[爆卦]Obeah是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Obeah鄉民發文沒有被收入到精華區:在Obeah這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 obeah產品中有2篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, [Voodoo: Amalan Sihir Atau Agama Yang Dicabuli?] Perkataan Voodoo bermaksud roh. Nama ini diberikan kepada tradisi keagamaan mistik-animisme yang ber...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • obeah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文

    2018-01-03 07:52:02
    有 195 人按讚

    [Voodoo: Amalan Sihir Atau Agama Yang Dicabuli?]

    Perkataan Voodoo bermaksud roh. Nama ini diberikan kepada tradisi keagamaan mistik-animisme yang berasal dari Afrika Barat. Sebelum diulas lanjut adalah penting untuk membuang pemikiran yang sedia ada tentang Voodoo. Ramai yang menganggap Voodoo adalah sebuah agama yang penuh dengan kejahatan dan gemar melakukan kekejaman dengan sihir menyiksa manusia melalui patung-patung. Ini antara tanggapan negatif yang banyak memburukkan imej agama Voodoo. Secara asasnya Voodoo juga memiliki konsep doktrin keagamaan seperti agama-agama lain disamping mereka memiliki kepercayaan kepada alam perbatinan tetapi ia tidak seteruk apa yang digambarkan oleh filem barat.

    Voodoo adalah agama yang berasal daripada wilayah Nigeria barat hingga ke Ghana timur. Malah di Benin pada tahun 1996 telah diisytiharkan Voodoo adalah salah satu agama rasmi mereka. Di Benin dianggarkan sekitar 60 peratus dari penduduknya, atau sekitar 450 juta adalah penganut kepada agama ini.[1] Voodoo adalah agama yang berasaskan kepada pemujaan, animisme, primitif, dan unsur-unsur Shamanisme. Mereka juga sering kali diistilahkan kepada Obeah merujuk kepada ritual perbatinan mereka.

    Ramai yang terkeliru kerana mereka mengira agama Voodoo bermula di negara Haiti. Sebenarnya agama Voodoo di Haiti adalah berasal daripada Afrika Barat. Ia sampai di sana disebabkan berlaku pemerdagangan hamba secara besar-besaran dari Afrika ke Haiti. Maka agama Voodoo yang berkembang di Haiti adalah agama yang telah mengalami sinkretisme percampuran budaya agama kepercayaan sehingga terdapat perbezaan diantara Voodoo Haiti dan Voodoo Afrika.

    Sejarah

    Voodoo dikelaskan salah satu agama kuno yang wujud di Afrika Barat. Tidak diketahui siapakah pengasas agama ini. Sejarah perkembangan agama ini berlaku turun naik di dalam sejarah. Pada zaman penjajahan barat di Afrika Barat ketika berlaku perang dunia pertama dan kedua, dirakamkan belaku penentangan terhadap agama yang dianut oleh masyarakat di Afrika Barat dan pada ketika itu terdapat ramai pemimpin agama terdiri daripada Houngans (pemimpin agama lelaki) atau Mambos (pemimpin agama perempuan) Voodoo yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Malah kuil-kuil mereka dihancurkan oleh kekuasaan Eropah-Kristian pada ketika itu.

    Pada hari ini Voodoo memiliki beberapa versi tersendiri dan tersebar ke luar daripada Afrika Barat. Antaranya yang terkenal adalah Voodoo Haiti dan juga Voodoo Lousiana.

    Haiti

    Setelah barat menjajah Afrika, mereka mengambil masyarakat di Afrika Barat untuk pemerdagangan hamba ke kepulauan Caribbean terutama di Haiti. Golongan hamba yang dibawa dari Afrika Barat telah dibaptis untuk menganut agama Kristian Roman Katolik. Infrastruktur agama Kristian di Haiti juga telah dibangun sejak awal abad 19 M. Mereka dipaksa untuk menganut agama Kristian Katolik dan disamping itu kepercayaan kepada agama asal mereka masih lagi menebal dalam diri mereka.

    Di Haiti juga, agama Voodoo ditentang oleh paderi-paderi Kristian. Mereka tidak dibenarkan untuk menganut agama mereka. Malah dapat dilihat dalam buku penulisan paderi mereka sendiri yang menanam doktrin kebencian terhadap Voodoo. Pada tahun 1884 terdapat seorang paderi, bernama Saint John Spencer telah menulis sebuah buku bertajuk Hayti or The Black Republic, beliau banyak menyerang agama asal masyarakat Afrika Barat yang dibawa ke Haiti. Beliau menggambarkan Voodoo sebagai agama yang sangat jahat, seram, sering melakukan pengorbanan manusia, bersifat kanibalisme dan beberapa kepercayaan tentang penyiksaan. Akan tetapi buku ini telah dibantah oleh beberapa ilmuwan anthropologi sejak akhir 1950-an.

