[爆卦]Asabiyyah是什麼?優點缺點精華區懶人包

雖然這篇Asabiyyah鄉民發文沒有被收入到精華區:在Asabiyyah這個話題中,我們另外找到其它相關的精選爆讚文章

在 asabiyyah產品中有1篇Facebook貼文,粉絲數超過44萬的網紅Firdaus Wong Wai Hung,也在其Facebook貼文中提到, [Boikot] Baginda SAW & para sahabat diboikot selama 3 tahun di Mekah. Mereka diboikot Musyrikin Mekah kerana puak Musyrikin Mekah telah buntu tentang...

 同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...

  • asabiyyah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答

    2013-05-15 02:15:24
    有 49 人按讚

    [Boikot]

    Baginda SAW & para sahabat diboikot selama 3 tahun di Mekah. Mereka diboikot Musyrikin Mekah kerana puak Musyrikin Mekah telah buntu tentang bagaimana lagikah cara untuk mengekang dakwah Islamiah Baginda SAW & juga para sahabat. Mereka kehabisan idea.

    Setelah berhijrah ke Madinah, Islam semakin berkembang dan menjadi semakin kuat. Akhirnya, Mekah ditakluk oleh orang Islam yang diketuai oleh Baginda SAW sendiri. Ramai Musyrikin telah mula mencongak apakah nasib mereka kerana dahulunya mereka menindas orang Islam di Mekah dan kini mereka telah berkuasa dan apakah mereka akan dibunuh. Dengan memegangi pinggiran pintu Ka’bah, Baginda SAW bersabda:

    “Wahai orang Quraisy, sesungguhnya Allah telah menghilangkan kesombongan jahiliyah dan pengagungan terhadap nenek moyang. Manusia dari Adam & Adam dari tanah.”

    “Wahai orang Quraisy, apa yang kalian bayangankan tentang apa yang akan aku lakukan terhadap kalian?”

    Merekapun menjawab, “Yang baik-baik, sebagai saudara yang mulia, anak dari saudara yang mulia.”

    Baginda SAW bersabda;

    “Aku sampaikan kepada kalian sebagaimana perkataan Yusuf kepada saudaranya: ‘Pada hari ini tidak ada cercaan atas kalian. Allah mengampuni kalian. Dia Maha penyayang.’ Pergilah kalian! Sesungguhnya kalian telah bebas!”

    Allahuakbar...!!! Setelah ditindas & diperangi selama ini malahan ada di kalangan Musyirikin Mekah telah membunuh saudara serta sahabat kesayangan Nabi SAW, tetapi Baginda SAW tidak membalas dendam dengan memboikot atau membunuh mereka tetapi Baginda SAW mengampunkan mereka sebagaimana Nabi Yusuf a.s mengampunkan adik-beradiknya yang membuangnya ke dalam perigi.

    Hebatnya seorang Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin adalah ketika mana di puncak kuasa, Baginda SAW tidak membalas dendam malahan mengampunkan mereka. Baginda SAW hanya mengatakan manusia dari Adam & Adam dari tanah bagi menunjukkan kepada kita bangsa tiada nilainya di sisi Islam. Adakah kita yang mengaku Muslim mengikut petunjuk Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita? Lupakah kita firman Allah SWT;

    "Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
    [Fussilat 41:34]

    Umat Islam lupa akan tanggungjawab dakwah, lupa akan firman Allah dan sabda Nabi SAW dalam kehidupan seharian tetapi mengikut hawa nafsu akibat kegagalan melawan bisikan syaitan.

    “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”.
    [Sahih Muslim]

    * Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban.

    Wallahualam...

  • asabiyyah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文

    2021-10-01 05:19:08

  • asabiyyah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文

    2021-10-01 05:10:45

  • asabiyyah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文

    2021-10-01 05:09:56

你可能也想看看

搜尋相關網站