[爆卦]IDOP meaning是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇IDOP meaning鄉民發文沒有被收入到精華區:在IDOP meaning這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 idop產品中有128篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, Isu kahwin dengan budak. Adakah islam membenarkan Pedo? Apa itu pedo? Pedo adalah seks dengan gadis yang belum baligh! Bukan seks dengan gadis bawa...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • idop 在 Facebook 的最讚貼文

    2021-09-12 10:51:41
    有 1,382 人按讚

    Isu kahwin dengan budak. Adakah islam membenarkan Pedo?

    Apa itu pedo?

    Pedo adalah seks dengan gadis yang belum baligh!

    Bukan seks dengan gadis bawah umur, sebab maksud bawah umur berbeza ikut negara, ada yang 18 tahun, ada yang 16 tahun, ada yang 14 tahun..,

    Malahan dari segi kapatalis, 13 tahun dah kira dewasa, tak percaya cuba korang pergi tengok wayang bawak anak umur 13 tahun, harga tiket kanak kanak sepatutnya adalah separuh harga tiket orang dewasa.

    Tapi waktu beli tiket, anak saya dikira dewasa dan kena bayar harga dewasa sebab disisi kapatalis, 12 tahun sahaja had umur kanak-kanak, apa kejadah?!

    Anak saya jika kahwin umur macam ni korang kutuk islam teruk kahwinkan anak umur 13 tahun kerana masih budak budak, tapi bila kapatalis nak untung lalu kenakan harga dewasa pada budak umur 13 tahun, semua diam tak bersuara? Apa ke jadah?! Hampeh!

    Jadi balik kepada isu bawah umur walaupun sudah baligh, yang mana jika buat seks walaupun suka sama suka, akan di cas rogol sebab bawah umur. itu cerita lain.

    cerita hari ini, jika korang buat seks pada orang perempuan yang belum baligh, maka itulah pedo dan pedo adalah haram dalam islam, Jadi memang tak bolehlah nak berpedo selamanya wahai semua manusia walaupun dengan bini sendiri...

    Masalah sekarang, bila ada seorang lelaki orang islam buat jahat, contoh pergi buat seks pedo dengan bini dia yang bawah umur, maka SALAHNYA adalah lelaki islam tu sorang, bukan salahkan Islam!

    Islam tak larang kahwin dengan budak, tapi islam larang Pedo! Faham tak?

    Nampaknya saya kena salahkan korang jugak yang belajar agama tak habis, sebab dalam bab hukum kahwin, memang boleh kahwin dengan kanak kanak perempuan, tapi bila kahwin tak semestinya boleh jimak terus, jadi bab jimak pulak hukumnya lain, seperti tak boleh jimak waktu haid, tak boleh jimak wanita belum haid, tak boleh jimak ikut lubang dubor dan semburit.

    Al faham ke idop?

    Bab dalil, saya setuju dengan Dr Zakir Naik, yang bagitahu Nabi Muhammad kahwin dengan Aisyah sewaktu umur 9 tahun dan tidur bersama selepas Aisyah suci (baligh), hikmah perkahwinan mereka adalah Aisyah ni unik (manusia terpilih) sebagai penghafal hadis wanita paling muda dan paling banyak.

    Lagipun kahwin muda takde masalah zaman tu sebab wanita zaman tu cepat matang dan baligh. Jangan lupa jugak fakta isteri pertama Nabi berumur 40 tahun, bermakna Nabi bukan Pedo!

    Tapi balik kepada zaman sekarang, zaman anak dara umur 25 tahun tapi tidur malam peluk anak patung teddy bear sambil hafal lagu korea, hari minggu bangkit jam 11 pagi itupun mak kejut, masak apa semua tak pandai, setakat masak air panas masin diclaim tom yam, lepas tu kemas bilik tak reti, rumah dibiar bersepah tunggu mak marah baru nak gerak, boleh ke nak buat bini?

