雖然這篇Bergama鄉民發文沒有被收入到精華區:在Bergama這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章
在 bergama產品中有41篇Facebook貼文,粉絲數超過0的網紅,也在其Facebook貼文中提到, Saya ada anak OKU Autisme, dan sempena hari merdeka, saya nak pesan kepada semua ibu bapa yang sedang bersedih mendapat anak OKU. Alkisahnya, Kita bo...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「bergama」的推薦目錄
- 關於bergama 在 歐歐? Instagram 的最佳貼文
- 關於bergama 在 AdrianLoDejavu [DJV]??????? Instagram 的最讚貼文
- 關於bergama 在 NAD ISMAIL Instagram 的精選貼文
- 關於bergama 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於bergama 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於bergama 在 Facebook 的最佳解答
- 關於bergama 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於bergama 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於bergama 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
bergama 在 歐歐? Instagram 的最佳貼文
2021-09-03 12:54:19
. - Bergama 老宅區的一片小花牆🌺🌸🌼 這裡的老宅跟台灣很復古的老宅完全不一樣 這的老宅真的超舊超有歷史感 有些舊建築給人感覺好像隨時會崩塌的那種程度 廢墟到很像鬼屋那樣..😂😂 但還是有不少戶人家仍然住在這裡 覺得佩服ᐡ𖦹 ̫ 𖦹ᐡ . 這次是真的大背光臉都黑的(圖二) 不過為了我...
bergama 在 AdrianLoDejavu [DJV]??????? Instagram 的最讚貼文
2021-05-27 07:23:28
Gambar sebagai hiasan. Adrian & DJV mengucapkan kepada fans fans member member aunty uncle supporter abang adik kakak makcik pakcik dan semua orang yg...
bergama 在 NAD ISMAIL Instagram 的精選貼文
2020-09-07 10:38:09
Happy independence Day Malaysia. . . Terima kasih kerana nikmat Mu yaAllah, kasih sayang Mu ya Allah. . Kami bebas bergama, bebas beribadah bebas mem...
bergama 在 Facebook 的最佳貼文
Saya ada anak OKU Autisme, dan sempena hari merdeka, saya nak pesan kepada semua ibu bapa yang sedang bersedih mendapat anak OKU.
Alkisahnya, Kita boleh pilih kawan, kita boleh pilih pasangan, tapi kita tak boleh pilih anak, seperti mana kita tak boleh pilh mak dan ayah kita.
Mak dan ayah kita adalah takdir, suka tak suka, mereka telah ditakdirkan sebagai ibu bapa kita, sama juga anak-anak kita, lelaki ke, perempuan ke, hensem ke, cantik ke, OKU ke, semua itu takdir, suka atau tak suka , mereka telah ditakdirkan sebagai anak kita.
Jadi perkara yang boleh kita pilih, kita pilih betul betul, perkara yang kita tak boleh pilih, kita redha betul betul. InsyaAllah Bahagia akan datang dna kita merdeka dari penyakit hati.
Nabi sendiri pesan pilih kawan, Nabi suruh cari kawan yang ‘jual minyak wangi’ maka kita akan dapat baunya, Nabi pesan jangan kawan dengan penjual arang, nanti terkena asapnya, bermakana jika nak Bahagia, pilih kawan yang betul.
Bab pasangan, Nabi sendiri suruh pilih pasangan, carilah yang beragama, keturunan yang baik, beharta dan ada rupa, tapi jika tak dapat semua, cukuplah pilih yang Bergama.
Awal kehidupan kita akan berdamai dengan takdir akan siapa mak ayah kita, orang kaya ke, miskin ke, cantik ke, hodoh ke, mereka takdir kita, semua kena terima, itulah Allah nak bagitahu, kita datang dari kehendak Allah, mak dan ayah kita adalah kehendak Allah pada diri kita.
Namun kejayaan kita tidak terletak di tangan ibu bapa, kejayan bila kita pilih kawan yang betul, kebahagian kita bila kita pilih pasangan yang betul. InsyaAllah.
Lulus ujian Bersama kawan, dapat kawan yang positif, dapat kawan yang bersyukur dan bersabar, dapat kawan penjual minyak wangi, Alhamdulillah.
Kemudian kahwin, dapat pasangan yang positif, dapat pasangan yang bersyukur dan bersabar, pasangan yang jual minyak wangi, Alhamdulillah.
Namun ujian datang lagi, ujian anak anak, ada yang kita tak suka, ada anak OKU, ada anak derhaka, maka masa itulah kita nak belajar gunakan ilmu yang ada untuk hadapi ujian ini. Kerana dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.
