya. Malah nyanyian dan tarian itu merupakan suatu amalan ibadat.
Agama Yahudi:
Dalam agama Yahudi mereka memiliki tradisi agama yang sinonim dengan amalan mereka iaitu nyanyian dan tarian. ‘Dalil’ nyanyian dan tarian dalam ritual agama Yahudi begitu banyak antaranya terdapat dalam Perjanjian Lama:
“Lalu Miryam, nabiah itu, saudara perempuan Harun, mengambil rebana di tangannya, dan tampillah semua perempuan mengikutinya memukul rebana serta menari-nari. Dan menyanyilah Miryam memimpin mereka: "Menyanyilah bagi Tuhan, sebab Ia tinggi luhur; kuda dan penunggangnya (tentera firaun) dilemparkan-Nya ke dalam laut.”
(Keluaran 15: 20-21)
“Pujilah namanya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.”
(Mazmur bab 149: 3)
“Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian”
(Mazmur 150: 4)
“Dia menentukan waktu untuk menangis dan waktu untuk ketawa, waktu untuk berkabung dan waktu untuk menari”
(Pengkhotbah 3: 4)
Dan juga dalam buku 2 Samuel 6:16, Mazmur 30:11, dan banyak lagi terutama dalam kitab Mazmur. Tarian dan nyanyian ini dilakukan di atas adanya anjuran agama (ibadat). Dalam agama Yahudi juga mereka memiliki perayaan Simchat Torah yang mana mereka akan menari sambil mengalunkan lagu-lagu mengenai Taurat pada hari tersebut. Tarian ini juga dinamakan Simchat Torah dan ritual ini merupakan anjuran kitab Talmud.
Agama Kristian:
Dalam agama Kristian mereka sangat terkenal dengan nyanyian atau koir. Nyanyian yang berkonsepkan ketuhanan dan dinyanyikan di dalam gereja. Konsep ini juga berdasarkan kepada Bible.
“Hendaklah perkataan Kristus diam dengan segala kekayaannya di antara kamu, sehingga kamu dengan segala hikmat mengajar dan menegur seorang akan yang lain dan sambil menyanyikan mazmur, dan puji-pujian dan nyanyian rohani, kamu mengucap syukur kepada tuhan di dalam hatimu.
(Kolose 3: 16)
“dan berkata-katalah seorang kepada yang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Bernyanyi dan bersoraklah bagi Tuhan dengan segenap hati.”
(Efesus 5: 18-19)
Mengenai tarian keagamaan pula menjadi perbezaan di kalangan penganut Kristian. Bagi kelompok yang menyatakan tarian adalah anjuran dalam agama Kristian mereka berdalilkan dalam perjanjian lama, buku Mazmur 150: 4, Pengkhotbah 3: 4,(teks sebelum ini dalam agama Yahudi).
Inilah dalil yang diambil dalam Bible oleh golongan Kristian yang menyatakan tarian merupakan anjuran agama mereka.
Agama Hindu:
Agama Hindu memiliki kitab suci Samaveda, ‘saman’ dalam bahasa Sanskrit bermaksud lagu, Veda pula bermaksud pengetahuan yang memberi erti nyanyian wahyu (berilham). Samaveda adalah sebuah kitab syair atau nyanyian yang dibaca di dalam kuil. Nyanyian ini bersifat memuji Tuhan. Malah di dalam kitab Rig Veda juga menganjurkan tarian dan nyanyian:
“Menyanyi lagu pujian, mencari air, mereka, memuji, menari pada musim bunga”
(Rig Veda buku 5: 52: 12)
Dalam Hinduisme juga mereka memiliki tarian Ketuhanan. Mereka percaya Siva, Kali dan Krishna pernah melakukan tarian. Siva terkenal dengan tarian ‘Tandava’dan jenis bentuk tarian ini boleh dilihat di patung Siva yang sering kali diukir dengan kedudukan tarian Tandava. Manakala tarian Krishna bersama Randa pula dikenali dengan tarian ‘Rasa Lila’ yang bermaksud tarian Rasa.
Hasil daripada kepercayaan inilah lahirnya tarian klasik yang berkonsepkan ketuhanan di India. Mereka berdalilkan Tuhan mereka melakukan tarian tersebut.
Malah tarian ini berkembang menjadi beberapa jenis tarian antaranya adalah Bharatanatyam (terkenal di Tamil Nadu), Kathakali (terkenal di Kerala), Kuchipudi, Odissi, Kathak, dan banyak lagi. Kesemuanya dikenali sebagai tarian memuji Tuhan.