    Itu yang zaman sekarang, had umur boleh kahwin dinaikkan ikut negara masing masing, tak sama sebab pemerintah lebih tahu hal ehwal kematangan budak perempuan

    Selaian isu kahwin budak zaman Nabi, ada satu lagi isu iaitu menghambakan manusia, zaman Nabi orang islam ramai yang ada hamba abdi, tapi sekarang zaman dah berubah, hukum memiliki hamba adalah harus, tidak haram, tapi zaman sekarang jika korang pergi beli hamba dekat black market memang nak kena kecam.

    Jadi kesimpulannya, dari segi hukum islam, boleh ada hamba, boleh kahwin dengan budak, tapi tak boleh pedo walaupun dengan isteri, dan juga hamba!

    Tapi bab peredaran zaman, kana ikut undang undanglah, yang mana kerajaan dah haramkan hamba atau haramkan kahwin dengan budak, kena ikutlah.., lagi jika ada kes Pedo, memang lelaki tu kena hukum tak kira siapapun dia, orang islam ke, bukan islam ke, wahabi ke, syiah ke, sunni ke, jika Pedo kita kena tangkap dah hukum mereka.

    *****

    “Ok, saya faham islam tak benarkan pedo, tapi Hamka, jika zaman sekarang tak boleh kahwin dengan budak?, dan tak boleh ada hamba zaman sekarang? Bermakna islam tak sesuai untuk sepanjang zaman?”
    *****

    Wah…, dia pusing ikut situ pulak, saya bagi contoh simple, katakan lepas PRU tahun depan, kerajaan terbaru gagal tunaikan manifesto, lalu rakyat merusuh, kemudian berlaku perang antara pelbagai bangsa yang membuatkan Malaysia menjadi huru hara, terus negara luar datang nak takluk Malaysia macam zaman perang dunia ke dua,

    Katakanlah Jepun yang datang takluk Malaysia, dan hapuskan semua bangsa cina macam word war 2 dulu, lepas tu kita tahulah jepun ni akan buat kem hamba sex untuk tentera dia, dah tentu lepas perang orang lelaki akan ramai mati, dan jepun akan tangkap anak dara melayu untuk jadikan hamba seks.

    Jadi waktu tu siapa yang dah jadi bini orang insya-allah akan selamat, sebab jepun zaman world war dulu punya nafsu nak rogol anak dara sahaja, maka saya rasa korang orang perempuan zaman tu rela dikahwinkan dengan sepupu sepapat walaupun bawah umur, dan rela dipoligami, malahan jika qouta poligami lelaki melayu dah penuh, korang sanggup jadi hamba orang islam daripada ditangkap tentera jepun dan dijadikan habuan seks tentera mereka.

    Jadi sewaktu itu fahamlah korang tentang hukum islam yang sesuai sepanjang zaman.

    Amacam? Ganas tak contoh saya bagi? Asal korang faham, biar semua puas hati.

    Woha!

  • idop 在 Facebook 的最佳解答

    2021-08-13 10:12:32
    有 522 人按讚

    Kisah Saya di Gigit beruk, sambil terbayang Sifat Nabi.

    Al kisahnya, suatu hari kat kampong saya, ketika saya balik sekolah, saya cuba ikut jalan pintas untuk pulang ke rumah.., sebelum itu saya ada lalu ikut belakang surau dan mendekati sebuah tadika.

    Tiba tiba saya ternampak bendara putih bertulis TABLIGH.

    “Kumpulan Tabligh ada Bendera macam Al Arqam ke sekarang ini?”

    Belum sempat saya menfitnah Kumpulan Tabligh, tiba tiba ternampak tiga lagi bendera berkibar, tiap bendela terlulis perkataan ini, SIDIK, AMANAH, dan FATONAH.

