雖然這篇Mutawatir鄉民發文沒有被收入到精華區:在Mutawatir這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 mutawatir產品中有5篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, Ada orang cabar jawab komen mereka, saya manalah sempat nak jawab semua komen yang cecah ratus ratus tiap hari, jadi saya up status baru sahajalah. R...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「mutawatir」的推薦目錄
- 關於mutawatir 在 Resepi Sedap Instagram 的最佳貼文
- 關於mutawatir 在 Abu Azfar Azriff Reza Instagram 的最佳貼文
- 關於mutawatir 在 KHAI & ROSMA Instagram 的精選貼文
- 關於mutawatir 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於mutawatir 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於mutawatir 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於mutawatir 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於mutawatir 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於mutawatir 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
mutawatir 在 Resepi Sedap Instagram 的最佳貼文
2020-05-11 00:04:33
Dipetik dari fb tuan abu redzuan HUKUM MEMAKAN TUPAI Ulama berselisih pendapat tentang hukum makan tupai. Jumhur (mayoritas) ulama berpendapat bahwa...
mutawatir 在 KHAI & ROSMA Instagram 的精選貼文
2020-06-01 07:09:41
SelamatPagiSemua... Maksud Rukun Maksud rukun atau fardhu ialah sesuatu yang dikehendaki dilakukan berdasarkan perintah Allah (swt) yang thabit berda...
mutawatir 在 Facebook 的最讚貼文
Ada orang cabar jawab komen mereka, saya manalah sempat nak jawab semua komen yang cecah ratus ratus tiap hari, jadi saya up status baru sahajalah.
Rujuk gambar, ada yang mengaku dah follow saya lama, tapi tak suka saya sekarang ni sebab saya sokong vaksin? Bermakna terbukti mereka juga seorang pendusta, kerana jika benar dah lama follow saya, tentu tahu sejak zaman blog lagi saya dah tulis tentang kebaikkan vaksin, lepas tu saya tulis dalam buku lagi, dah habis jual dah buku tu, tapi hari ni ada yang mengaku dah lama follow tapi tak tahu saya bersama mufti dan doctor pakar dalam bab vaksin? Nampak sangat pembohong!
Hadis Nabi riwayat Abu Daud: “Memadailah untuk seseorang itu berdosa bahawa dia memberitahu kepada orang lain apa apa sahaja yang dia dengar tanpa menyiasatnya.
Hadis lain, tanda orang munafik, bila bercakap dia bohong.
Jadi janganlah mengaku dah lama follow saya, jika tak tahu apa pandangan saya tentang vaksin, saya bersama mufti, ulamak, dan doctor pakar, semua tu perintah Allah suruh ikut mufti dan ulamak dalam bab agama, dan perintah Allah bertanya pada pakar dalam bab dunia, jadi korang yang anti vaksin ni bersama siapa? Ustaz google? Bersama orang barat yang reka konspirasi? Bersama dr bukan islam yang ada masalah etika?
Pendekatan saya mudah, Saya mengaku tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Tapi saya tahu Allah memerintahkan kita bertanya pakar jika ingin mengetahui sesuatu. Maka saya rujuk pakar, dan mendapati mereka secara ijmak menyokong vaksin hingga dah capai tahap mutawatir yang mana mustahil mereka berpakat untuk berdusta sebab data dan bukti semua ada depan mata!
Bab agama pulak, saya rujuk Mufti dan ulamak, kata ustaz: Di zaman Imam Syafie lagi, dah ada teknik vaksin ini:
Kata as-Syafie :
“Sesungguhnya meminum ubat yang mengandungi sebahagian racun di dalamnya, dan yang kebiasaanya kesembuhan akan terhasil daripada ubat itu: maka dia tidak berdosa apabila meminumnya, kerana dia tidak meminumnya untuk memudaratkan dirinya dan bukan juga untuk menghilangkan kewarasan akalnya”
Jadi bila Imam Syafee pun dah bagi fatwa, mufti dan ulamak pun dah bagi fatwa, siapalah kita nak pertikaikan lagi?
Pesan saya, Berhentilah berbohong di komen FB saya cakap dah lama follow jika tak follow pun selama ni, kawan petik hamka keretamayat sokong vaksin, jom serang wall dia, terus datang siap ngaku dah lama follow lepas tu tak nak follow sebab sokong vaksin? Nampak sangat pembohong!
Ini link blog saya pasal vaksin, tahun 2013 lagi dik. Lepas tu tiap tahun jika ada orang Tanya pasal vaksin, saya up status ikutlah mufti, ulamak, dan dr Pakar, jangan ikut teori konspirasi. Siapa yang follow saya dah tahu lama dah.
http://keretamayat.blogspot.com/2013/06/bahaya-suntik-vaksin.html
Tapi korang yang nak ajak saya tolak vaksin tapi korang pembohong, maka buat apa lagi saya nak percaya cakap pembohong!
I rest my case.
Woha!
mutawatir 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Soal :
Macamana nak tolong arwah ayah dan arwah ibu dalam kubur?
Jawab :
Sebagai anak sebaiknya selalu mendoakan kebaikkan dan memohon keampunan Allah untuk arwah ayah dan arwah ibu yang telah meninggal dunia, selalu bersedekah dan menderma dan dan banyakkan amal soleh niatkan untuk arwah mematuhi hukum syarak dalam segenap aspek kehidupan supaya arwah turut mendapat menafaatnya walau pun sudah meninggal dunia. Hubungi silaturrahim dan muliakan kawan-kawan arwah
Soal :
Hukum letak bunga atas kubur dan siram air?
Jawab :
Hukum letak bunga di kubur bergantung kepada niat dan tujuan . Jika bertujuan mengikut sunnah Nabi saw yang meletak pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka adalah elok. Kerana setiap yang hidup seperti tumbuhan bertasbih sentiasa kepada Allah. dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kubur..
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata :
“Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir."
Soal :
Kat kubur nak baca apa paling bagus?
Jawab :
Sebaik tiba di kubur bacalah ucapan salam kepada si mati kemudian membaca ayat Quran yang mana yang mudah bagi kita kemudian membaca doa minta kebaikkan untuk simati.
Tidak dimestikan membaca ayat-ayat tertentu tetapi terpulang kepada yang ziarah surah apa yang dia mahu baca adalah harus.
Cuma setengah-setengah orang suka membaca Yaasin atau surah Baqarah atau surah lain dan ia bukanlah wajib atau menjadi syarat.
Imam Nawawi berkata :
وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها
Ertinya: “Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad yg hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.” (Kitab Al-Azkar)
Soal :
Hukum ziarah kubur?
Jawab :
Hadith Nabi saw :
فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة
artinya : "Ziarahlah kamu semua akan kubur kerana ziarah kubur itu mengingatkan kamu akan negeri akhirat."
Sunat bagi kaum lelaki ziarah kubur dan ia adalah sunnah Nabi saw.
Adapun bagi kaum wanita maka harus hukumnya ziarah kubur dengan syarat menjaga adab-adab keluar rumah yaitu menutup aurat dengan sempurna dan tidak mengiringi jenazah pada masa memanam mayat. Ziarahlah pada masa tidak ramai dengan ditemani mahram atau suami dan tidak duduk lama di kubur.
Soal :
Arwah gembira ke kalau kita ziarah kubur?
Jawab :
Orang yang telah mati atau penghuni kubur memang merasa senang dengan datangnya orang yang ziarah dan mengenalinya.
Berkata Imam Ibnu Qayim :
والسلف مجمعون على هذا ، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به
Artinya : “Para salaf telah ijmak atas ini dan sungguhnya telah menjadi mutawatir dari para salaf dengan bahawasanya mayat mengenali orang hidup yang ziarah akan mayat dan suka mayat dengannya.” (Kitab Ar-Ruuh)
Soal :
Dulu syurga ibu bawah tapak kaki ayah. Sekarang ayah dah tak ada. Syurga ibu macamana? Balik ke ibu dia ke?
Jawab :
Ketika bernama isteri maka wajib ia taat kepada suaminya kerana jika ia derhaka kepada suami maka tertutup baginya pintu syurga. Maka apabila suami telah meninggal dunia dan kembali ia kepada ibu bapanya maka wajib pula ia taat kepada ibu bapanya.
Soal :
Betul ke roh akan balik ke rumah dalam 44 hari?
Jawab :
Tidak ada dalil yang menunjukkan perkara ini. Roh orang beriman dinaikkan ke langit setelah berpisah dari badan menurut hadith-hadith yang sahih dan dikembalikan kepada jasadnya untuk menjawab soalan malaikat mungkar dan nakir.
Dan diriwayatkan juga roh dikembalikan untuk menjawab salam orang yang ziarah. Tiada hadith sahih yang memberitahu roh balik ke rumah pada hari yang 44 sekalipun jika Allah kehendaki boleh berlaku.
Soal :
Doa anak soleh sampai ke arwah.. Macamana nak tahu kita anak soleh ke tidak?
Jawab :
Anak yang soleh ertinya anak yang beriman yang benar aqidahnya dan beramal dengan suruhan agama. Oleh itu selalulah hadir majlis ilmu supaya dapat mengetahui cara beraqidah yang benar dan cara beramal yang betul supaya termasuk dalam kalangan anak yang soleh.. .
Jika kita hidup dengan mematuhi segala peraturan agama maka sudah pasti kita menjadi seorang anak yang soleh..
Soal :
Boleh ke doa supaya roh arwah datang melawat dalam mimpi sebab rindu sangat?
Jawab :
Tidak salah berdoa untuk dapat jumpa si mati dalam mimpi. Sementara itu selalulah amalkan amal soleh sebanyak mungkin kerana arwah ibu bapa yang telah meninggal dunia mendapat saham yang baik dari amal soleh yang dilakukan oleh anak-anak...
Wallahua'lam
mutawatir 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
(Bedah Komen dari Anti Hadis vs Penyokong Hadis)
Dah lama aku tulis blog, macam macam isu, dan dari ruang komen, ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Lalu ramai yang datang berhujah, dan ada yang aku jawab, dan ada yang aku senyap sebab perasan sibuk. Maafkan aku.
Aku pernah berdebat dengan ramai golongan manusia, seperti:
Geng taksub politik, Siapa tak sokong parti saya dia jadi kafir, parti saya sahaja boleh bawa masuk syurga dan macam macam fatwa merepek, tapi sejak parti mereka berpecah, dah kurang Nampak komen ganas dari mereka,
Geng Anti al quran ataupun melayu Atheits, sibuk nak nafikan kewujudan Tuhan sebab bila sensara wujud, maka Tuhan tak wujud katanya, apa dia ingat jika ramai orang berambut panjang maka kedai gunting tak wujud? Adohai..
Geng Anti hadis tertentu dan pilih Hadis tertentu sahaja ataupun wahabi, suka bidaahkan orang dan tuduh masuk neraka jika tambah tambah amal selepas solat, padahal dah lepas solat ikut koranglah nak buat apa apapun, adohai..
Geng anti vaksin, yang ni memang panas! Ha ha.
Geng Konspirasi, ni pun boleh tahan panas dia, memang tak habis semua benda nak dikonspirasikan.
Lepas tu banyak lagi lah Geng perasan betul , tak sempat nak tulis semua, cumja yang terkini, Geng anti semua hadis, sampai hari ni masih banyak komen dari mereka, sebab bulan lepas aku up tajuk solat tiga atau lima? Terus mereka komen panjang panjang suruh aku jawab betapa betulnya mereka..