Tengok sekeliling, ada orang tiada anak OKU tapi mereka ada ujian masing masing, semua orang akan di uji, semua orang datang dari kehendak Allah, dan kepada kehendak Allah kita pulang.
Bila Allah takdir susah, orang sabar mendekati syurga, orang mengeluh menghampiri neraka.
Bila Allah takdir senang, orang syukur mendekati syurga, orang sombong menghampiri neraka.
Bila Allah takdir kita buat baik, orang ikhlas mendekati syurga, orang riak menghampiri neraka.
Bila Allah takdir kita terbuat jahat, orang taubat mendekati syurga, orang tak insaf menghampiri neraka.
Maka untuk merdeka, kita kena berdamai dengan takdir yang tidak boleh kita pilih, dan berusaha ubah takdir yang boleh kita pilih.
Susah dan senang tak boleh pilih, tapi syukur dan sabar adalah pilihan.
Inilah jalan merdeka.
Sungguh bagi orang tidak merdeka, ujian adalah masalah yang tidak mampu diselesaikan dan pilih untuk lari dari masalah, masalah untuk dikeluh kesah tak berkesudahan.
Bagi orang yang merdeka pula, ujian adalah peluang untuk dekatkan diri pada Tuhan, ujian adalah ladang pahala.
Ya, kita semua berada diladang pahala.
Petiklah buahnya banyak banyak, maka syurga akan menjadi luas,
Buah apa diladang pahala?
Buah Redha, Buah Sabar, Buah Syukur! Buah Merdeka!
Hargai sebuah kemerdekaan ini!
Woha!
(Video anak autisme saya bercerita tentang erti merdeka: https://youtu.be/mQ0NJQHsUtw)
(Video cucuk vaksin dua dos, merdeka jugak ni, https://youtu.be/-ouDCAC_OtI)
bergama 在 Facebook 的最讚貼文
Kita ke acara Renang berirama juga di kenali acara renang indah yang menggabungkan seni berenang, tarian dan gimnastik.
Acara ini sepatutnya Bersama pasukan gabungan bebas, namun peserta dari Malaysia ini ingin bergerak secara solo kerana tidak setuju dengan etika pemakaian renang yang seksi dan tidak sesopan peserta Gimnastik Jerman.
Mari kta tengok aksi Hamka Keretamayat membuat tarian kaki, yang menggabungkan unsur batu nisan menongkat langit, memijak bumi.
Jelas dari Tarian kaki ini, saudara Hamka keretamayat mahu menyebarkan mesej, berenang secara terbalik tidak ada masalah asalkan ikut tertib.
Kerana jika berenang tidak ikut tertib, kaki ke bawah pun akan lemas, tapi jika ikut tertib, kaki ke atas masih boleh menari.
Sekarang kita perhatikan Gerakan kaki orang yang lemas di bandingkan dengan Gerakan kaki orang yang berenang, yang mana orang lemas pun menggerakkan tangan dan kaki, manakala orang berenangpun menggerakkan tangan dan kaki, malahan orang lemas, pergerakan tangan dan kaki mereka dalam air lebih cepat dan kuat dari pergerakan tangan dan kaki orang yang berenang,
Tapi beza besar adalah, mereka mati lemas, manakala mereka yang menggerakkan tangan dan kaki mengikut TERTIB, tak tenggelam dan mampu selamatkan orang lain pula yang berada dekat dengan mereka.
Jadi beribadatpun ada tertib. Jika tak ikut tertib solat tak sah. Wudhu tak sah.
Bab agama pun sama, tak boleh nak bergama guna nafsu sendiri, Beragamalah dengan tertib mujahadah seperti yang diceritakan dalam Al quran akan perihal Nabi dan Rasul.
Jangan perasan diri kuat beragama jika tak ikut tertib Nabi, sebab korang ibarat orang lemas, kuat melibas tangan dan kaki, tapi makin tenggelam..,
Eh? Kenapa saudara Hamka keretamayat kaki tegap ke atas dari tadi? Tak ikut tertib ke tu? Apa apapun, Kita Kembali ke studio dulu untuk ikuti pesanan penaja. Woha!
Link video tarian kaki: https://youtu.be/IfHvCV1FFGQ
Ps: Beranang ikut tertib: timbul guys, tak ikut tertib, walau kayuh kuat: tenggelam guys, maka siapa yang tenggelam dalam arus dunia, ketahuilah mereka tak ikut tertib Allah Rasul guys..
bergama 在 Facebook 的最佳解答
Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!