    Ohhh, rupanya Bendera itu mewakili empat Sifat Nabi, pasti tadika ini ada buat acara sukan, maka rumah sukan di namakan sempena Sifat Wajib Bagi Nabi iaitu: SIDIK (BENAR), AMANAH (JUJUR), FATONAH (BIJAKSANA) dan TABLIGH (MENYAMPAIKAN)

    Kemudian, saya lalu ikut belakang rumah Pakde.., inilah first time saya lalu ikut situ..

    Sedang asyik saya berjalan, ketika saya melintas sebatang pokok, tiba tiba seekor BEROK muncul dan gigit lutut saya, saya tersungkur dan mulai bergelut dengan BEROK itu, terkejut BEROK saya di buatnya, kecut perot saya, BErok betul!!,

    Kami berguling-guling di bawah pokok sehinggalah saya bergolek golek menjahuhi pokok tersebut.. , tiba tiba berok itu berhenti menyerang, rupa rupanya, ada rantai besi di lehernya dan rantai itu telah mencapai had maksima kebangsaan sempadan berok itu, barulah saya tahu, rupanya berok itu di pelihara oleh Pak De dan berok itu di ikat pada pokok tersebut,… saya yang mengalami pendarahan lutut, berfikir, jika kita tiba tiba lalu jalan pintas tanpa kaji selidik, maka terkejut beroklah kita di gigit berok…

    Hari ini ramai ummat islam cuba cari jalan pintas menuju syurga…

    Kita semua tahu, Tersilap jalan di dunia kena gigit berok, tersilap jalan di akhirat kena gigit Uar raksasa lebih besar dari Berok King Kong!
    Jadi sekarang ini, adakah korang dan saya sedang berada pada jalan yag betul? Adakah perjuangan korang adalah betul?, perasan tak ada makhluk ‘berok’ sedang gigit korang, perasan tak??

    Dalam pendarahan lutut yang agak serius, teringin saya gunakan bendera yang betulis sifat Nabi dekat tadika sana sebagai pembalut luka di gigit berok.

    Ingat Empat tiang bendera yang bertulis Sifat wajib bagi Nabi tadi?:

    1. Sidik (Benar),
    2.Amanah (Jujur),
    3.Fatonah (Bijaksana)
    4. Tabligh (Menyampaikan)

    Sementara luka di gigit berok pulih, izinkan saya lupakan kesakitan ini dengan tazkirah tentang Sifat Nabi sebagai Kompas dalam mencari kebenaran..

    Bismillahirahmanirahhim…

    Alkisahnya, Setiap hari dalam solat fardu lima waktu, kita telah di wajibkan oleh Allah dalam surah al fatihah supaya mintak “JALAN YANG LURUS” sebanyak 17 kali…,

    Apabila mintak “JALAN YANG LURUS” di wajibkan sebanyak 17 kali setiap hari, maka usaha untuk dapatkan “JALAN YANG LURUS” itu lagi lagilah kena wajib di usahakan lebih 17 kali sehari!

    Semua tahu, “JALAN YANG LURUS” yang kita mintak pada Allah dalam al fatihah itu di rujuk kepada jalan “orang yang Allah cintai”..

    Siapakah orang yang Allah cintai?

    Sudah tentu jawapanya adalah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW dan sahabat sahabat baginda yang Allah telah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah…

    Mereka semua berada di Jalan yang Lurus. Jadi untuk Berjaya kita kena ikut Nabi dan sahabat kerana mereka semua berada di Jalan yang Lurus.

    Dan tahukah korang? Empat sifat wajib bagi Nabi, (1) Sidik, (2) Amanah, (3) Fatonah) Dan (4) Tabligh (Menyampaikan) adalah panduan kita untuk mengetahui sejauh mana kita berada di jalan yang lurus?

    Tahu tak?

    Jadi tolong beri tumpuan kepada 4 perkara yang mana ianya adalah sifat wajib bagi Nabi Muhammad SAW yang mana apabila mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang mengabaikan 4 perkara ini, dan kata mereka berada di jalan yang lurus, maka saya bilang pada mereka boleh blahhhh dan tolong kembalilah ke pangkal jalan dengan amalkan empat sifat wajib bagi Nabi.