Bila aku baca komen mereka yang panjang maka aku sedar bahawa dalam dunia ni ada dua golongan manusia iaitu:
Orang yang sedar dia bodoh dan sedia untuk belajar, orang sebegini pandai sebenarnya.
Orang yang tidak sedar dia bodoh dan tidak mahu belajar, orang sebegini memang bodoh sombong.
Contoh bila cerita bab solat, Anti hadis berhujah:
"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui akan cara solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." AQ 24:41: Soalan utama - bagaimanakah monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya dan semua makhluk-makhluk ciptaan Tuhan mendirikan sollat? Bolehkah burung duduk bersimpuh semasa tahiyat akhir sambil menegakkan telapak kaki seperti manusia islam yang bermazhab shafie?”
Ok, Nampak tak hujah mereka, sebab nak solat guna akal sendiri, tak nak ikut hadis, maka dalil burung bersolat pulak nak dipertikaikan duduk bersimpuh, padahal ayat tu terang terang tulis MASING MASING tahu cara solat MASING MASING! Jadi monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya, tak payahlah nak ikut solat cara mereka, Rujuklah Ayat Alquran yang lain bab cara solat iaitu surah Al Maidah ayat 6: ALLAH SURUH DIRIKAN SOLAT, DAN RUKUK BERSAMA ORANG YANG RUKUK,
Jadi ikut hadis rukuk bersama orang yang rukuk, adalah solat berjemaah, jika terlewat solat, dan sempat rukuk bersama imam masih di kira rakaat, rukuk pulak Nabi dah ajar, tunduk lurus belakang, jari pegang lutut, tengok tempat sujud dan lain-lain.
Tapi bila aku tanya apa Tafsir Rukuk bersama orang yang rukuk, korang tahu anti hadis jawab apa?
“Bahasa biasa al quran suruh rukuk, Rukuk lah ikut kemampuan, alquran tidak mngajarkan kesulitan, Korang saja suka cari susah nak lebih semua nak tambah”
Tengok jawapan konon macam guna akal, tapi hilang akal, RUKUK IKUT KEMAMPUAN tu bagaimana? Susah ke Rukuk yang Nabi ajar? masuk hospital ke jika Rukuk hari hari? Mana hujjah RUKUK bersama orang yang RUKUK?
Krik krik krik..
Lepas tu aku ada tanya bab urus mayat, dalam Al quran tak cerita detail,korang nak taman macam mana? Jika ikut Al Quran tanam macam burung gagaklah? Kambus begitu sahaja?
Pandai pulak mereka jawab kena guna common sense, ikut masyarakat setempat, jangan aibkan mayat.
Hah! Itu dia! Jika ikut masyarakat setempat, kena ikutlah ajaran Nabi Muhammad sebab masyarakat setempat ikut Nabi Muhammad SAW yang explain detail apa yang ada dalam Al quran.Tak gitu?
(((Note: Jenazah Kasim ahamad yang dikatakan anti hadis, tapi mayat beliau telah di mandikan, dikapan, di solat, dan ditanam guna dalil dari hadis hasil usaha pemuda PAS, tahniah kepada ahli sunnah kerana tidak membaikot mayat kasim ahmad, malahan telah layan mayat dengan penuh hormat dan sopan dengan cara merujuk kepada Al Quran dan hadis Nabi.)))
Cerita bab tanam mayat, ada pulak hujah mereka: Azab kubur tak ada sebab kiamat sahaja tempat hukuman, dalam Al quran tak cerita azab kubur.
Aik? Kiamat sahaja tempat hukuman? tak baca Al quran kisah kaum yang kena azab atas dunia lagi? ke korang baca kitab lain? Tak baca hukuman didunia untuk penzina dan lain lain?
Krik krik krik....
