A, ini fail Projek Ecoland khusus untuk kafe rumah hijau. Sila fikirkan rekaan dalam yang terbaik untuk kafe rumah hijau. Gunakan senarai pokok yang a...
A, ini fail Projek Ecoland khusus untuk kafe rumah hijau. Sila fikirkan rekaan dalam yang terbaik untuk kafe rumah hijau. Gunakan senarai pokok yang awak dah buat semalam. Esok present. From, X.
A?
Dia tak tahu ke nama aku Amaya?
Dia ada masalah daya ingatan ke?
From X?
Siapa tak tahu yang emel ni daripada dia?
Jelas kut nama pengirimnya.
Kenapa mesti nak letak from X pula?
Rekaan dalaman kafe rumah hijau?
Esok present?
Aku menggosok mata...
Serius ke dia bagi aku kerja ni? Aku ingat dia nak suruh aku berhenti dah. Sia-sia aje aku buat cuak tadi. Atau... Ini hanyalah strategi dia untuk tunjukkan yang aku tak mampu buat.
Hmmm...
Banyak betul muslihat dalam emel kontot ni.
Tapi...
Ini Amaya Ahyan la...
Pantang mengalah sebelum mengundur.
Apa-apa pun...
Makanlah dulu.
Mod kerja off...
Jom pergi kafe.
Tapi...
Langkah aku terhenti depan pintu lif.
Kejap...
Pukul berapa agaknya Mr. X turun dari tingkat 5 tu eh? Perlu ke aku buatkan air kopi untuk dia tu sekarang? Kalau dia turun sekarang, panas sangat pula. Kalau lambat turun... Nanti sejuk pula.
Errr...
Mula-mula aku cek dulu...
Penapis air kat bilik dia tu berfungsi ke tak.
Kalau tak...
Alang-alang turun ke kafe bolehlah buat sekali. Tak payah naik turun dua tiga kali.
Bijak, Amaya!
Aku gerak ke bilik Mr. X...
Aku hidupkan lampu dan terus masuk ke pantri. Mr. X kata rosak. Aku tengok... Menyala elok aje penapis air tu. Aku ambil cawan dan aku cuba rasa air panas dan sejuk... Semua okey. Celah mana yang rosak?
Sah...
Kepala otak Mr. X tu yang rosak.
“Sengaja nak tambah semak kepala otak aku. Setakat air... Dia tak boleh buat aku berhenti dengan mudahlah!”
Eleh...
Tiba-tiba...
“Kalau turun ke kafe, ambilkan makanan untuk saya. Letak atas meja. Nanti saya makan.”
Aku terus kaku.
Mr. X betul-betul ada kat belakang aku.
“And please, A... Awal pagi, jangan merungut. Elok rezeki nak masuk ke dalam poket awak, terus masuk ke poket orang yang awak kutuk tu. Orang tua-tua kata, kalau benci... Lama-lama sayang. Orang tua-tualah kata. Bukan saya.”
Dan...
Mr. X terus keluar dari pantri tu.
Errr...
Sejak bila dia kat situ?
Dia dengar ke semuanya?
Mampus!
#IhateYou
nmod 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
nmod 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
nmod 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文