    Apa empat sifat wajib bagi Nabi?

    (1) Sidik, (2) Amanah, (3) Fatonah) Dan (4) Tabligh

    Mari kita tafsirkan empat sifat ini.

    (1) Sidik

    Sidik bermaksud kebenaran, dan Hati merupakan Raja kebenaran, kata Nabi, jika hati baik, maka akan benarlah semua perbuatan,dan jika hati jahat, maka jahatlah akan semua perbuatan. Hati Nabi di cuci waktu kecil untuk disediakan dengan kebenaran, dan apabila Nabi berhijrah, perkara pertama Nabi buat adalah Masjid yang di bina atas sifat Takwa, yang mana Takwa tempatnya hati, maka fahamlah kita, Masjid adalah jantung hati umat Islam. Sekaligus menjadi pusat kehidupan umat Islam. Jadi tanda pertama kita berada di jalan yang benar, adalah hati iita terpaut pada Masjid! Kerana masjid merupakan HATI AGAMA.

    (2) Amanah

    Amanah bermaksud bertanggungjawab, dan dalam sejarah Islam, Amanah paling besar adalah solat lima waktu yang Nabi dapat terus dari Allah dalam peristiwa Israk Mikraj, perintah lain Nabi dapat melalui wahyu malaikat Jibril, namun Amanah Solat, Nabi sendiri naik ke langit untuk dapatkan, maka solat menjadi ibadat utama dalam hidup orang islam, ibadat pertama akan di hisan di akhirat, maka tanda kedua kita berada di jalan yang benar, adalah kita menjaga Solat setipa hari kerana Solat adalah TIANG AGAMA.

    (3) Fatonah

    Fatonah bermaksud bijaksana, dan Nabi bersabda orang bijak sentiasa ingat mati, maka perkataan bijak sana jika ditafsir maksudnya, adalah perbuatan kita di dunia yang akan untungkan akhirat di sana, maka BIJAK SANA adalah bila setiap amalan tidak harap upah dunia, hanya harap ganjaran di Akhirat, banyak ayat Al quran cerita kisah Nabi tolak upah dalam berdakwah, harap hanya pada Allah, maka tanda ketiga kita berada di jalan yang benar, adalah kita tidak mahu ganjaran dunia dan harap hanya pada Janji Allah di akhirat dalam GANJARAN AGAMA.

    (4) Tabligh

    Tablih bermaksud menyampaikan, Semua Nabi berdakwah, keluar cari umat, maka tanda ke empat kita berada di jalan yang benar adalah bila kita sama sama buat kerja dakwah kerana dakwah tabligh adalah TULANG BELAKANG UGAMA

    Jadi tuan tuan puan puan sekalian, jika kita nak cari jalan yang benar, pastikan tok guru kita, ustaz pilihan kita, ualamak kegemaran kita, ada empat sifat wajib bagi Nabi, iatu.

    1. HATI AGAMA
    2. TIANG AGAMA
    3. GANJARAN AGAMA
    4. TULANG BELAKANG AGAMA.

    *****

    Empat sifat wajib Bagi Nabi...

    (1)HATI AGAMA

    Pastikan pusat Gerakan mereka di masjid, bukan dalam gua, bukan dalam hutan, bukan tengah laut, bukan! Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

    Jadi jika tok guru kita tak ada di masjid, tak suka ke masjid, lebih suka duduk dalam gua atau rumah lama bagi ajaran bersila atas kain kuning cahaya pelita, maka berpalinglah, mereka bukan di jalan yang benar, sebab usaha yang benar, tempatnya adalah masjid kerana masjid adalah HATI AGAMA

    (2)TIANG AGAMA

    PAstikan tok guru kita itu jaga solat lima waktu, jika solat pakai niat, solat kat rumah, solat lengah lengah, berpalinglah, ingat hadis ini:
    Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lsayakan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)