    Walaupun berlaku serangan fitnah dan pemaksaan untuk menganut Kristian, ternyata masyarakat Afrika sangat menebal dengan kepercayaan asal mereka. Hasil daripada itu berlakulah sinkretisme antara agama Voodoo dengan kebudayaan barat dan agama Kristian, sehingga wujud satu kepercayaan baru yang berasaskan kepada Voodoo Haitian. Akhirnya pada April 2003 Voodoo telah diiktiraf sebagai sebuah agama di Haiti.

    Louisiana

    Seperti di Haiti, penganut Voodoo dari Afrika Barat telah dibawa ke Louisiana pada zaman penjajahan Barat. Masyarakat Afrika Barat dipaksa menjadi pekerja dan hamba abdi. Majoriti orang-orang tawanan Afrika dibawa sebagai hamba ke Louisiana adalah penduduk yang berasal Fon (Benin hari ini). Mereka membawa amalan, budaya, bahasa, dan kepercayaan agama yang berakar umbi kepada roh dan nenek moyang mereka. Antara kelebihan masyarakat mereka adalah arif tentang herba, racun, dan azimat bertujuan untuk melindungi diri mereka atau memudaratkan orang lain. Itu semua menjadi elemen utama kepada penganut agama Voodoo di Louisiana.[2]

    Pada abad ke 19 terdapat seorang wanita yang dikenali sebagai Voodoo Queen di Louisiana. Beliau adalah Marie Laveau (1801-1881) seorang wanita yang berketurunan Afrika Barat. Beliau dikatakan orang pertama yang mengasaskan sihir Voodoo menggunakan boneka. Seperti mana sinonim pada hari ini apabila disebut Voodoo maka terbayang kepada sihir menyeksa patung atau boneka. Beliaulah dikatakan orang yang menggunakan kaedah ini dalam ritual sihir. Dalam sejarahnya beliau dikatakan menggunakan sihir itu hanya bertujuan untuk kebaikan sahaja.

    Voodoo di Louisiana juga memiliki versi mereka tersendiri. Ini disebabkan keadaan di Louisiana yang banyak mempengaruhi agama Voodoo lalu terdapat sedikit perbezaan di antara Voodoo di Benin (Afrika) dan Voodoo di Haiti.

    Kepercayaan

    Dalam kepercayaan Voodoo mereka percaya kepada konsep dewa dewi yang dikenali sebagai Loa (bahasa Yoruba). Disamping itu mereka juga percaya kepada konsep satu kuasa yang Maha Tinggi yang menciptakan alam semesta yang dikenali sebagai Bondye. Mereka tidak pernah membuat ukiran patung untuk memperkenalkan Tuhan Bondye. Mereka percaya Tuhan Bondye tidak memiliki rupa dan tidak terlihat oleh mata manusia. Menurut Voodoo, Bondye adalah satu zat yang jauh, terlalu jauh di luar pemahaman manusia untuk berinteraksi secara langsung.

    Oleh disebabkan itulah pengikut Voodoo lebih rapat dengan kepercayaan Loa atau dewa-dewa yang lebih rendah untuk mendapatkan bimbingan bagi kehidupan mereka. Mengikut dakwaan mereka, Loa juga merupakan roh nenek moyang, kekuatan alam, roh baik dan jahat.[3]

    Penganut Voodoo percaya bahawa setiap manusia didampingi oleh malaikat yang terdiri daripada dua jenis. Jenis pertama dikenali sebagai Bon Gros Ange atau malaikat pelindung besar manakala jenis keduanya adalah Bon Ti Ange atau dikenali malaikat pelindung kecil. Mereka percaya bahawa malaikat pelindung kecil akan meninggalkan tubuh manusia selama mereka tidur atau berada dalam keadaan kerasukkan (tidak sedarkan diri).

