Pertandingan ini adalah bagi mengalakkan netizen yang kreatif menonjolkan bakat anda mencipta video pendek (short video) mengenai Autisma. Diharap den...
Pertandingan ini adalah bagi mengalakkan netizen yang kreatif menonjolkan bakat anda mencipta video pendek (short video) mengenai Autisma. Diharap dengan adanya video-video pendek ini akan menarik minat orang ramai dalam memahami masalah Autisma seterusnya membuang perasaan tidak baik terhadap mereka yang menghadapi masalah Autisma di dalam masyarakat Malaysia.
Bagaimana untuk menyertai ?
1. Cipta video anda yang bertajuk “The Beauty of Autism” menggunakan apa sahaja peralatan untuk rakaman video.
2. Video tidak lebih dari 5 minit (300 saat) dan dalam Bahasa Malaysia dan/atau English sahaja.
3. Layari FACEBOOK PAGE MyHELP - LIKE & SHARE PAGE MyHELP di FACEBOOK anda.
4. Muat naik video anda ke FACEBOOK PAGE MyHELP - Nyatakan NAMA PENUH, DAERAH dan NEGERI anda.
5. Emel VIDEO, NAMA PENUH, NO. MYKAD dan NO. TELEFON BIMBIT anda ke [email protected] untuk dihubungi kelak.
6. Mohon untuk kenalan anda untuk LIKE PAGE MyHELP kemudian LIKE serta SHARE video anda.
7. LIKE serta SHARE terbanyak untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan.
Terma & Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja dan berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Setiap individu hanya dibenarkan membuat 1 penyertaan sahaja.
3. Setiap peserta mesti LIKE serta SHARE facebook page MyHELP sebelum memuat naik video penyertaan.
4. 10 penyertaan terbaik (berdasarkan LIKE serta SHARE terbanyak di facebook page MyHELP) akan dijemput ke pusingan akhir yang akan diumumkan kemudian.
5. Pihak penganjur berhak menarik balik kelayakan bertanding jika didapati melanggar undang-undang hakcipta terpelihara atau dirasakan kandungan video atau audio dalam rakaman tersebut tidak sesuai dengan tema pertandingan.
6. Keputusan pihak juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Pertanyaan Sila Hubungi :
Dr. Mohd Rashidi - 0193339847
Pejabat MyHelp - 069811762
Tarikh tutup penyertaan : 20 April 2016
Anjuran : Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Dengan kerjasama : Persatuan Masyarakat Sejagat Muar Johor (MyHelp)
myhelp 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
myhelp 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
myhelp 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文