Agama Sikh
Dalam agama Sikh terdapat konsep nyanyian memuji Tuhan yang berlandaskan agama mereka yang dikenali dengan ‘Kirtan’. Kirtan merupakan nyanyian di dalam Gurdwara Sahib (rumah ibadat Sikh) dan setiap Gurdwara akan disediakan pentas untuk upacara Kirtan. Mereka menyanyi dengan bermain tabla dan piano.
Dalam agama Sikh juga terdapat tarian yang dikenali sebagai Bhangra. Tarian ini biasa dilakukan pada musim menuai. Tarian bhangra juga dianggap sebagai ‘Raja Tarian’ dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia antara salah satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik dari penganut Sikh iaitu Goldkartz.
Agama Buddha
Agama Buddha juga memiliki anjuran tarian. Dalam artikel Sushma R. Kulshreshtha bertajuk ‘Music and Dance In Buddhist Literature’ ada membincang mengenainya. Tarian Buddha terkenal di Korea Selatan yang dikenali sebagai ‘Sungmu Buddha’.
Tarian ini memiliki tiga kombinasi iaitu warna, musik dan juga gerakan. Gerakan yang sinonim dengan Sungmu Buddha adalah Cymbals Dance dan juga Buttlefly dance. Tarian ini akan dilakukan oleh Bikhu (sami) Buddha sendiri.
Begitu juga dengan aliran Buddha di Tibet yang dikenali sebagai Vajrayana. Mereka juga memiliki ritual tarian dan nyanyian antaranya dikenali Citipati (nama dewa).
Begitu juga dengan agama lain seperti Zoroaster mereka juga akan mengadakan tarian sempena menyambut hari kelahiran Zarasthuthra yang dikenali sebagai Khordad Sal.
Begitu juga dengan Shinto di Jepun, mereka juga memiliki tarian untuk menyembah Dewa yang dikenali sebagai tarian Kagura atau Mikagura. Tarian ini adalah anjuran dalam agama mereka.
Begitu juga amalan agama Candomble, Kumina, dan Umbanda juga memiliki upacara keagamaan yang bersifat nyanyian, tarian dan juga muzik. Amalan ini dilakukan diatas dasar mendekatkan diri mereka kepada roh dan juga tuhan.
Hal yang sama juga berlaku kepada kelompok yang beramal dengan animisme samada di Tanzania, Papua, dan kaum orang asal setiap negara, mereka akan ada suatu kepercayaan menari untuk dipersembahkan kepada semangat hutan, semangat sungai dan semangat lain yang berdekatan mereka.
Kebiasaanya terdapat pakaian khusus untuk tarian tersebut. Samada mereka memakai bulu burung di kepala atau memakai baju dari kulit haiwan. Itu juga merupakan salah satu ritual yang menjadi kemestian dalam kepercayaan mereka.
Agama Islam
Di dalam agama Islam, al Quran dan Hadis tidak pernah menganjurkan menyanyi dan menari untuk beribadat dan mengingati Allah. Itu jelas!
Adapun takwilan yang dilontarkan dengan mengatakan terdapat anjuran berzikir sambil menari itu adalah takwilan yang sangat jauh sekali menyimpang daripada konteks dalil. Menyanyi dan menari mengingat Allah itu bukanlah sesuatu urusan agama dalam Islam sepertimana agama-agama lain. Seperti mana Yahudi, Kristian, Sikh, Hindu dan agama lain mereka memiliki sandaran dalam hal ini tetapi tidak di dalam agama Islam.
Sekiranya seseorang mengatakan Islam mengajurkan berzikir untuk menari ternyata dia telah tersilap! Menari sambil berzikir tidak pernah diperkenalkan oleh nabi dan para sahabat, harus bagaimana boleh seseorang itu menyatakan ia suatu anjuran?
Jika dibandingkan dengan anjuran yang disebut di dalam kitab agama lain nescaya dalil mereka lebih terang penyataannya.
Selagikan perwatakkan dan penampilan seorang muslim itupun dianjur supaya berbeza dengan kaum Musyrikin (Shahih Bukhari 5892, Shahih Muslim 5356). Inikan pula dalam masalah ibadah yang terang-terang tiada anjuran malah ia bersamaan dengan agama lain. Ingatkah kita kepada pesan nabi? Nabi bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum (dalam urusan agama), maka ia termasuk golongan mereka”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Daud Ibn Abi Syaibah. Hadis dinilai shahih oleh Ibn Taimiyyah dalam majmu fatawa 25/331 dan al-Iraqi dan al Albani mengatakan Shahih dalam Shahih Jami no 2831, Bulughu Maram no 437)
Wallahua’lam
R&D Team MRM