Datang pulak anti hadis lain: “Nabi ajar ummat sembah nabi dengan selawat, cukup sembah allah, jangan sembah Nabi”
Pulak dah? Sembah Allah dan sembah Nabi pun tak boleh nak beza?, Nabi Muhammad SAW ajar solat, yang mana dalam solat dari takbir sampai salam, penuh pujian dan sembah Allah, doa doa nabi ajar, sebut nama Allah, masa lapang, berzikir, sebut nama Allah, baca Al quran dalam solat, puji Allah, dalam rukuk dan sujud, bertasbih nama Allah, maka apa salahnya, tanda terima kasih kepada Nabi yang ajar kami, maka kami selawat ke atas Nabi itupun bila dengar nama nabi di sebut. Tak kan berterima kasih pun salah, kan ada ayat Al quran suruh berterima kasih?
Krik krik krik..
Datang pulak anti hadis lain: “al quran sempurna, tak perlu tafsir dari Nabi Muhammad untuk jelaskan, cuba korang baca buku Kasih Ahmad, satu penilaian semula, maka korang akan faham maksud Al quran”
Eh Eh?, Kenapa ikut tafsir Kasih Ahmad pula?, Al quran kan sempurna, guna akal kami, ikut Nabi Muhammad punya tafsir jauh lebih baik dari ikut tafsir kasim ahmad, Nabi Muhammad di iktiraf dunia manusia paling hebat dalam sejarah dunia, kasim ahmad siapa?
krik krik krik...
Lepas tu baca komen lagi, ada pengkomen kongsi kisah Pengalaman ustaz berdebat dengan Kasim ahmad.
Ustaz Fakhrurazzi: Boleh terangkan cara solat?
Kassim ahmad: Rujul Al quran ayat 14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).
Ustaz Fakhrurazzi:Itu ayat saya tahu, tapi dari ayat ini sahaja, bagaimana kita nak solat?bagimana cara nabi Ibrahim solat? tanpa merujuk hadis?
Kassim ahmad: Balik! Balik!
Ustaz Fakhrurazzi: Adohai, ingat hebat sangat, bab solat pun tak boleh nak jawab, macam mana nak jawab bab lain. Ok kami balik.
Kesimpulan: Kassim ahmad ni takde hebat sangat pun, pengikut dia sahaja yang buat hujahnya nampak hebat.
Jadi begitulah serba sedikit hujah anti hadis yang konon Nampak bijak tapi sebenarnya mereka tak sedar mereka bodoh dan tidak mahu belajar.
Kita semua faham, Kerja Nabi bagi penjelesan, ada yang faham dan ada yang tak nak faham.
Sebab tu debat dalam bab agama akhirnya tak selesai hingga Allah turun ayat.
"lakum di nukum wali yadin"
Jadi yang solat 5 waktu teruskan, yang tak nak solat 5 waktu kita boleh cerita itu ini, tapi jika mereka tak nak, kita doa kan mereka dan kita terus buat baik. semoga Allah bagi hidayah kepada mereka dan kita semua.
Oh ye, ada komen best aku copy balik:
Kalau kita belajar engineering, kita mesti refer buku teks engineering. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks engineering? Mesti lah belajar dengan pensyarah engineering, yang dilantik oleh pihak universiti.
Kalau kita belajar medic, kita mesti refer buku teks medic. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks medic? Mesti lah belajar dengan pensyarah medic, yang dilantik oleh pihak universiti.
Kalau kita belajar Islam, kita mesti refer buku teks Islam, yakni Al-Qur'an, sumber wahyu dari Allah SWT. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca Al-Qur'an? Mesti lah belajar dengan tok guru Al-Quran, yang dilantik oleh Allah sendiri, yakni Nabi Muhammad SAW. Cara refer atau memahami Al-Quran, cara tafsir dan beramal itulah namanya Hadis.
(terbaik!)
Kesimpulannya:
Jika anti Hadis seorang Hospital Director, wajarkah Anti Hadis melantik seorang “doctor” yang datang interview jika dia mengaku belajar medic, hanya melalui bacaan buku teks dan terjemahan sahaja? Setelah ditanya universiti mana dia attend, dengan pensyarah mana dia belajar, dia jawab tak perlu attend universiti tak perlu belajar dengan pensyarah, cukup belajar dengan buku teks dan terjemahan dari KAJIAN SAYA SENDIRI sahaja. Wajarkah Anti Hadis ambil dia bekerja?