    Ini kerana mereka percaya apabila kedua situasi ini berlaku itu bermakna malaikat pelindung kecil sudah keluar dari tubuh mereka. Begitu juga ketika mereka melakukan ritual dan tidak sedarkan diri, mereka percaya pada ketika itu jasadnya telah dimasuki oleh Loa (dewa atau roh) dan malaikat pelindung kecil telah keluar dari badannya. Antara kepercayaan lain, mereka percaya ketika malaikat pelindung kecil itu keluar ia berisiko untuk ditangkap oleh kuasa sihir jahat ketika sedang bebas keluar dari tubuh. Selagi malaikat pelindung kecil tidak kembali ke tubuh asalnya selama itulah ia akan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Manakala Bon Gros Ange atau malaikat pelindung besar pula lebih bersifat seperti roh dalam diri manusia. Setelah manusia mati ia akan naik ke langit mengikut kepercayaan Voodoo.

    Ritual

    Dalam agama Voodoo terdapat banyak ritual keagamaan. Ini ditambah lagi apabila wujudnya aliran-aliran baru dalam Voodoo yang turut mempelbagaikan ritual dalam agama ini. Sebagai contoh dalam ritual Voodoo di Haiti dan Louisiana mereka sering menggunakan lilin, makanan, duit, azimat, rantai ritual, upacara menari, gambar paderi Kristian Katolik, arak, lonceng, bendera, drum, batu suci, dan juga pisau. Ini antara bahan-bahan yang akan mereka gunakan dalam setiap ritual.

    Penganut Voodoo percaya bahawa dengan melakukan ritual berdoa, memukul drum, menari, menyanyi, dan melakukan pengorbanan haiwan akan memberikan kebahagiaan kepada kehidupan dan akan terhindar dari kemudharatan. Musik dan tarian merupakan elemen penting dalam upacara Voodoo. Terutama Voodoo di Benin di Arfika Barat. Ini kerana menurut kepercayaan meraka tarian merupakan ekspresi dari spiritual, ia menggambarkan hubungan dengan ketuhanan dan dunia roh.

    Dalam Voodoo mereka ada upacara meminta berkat. Upacara ini sering dilakukan di rumah ibadat mereka. Rumah ibadat Voodoo disebut sebagai kuil suci Hounfour. Biasanya dalam upacara dan ritual dalam kuil Hounfour mereka akan mengasingkan lelaki dan perempuan. Hounfour menjadi tempat suci yang digunakan untuk menghubungi roh Voodoo yang sudah meninggal atau biasa di sebut dengan nenek moyang. Jika dilihat di negara Haiti, agak mudah untuk mencari Hounfour terutama apabila dilihat terdapat sebuah altar tinggi yang dihiasi tengkorak dan tulang belulang manusia. Ini kerana mereka percaya roh si mati yang dikenali sebagai Loa akan datang ke Hounfour.

    Menurut kepercayaan mereka, Loa adalah roh Voodoo dan mereka juga sering dikenali sebagai dewa-dewa. Menurut kepercayaan Voodoo, Loa merupakan roh perantaraan antara manusia dengan Tuhan Bondye. Selama ritual berlangsung, penganut Voodoo akan menari tanpa henti dan berpusing-pusing diiringi dengan paluan dari drum khas yang dikenali sebagai Tamboulas. Dalam keadaan tarian itu mereka mereka akan dirasuk oleh Loa dan ketika itu Bon Ti Ange atau malaikat pelindung kecil akan keluar dari badan mereka.

    Dalam upacara ini, para roh (orang yang dirasuk) akan mengorbankan beberapa haiwan sebagai persembahannya kepada Tuhan Bondye. Mereka akan mengorbankan haiwan seperti ayam, kambing, biri-biri dan juga khinzir. Persembahan itu lah yang akan menjadi santapan kepada Loa yang lapar.

    Kesimpulan

    Terdapat banyak salah faham yang berlaku ke atas agama Voodoo. Mereka sering kali digambarkan seakan sebuah agama Setanisme, zombie dan ilmu sihir boneka Voodoo. Berlaku juga konsep mayat hidup atau Zombie yang di atas nama agama Voodoo tetapi ia adalah ritual hanya dilakukan di pendalaman Haiti, namun ia bukanlah suatu anjuran agama Voodoo. Manifestasi tersebut telah direka oleh ahli sihir yang menggunakan kaedah sama dengan Voodoo iaitu memuja Loa.

    Begitu juga dengan ritual sihir yang mencucuk jarum di boneka. Ini juga tidak ada anjuran dalam Voodoo. Amalan ini baru sahaja berlaku pada abad ke 19 M oleh Voodoo Queen di Louisiana. Amalan itu merupakan amalan yang direka oleh beliau dan bukanlah sebuah amalan yang dianjurkan oleh Voodoo secara umumnya. Akan tetapi ritual itu sering kali dikatakan adalah ritual Voodoo terutama sekali ia disebar melalui filem seram dan juga novel sehingga menimbulkan salah tanggapan terhadap agama ini.