    (3) GANJARAN UGAMA

    Pastikan Tok guru kamu Tidak meminta upah, Dalam surah Yassin ada bagitahu, ikutlah orang yang tak minta upah.., dan banyak lagi ayat Al-quran yang bagitahu Nabi tak mintak upah.., (rujuk Al quran). Jadi.., jika tok guru ajar agama tanpa minta upah, ikutlah mereka, InyaAllah mereka berada di jalan yang benar. Korang nak bagi hadiah itu tak apa, yang penting Tok guru tak mintak upah, ikhlas hanya pada Allah.

    (4)TULANG BELAKANG UGAMA

    Pastikan tok guru korang berdakwah macam Nabi, kalau boleh berdakwah dari pintu ke pintu macam zaman nabi, Jika tok guru korang macam tu, ikutlah mereka, sesunguhnya mereka berada di jalan yang benar.

    Akhir kata, berbalik kepada isu mana-mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic, akan siapakah yang paling TERBENAR?

    Bagi saya, jika korang rasa korang di pihak yang BENAR, maka korang kena bergerak menyampaikan kebenaran korang dari rumah ke rumah untuk bagitahu pada setiap orang bahawa korang adalah benar! Inilah yang di buat oleh semua Nabi dan Rasul! Bagitahu kebenaran mereka di setiap pintu rumah manusia! Bagitahu dengan lemah lembut dan rendah diri..

    Kalau korang just duduk bercakap berapi api kat majid ,balai raya, dalam hutan ke, dalam zoo, dalam gua, korang adalah tidak benar kerana bukan semua orang datang masjid, zoo, dan gua! Al faham ke idop?

    Maka nasihat saya kepada korang semua yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic supaya guna otak dan akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?

    Yang mana bagi saya jika ada fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang :

    AKTIVITI MEREKA BUKAN DI MASJID (Tidak SIdik)
    MENGABAIKAN SOLAT JEMAAH (Tidak Amanah)
    MINTAK UPAH (Tidak Fatonah)
    BERDAKWAH SHOK SENDIRI (Tidak Tabligh)

    Maka mereka adalah sesat dan menyesatkan!

    Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya semata mata, kerana saya percaya:

    Dakwah adalah tulang belakang Ugama, tanpa dakwah agama akan lumpuh, dan agama memang akan lumpuh sekarang ini kerana saya dan korang sedang sibuk mematahkan tulang belakang ugama secara tidak sedar dengan mengabaikan dakwah cara nabi,

    Kta juga sedang mematahkan tiang agama secara tidak sedar dengan cuai dalam solat,

    Kita juga sedang merosakkan hati agama dengan tidak hidupkan masjid,

    Dan kita sedang merugikan ganjaran agama di akhirat dengan berkira-kira dan minta upah jika terlibat bab agama.. oh..

    Penyelesaian:

    Sungguh jika kita sedang lepak di rumah, tiba tiba datang orang berdakwah (Tulang belakang agama), ajak ke masjid (Hati agama), ajak solat berjemaah (Tiang agama), dan tak mintak upah (ganjaran Agama) maka ikutlah mereka, semua Sifat wajib bagi Nabi telah ada pada diri mereka. Mereka adalah benar! InsyaAllah.

    Demikian kisah saya salah jalan dan di gigit berok, itu adalah kisah benar, kisah waktu sekolah rendah...

    Akhir kata.. Tersilap jalan di dunia kita boleh kena gigit berok, tapi jangan sampai tersilap jalan di akhirat, mungkin kena gigit Uar raksasa yang lebih besar dari Berok!

    Woha!

  • idop 在 Facebook 的最佳解答

    2021-08-06 08:58:17
    有 111 人按讚

    “Dalam pesanan 4 perkara perlu di kurangkan, salah satunya adalah, kurangkan bercakap sia sia, boleh encik Hamka terangkan apa maksud ini?”