Gunakan akal di tempat yang betul, kerana guna akal di tempat yang betulah maka aku ambik hadis mutawatir, hadis hasssan dan hadis daif sebagai hujah, hadis palsu akupun anti.
Jadi kerja kerja tafsir hadis ada ilmu yang korang tak nak guna otak langsung, korang nak reject terus.
Ayat yang korang selalu ulang: Al quran sempurna, jika rujuk hadis konon menafikan Al quran sempurna. Adohai..
Jika nak guna otak, mari kita guna simple contoh:
Setuju tak jika aku cakap manusia adalah ciptaan Allah yang sempurna? semua akan setuju, sebab dalam Al quran pun bagitahu manusia ciptaan sempurna.
Tapi dalam penciptaan sempurna, Allah masih buat manusia perlukan air, angin, api dan tanah untuk hidup, dan jika nak membiak manusia perlu berkahwin.
Maka sempurna manusia tu masih perlukan pada ciptaan Allah yang lain untuk menyempurnakannya, manusia tak boleh lahirkan anak sendiri.
Jadi dalam bab Al quran yang sempurna, untuk fahamkan perintah Allah masih perlu kepada penerangan daripada NAbi yang namanya tercatat dalam Al quran.
Gunalah otak, kenapa Allah redha pada sahabat yang tercatat dalam Al quran, dan kenapa sahabat sampaikan hadis bila nak terangkan Al quran?
Jadi ni memang hujah untuk budak budak jer, sedangkan di luar sana dah ramai ulamak termasuk Zakir Naik bahas bab ni,
Aku guna otak, kenapa Zakir naik datang malaysia korang tak pergi berhujah direct? kenapa korang tak berhujah direct dengan orang yang suka berdebat seperti Ustaz Rora, Mufti perlis dan lain lain.
Jawapannya sebab korang bacul intelek, korang tahu akan kalah depan khalayak dan tak sanggup malu, dalam tempat tertutup macam ni korang menyalak hebat berhujah, di pentas nyata korang tak berani, sekarang di masjid masjid ada ceramah UAI dan sebagainya, korang kena berani, pergi berhujah dengan ustaz ulamak, atau berhujah dengan pakar hadis di Masjid seri ptaling malaysia, jangan takut kerana jika korang benar, Allah akan bersama kalian, berani kerana benar, takut kerana ragu ragu dengan kefahaman diri sendiri.
Lalu bila korang bising di sini sahaja, aku memang tak sempat nak jawab semua soalan korang, tapi rajinkalh diri baca explain dari ustaz dalam dan luar negara, mereka guna otak, sebab itulah mereka boleh tapis hadis, macam duit palsu bila masuk pasaran, guna otak untuk tapis duit, guna alat dna sebagainya, bukan reject semua duit.
hadis ni sama macam bidang lain, ada kepakaran yang perlu dilatih, bukan google terus percaya.
Maaf sebab guna hujah biasa sahaja, hujah hebat hebat dan banyak ustaz ustaz guna tapi korang tetap berkeras, so aku doakan korang dan kita semua di beri hidayat sentiasa dari Allah yang MAha Pengasih dan penyanyang.
Jangan lupa Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui” bukan pandai pandai suruh fikir sendiri, itu yang bila tanya rukuk bersama mereka yang rukuk, jawapan ke laut, adohai..
Moralnya, sedarlah diri bahawa kita manusia ni jahil, kena belajar untuk jadi pandai. Jika pandai buat buat bodoh, boleh orang ajar lagi, tapi jika bodoh dan buat buat bodoh memang kesianlah
(Panjang lagi. Kena rujuk blog keretamayat entry terbaru.)