    Fitnah dan pemburukkan ke atas agama Voodoo berlaku sejak zaman penjajahan barat lagi. Malah momokan itu ditulis dan disebarkan oleh paderi-paderi mereka kepada masyarakat awam untuk menjauhkan mereka dengan fahaman ini. Oleh disebab itulah terdapat banyak perkara yang tidak benar yang dikaitkan kepada Voodoo. Pada tahun 1997 telah diadakan satu kongres untuk membincangkan mengenai agama Voodoo di Haiti. Kongres ini dilakukan sempena untuk menjawab mitos dan salah faham terhadap sejarah Voodoo yang sekian lama difitnah.

    Nota kaki:
    _______________________________________
    [1] World Encyclopic Knowledge- Republic Benin
    [2] Lihat Hall, Gwendolyn Midlo (1995). Africans in Colonial Louisiana: The Development of Afro-Creole Culture in the Eighteenth Century. Louisiana State University Press, USA hlm 58
    [3] Asal kepercayaan kepada Loa lebih berkonsepkan malaikat akan tetapi disebabkan berlaku percampuran dan tokok tambah dalam kepercayaan mereka maka kepercayaan Loa juga dikaitkan dengan roh.

    R&D Team Multiracial Reverted Muslims

  • obeah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文

    2017-08-16 03:30:30
    有 336 人按讚

    [Afrika: Benua Kristian ‘Superstitious’]

    Afrika adalah sebuah benua ‘beragama’ yang mana fitrah masyarakat mereka dalam mempercayai kepada Tuhan itu masih lagi menebal di dalam diri mereka. Malah jika dilihat dari sudut keagamaan, Afrika kaya dengan kepercayaan tradisi seperti amalan spiritual dan mistik. Dan mereka juga memiliki agama setempat seperti agama Akan, agama Dahomean, agama Efik, agama Edo, kepercayaan Hausa, agama Odinani, agama Serer, agama Yoruba, agama Voodoo dan banyak lagi.

    Selain wujudnya agama-agama budaya ini, agama Kristian juga merupakan agama yang terkenal di Afrika. Kristian sudah bertapak di Afrika lebih awal dari tahun kelahiran nabi Muhammad SAW. Ketika bermulanya hijrah kali pertama umat Islam ke Habsyah (Ethiopia sekarang) rata-rata masyarakatnya sudah beragama Kristian termasuk rajanya Ashamah. Akan tetapi Ashamah menerima Islam dan beliau juga mati sebagai seorang muslim.

    Sekitar abad ke 8 M, Kristian bukanlah agama utama di Afrika, di samping itu banyak kepercayaan spiritual yang memiliki unsur sihir dan agama traditional lain yang mendominasi di negara Afrika yang lain. Akan tetapi situasi ini mula berubah apabila negara-negara Barat mula menjajah Afrika bermula pada abad 14 M.[1] Antara kuasa besar yang terlibat adalah British, Portugis, Perancis, Belgium, Itali, German dan Spanyol.[2] Antara salah satu misi utama mereka dalam penjajahan ini adalah menyebarkan agama Kristian di benua Afrika secara besar-besaran.[3]

    Sehinggalah tamat perang dunia ke-2, Barat meninggalkan dakyah Kristian yang sangat mendalam dan mengakar di Afrika. Hasil daripada itu, agama Kristian di Afrika juga dilihat turut menyerap (sinkretisme) dari kepercayaan asal masyarakat mereka sehingga mewujudkan denominasi (aliran) Kristian yang banyak memperkenalkan sihir, unsur spiritual, perkara mistik dan pelbagai cara kelainan bagi membuktikan bahawa mereka membawa kebenaran atau ajaran mereka itu dari Tuhan.