    *****

    Alkisahnya, pernah tak korang lepak kedai kopi naik kereta kancil, tiba tiba ada sorang pakcik ni cerita keburukkan kerajaan berjam jam, dari korang masuk kedia dia dah start bercerita salah dan silap menteri sekian-sekian, sampai korang habis makanpun dia masih bercerita semua keburkan Menteri itu.

    Lima tahun kemudian, korang pergi kedai kopi yang sama, naik kereta Sedan, pakcik tu masih ada bercerita tentang menteri yang dia tak suka, tapi menteri yang dia kutuk dulu dah tak di kutuk, kerana menteri tu dah masuk parti yang dia sokong.

    Dua puluh dua bulan kemudian, korang naik kereta jenama MPV, dan korang masih mengeteh di situ, tapi pakcik tu masih ada bercerita keburukkan kerajaan berjam jam dan kutuk balik menteri yang lompat parti sana sini.

    Setahun kemudian, masuk PKP korang Nampak akaun FB pakcik tu melintas, korang baca status pakcik tu tengok pakcik masih gigih bercerita kerajaan tak betul, kerajaan tak guna, dan kutuk semua Menteri yang pernah di puji dulu sebab menjadi Menteri katak.

    Dua tiga minggu kemudian, Pakcik tu telah masuk wad akibat Covid, korang pun scroll tengok status terakhir pakcik tu sebelum masuk wad, masih kutuk Menteri siap fitnah lagi. korang pun scroll dua tiga bulan punya status pakcik tu dan dapati semua statusnya tak layak untuk share sebab berita fitnah.

    Korang pun share beberapa status ilmu dan keagamaan pada pakcik tu, sambil korang berfikir?

    Dalam dunia ini, ada orang yang akan bercerita berjam jam perkara yang tak boleh di ubah, ianya diluar kawalan pakcik tu, sungguh pakcik tu tak akan mampu tahan menteri lompat parti walaupun hujahnya betul dan kukuh.

    Maka itulah contoh PERCAKAPAN YANG SIA SIA.

    Bila Kita habiskan masa untuk focus pada perkara tak boleh ubah dengan sangat lama,

    Sepatutnya, kita jika nak Berjaya dunia-akhirat, kita kena focus dengan apa yang boleh diubah, kurangkan bercakap sia sia, belajar ilmu baru, dan cuba bantu orang dengan ilmu dan bakat serta harta yang kita ada.

    Nasihat ini ada dalam bab pertama dari buku 7 Habits of Highly Effective People karya Steven Covey. Bab pertama adalah BE PROACTIVE, buat tabiat fokus pada apa yang boleh kita ubah, sungguh Tabiat suka bercakap perkara yang kita tak boleh ubah akan merugikan kita, maka betul sangat pesan maulana Tabligh dalam adab masjid, kurangkan bercakap sia sia, hendaklah kita sentiasa amalkan.

    Apa yang dah lama saya perasan, Lepas saya baca buku ini, dan baca buku buku dari Barat yang lain, banyak pesanan dan nasihat mereka dah di sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Bab bercakap benda benar dan diam jika tak nak berdosa dah lama Nabi pesan.

    Jadi Langkah pertama untuk jadi orang berjaya, jangan bercakap benda yang kita tak boleh kawal, tapi focus pada perkara yang kita boleh ubah, sungguh Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak nak ubah nasib kita sendiri.

    “JANGAN BERCAKAP PERKARA SIA SIA”

    Al faham ke idop?

    Woha!
    .
    .

    .
    .
    .Ps: Bagi yang suruh saya PM sebab nak beli kitab taklim, saya tak jual, tapi anda boleh beli di Shopee 3 buku satu harga di link ini: https://invol.co/cl5d1wf

    Apa itu kitab taklim? baca sini: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/380371910111554

    Terima kasih

  • idop 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答

    2021-10-01 13:19:08

  • idop 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 13:10:45

  • idop 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 13:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站