[爆卦]DSAA 2021是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇DSAA 2021鄉民發文沒有被收入到精華區:在DSAA 2021這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 dsaa產品中有2篇Facebook貼文,粉絲數超過41萬的網紅Hew Kuan Yau 丘光耀,也在其Facebook貼文中提到, 诚信党思路清晰,值得大家思考。 MISI DSAI 13 OKTOBER 1. 13 Oktober 2020 adalah tanggal yang mendebarkan semua pihak. DSAI akan mengadap YDPA di Istana Negara, sec...

 同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過25萬的網紅เมียฝรั่งชนบท ต๊ะ 555,也在其Youtube影片中提到,ขอบคุณfcทุกๆคนนะค่ะที่ติดตามและก็ที่ช่วยดูโฆษณาให้ยายต๊ะด้วยค่ะ?❤...

  • dsaa 在 Hew Kuan Yau 丘光耀 Facebook 的最讚貼文

    2020-10-09 02:36:30
    有 1,087 人按讚


    诚信党思路清晰,值得大家思考。

    MISI DSAI 13 OKTOBER

    1. 13 Oktober 2020 adalah tanggal yang mendebarkan semua pihak. DSAI akan mengadap YDPA di Istana Negara, secara logiknya semua boleh agak tujuan dan hasil pertemuan itu nanti. Ini berpandukan sidang akhbar DSAI yang telah diadakan pada 22Sept lalu. DSAI mendakwa dia ada majoriti yang kuat dan meyakinkan dari kalangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk membentuk kerajaan. Dengan pengumuman itu kerajaan PN bawah TSMY telahpun tumbang.

    2. Logiknya, PM ke 9 akan dipilih di kalangan yang ada majoriti dan akan dipersembahkan kepada YDPA untuk perkenan dan akan berlaku perlantikan. Itulah yang dijangkakan akan berlaku pada 13 Oktober dan pasca 13 Oktober nanti dan akhirnya secara logik akan terbentuk sebuah kerajaan baru di bawah kepimpinan DSAI sebagai Perdana Menteri.

    3. Saya dihujani berbagai reaksi sebagai respons kepada tulisan-tulisan saya selepas pengumuman 22hb September. Ada yang mengkritik soal kewajaran, samada sesuai pada masa pandemik mahupun pandangan yang menolak samasekali pengumuman DSAI atas alasan DSAI dan PH main politik saat rakyat menderita kerana covid 19. Ada juga yang menyokong gerakan 'PAUSE' kononnya masa sekarang ialah masa 'gencatan senjata' dalam soal-soal politik untuk memberi tumpuan kepada masalah negara.

    4. Saya memahami semua respons itu tetapi saya perlu menjelaskan di sini bahawa intipati langkah DSAI adalah berpandukan kepada beberapa keperluan utama yang sangat mendesak khususnya di waktu covid ini, iaitu;

    a. Mengembalikan mandat asal (restore back the original mandate) yang diamanahkan oleh pengundi kepada Pakatan Harapan pada PRU 2018 yang lalu setelah 'dijatuhkan' oleh Langkah Sheraton (Feb 2020) melalui perancangan licik TSMY dan DSAA semasa covid sudahpun melanda negara. Mandat asal akan mengembalikan kepercayaan rakyat semula kepada kerajaan dan ia sangat diperlukan pada saat krisis.

    b. Membentuk majoriti yang kukuh setelah majoriti kerajaan TSMY terbukti sangat rapuh sedangkan semasa krisis seperti ini, sebuah kerajaan yang kukuh majoritinya sangat diperlukan dan DSAI ada kekuatan itu untuk menyumbang kepada pengurusan krisis covid dengan sokongan majoriti lebih padu dan kukuh.

    c. Mengembalikan balik asal kedudukan kuasa yang diambil secara demokratik oleh PH dahulu selepas kes awalan yang buruk ditunjukkan oleh Langkah Sheraton supaya tindakan sebegitu rupa tidak lagi berulang. Langkah DSAI adalah 'rebooting' situasi untuk memelihara semula proses demokrasi dan prinsipnya supaya mana-mana kerajaan yang akan dibentuk di masa hadapan mestilah daripada mandat rakyat melalui pilihanraya dan bukan tebuk atap.

    d. Kesepaduan rakyat yang telah dinodai oleh sekelompok puak yang berfikiran perkauman sempit dan para penunggang agama yang menjadi pendokong tegar terbentuknya kerajaan PN hari ini. Propaganda terancang yang tidak ada asas semata menimbulkan kebencian kaum terbukti satu pembohongan. Langkah DSAI adalah menolak kelompok ini yang boleh menjejaskan kesepaduan rakyat dan misi DSAI ialah berusaha membentuk semangat Perpaduan Nasional yang akan menyumbang kepada penyelesaian krisis covid hari ini.

    5. Jangan kita abaikan keperluan utama yang telah dijelaskan di atas kerana memenuhi kehendak tersebut akan meningkatkan lagi keberkesanan negara mengatasi krisis covid. Yang mempolitikkan covid ialah mereka yang mengambil alih kerajaan melalui 'scheme of things' tanpa visi dan lebih tertumpu mengagihkan habuan sebagai balasan sokongan. Sebab itu kerajaan PN membuat sesuatu yang tak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan, iaitu kabinet yang bersaiz xxxl, jaminan GLC kepada Ahli Parlimen dan hasilnya ialah anggota kabinet yang tidak kompeten dan MP yang hilang fokus mengendalikan krisis. Bagaimana polisi dan keputusan semasa dapat dijayakan jikalau anggota kabinet xxxl gagal berfungsi? Bagaimana pula persepsi penguatkuasaan yang dilihat berlaku secara sistem berkasta?

    6. Jangan biarkan negara ini yang dilanda krisis pandemik dikendalikan oleh sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat, lemah dan tanpa hala tuju nasional, kelak kita akan menyesal kerana mempertikaikan soal kewajaran atau atas alasan gencatan senjata.

    Mari kita doakan langkah DSAI akan sampai dengan izin Allah pada 13 Oktober nanti di balai mengadap istana. Saya ingin ingatkan, jika sampai masanya nanti usahlah kita berseronok dan bersorak, kita harus insaf dan berendah diri kerana bebanan atas bahu DSAI dan majoriti MP yang menyokongnya lebih berat dari apa yang boleh kita bayangkan. Ia bukan tentang politik KUASA tetapi AMANAH dan TAKLIF menguruskan negara di saat krisis!

    Amin Y Rabbal Alamin semoga dipermudahkan urusan.

    Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa
    Naib Presiden Parti AMANAH
    Ahli Parlimen Parit Buntar

    8 Okt 2020

  • dsaa 在 Appier Facebook 的精選貼文

    2017-10-18 04:55:37
    有 37 人按讚


    Singapore two weeks ago and Tokyo this week, we’re getting our Chief Data Scientist, Hsuan-Tien Lin, out and about to share our vision of artificial intelligence with the media, partners and customers. Hsuan-Tien will also be speaking at DSAA.

  • dsaa 在 เมียฝรั่งชนบท ต๊ะ 555 Youtube 的最佳解答

    2017-12-06 01:08:35

    ขอบคุณfcทุกๆคนนะค่ะที่ติดตามและก็ที่ช่วยดูโฆษณาให้ยายต๊ะด้วยค่ะ?❤

你可能也想看看

搜尋相關網站