[爆卦]Dexigner是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Dexigner鄉民發文沒有被收入到精華區:在Dexigner這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 dexigner產品中有2篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, “Ini bukan pekerja biasa-biasa. Ini assistant you. I tak akan hire dia kalau dia tak mampu untuk bantu you. You need help, Xaif. And Amaya... Can help...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

dexigner 在 SYAMNURIEZMIL Instagram 的精選貼文

2021-09-23 23:54:59

“Ini bukan pekerja biasa-biasa. Ini assistant you. I tak akan hire dia kalau dia tak mampu untuk bantu you. You need help, Xaif. And Amaya... Can help...

dexigner 在 SYAMNURIEZMIL Instagram 的精選貼文

2021-09-10 13:19:31

“Buat appointment hari ni kat restoran biasa. Lunch miting. I belanja.” Terus bersinar mata aku. “Ya... Baik!” Teruja! “And Amaya... I minta maaf....

  • dexigner 在 Facebook 的最佳解答

    2021-09-19 04:27:11
    有 151 人按讚

    “Ini bukan pekerja biasa-biasa. Ini assistant you. I tak akan hire dia kalau dia tak mampu untuk bantu you. You need help, Xaif. And Amaya... Can help you. Afterall... Dia pernah tolong you sebelum ni.”
    Dan masa tu...
    Mr. X angkat kepalanya.
    Nina pula menarik aku ke sebelahnya.
    Bila mata aku...
    Bertemu dengan mata Mr. X...
    Mr. X meletakkan pen.
    Dia terus bersandar pada kerusi.
    Aku mula menelan air liur.
    “Amaya sendiri nak cuba untuk tiga hari. Why not you? Please Xaif, kalau you tak nak buat untuk Dexigner, you buat untuk I. You tak nak I berhenti kan? I betul-betul akan berhenti kali ini... I really meant it!”
    Mr. X nampak tersepit.
    Dia seperti tiada pilihan.
    Nina pula bertegas.
    Aku semakin cuak.
    “Okey... Tiga hari.”
    “Great. I tinggalkan Amaya pada you. Ingat you tak boleh pecat dia tanpa kebenaran I. Dia kerja untuk I untuk bantu you. Kalau you buat apa-apa yang menyebabkan dia nak berhenti... I akan pecat diri I. Faham?”
    “Yalah. Tapi kalau I dapati dia salah dan cuai dalam kerja dia, you kena pecat dia. We can’t afford pekerja yang careless and effortless, right?”
    Setuju.”
    “You can go now...”
    Nina menepuk bahu aku.
    Memberikan isyarat semangat sebelum dia keluar dari bilik tu. Aku ingatkan aku pun kena keluar sekali. Tapi, baru nak gerak ke tempat aku...
    “Siapa suruh awak pergi?”
    Terus aku berdiri tegak.
    Aku memandang ke arah Mr. X.
    “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
    “Bantu saya untuk tamatkan tiga hari ini kepada tiga jam. Saya akan bayar berapa yang awak mahukan... Beritahu saya, berapa nilai awak? Saya akan bayar lebih daripada harga yang Nini bayar awak.”
    Aku pandang Mr. X...
    Dia ingat...
    Dia boleh beli aku dengan duit ke?
    “Bayar saya dengan nilai persahabatan Cik Nini pada Mr. X. Kalau Mr. X boleh kira nilai persahabatan tu dengan nilai ringgit... Saya akan berhenti, tiga saat dari sekarang.”
    Satu...
    Dua...
    Dua setengah..
    “Tiga... Tet! Masa dah tamat. You... Stuck with me!”
    Mr. X...
    Welcome to hell!

  • dexigner 在 Facebook 的最讚貼文

    2021-08-27 10:28:02
    有 138 人按讚

    “Buat appointment hari ni kat restoran biasa. Lunch miting. I belanja.”
    Terus bersinar mata aku.
    “Ya... Baik!”
    Teruja!
    “And Amaya... I minta maaf. Sejak akhir-akhir ni, I mengaku yang I memang tak fokus pada syarikat. I...”
    “It’s okay, boss... Semua orang ada masalah. Tapi, setiap masalah... Mesti ada penyelesaiannya.”
    “Hmmm... Buatlah appointment tu. Kalau terlambat, projek tu jatuh ke tangan ID lain pula.”
    “Baik!”
    Cepat-cepatlah aku bangun dan gerak ke tempat aku. Aku suka bila Hanan fokus dengan kerja. Enam bulan dia terumbang-ambing macam kapal tanpa nakhoda. Inilah masanya untuk dia bangkit semula.
    “Macam mana?”
    “Ini Amaya Ahyan la...”
    “Jadi, tak perlulah aku cari kerja lain?”
    “Tak. Kau hanya perlu belanja aku makan aje.”
    Baru aku nak buat panggilan...
    “Amaya... Tukar pelan. I ada hal.”
    Hanan keluar dengan tergesa-gesa terus meluru ke luar. Dan aku... Tercengang-cengang. Eh, tak sampai lima minit terus berubah hati?
    “Apa dah jadi?”
    Aku menjungkit bahu.
    Manalah aku tahu.
    “Hmmm... Nampaknya, sia-sia ajelah air liur kau tadi, Amaya. Itu sahih... Mesti laki dia buat hal.”
    Tak guna betul!
    “Aku rasa, baiklah kita cari kerja lain. Kita hadiahkan gari kat bos sebagai hadiah perpisahan. Senang dia nak gari kaki laki dia tu.”
    Serius...
    Serius tak guna!
    “Aku dah tak rasa nak kerja dengan bos perempuan yang macam ni. Aku nak kerja dengan bos lelaki pula la. Untung-untung dapat bos yang handsome macam ni...”
    Bunga menunjukkan majalah yang muka depannya gambar seorang lelaki yang memakai baju berhud berwarna kelabu. Dahi aku berkerut. Aku... Macam kenal pula lelaki ni. Bukan ke... Aku terus rampas majalah itu dari tangannya. Aku mahu tengok lebih dekat.
    Yalah...
    Dia la...
    “Kau... Kenal ke? Ah... Mustahil kau kenal!”
    “Siapa dia ni?”
    “Mr. X.”
    “Mr. X?”
    “Xaif Umar, arkitek cum CEO Dexigner.”
    Biar betul...
    Kalau dia CEO, arkitek lagi...
    Jadi, kenapa dia lari daripada dua lelaki dinosaur tu?

    #IHateYou
    #182

  • dexigner 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 05:19:08

  • dexigner 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 05:10:45

  • dexigner 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 05:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站