雖然這篇Muwatta鄉民發文沒有被收入到精華區:在Muwatta這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 muwatta產品中有5篇Facebook貼文,粉絲數超過6萬的網紅Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah,也在其Facebook貼文中提到, FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 12) Surat sokongan & rekomendasi Imam al-Shafii sewaktu berumur 8 tahun telah dibawa ibunya berjumpa deng...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「muwatta」的推薦目錄
- 關於muwatta 在 Serina Datuk Redzuawan Instagram 的最讚貼文
- 關於muwatta 在 لا اله الا الله محمد رسول الله Instagram 的精選貼文
- 關於muwatta 在 MOTIVATOR / TRAINER PROTAZZ Instagram 的精選貼文
- 關於muwatta 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於muwatta 在 bie.yusof Facebook 的最佳貼文
- 關於muwatta 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於muwatta 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於muwatta 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於muwatta 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
muwatta 在 Serina Datuk Redzuawan Instagram 的最讚貼文
2020-08-11 20:35:23
⛔ *Apakah Zikir dan Doa yg paling Ringkas tetapi yg paling Terbaik di Hari Arafah?* Malam ini merupakan malam Arafah dan esok Merupakan Hari Arafah....
muwatta 在 لا اله الا الله محمد رسول الله Instagram 的精選貼文
2020-07-04 18:34:25
Share and semoga bermanfaat ❤️ . Al-Quran dan Al-Sunnah Panduan Hidup عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَك...
muwatta 在 MOTIVATOR / TRAINER PROTAZZ Instagram 的精選貼文
2020-05-26 17:09:53
Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara Berjemaah . . Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. . . Sebahagian ulama mazhab Syafie me...
muwatta 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 12)
Surat sokongan & rekomendasi
Imam al-Shafii sewaktu berumur 8 tahun telah dibawa ibunya berjumpa dengan Wali (Gabenor) Mekah bagi memohon dibawa anaknya berjumpa Imam Malik di Madinah. Harapan seorang ibu supaya anaknya diterima sebagai pelajar Imam Malik bin Anas.
Wali Mekah membawa Muhammad bin Idris al-Shafii ke Madinah. Sebaik saja Imam Malik melihat wajah Wali Mekah, beliau berkata;
"Aku tidak terima pelajar dengan cara sokongan."
Sewaktu Wali Mekah ingin melangkah pulang, anak muda Muhammad bin Idris melangkah ke hadapan. Dia terus membaca lancar teks kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik secara hafalan. Imam Malik terpegun. Anak muda ini diterima sebagai pelajar sekolah elit Imam Malik.
Tidak salah meminta surat sokongan & juga menerima surat sokongan. Ni dah jadi uruf & amalan kita.
Jadi apa masalahnya dalam siri fekah halal & haram ini?
Memang tak salah. Malah surat sokongan boleh menyerlahkan kredential seseorang. Yang salah ialah proses & prosedur. Banyak yang haram dalam Islam ialah berkaitan prosedur. Jangan benci kena patuh prosedur walaupun nak menderma kerana ia melibatkan harta awam. Prosedur menjaga nilai integriti.
Yang salah adalah seorang pegawai atau calon memohon surat sokongan atau rekomendasi dari pegawai atasan atau pegawai yang memantau sesebuah agensi untuk perlantikan atau naik pangkat dalam agensi yang sama.
Yang lebih salah lagi ialah seorang pegawai atasan atau No 1 memberi sokongan atau rekomendasi atau mencatitkan atas surat atau borang permohonan 'Saya menyokong' atau 'Saya Amat Menyokong' atau 'Ambil Pertimbangan Segera'.
Ini semua salah. Ia boleh memberi tekanan kepada pengurusan atau agensi secara keseluruhan. Orang yang meminta sokongan mungkin tidak yakin dengan kredentialnya & pihak yang menyokong pula mungkin ada kepentingan tertentu atau paling kurang terhutang budi atau kedua2nya sekali.
Sebagai Presiden UIAM, saya banyak mendapat permohonan sokongan. Saya tidak layan kalau untuk agensi UIAM. Tapi kalau bagi mendapat sesuatu dari pihak luar, saya sokong gila2.
Kesalahan kadang2 bukan pada isi tetapi pada cara penyampaian serta prosedur.
#fekahhalal&haram
MDB
muwatta 在 bie.yusof Facebook 的最佳貼文
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.
2. Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣) "malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3). 3. Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
4. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.
5. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.
6. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu.
muwatta 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
ANTARA PROGRAM MySSA MENANTI ANDA!
#####################################
Program Sanad MySSA.
1. Syarah Sahih Muslim – Imam al-Nawawi
2. Riyadh As-Solihin – Imam al-Nawawi.
3. Al-Muwatta’ – Imam Malik.
4. Raudhah At-Thalibin – Imam al-Nawawi.
Diskusi Ilmiah MySSA.
1. Fatwa, Istifta’ dan Ifta’.
2. Al-Muwafaqat : al-Shatibi.
3. Syariah Adalah kehidupan
4. Eko-Sistem industri Halal.
Kursus Kemahiran Skil MySSA.
1. Skil Penulisan.
2. Skil Wawancara.
3. Skil Dakwah.
4. Skil Pengurusan Masa.
5. Skil Penampilan di Studio.
6. Skil Penguasaan Bahasa Inggeris.
7. Skil Asas dan Amalan Keusahawanan.
8. Skil Aktiviti Relif.
9. Skil Cara Menjawab Peperiksan Syariah dan Pengajian Islam.
Sila layari website untuk pendaftaran: http://myssa.my/keahlian/
dan banyak lagi peluang program-program bermanfaat dan menarik yang akan disediakan oleh MySSA dimasa hadapan Insha-Allah.
Yang Benar,
Jawatankuasa Pusat MySSA.
#schooloflife