[爆卦]Pashto是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Pashto鄉民發文沒有被收入到精華區:在Pashto這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 pashto產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過17萬的網紅Hamka (Kereta Mayat),也在其Facebook貼文中提到, Semusim di Syurga part 53 -------------------------------- (Di Tembak Taliban kerana pergi sekolah-Inilah Kisahku) Ada orang tanya aku, ISIS ni jahat...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • pashto 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文

    2014-11-25 09:22:19
    有 483 人按讚

    Semusim di Syurga part 53
    --------------------------------
    (Di Tembak Taliban kerana pergi sekolah-Inilah Kisahku)

    Ada orang tanya aku, ISIS ni jahat ke baik? Aku cakap, bila orang islam bunuh orang islam dengan kejam, jahat lah tu.

    Kata si penanya, mungkin ISIS ni tentera yahudi atau tentera amarika yang menyamar nak burukkan islam? Mana tahu?

    Ya lah, jika mat rempit ragut beg tangan nenek kau, dan seret tengah jalan lalu nenek kau mati, maka mat rempit tu sebenarnya bukan orang islam, tapi yahudi yang menyamar menjadi mat rempit dengan niat nak burukkan islam. Mana tahu? Adohai..

    Bro, ketahuilah, bukan semua orang islam baik, memang ada orang islam yang jahat. Dan ini adalah fakta.

    Rujuk Al quran dan hadis, ramai jugak orang islam yang masuk neraka, sebab mereka buat jahat, membunuh sesama islam dengan kejam, hukumnya masuk neraka, sebab tu dalam Al quran ada ayat dakwah sesama islam.

    “Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (QS. An Nisa: 136)

    Ayat ni dituju kepada orang islam, supaya taat perintah Allah ikut cara Nabi, kerana orang islam yang jahat, mereka dah tak ikut cara Nabi, bunuh dengan kejam bukan cara Nabi, dalam perang Nabi pesan jangan bunuh kanak kanak, sekarang dalam perang sesama islam, boleh pulak seksa sampai mati budak budak kecik. Adohai.

    Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan hukum hudud untuk orang islam yang mencuri, berzina, menfitnah, membunuh dan lain lain.

    Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata untuk menyedapkan sentiment saya.?
    Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata kerana sentimen!

    Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.

    Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup.

    Sekarang banyak bukti sahih yang di rakam dan didokumentasikan menunjukkan orang Islam yang menjadi pengganas dan membunuh sesama islam, yang ajak jihad seks, yang seksa budak budak, rogol dan sebagainya.

    Samada saya suka atau tidak, orang Islam yang buat kerja jahat itu. Bukannya saya reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam.

    Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Memang akan ada ramai orang islam yang masuk neraka sehingga Nabi akan guna syafaat untuk bantu orang islam yang dosa dalam ibadat untuk dibebaskan dari api neraka.

    Nak tengok orang islam masuk neraka mungkin tak sempat, tapi jika korang pergi penjara dan tengok kes jenayah yang tak masuk akal, ada tak orang islam yang buat?, ada, dan banyak.

    Moral of the story: terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada orang islam yang jahat, dan kewajipan kitalah berdakwah sesama islam untuk mengajak mereka beriman dengan cara Nabi dan Rasul beriman.

    Korang tahu tak? Di Pakistan, pada tahun 2012, ada tentera Taliban (baca: tentera islam) yang tahan bas sekolah, lalu dengan senapang di tangan telah naik bas yang membawa budak budak perempuan, dan mencari pelajar yang bernama Malala, jika tidak ada yang mengaku, beliau akan tembak semua pelajar dalam bas itu.

    Kemudian berdirilah seorang gadis berusia 15 tahun, mengaku dirinya Malala, lalu ditembak dikepala dan leher.

    Pihak Taliban itu juga bersumpah nak membunuh ayah kepada Malala.

    Kenapa Taliban marah sangat kepada Malala?

    Ini adalah kerana Malala menulis kisah bencana di sekolahnya dalam blog yang boleh di baca oleh semua orang, tajuk karangan Malala pula bukan “banjir di sekolah saya" macam tugasan kita kat sekolah dulu, tapi kisah "Taliban di sekolah saya", yang mana Malala share kisah betapa susahnya nak pergi sekolah sebab sekatan dari Taliban untuk budak perempuan belajar macam lelaki.

    “tak benarkan ke sekolah satu hal, tapi diroboh pula sekolah apa kejadah?”

    Begitulah lebih kurang petikan luahan perasaan Malala di blognya.

    Tapi umur beliau panjang, lepas koma kena tembak, Malala akhirnya beransur pulih sehinggalah dihantar ke sebuah hospital di United Kingdom untuk pemulihan intensif dan sembuh sepenuhnya.

    Pada 10 October 2014 yang lepas, Malala telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan dan beliau merupakan penerima anugerah Nobel termuda di dunia, umur baru 17 tahun kot!

    Berikut adalah pencapaian Malala sebelum 18 tahun:

    • Menang Hadiah Nobel Keamanan

    • Berjumpa dengan Presiden Obama

    • Wujudnya Yayasan Malala, sebuah pertubuhan global memberi tumpuan kepada membantu kanak-kanak perempuan ke sekolah di seluruh dunia.

    • menulis buku yang berjudul: I Am Malala: The Story of the Girl Who Stood Up for Education and was Shot by the Taliban.

    • Dalam sejarah dunia, sudah ada “Malala Day”

    • Berjumpa dengan Queen Elizabeth

    • Disenaraikan "100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia".

    • Mahir berbahasa Pashto, Urdu, dan Inggeris.

    • Selena Gomez pernah tukar avatar Facebook beliau dengan emej Malala.

    • Memberi ucapan di PBB

    • Berjumpa dengan Justin Bieber (serius)

    Eh? Kenapa aku sibuk cerita kisah Malala kat blog? Sebab Malala mewakili orang islam yang baik, manakala Taliban yang tembak Malala mewakili orang islam yang jahat, so, : terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada orang islam yang jahat dan ada orang islam yang baik, dan kewajipan kitalah berdakwah sesama islam untuk mengajak mereka beriman dengan cara Nabi dan Rasul beriman. Insya-Allah.

    Ps: Bab Jumpa Justin Bieber tu bukan pencapaian Malala sebenarnya, tapi merupakan pencapaian terbesar dalam karier seumur hidup Justin Bieber, harap peminat Bieber sekalian take note sebab ini agak deep- Woha!

  • pashto 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文

    2021-10-01 05:19:08

  • pashto 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文

    2021-10-01 05:10:45

  • pashto 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文

    2021-10-01 05:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站