雖然這篇Certiorari鄉民發文沒有被收入到精華區:在Certiorari這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 certiorari產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過88萬的網紅Nurul Izzah Anwar,也在其Facebook貼文中提到, Salam teman-teman, alhamdulillah kemenangan semalam kemenangan untuk rakyat. Usah kita benarkan BN menjadikan PRU sebagai peluang mendapat cek kosong...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
certiorari 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳貼文
Salam teman-teman, alhamdulillah kemenangan semalam kemenangan untuk rakyat. Usah kita benarkan BN menjadikan PRU sebagai peluang mendapat cek kosong dalam memerah rakyat. Kita lawan persempadanan semula. Sokong Pilihanraya #Bersih!
____________________________________________
Nurul Izzah Menang Cabar Cadangan Persempadanan Semula SPR- Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi kawasan itu memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.
Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati permohonan itu tidak bersifat remeh dan kesemua pemohon adalah pihak yang mempunyai kepentingan mengemukakan ķes mereka.
Katanya, mahkamah bersetuju terdapat persoalan dan isu yang boleh dihujahkan dalam permohonan itu dan jika terdapat sebarang kecacatan ketika proses membuat keputusan dalam prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula, ia boleh disemak di mahkamah.
Ketiga-tiga responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad.
Azizul turut membenarkan permohonan peguam A.Surendra yang mewakili kesemua pemohon untuk menangguhkan prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu yang akan didengar pada 15 Feb ini diputuskan mahkamah.
Nurul Izzah, 36, dan 10 pengundi berdaftar di kawasan itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut pada 11 Nov lepas.
Dalam permohonan itu, mereka menuntut satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan SPR dalam notis bertarikh 15 Sept 2016 berhubung cadangan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri.