[爆卦]Nija god是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Nija god鄉民發文沒有被收入到精華區:在Nija god這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 nija產品中有7篇Facebook貼文,粉絲數超過108萬的網紅Pakar diari hati,也在其Facebook貼文中提到, Pahala istighfar dari anak, bahagiakan mak ayah yang telah meninggal dunia. Walaupun mak ayah dah meninggal, seorang anak masih boleh berbakti kepad...

 同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過7萬的網紅FriesBro,也在其Youtube影片中提到,👉幫助達到70,000 訂閱▶ http://bit.ly/2ItnvA6 👉公開Line群: https://reurl.cc/Xkzyja 👉LBRY: https://lbry.tv/@FriesBro:2 👉Discord: https://discord.gg/X8Pft8X 👉Faceb...

  • nija 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答

    2020-11-30 08:00:06
    有 531 人按讚

    Pahala istighfar dari anak, bahagiakan mak ayah yang telah meninggal dunia.

    Walaupun mak ayah dah meninggal, seorang anak masih boleh berbakti kepada arwah ibu bapa.

    Bagaimanakah caranya?

    Cara yang paling mudah melalui istighfar sebanyak-banyaknya. Lagi-lagi anak-anak yang tidak punya apa-apa untuk disedekahkan bagi pihak ibu dan ayah mereka.

    Laluan mudah yang Allah berikan untuk seorang anak berbakti,

    1. Jika ada harta bersedekah dengan rezeki harta, diniatkan pahalanya kepada arwah.

    2. Jika ada ilmu maka bersedekah dengan rezeki ilmu, niatkan pahalanya kepada arwah.

    3. Jika tiada ada apa-apa maka perbanyakkanlah beristighfar kerana istighfar seorang anak amat membantu ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah.

    Seperti sabda Hadis Nabi SAW : “Sesungguhnya , Allah mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba Allah itu berkata , “ Wahai Allah, dari mana aku mendapat kemuliaan ini ? Allah menyatakan , Disebabkan oleh ISTIGHFAR anakmu untuk kamu .” ( HR Ahmad )

    Bukan saja Istighfar sebanyaknya, jadilah anak yang baik.

    Kesimpulan jadilah anak yang baik dan perbanyakkanlah melakukan kebaikan kerana sesungguhnya kebaikan yang kita lakukan menjadi bukti yang kita terlalu menyayangi mereka. Bahkan ini juga bukti kita menyesali di atas salah silap yang kita pernah lakukan sebelum ini.

    Kita ingin menebusnya dengan melakukan kebaikan demi kebaikan dengan harapan dosa kita tidak dibebankan ke atas mak ayah kita yang telah pergi buat selama-lamanya.

    Anak soleh ialah yang tidak pernah lupa untuk mendoakan ibu bapanya.

    Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kak nija dan semua.

    Jom kita mula istighfar dan hadiahkan kepada mak ayah.

  • nija 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文

    2020-11-16 06:51:15
    有 0 人按讚

    Allahuu Al-Fatihah😭😭

  • nija 在 Syatilla Facebook 的最佳貼文

    2020-09-14 05:08:56
    有 81 人按讚


    Ni lah budak lelaki yang rosak motor tepi kubur. Ngam-ngam tepi kubur.

    Suami balik rumah amik spana bagi adik tu bukak rantai motor dia yang dah jem. Tak sampai 10 minit dah terbukak rantai tu.

    Suami tanya, awak boleh ke tolak motor ni ke workshop kat siputeh. Boleh katanya. Ikutkan jauhlah jugak.

    Masa suami tanya tu muka dia sedih.

    Kak nija tanya berapa ringgit tukar baru rantai ni. Dengan muka sedih dia bagitahu rm35.

    Kak nija kata takpe, awak gi workshop tukar hat baru saya bagi duit. Dia tengok muka kak nija dengan pandangan sayu.

    Kak nija bukak dompet, amik sekeping duit biru bagi kat dia. Banyak sangat ni kak katanya sebak.

    Dalam hati kak nija berkata, tak banyak bakinya dik. Rantai motor baru rm35, baki lima belas je. Amiklah gi makan kak nija kata.

    Allah katanya, banyak ni.

    Lambat dia hulurkan tangan. Suami kata amiklah kami sedekah. Doakan kami sihat dan murah rezeki ye, kata suami.

    Macam nak nangis muka dia.

    Katanya sebelum 8 pagi motor rosak. Takde sorang pun berhenti tanya. Maknanya sejam lebih dia kat situ dok godek rantai motor. Bila rantai motor jem, motor tak boleh gerak seinci pun. Patutlah masa kami sampai nampak dia termenung.

    Bila dia dah bukak rantai motor bermakna motor dah boleh ditolak, suami mintak izin nak balik, saya nak kemas barang kata suami.

    Pantas dia bertanya, nak pindah ke bang? Ye suami jawab.

    Dah ada lori, tanya dia.

    Belum. Tengah cari lori ni.

    Abang, kawan saya ada lori. Abang nak 1 ton atau 3 ton tanya dia.

    3 ton jawab suami.

    Jap bang saya call kawan saya. Kawannya bagitahu lori 3 ton RM350. Lepas tu, dia mintak kurang RM300. Kawan dia setuju.

    Bang nak budak tolong angkat barang ke, tanya dia.

    Aah dapat sorang jadilah jawab suami.

    Takpe bang, saya tolong abang angkat barang.

    Allah. Cepatnya Allah balas. Dalam seminggu ni memang suami survey cari lori. Tiba-tiba Allah bagi depan mata. Siap adik tu offer tolong angkat barang.

    Benarlah. Semua yang berlaku Allah dah rancang. Kami gi kubur agak lewat rupanya Allah nak temukan kami dengan adik tu.

    Dulu, kami gi kubur lewat, Allah jumpakan kami dengan orang baiki kubur mak. Padahal dah berbulan kak nija mencari orang baiki kubur, sekelip mata Allah hantar.

    Setiap kejadian pasti ada hikmah yang tak disangka. Aturan Allah itu terbaik. Sentiasalah bersangka baik kat Allah.

    Suami tak yah susah-susah nak cari lori. Bab lori dah selesai. Terima kasih Allah.

    kredit: niza mok

你可能也想看看

搜尋相關網站