    Sebab itu, di Afrika banyak melahirkan Pastor Kristian yang banyak memperkenalkan dakyah dengan cara yang ‘superstitious’ dan beserta ritual pelik yang tidak diperkenalkan oleh Kristian Barat. Antara Pastor yang kontroversi adalah Pastor Lesego Daniel, Paul Sanyangore, Chris Oyakhilome, Prophet Shepherd Bushiri dan banyak lagi. Mereka mendakwa yang merasuk itu adalah Holy Spirit dan masing-masing dari kalangan mereka memperkenalkan cara ‘gila’ dalam berdakyah yang tersendiri. Ada antara mereka menyuruh pengikutnya memakan rumput seperti biri-biri kerana di dalam Bible mengatakan mereka adalah biri-biri tersesat. Ada juga yang mendakwa sedang bercakap dengan tuhan melalui telefon sambil merawat pesakitnya. Ini antara cara mereka mahu membuktikan kepada pengikutnya bahawa mereka itu ada kemuliaan.

    Sedangkan perkara yang mereka lakukan seperti dalam keadaan kena rasuk dan juga menyembuhkan pesakit seperti pawang, hal itu juga dilakukan oleh agama mistik Afrika lain seperti agama Macumba, Candomble, Santeria, Obeah, Umbanda, Quimbanda, dan banyak lagi. Mereka selalu memiliki ritual pemujaan dan berlaku kerasukkan di dalam ritual mereka. Ia adalah perkara yang melibatkan perkara mistik dan juga penglibatan makhluk halus.

    Walaupun begitu, dari segi angkanya, golongan Kristian adalah paling majoriti di Afrika. Oleh itu, usaha dakwah Islam perlu diperkasakan juga di sana. Dan cara Islam tidak akan gah jika medium dakwah hanya menjaja kisah ajaib para wali kerana mereka di sana sudah banyak perkara pelik dan lebih mistik yang telah mereka lakukan. Islam perlu didirikan dengan hujah dan intelektual. Sikap mistikisme ini perlu dihakis dengan rasional dan ilmu yang benar. Islam perlu mengubah cara fikir masyarakat Afrika dalam beragama.

    Oleh kerana di sana majoriti adalah Kristian, maka ia membuka ruang kepada pendakwah muslim yang mendalami perbandingan agama untuk melakukan dialog dan dakwah di sana. Ini kerana kita sudah tidak ada banyak perbezaan dengan mereka berbanding jika mahu berdakwah kepada golongan agama peribumi African yang lain. Kebanyakkan masyarakat mereka sangat terbuka dan matang untuk berbincang. Oleh itu, nilai intelektual perlulah ketengahkan kepada mereka untuk merasionalkan dari sikap ‘superstition’.

    InsyaAllah, kami cuba untuk memanafaatkan peluang ini bagi menggalas tanggunjawab untuk menyampaikan dakwah ke sana terutama ke enam buah negara pada tahun ini iaitu Zambia, Zimbabwe, Botswana, Uganda, Kenya dan Afrika Selatan. Negara-negara ini jumlah muslim sangatlah sedikit. Sehingga di Botswana dianggarkan jumlah muslim sekitar 5000 orang sahaja (0.4%). Oleh itu, bagi membangunkan jiwa mereka untuk melakukan dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. InsyaAllah, kami percaya Allah akan permudahkan segala usaha ini.

    Bagi sahabat-sahabat yang ingin turut menyumbang bersama untuk usaha dakwah ini bolehlah menyalurkan sumbangan di:

    AFFIN ISLAMIC
    Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims
    1065 8000 9580

    Sila email ke finance@askislam.my untuk rujukan kami atau boleh hubungi kami di 034144 3300/05 untuk sumbangan bulanan (walaupun sebanyak RM10.00 sebulan).

    Jazakumullah khairan.

    Nota kaki:
    *Statistik populasi penganut agama dunia: http://www.pewforum.org/files/2012/12/globalReligion-tables.pdf
    [1] http://ic.galegroup.com/ic/whic/ReferenceDetailsPage/ReferenceDetailsWindow?failOverType=&query=&prodId=WHIC&windowstate=normal&contentModules=&display-query=&mode=view&displayGroupName=Reference&limiter=&currPage=&disableHighlighting=false&displayGroups=&sortBy=&search_within_results=&p=WHIC%3AUHIC&action=e&catId=&activityType=&scanId=&documentId=GALE%7CCX3400100093&source=Bookmark&u=mlin_c_montytech&jsid=2cbd7c923dd9a99f1fb469bec142a57c
    [2] https://www.thoughtco.com/colonial-names-of-african-states-43755
    [3] Lihat John Baur, (2005). 2000 Years Of Christianity In Africa: An African Church History, Paulines Publications Africa, Kenya, hlm 103-109

    MRM R&D TEAM

  • obeah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 05:19:08

  • obeah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文

    2021-10-01 05:10:45

  • obeah 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答

    2021-10-01 05:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站